NOVEL : PENGEMBARAAN KE ALAM ANEH
BAB 13- GAMABUNTA
“Raz,
Ima, bangunlah,” air mata Shasya Edrina sudah mengalir melihat dua badan
terkujur di hadapannya.
“Kenapa
korang menggatal sangat keluar dari sini? Bukan ke kami suruh korang duduk
dalam ni diam-diam?!” tengking Tengku Ehsan.
“Bu..bukan
salah Ed. Ima yang nak keluar dari sini. Kami hanya ikut saja. Kalau nak marah,
marahlah Ima sebab dia yang gatal nak keluar,” balas Shasya Edrina.
Tidak
sanggup dia untuk bertentang mata dengan jejaka bengis itu.
“Kenapalah
susah sangat korang nak dengar cakap, hah? Sepatutnya kami ikat je korang
tadi,” geram Tengku Ehsan.
“Izan,
janganlah marah Ed,” terkejut mereka apabila mendengar suara serak basah itu.
Mata
mereka terus tertumpu pada jejaka yang terbaring di hadapan mereka.
“Awak
dah sedar ke, Raz?” ceria muka Shasya Edrina.
Ismail
Razak mula duduk dari pembaringan. Dia memandang wajah Shasya Edrina dengan
senyuman yang gatal.
“Err..Raz?”
naik bulu roma Shasya Edrina apabila melihat senyuman menggoda itu.
“Raz?!”
sempat Tengku Ehsan memeluk tubuh Ismail Razak daripada menerkam tubuh Shasya
Edrina.
Terkejut
mereka apabila Ismail Razak yang sentiasa bersikap rasional secara tiba-tiba
menerpa ke arah Shasya Edrina.
“Apa
dah terjadi pada Raz?” takut Shasya Edrina.
Tubuhnya
sudah diundurkan sedikit daripada kedua-dua jejaka itu.
“Raz,
kau dah kenapa tiba-tiba nak peluk Ed ni?!” lantang suara Tengku Ehsan apabila
Ismail Razak cuba untuk melepaskan dirinya.
Meronta-ronta
Ismail Razak supaya dia dilepaskan dari pelukan Tengku Ehsan.
“Emm…Izan..Awak
ke tu?” serentak mata mereka beralih pada pemilik suara lembut itu.
Kelihatan
Nur Halimah sudah terjaga. Secara tiba-tiba, dia tersenyum menggoda memandang
Tengku Ehsan. Lidahnya sudah naik menjilat bibirnya sendiri.
“Err..Ed,
lebih baik awak jauhkan Ima daripada saya,”
Ismail
Razak bersuara selepas menelan air liurnya kerana tergoda dengan senyuman gadis
tersebut. Pantas Shasya Edrina memeluk dan menarik Nur Halimah jauh dari
jejaka-jejaka itu selepas Nur Halimah cuba untuk menerkam tubuh Tengku Ehsan.
“Apa
dah terjadi pada mereka berdua ni?” cemas Shasya Edrina.
“Shasya
Edrina. Sinilah dengan abang Raz,” geli-geliman mereka mendengar suara menggoda
itu.
“Tengku
Ehsan, janganlah peluk orang lain. Nanti Ima jealous,” terlopong mulut mereka dengan perubahan sikap Nur
Halimah.
Gadis
yang sentiasa pemalu itu sudah bertukar menjadi gadis yang seksi dan menggoda?
“Dari
mana dia tahu nama sebenar saya ni?!” terkejut Tengku Ehsan.
“Shasya
Edrina, marilah pada abang,” lembut suara Ismail Razak memanggil gadis itu.
“Akil!
Syaza! Cepatlah datang bantu kami!” menjerit mereka berdua dengan situasi itu.
*****
Nik
Akhil dan Siti Syazanah terasa sesuatu. Ketika itu, mereka sedang berdepan
dengan lembaga yang dimaksudkan oleh Nik Akhil.
“Siapakah
kalian berdua ni?” lembaga itu menoleh memandang Nik Akhil dan Siti Syazanah.
Terbeliak
mata mereka berdua melihat makhluk gergasi di hadapan mereka.
“Gamabunta?” serentak mereka.
Terkejut
mereka apabila makhluk gergasi itu menyerupai dengan watak katak gergasi di
dalam cerita Naruto.
“Syaza
pun layan cerita Naruto ke?” soal Nik
Akhil sambil memandang wajah gadis yang sentiasa membuatkan jantungnya berdegup
dengan kencang.
“Hehe.
Saya pun suka juga tengok cerita kartun,” tersengih Siti Syazanah beserta
tangannya naik mengusap belakang kepalanya yang ditutupi dengan tudung.
“Ehem!
Saya tidak suka kalau pertanyaan saya tidak dijawab,” besar suara katak gergasi
itu.
“Maafkan
kami. Nama saya Akil dan ini, Syaza. Kami berdua datang ke sini untuk meminta
bantuan daripada awak, wahai penjaga tempat ini,” ujar Nik Akhil secara
berhati-hati.
“Macam
mana kalian tahu saya ialah penjaga di sini?” pelik katak itu.
Nik
Akhil dan Siti Syazanah saling berpandangan. Mereka ketawa kecil sebelum
mengalihkan pandangan melihat katak itu.
