Tuesday, January 29, 2019

CERPEN : SUAMIKU PONDAN (BAB 4)

CERPEN : SUAMIKU PONDAN


BAB 4 - PUJUK



Ashraf yang sudah duduk di atas tempat duduknya turut mengesat air matanya. Sungguh perit dan pedih rasanya apabila berpisah dengan orang yang dia sayang. Namun, dia harus kuat. Demi isteri dan masa depannya.
Kapal terbang mendarat di lapangan terbang Melbourne dengan selamat. 

Kelihatan Ashraf yang muncul di balai tiba terus dikerumuni oleh tiga orang gadis.

“Assalamualaikum, Ashraf? Sihat ke?” Nur Ainuri memulakan percakapannya.

Ashraf memandang wajah ketiga-tiga gadis itu sebelum air matanya kembali mengalir.

Tanpa berfikir panjang, tubuh ketiga-tiga gadis itu terus dipeluknya.
Berpandangan mereka bertiga dengan tindakan drastik jejaka itu. Apatah lagi dengan wajahnya yang bercucuran dengan air mata.

“Ini peluk kami sebab rindu ke atau teringatkan isteri di rumah?” usik Nur Asmina.

“Wuah!” terkejut mereka apabila Ashraf menangis semakin kuat.

“Apa ni, kak ngah. Makin kuat dia menangis adalah,” marah Nur Ayuni merangkap kak chik Ashraf.

“Jangan begini, dik. Macam mana isteri adik nak tenang kalau adik macam ni? Dah dah. Tak mau nak menangis. Kata anak jantan. Macam mana nak jadi suami dan ayah lepas ni? Keraskan sikit hati tu,” pujuk Ainuri merangkap kak long Ashraf sambil mengusap belakang tubuh adik lelakinya.

“Kak long, ramai yang pandang kita ni. Jom kita balik sekarang. Malulah,” perlahan suara Ayuni kedengaran sambil matanya meliar memandang sekeliling.

Beberapa orang yang berada di situ sibuk memerhatikan mereka berempat. Mungkin pelik melihat apabila seorang lelaki menangisdi dalam pangkuan tiga orang gadis.

“Baiklah. Ayuni dan Asmina tolong ambil bagasi adik ye. Kak long nak bawa adik masuk ke kereta dulu,” pesan Ainuri pada adik-adik perempuannya.

“Yelah,” malas mereka membalas sebelum mengambil bagasi Ashraf.

Di dalam kereta, Ainuri membukakan pintu penumpang di bahagian hadapan.

“Masuk dik. Kak long nak masukkan beg adik kat bonet jap,” akur Ashraf.

Selepas Ashraf masuk ke dalam kereta, pintu kereta ditutup sebelum Ainuri membuka pintu bonet belakang. Beberapa bagasi yang dibawa oleh Ayuni dan Asmina disusun kemas di dalam bonet. Selesai sahaja, Ainuri masuk di bahagian pemandu manakala Ayuni dan Asmina duduk di bahagian penumpang belakang. 

Kereta mula meninggalkan lapangan terbang Melbourne menuju ke rumah penginapan mereka.

Ainuri, Ayuni dan Asmina merupakan kembar tidak seiras di mana umur mereka beza 5 tahun daripada adik kandung lelaki mereka, Ashraf. Mereka bertiga telah menetap sementara di bandar Melbourne selama 3 tahun.

“Ashraf ok tak ni? Lapar tak? Ke ada rasa nak makan apa-apa?” prihatin Ainuri.

Ashraf hanya membalas dengan gelengan kepala.

“Asmina, dah beritahu ibu dan ayah ke yang adik dah sampai ni?” soal Ainuri sambil memandang wajah adiknya melalui cermin pandang belakang.

“Dah, kak long. Mereka suruh kita jaga adik hingusan ni baik-baik,” ejek Asmina sambil mencuit lengan Ashraf.

“Asmina!” tegas suara Ainuri kerana sikap Asmina yang gemar mengusik adik lelaki mereka sejak dari kecil lagi.

“Kak long, nanti singgah kedai makan dulu ye. Kita bungkus je. Lepas tu, kita makan di rumah,” kata Ayuni yang sememangnya kuat makan orangnya.

“Yelah, Ayuni,” ringkas jawapan Ainuri.

**********

Apabila tiba di rumah penginapan, Ashraf terus baring di atas sofa yang berada di ruang tamu. Bagasi-bagasinya sudah dibawa masuk oleh kakak-kakaknya. Manakala makanan yang dibeli diletakkan di atas meja makan.

“Amboi. Senangnya kau, dik. Kau goyang kaki, kami pula yang kena angkut beg-beg kau masuk,” geram Asmina apabila memandang Ashraf terbaring dengan menutup matanya menggunakan lengan tangan sendiri.

“Tak apalah, Asmina. Lagipun, dia mesti penat tu,” pujuk Ainuri.

Mereka melabuhkan punggung mereka di atas sofa manakala Ayuni duduk di hadapan sofa Ashraf.

