Thursday, January 31, 2019

CERPEN : SUAMIKU PONDAN (BAB 9)

CERPEN : SUAMIKU PONDAN


BAB 9 - PERTALIAN DARAH


Sudah 2 bulan Fiona tidak sedarkan diri. Namun, Ashraf masih setia berada di samping isteri tercinta. Peragut yang telah meragur Fiona berjaya diberkas polis selepas tiga hari kejadian itu berlaku dan dia sedang menerima hukuman yang setimpal.

“Semua barang dah bawa ke, sayang?” soal Ikram semasa mereka keluar dari kereta yang diletakkan kemas di tempat letak kereta.

“Dah, abang. Jom kita naik sekarang,” senyum Asmina sambil menarik tangan suaminya masuk ke dalam Hospital Kuala Lumpur.

Apabila tiba di depan pintu wad Fiona, pergerakan Asmina yang membuka pintu wad itu terbantut secara tiba-tiba.

“Kenapa sayang?” pelik Ikram.

“Shu..Abang, ada orang lain dalam wad Fiona,” perlahan suara Asmina yang sedang mengintai di sebalik pintu wad VIP itu.

“Siapa, sayang?” tertanya-tanya Ikram lalu turut mengintai.

Kelihatan seorang pekerja yang bertugas untuk membersihkan bilik pesakit sedang menggigil tangannya untuk menyentuh wajah Fiona. Tetapi, perbuatannya terbantut apabila terdengar bunyi dari tandas bilik tersebut. 

Pekerja wanita yang bertudung serta menutup mulutnya menggunakan topeng muka terus gelisah. Selepas mengambil plastik sampah, pantas dia keluar dari wad itu. Sempat Asmina dan Ikram menyorok di sebalik tiang sebelum pekerja itu keluar.

“Sedapnya mandi,” lega Ashraf yang baru keluar dari tandas ketika itu.

Selepas kelibat pekerja itu hilang, mereka berdua keluar dari tempat persembunyian.

“Abang, nampaknya ada tugasan sikit untuk abang,” bersuara Asmina sambil memandang wajah suaminya.

“Jangan risau, sayang. Semua permintaan sayang, abang akan tunaikan. Sayang nak abang siasat siapa pekerja tadi, kan?” soalan Ikram dibalas dengan anggukan kepala.

“Sayang yakin mesti dia ada kaitan dengan Fiona. Mungkin dia ada hubungan dengan ahli keluarga kandung Fiona,” serius wajah Asmina ketika itu.

“Haha. Dah macam detektif abang tengok sayang ni,” terasa lucu Ikram apabila melihat riak muka isterinya.

Pipi isterinya dicubit lembut.

“Maklumlah. Suami sayangkan seorang polis penyiasatan,” balas Asmina.

Selepas mencium dahi isterinya, Ikram terus beredar dari situ untuk memulakan penyiasatannya. Asmina pula masuk ke dalam wad Fiona.

“Assalamualaikum,” ucap Asmina.

“Waalaikummusalam. Oh, kak ngah. Hari ni giliran kak ngah pula memasak untuk adik ke?” kata Ashraf sambil tersenyum memandang Asmina.

Asmina meletakkan beg kertas di atas meja manakala beg pakaian diletakkan di atas sofa.

“Ye, dik. Kenapa? Adik tak suka ke kalau kak ngah yang masak kan?” terasa Asmina selepas melabuhkan punggung di atas sofa.

Ashraf mendekati Asmina sebelum duduk berhadapan dengan kakaknya itu.

“Ish. Mana ada, kak ngah. Semua masakan ibu dan kakak-kakak, adik suka semuanya. Terima kasih, kak ngah,” ceria muka Ashraf.

Beberapa bekal dikeluarkan dari beg kertas. Selepas membaca doa makan, dia terus makan dengan berselera.

“Sedapnya, kak ngah. Memang kena dengan selera adik. Patutlah abang Ikram jatuh cinta dengan kak ngah walaupun kak ngah ni ‘ganas’ sikit. Hehe,” usik Ashraf.

“Mengada ye adik nak perli kak ngah. Tak bagi makan nanti, baru tahu,” geram Asmina.

Dia berdiri sebelum duduk di atas kerusi bersebelahan dengan katil Fiona. Wajah adik iparnya yang putih itu ditatapnya lama. Kemudian, dia mengucup dahi gadis itu.

“Assalamualaikum, Fiona. Kak ngah datang nak jenguk Fiona. Nanti bila Fiona dah bangun dan sihat seperti dulu, Fiona tolong kak ngah kenakan suami Fiona tu balik ye. Dia suka buli kak ngah semasa Fiona tak ada. Di Melbourne pun dia suka buli kak ngah. Jadi, nanti Fiona hukum dia ye,” perlahan suara Asmina sambil mengusap kepala Fiona.