“Sebab
kami pernah berjumpa dengan dua lagi penjaga sebelum ini,” balas Nik Akhil.
Mereka
yakin semua gergasi yang berada di alam aneh itu merupakan penjaga untuk
kawasan tertentu. Disebabkan itu, mereka mengetahui bahawa katak gergasi itu
merupakan penjaga untuk kawasan yang dipenuhi oleh bunga tersebut.
“Jadi,
boleh awak selamatkan kedua-dua sahabat kami yang terkena racun cendawan
berbentuk hati, wahai penjaga?” merayu Siti Syazanah.
“Cendawan
berbentuk hati? Sesiapa yang menghidu cendawan berbentuk hati yang berwarna
merah, dia tidak akan sedarkan dirinya. Apabila dia terjaga, dia akan berubah
personalitinya dan kemungkinan besar, dia boleh mencederakan orang di
sekelilingnya,” terang katak gergasi itu.
Tersentak
mereka apabila mendengar perkara buruk yang akan berlaku pada rakan-rakannya.
“Jadi,
apa yang perlu kami lakukan supaya mereka menjadi seperti sedia kala, wahai
penjaga?” gelisah Siti Syazanah.
“Sebelum
saya menjawab soalan kamu, kamu perlu memberi saya nama terlebih dahulu,”
mereka berdua saling berpandangan sekilas sebelum menoleh kembali pada katak
gergasi itu.
“Gama!”
serentak Nik Akhil dan Siti Syazanah.
“Gama?
Saya suka dengan nama itu,” ceria suara katak gergasi itu apabila mendapat nama
yang baru.
“Terima
kasih kerana menyukai nama itu. Jadi, wahai penjaga Gama, apakah penawar untuk seseorang
yang terkena racun cendawan berbentuk hati itu?” soal Nik Akhil pula.
“Penawar
untuk racun cendawan berbentuk hati yang berwarna merah ialah cendawan
berbentuk hati yang berwarna biru. Kamu berdua perlu mencari cendawan berbentuk
hati yang berwarna biru yang hanya hidup di tempat yang unik sahaja.
Selepas
menjumpainya, orang yang terkena racun tersebut perlu menghidu cendawan itu.
Dengan cara itu, barulah dia akan menjadi seperti sedia kala semula,” panjang
lebar penerangan Gama.
“Cendawan
berbentuk hati yang berwarna biru?” serentak Nik Akhil dan Siti Syazanah.
“Baiklah.
Terima kasih, Gama,” faham Nik Akhil sebelum terus beredar dari situ untuk
mencari cendawan tersebut.
Pencariannya
terhenti apabila menyedari Siti Syazanah sedang merenung memandang katak
gergasi tersebut. Nik Akhil berpatah balik ke arah gadis itu.
“Kenapa
awak masih berdiri di sini, Syaza? Awak tak nak bantu kawan-kawan kita ke?”
pelik Nik Akhil.
“Sabar,
Nik Akhil. Saya dapat rasakan sesuatu yang dirahsiakan oleh penjaga ni,”
perlahan suara Siti Syazanah membalas soalan jejaka itu.
“Apa
maksud awak, Syaza?”
“Wahai
Gama, penjaga yang bijaksana dan gagah perkasa, saya yakin yang kamu tahu di
mana lokasi sebenar cendawan berbentuk hati yang berwarna biru. Bolehkah kamu
memberitahu lokasi sebenar kepada kami?” tanya Siti Syazanah dengan ayat yang
formal kepada penjaga itu.
Tiba-tiba
katak gergasi itu ketawa dengan gembiranya sehingga menyebabkan kawasan itu
bergegar dengan kuat. Terkejut Nik Akhil dan Siti Syazanah.
“Tidak
sangka kamu ini cerdik orangnya. Sama seperti seorang manusia yang amat mirip
dengan kamu. Baiklah. Disebabkan kamu berjaya melihat helah saya, saya
hadiahkan cendawan ini kepada kamu,”
Gama
menghulurkan kedua-dua tangannya pada Nik Akhil dan Siti Syazanah. Tidak lama
kemudian, muncul sekaki cendawan berbentuk hati yang berwarna biru di atas
tangan katak tersebut. Terbeliak mata mereka melihatnya.
Tanpa
membuang masa, Siti Syazanah dan Nik Akhil mengambil cendawan tersebut.
“Terima
kasih Gama kerana membantu kami,” gembira Siti Syazanah.
“Sama-sama,
wahai manusia. Pergilah kamu selamatkan rakan-rakan kamu yang terkena racun itu
dengan segera,” balas katak gergasi itu.
“Baiklah.
Jumpa lagi,” lantas Nik Akhil dan Siti Syazanah berlari menuju ke lubang pokok
itu.
*****
“Korang,
kami dah jumpa penawarnya,” ceria muka Siti Syazanah sambil menunjukkan
cendawan yang berada pada tangannya apabila masuk ke dalam lubang pokok
tersebut.
Sekelip
mata sahaja raut wajah Nik Akhil dan Siti Syazanah berubah apabila melihat
situasi rakan-rakannya itu.
No comments:
Post a Comment