NOVEL : PENGEMBARAAN KE ALAM ANEH
BAB 9- PENJAGA
“Tolong
kami, wahai manusia. Kami semakin reput. Kami sudah menerima banyak cahaya
matahari dan air dari tanah. Kenapa kami masih begini? Sebelum ini, kami sihat
dan kuat. Adakah kami semakin tua? Adakah kami akan mati?” sedih mereka
mendengar luahan pokok tua itu.
“Jangan
risau, pokok. Kami janji kami akan membantu kalian!” bersemangat Shasya Edrina
yang sudah berdiri di hadapan Ismail Razak.
Perasaan
takutnya sudah hilang selepas mendengar kisah sedih itu. Dia tekad untuk
membantu pokok-pokok di situ.
Tengku
Ehsan mencangkung sebelum meletakkan tangannya di atas permukaan tanah.
“Awak
buat apa tu, Izan?” pelik Nik Akhil melihat perbuatan jejaka itu.
Nur
Halimah hanya memerhatikan perlakuan jejaka itu. Tangannya sudah mencapai
sesuatu dari beg galasnya. Tengku Ehsan tidak menjawab pertanyaan Nik Akhil.
Sebaliknya, dia mengalihkan pandangannya pada pokok tua itu.
“Boleh
saya tahu dari mana sumber air ini datang?” soal Tengku Ehsan.
“Air
ini datang daripada sungai yang mengalir di hujung sana,” dahan dari pokok
tersebut bergerak seperti menunding ke arah sesuatu.
“Kemudian,
air tersebut akan diserap masuk oleh tanah ini dan disalurkan kepada kami,”
sambung pokok itu.
“Kamu
tahu apa-apa ke, Izan?” tanya Ismail Razak selepas Tengku Ehsan sudah bangun
dari duduknya.
“Saya
yakin ada sesuatu yang menghalang mereka daripada menerima air. Buktinya, tanah
ini tidak lembab. Kebiasaannya, apabila tanah terkena air, pasti tanah ini akan
lembab,” ujar Tengku Ehsan sambil mengelap tangannya menggunakan sapu tangan
yang dihulurkan oleh Nur Halimah.
Ucapan
penghargaan diucapkan kepada gadis itu.
“Ditambah
pula dengan cuaca yang sangat panas, pasti tumbuh-tumbuhan di sini cepat
reput,” sambung Nik Akhil yang memahami hujahan Tengku Ehsan.
“Kalau
begitu, baik kita pergi siasat sekarang,” bersemangat Shasya Edrina.
“Sebentar,
wahai manusia,” terhenti langkah mereka apabila mendengar kata-kata pokok itu.
“Saya
ingin mengingatkan kalian bahawa kawasan ini mempunyai penjaga. Dia selalu
beristirehat berdekatan dengan sungai. Dia sangat baik. Cuma, paras rupanya
boleh menggerunkan sesiapa yang melihatnya,” pesan pokok itu.
Masing-masing
menelan air liur dengan sukar apabila mendengar perkataan ‘gerun’.
Nik
Akhil, Ismail Razak dan Tengku Ehsan berjalan mendahului sang gadis yang
berjalan sambil berpelukan lengan selepas memikirkan mereka akan menemui
penjaga ‘gerun’ itu.
“Aunggg!”
“Aunggg!”
“Aunggg!”
Tersentak
mereka apabila mendengar bunyi seperti raungan serigala. Kaki mereka sudah
berhenti melangkah. Tubuh mereka kaku di situ. Sang gadis mula merapati sang
jejaka di hadapan mereka.
“A..apa
tu?” gagap Shasya Edrina berkata-kata.
Masing-masing
menelan air liur yang terasa pahit dan kelat itu.
“Nik
Akhil, pergilah tengok. Awakkan berani orangnya,” perlahan suara Siti Syazanah
menyapa telinga Nik Akhil.
Beg
galas jejaka itu sudah ditarik-tariknya perlahan untuk menghilangkan rasa
gugupnya. Entah bila gadis itu sudah berdiri di sebelahnya pun dia tidak
menyedari langsung.
