NOVEL : PENGEMBARAAN KE ALAM ANEH
BAB 14- TUGASAN SELESAI?
Riak
muka Nik Akhil dan Siti Syazanah sukar untuk ditafsir ketika itu apabila mereka
melihat situasi yang tidak pernah terlintas di dalam fikiran mereka yang ianya akan
berlaku. Mata mereka terbeliak dengan situasi yang berlaku di depan mata
mereka.
Kelihatan
Ismail Razak yang sentiasa bersikap rasional dan Nur Halimah yang agak pemalu
sedang melutut sambil mengangkat kedua-dua belah tangan mereka ke atas. Wajah
masing-masing muram memandang lantai pokok. Seperti seorang murid yang didenda
kerana tidak menyiapkan kerja sekolah.
Ismail
Razak melutut di hadapan Tengku Ehsan manakala Nur Halimah melutut di hadapan
Shasya Edrina. Tengku Ehsan dan Shasya Edrina pula sedang mencekak pinggang
beserta muka mereka seperti sedang memarahi manusia di hadapan mereka.
“Raz,
dah kenapa kau tiba-tiba nak terkam Ed tadi? Mana sikap kau yang dulu? Mana Raz
yang sentiasa bersikap rasional, berkepimpinan dan bijak mengatur strategi?”
tengking Tengku Ehsan semasa memandang Ismail Razak sebelum mengalihkan
pandangannya pada gadis yang sedang melutut itu.
“Kamu
pun sama, Ima. Mana Ima yang berfirasat kuat dan penakut? Sejak bila jadi
berani ni? Dah berani sangat ke sampai kucing hitam yang duduk di atas bangku
pun kamu takut?” bongkar Tengku Ehsan tentang kejadian pertama kali mereka
bertemu di mana Nur Halimah melarikan diri sebelum merempuh tubuhnya gara-gara
takut dengan haiwan comel itu.
“Betul
tu, Ima. Antara kami, Imalah satu-satunya yang paling bersikap tenang semasa Akitty
pernah menyerang kami. Kamu juga, Raz. Kami perlukan Ima dan Raz yang dulu.
Kembalilah pada kami. Jangan biarkan alam ini menguasai korang. Kita dah janji
nak keluar dari sini sama-sama, kan?” sebak Shasya Edrina.
Mengalir
air matanya apabila mengakhiri kata-katanya. Pandangan dilemparkan pada lantai
pokok. Air mata Ismail Razak dan Nur Halimah turut mengalir.
“Err…Syaza,
baik kita cepat sembuhkan mereka sebelum ianya melarat nanti,” tersentak Nik
Akhil apabila melihat gadis di sebelahnya turut menangis.
Siti
Syazanah membalas dengan anggukan sebelum mendekati Shasya Edrina. Manakala,
Nik Akhil mendekati Tengku Ehsan. Bahu sahabat mereka dipeluk sebentar dengan
erat.
“Akil,”
Tengku Ehsan memandang Nik Akhil apabila jejaka itu memberi semangat kepadanya.
“Syaza!”
Shasya Edrina terus memeluk tubuh sahabatnya itu apabila menyedari kehadiran
sahabatnya itu.
Mencurah-curah
air mata mereka mengalir.
“Mari
kita sembuhkan mereka,” senyum Nik Akhil dan Siti Syazanah sebelum duduk di
atas lantai.
Cendawan
berbentuk hati berwarna biru didekatkan pada hidung Ismail Razak dan Nur
Halimah sebelum mereka berdua pengsan di dalam dakapan Nik Akhil dan Siti
Syazanah.
“Kejap
lagi mereka akan terjaga dan akan menjadi seperti sedia kala semula,” ujar Siti
Syazanah sambil membaringkan kepala Nur Halimah di atas jaket gadis itu.
Manakala,
Nik Akhil membaringkan kepala Ismail Razak di atas beg galas Tengku Ehsan
kerana lebih dekat daripada beg yang lain.
Tidak
lama kemudian, Ismail Razak dan Nur Halimah mula sedarkan diri masing-masing.
“Emm?
Apa dah terjadi?” serak suara Ismail Razak sambil bangun dari pembaringan.
Kepalanya
dipegang sebelum memandang wajah Tengku Ehsan dan Nik Akhil yang berada
berdekatan dengannya.
“Kenapa
mata awak merah, Izan?” pelik Ismail Razak.
“Ma..mana
ada. Masuk habuk tadi,” tipu Tengku Ehsan tanpa memandang jejaka di hadapannya
itu.
“Dia
risaukan kau, Raz,” celah Nik Akhil sambil tersenyum mengejek pada Tengku
Ehsan.
“Haha.
Ada-ada saja kamu ni, Izan,” geli hati Ismail Razak apabila melihat muka Tengku
Ehsan yang agak merah menahan malu.
“Ima!”
Shasya Edrina terus memeluk tubuh gadis yang masih baring itu apabila gadis itu
mula membuka matanya.
Lengan
Shasya Edrina dipegang erat. Dahinya berkerut apabila bahu Shasya Edrina
terhinjut-hinjut.
“Kenapa
ni? Kenapa awak menangis, Ed? Ima tak ada apa-apalah, Ed,” bahu Shasya Edrina
diusap lembut.
“Alhamdulillah.
Baguslah kalau Ima dan Raz sudah jadi seperti biasa,” senyum Siti Syazanah
sambil mengusap kepala Nur Halimah.
Pandangan
sempat dialihkan pada Nik Akhil. Jejaka itu memberi senyuman manis pada gadis
itu apabila menyedari dirinya dipandang. Pantas Siti Syazanah mengalihkan
pandangannya dengan mukanya yang merah menahan malu.