“Adik, ceritalah dengan kami macam mana adik boleh kahwin muda ni?” teruja Ayuni sambil mencuit pipi adik lelakinya.

Ashraf menurunkan lengannya sebelum menatap mata Ayuni. Dia menghela nafasnya dengan berat sebelum menukar posisi baring kepada duduk.

“Fiona merupakan kawan pertama adik semasa adik menjejakkan kaki di sekolah menengah tu. Masa tu adik dibuli oleh tiga budak lelaki ni. Fiona yang selamatkan adik. Sejak dari hari tu, kami sering belajar bersama-sama sehinggakan keluarga kami mengenali antara satu lain. Beberapa hari sebelum selesai SPM, ibu dan ayah tunangkan kami.
Mula-mula adik tak tahu. Selepas mereka beritahu di sebalik cincin yang Fiona pakai, rupa-rupanya cincin tunang. Masa hari terakhir SPM, adik ajak Fiona belajar di sini sama-sama. Tapi, dia tak nak sebab dia terhutang budi dengan ibu bapa angkatnya. Bila adik kata yang adik risau dia akan berpaling tadah selepas kami berpisah, dia ajak adik kahwin,” terlopong mereka apabila mengetahui bahawa Fiona ialah punca perkahwinan itu berlaku.

Siapa sangka perempuan yang bertindak dahulu.

“Jadi, kami pun buat kahwin gantung. Adik sedih sebab terpaksa berpisah dengan dia. Adik sayangkan dia, kak. Dah lama adik simpan perasaan ni dalam hati. Tapi, adik risau Fiona hanya menganggap adik sebagai seorang kawan sahaja,” mereka mula mendiamkan diri apabila Ashraf menangis.

Bahu Ashraf diusap lembut oleh Ainuri dan Asmina yang duduk di sebelah kanan dan kirinya. Manakala, Ayuni mengusap kedua-dua belah tangan Ashraf. mereka turut sedih dengan kisah Ashraf.

“Adik tahu yang adik ni lembut. Tapi, Fionalah satu-satunya perempuan yang menerima adik seadanya. Sebab tu adik sedih sebab terpaksa berpisah dengan dia,” sambung Ashraf.

“Adik sepatutnya bersyukur kerana dikurniakan seorang isteri seperti Fiona. Walaupun usianya masih muda, namun dia sudah membuat keputusan untuk menukar statusnya semata-mata untuk adik. Jadi, adik sepatutnya bersyukur pada Allah dan berdoa supaya rumah tangga adik berkekalan walaupun adik terpaksa berjauhan dengan dia,” senyum Ainuri sambil memujuk adik lelakinya.

“Betul tu, dik. Kami terkejut sebenarnya apabila mendapat berita bahawa adik nak kahwin. Yelah kan. Dengan perangai dan sifat adik ni, tak sangka ada orang terima adik,”

“Kak ngah!” serentak Ainuri, Ayuni dan Ashraf.

“Hehe. Tapi, rupa-rupanya sangkaan kak ngah meleset. Dia menerima adik seadanya. Itu bermakna, dia juga ada hati dengan adik. Jadi, adik patut menghargai dia tau,” sambung Asmina sambil menepuk lembut bahu Ashraf.

Tersenyum mereka mendengar kata-kata Asmina. Bukan senang gadis yang bermulut bias itu untuk berkata sesuatu yang menyentuh hati.

“Jangan risau, dik. Kami sentiasa mendoakan yang terbaik untuk adik dan adik ipar kami. Jadi, adik kenalah berubah dari sekarang. Nanti bila adik balik Malaysia, biar adik ipar akak kagum dan bangga kerana mempunyai suami seperti adik,” ujar Ayuni pula.

Ashraf memandang kakak-kakaknya bersilih ganti. Dia mengukir senyuman manis ada mereka.

“Terima kasih, kak long, kak ngah, kak chik,” balas Ashraf.

“Baguslah kalau adik dah ok. Mari kita makan sekarang. Kak chik dah lapar ni,” ajak Ayuni sambil memegang perutnya dan membuat muka comel.

“Ish. Makan je kau tahu. Tapi, badan tetap keding juga,” perli Asmina.

“Biarlah. Kak ngah jangan cemburu,” balas Ayuni.

“Kesian suami kak chik nanti. Duitnya habis untuk makanan je. Hehe,” usik Ashraf.

“Ish adik ni. Janganlah ikut kak ngah tu nak usik kak chik,” geram Ayuni.

Serentak mereka ketawa. Sungguh mereka merindui suasana itu. Sudah lama mereka adik-beradik berkumpul bersama. Lagipun, adik bongsu mereka menjadi ‘istimewa’ disebabkan suasana pembesaran yang di kelilingi oleh kakak-kakaknya. Ashraf tidak mempunyai abang mahupun adik lelaki untuk bermain permainan yang kasar dan ganas. Oleh sebab itu, dia menjadi lembut dan ceka melakukan kerja-kerja di rumah.







<BAB 3          BAB 5>

No comments:

Post a Comment