“Betul
tu. Lagipun, pokok tu juga kata yang penjaga tu baik. Cuma, paras mukanya saja
yang menakutkan. Awak pun pergilah tengok, Izan,” sokong Nur Halimah yang
berdiri berdekatan dengan Tengku Ehsan.
“Awak
pun, Raz. Kami ada di belakang korang kalau ada apa-apa yang berlaku,” celah
Shasya Edrina sambil memegang hujung baju lengan Ismail Razak.
“Ish
korang ni. Baru nak mengaku yang kami ni berani. Sebelum ni asyik ejek kami
lembik je,” geram Nik Akhil.
Sang
gadis hanya tersengih mendengar ayat pedas dari Nik Akhil itu.
“Aunggg!!”
“Aunggg!”
“Aunggg!”
Bunyi
raungan masih kedengaran.
Mereka
berenam berjalan mendekati bunyi tersebut.
“Kenapa
saya rasa sedih sangat bunyi tu? Seperti dia sedang terseksa,” luah Shasya
Edrina.
“Saya
pun rasa macam tu. Sesuatu telah berlaku pada penjaga tu ke?” risau Nur
Halimah.
“Apa
tu?” terhenti langkah mereka apabila mendengar suara Nik Akhil.
Mata
mereka tertumpu kepada seekor makhluk yang membelakangi mereka. Untuk langkah
berhati-hati, mereka bersembunyi di sebalik semak dan di sebalik pokok. Mereka
mengintai sedikit untuk mengenalpasti punca raungan itu.
“Serigala
ke?” fikir mereka apabila melihat makhluk itu menyerupai seekor serigala namun
saiznya agak besar dari serigala yang biasa.
“Aunggg!”
“Aunggg!”
“Aunggg!”
Terbeliak
mata mereka apabila mendengar tiga raungan sekaligus. Tanpa di sangka, makhluk
itu mempunyai tiga kepala.
“Serigala
berkepala tiga?” serentak mereka.
Badan
makhluk itu semakin lemah sebelum rebah di atas tanah.
“Dia
dah mati ke?” risau Ismail Razak.
“Izan,
pergilah tengok dia. Dia sedang sakit tu,” terkejut Tengku Ehsan apabila
melihat Nur Halimah sedang menangis merayu kepadanya.
Lengan
Tengku Ehsan sudah digoyangkan beberapa kali.
“Raz,
Akil, jom kita pergi tengok dengan lebih dekat,” ajak Tengku Ehsan.
Hatinya
cair melihat air mata gadis itu. Ismail Razak dan Nik Akhil membalas dengan
anggukan sebelum mereka mendekati makhluk berkepala tiga itu.
“Besarnyaa,”
terlopong mulut Nik Akhil sambil mengelilingi makhluk itu.
“Aun,”
semakin lemah bunyi raungan itu.
“Sabar
ye. Kami nak tengok di mana korang cedera,” pujuk Tengku Ehsan sambil melihat
setiap inci tubuh makhluk itu.
“Saya
dah jumpa! Perutnya cedera! Banyak darah keluar ni,” lantang suara Ismail Razak
menyentakkan rakan-rakannya.
“Cedera?!”
yang lain terus mendekati Ismail Razak.
“Ya
Allah! Banyaknya darah,” sebak Shasya Edrina melihat darah yang mengalir itu.
“Korang
tolong hentikan darahnya dulu. Biarkannya baring menghadap ke atas untuk
kurangkan darahnya dari terus mengalir. Saya nak cari antiseptik dan benda yang
boleh membalut lukanya jap,” mereka akur dengan arahan Siti Syazanah yang
belajar jurusan perubatan itu.
“Syaza,
boleh saya tekan bahagian lukanya tak?” tanya Nik Akhil yang sudah mengeluarkan
jaketnya dari beg galasnya.
“Boleh.
Ia juga boleh menghentikan darah dari mengalir,” jawab Siti Syazanah.
Tanpa
membuang masa, Nik Akhil terus menekan bahagian perut makhluk itu menggunakan
jaketnya. Siti Syazanah mengeluarkan sebotol air mineral dan ubat pencuci luka
dari beg galasnya.
“Sabar
ye,” Nur Halimah dan Shasya Edrina memujuk makhluk itu.