Geli hati Ashraf mendengar luahan Asmina. Itulah rutin hariannya. Semua yang datang melawat pasti akan meluahkan isi hati mereka pada Fiona. Dia pula hanya mendengar dan kadang-kala, dia akan menyakat pelawat tersebut.

“Isteri adik takkan hukum adiklah, kak ngah. Dia sayangkan suami dia ni tau,” celah Ashraf.

Asmina menjeling tajam pada adik lelakinya. Tergelak Ashraf melihatnya.

“Jangan yakin sangat, dik. Tengoklah nanti. Jangan pula adik terkejut bila isteri adik ni sakat adik nanti,” balas Asmina sebelum mengalihkan pandangannya pada wajah adik iparnya.

“Janganlah ajar isteri adik bukan-bukan, kak ngah. Nanti merana pula adik,” sengaja Ashraf membuat suara sedih.

Asmina tidak menghiraukan adiknya. Tangan Fiona dipegang erat sebelum dia mengeluarkan losyen badan pada beg tangannya. Kemudian, dia menyapu losyen tersebut pada tangan Fiona. Itulah rutinnya apabila melawat Fiona. Berbeza dengan ahli keluarganya yang lain.

Ainuri suka me’mandi’kan Fiona dengan mengelap seluruh tubuh badan gadis itu manakala Ayuni suka memotong dan mengilap kuku Fiona. Ibu mertuanya pula lebih gemar untuk mengurut kaki dan tangan Fiona supaya tidak kebas kerana sudah lama tidak digerakkan. Mereka juga tidak jemu untuk mengajar Ashraf berkaitan dengan penjagaan diri gadis itu walaupun Ashraf agak kekok pada mulanya.

Ashraf terharu kerana ahli keluarganya sangat menyayangi dirinya dan isterinya. Begitu juga dengan ayahnya serta abang-abang iparnya yang sentiasa memberi semangat dan melindungi isterinya semasa dia berada di Melbourne. Dia bersyukur kerana mempunyai keluarga besar itu.

**********

Puan Izah masuk ke dalam sebuah rumah yang usang. Selepas mengunci pintu, dia mendekati seorang lelaki tua yang terlantar di atas katil.

“Abang, bangun bang. Saya ada belikan ubat dan makanan untuk abang ni,” kejut Puan Izah sambil menggoyangkan tubuh lelaki tua itu.

Lelaki tua itu membuka matanya. Dia terbatuk-batuk. Dengan bantuan Puan Izzah, dia dapat bersandar di kepala katil sambil menelan ubat yang diberi.

“Terima kasih, sayang. Maafkan abang sebab selalu menyusahkan sayang. Maafkan abang sebab membuatkan sayang merana selama ni,” sedih lelaki itu sambil menggenggam lembut tangan isterinya.

Puan Izzah menggelengkan kepalanya sambil tersenyum.

“Bukan salah abang. Semuanya ketentuan dari Allah. Tadi pun ketentuan Allah juga,” senyum Puan Izzah apabila teringat rantai leher yang ditemui di atas meja di salah sebuah bilik VIP.

“Apa maksud, sayang?” pelik lelaki tua dengan senyuman isterinya.

“Saya jumpa dia, abang,” air mata gembira mengalir di pipi Puan Izzah.

Terbuntang mata lelaki tua itu.

“Sayang jumpa dengan anak kita?! Bagaimana keadaan anak kita sekarang, sayang?” soal lelaki tua itu.

“Dia koma, bang. Anak kita koma, bang. Dia menjadi mangsa ragut dan kepalanya terhantuk pada pembahagi jalan. Dah dua bulan dia tidak sedarkan diri, bang,” menangis Puan Izzah apabila mendapat tahu pemilik rantai itu sedang koma.

Lelaki tua itu memeluk isterinya dengan erat.

“Ya Allah. Besar sungguh dugaan dariMu, Ya Allah. Sayang, mari kita solat hajat untuk anak kita. Semoga dengan mendengar doa kita, anak kita akan sedar dan kembali sihat semula,” ajak lelaki tua itu.

Puan Izzah menganggukkan kepalanya. Walaupun susah untuk mengambil wuduk sendiri, namun lelaki tua itu tetap tabah. Dengan berimamkan lelaki tua yang duduk di atas kerusi, Puan Izzah dan lelaki tua itu menunaikan solat sunat hajat semata-mata untuk pesakit tersebut.


Menitis air mata lelaki Ikram apabila melihat dan mendengar segala-galanya. Pantas dia menceritakan segala-galanya pada isterinya melalui telefon. Pada malam itu, Asmina mengumpulkan semua ahli keluarganya serta ibu bapa angkat Fiona kecuali Ashraf yang enggan meninggalkan isterinya keseorangan di hospital.





<BAB 8          BAB 10>

No comments:

Post a Comment