Kepala
makhluk itu diusap dengan lembut untuk menenangkannya. Kedua-dua tangan mereka
penuh untuk mengusapnya memandangkan makhluk itu mempunyai tiga kepala.
“Korang
tolong tahan kaki dan tangannya. Saya nak basuh lukanya jap,” arah Siti
Syazanah.
Ismail
Razak, Nik Akhil, Tengku Ehsan dan Shasya Edrina menahan tangan dan kaki
makhluk itu supaya tidak bergerak ketika Siti Syazanah membersihkan luka pada
perut itu.
“Aun!”
meraung makhluk tersebut.
“Baiklah.
Saya sapu ubat kejap ye,” lembut suara Siti Syazanah sambil menyapu ubat pada
bahagian luka selepas darah mula berhenti mengalir.
“Nik
Akhil, saya campak pembalut ni. Awak tolong bagi balik nanti,” nyaring suara
Siti Syazanah kerana wajah Nik Akhil tidak dapat dilihatnya.
“Faham!”
balas Nik Akhil.
Siti
Syazanah memusingkan pembalut pada perut makhluk itu sebelum mencampak pembalut
tersebut kepada Nik Akhil yang berada bertentangan dengannya. Dengan bantuan
Ismail Razak dan Tengku Ehsan untuk mengangkat perut makhluk itu, Nik Akhil
memberi semula pembalut tersebut kepada Siti Syazanah.
Selepas
beberapa kali berbuat begitu sehingga ke penghujung pembalut tersebut, akhirnya
kawasan luka makhluk itu selesai dibalut dengan sempurna.
“Alhamdulillah.
Selesai juga,” lega semua.
Terduduk
mereka kerana kepenatan.
“Selepas
beruang, serigala pula kita jumpa. Selepas ni, agak-agaknya, haiwan gergasi apa
pula ye kita jumpa,” bersuara Nik Akhil.
“Saya
harap mereka baik juga macam Akitty, Bbetty dan Comel,” balas Shasya Edrina
sambil mengusap salah satu kepala serigala itu.
“Comel?!”
serentak yang lain.
“Kau
bagi nama serigala yang digeruni orang ni ‘Comel’?”
ulang Tengku Ehsan.
“Apa
salahnya? Lagipun, mereka ni comellah,” bidas Shasya Edrina.
“Mereka
ada tiga, Ed. Lagi dua nak bagi nama apa?” tanya Nur Halimah.
Tidak
sempat Shasya Edrina menjawab apabila Nik Akhil dan Tengku Ehsan memotong
percakapannya.
“Jangan
suruh dia beri nama. Entah apa-apa dia bagi nanti!”
Geli
hati mereka mendengar bantahan Nik Akhil dan Tengku Ehsan itu.
“Tak
tahu nanti anak kau dapat nama apa. Harap suami dan anak-anak kau nanti
mempunyai kesabaran yang tinggi,” ujar Tengku Ehsan.
“Tak
baik cakap macam tu, Izan. Nanti anak dia dapat nama yang ‘power’, kau juga yang terkejut nanti,” balas Ismail Razak.
“Ha’ah.
Padan muka kau nanti sebab ejek saya!” sempat Shasya Edrina menjelir lidahnya
pada Tengku Ehsan.
“Itu
sebab kau yang bagi nama, Raz. Bukan budak ni,” sampuk Nik Akhil sengaja
mengenakan Ismail Razak dan Shasya Edrina.
“Macam
ada maksud tersirat je, Akil,” syak Ismail Razak.
“Apa
maksudnya?” pelik Shasya Edrina.
“Hahaha!”
geli hati Nik Akhil dan Tengku Ehsan kerana berjaya mengenakan gadis itu.
“Tak
baik buat macam tu korang ni,” tegur Nur Halimah yang turut menahan ketawa
dengan Siti Syazanah.
“Sabar
jelah dapat mereka yang sekepala ni,” bersuara Siti Syazanah.
“Wahai
manusia,”
Tersentak
mereka apabila mendengar suara yang garau itu. Mereka berenam terus bangun dari
bersandar pada tubuh makhluk itu.
No comments:
Post a Comment