“Boleh
sesiapa menerangkan apa yang sudah berlaku?” pelik Ismail Razak sambil
memandang setiap manusia di dalam pokok itu.
*****
Mereka
berenam duduk di atas kerusi sambil makan buah-buahan yang dipotong oleh Siti
Syazanah.
“Raz
dan Ima terkena racun cendawan berbentuk hati yang berwarna merah. Sementara
Izan dan Ed menjaga korang berdua, saya dan Syaza keluar untuk mencari penawar.
Kebetulan, kami berjumpa dengan penjaga di kawasan ni.
Dengan
bantuan Gama, penjaga tempat ni, dan
dengan kebijaksanaan Syaza, kami berjaya mendapatkan penawarnya. Penawarnya
ialah cendawan berbentuk hati yang berwarna biru,” panjang lebar Nik Akhil
bercerita.
“Penjaga?
Apa rupa penjaga untuk tempat ni?” teruja Shasya Edrina apabila mendengar nama ‘penjaga’ tersebut.
“Gamabunta,” serentak Nik Akhil dan Siti
Syazanah sebelum kedua-duanya ketawa kecil.
“Gamabunta? Apa tu?” pelik yang lain.
“Watak
katak gergasi dalam cerita Naruto.
Sebab itu kami namakan dia Gama.
Lagipun, dia suka dengan nama tu,” kata Siti Syazanah.
“Emm…,”
semua mata memandang pemilik suara lembut itu.
“Kenapa,
Ima?” soal Shasya Edrina.
“Boleh
saya tahu apa yang berlaku selepas saya dan Raz terkena racun cendawan tu?”
permintaan Nur Halimah menyebabkan Tengku Ehsan dan Shasya Edrina saling
berpandangan.
“Kenapa?
Teruk sangat ke racun tu sampai susah korang nak cerita?” pelik Ismail Razak
dengan sikap Tengku Ehsan dan Shasya Edrina yang ragu-ragu untuk menceritakan
padanya.
“Korang
tak ingat apa-apa ke?” tanya Tengku Ehsan.
Serentak
Nur Halimah dan Ismail Razak menggelengkan kepalanya.
“Saya
hanya ingat saya keluar menyiasat dengan Akil dan Izan je. Selepas itu, saya
tak ingat apa-apa sampailah saya sedarkan diri tadi,” jujur Ismail Razak.
Nur
Halimah menganggukkan kepalanya tanda setuju dengan kata-kata jejaka itu. Dia
juga hanya ingat semasa dia dengan dua gadis yang lain keluar berjalan-jalan
sebelum dia hilang ingatan selepas itu.
“Err..,”
teragak-agak Tengku Ehsan dan Shasya Edrina untuk menjelaskan kejadian yang
memalukan tadi.
Patut
ke mereka menceritakannya pada mereka kerana ianya boleh membuka aib mereka
secara tidak langsung. Nik Akhil dan Siti Syazanah yang memahami raut wajah
Tengku Ehsan dan Shasya Edrina mula mencelah.
“Tak
payahlah cerita. Perkara dah lepas, jangan dikenang. Nanti korang juga yang
susah,” kata Nik Akhil.
“Betul
tu. Lagipun, Raz dan Ima kan baru saja baik dari racun tu. Jangan fikirkan
sangat ye,” sambung Siti Syazanah.
Sempat
mereka menaikkan ibu jari kanan pada Tengku Ehsan dan Shasya Edrina. Lega
mereka kerana sahabat mereka memahami dan membantu menyelesaikan konflik itu.
“Baiklah
kalau begitu. Kami nak minta maaf kerana cuai sehingga terkena racun cendawan
tu,” bersalah Ismail Razak.
“Ima
pun nak minta maaf sebab telah menyusahkan kalian,” tunduk Nur Halimah.
“Tak
apalah, Ima, Raz. Bila korang susah, kami bantu. Mana tau lepas ni, korang pula
yang bantu kami bila kami susah nanti,” ujar Tengku Ehsan.
“Betul
tu,” ceria muka Shasya Edrina.
*****
“Syaza?”
tegur Nik Akhil apabila gadis itu termenung.
“Huh?
Oh. Kenapa?” pelik Siti Syazanah apabila yang lain ralit memandangnya.
“Adakah
suis cahaya tu muncul?” cemas Shasya Edrina.
Serentak
mereka mengalihkan pandangan pada dinding yang pernah muncul cahaya berbentuk
suis lif itu. Namun, tiada sebarang cahaya kelihatan pada dinding tersebut.
“Kenapa
cahaya tu tak muncul?” pelik Tengku Ehsan.
“Adakah
disebabkan tugasan kita masih belum selesai?” fikir Ismail Razak.
“Syaza,
awak tahu sesuatu ke?” tegur Nik Akhil apabila melihat gadis itu sedang
memikirkan sesuatu.
“Saya
rasa mesti tugasan kita ada kena mengena dengan Gama. Cuba kita fikirkan baik-baik. Sebelum ini, semua tugasan kita
mesti ada kena mengena dengan penjaga di kawasan tu,” bicara Siti Syazanah.
“Logik
juga apa yang Syaza cakap tu,” setuju yang lain.
“Kalau
begitu, mari kita berjumpa dengan penjaga kawasan ni,” kata Ismail Razak.
“Tapi,
tak apa ke Raz dan Ima? Korangkan baru sahaja kena racun. Lebih baik korang
berdua berehat dulu,” risau Shasya Edrina.
“Kami
dah ok. Jangan risau,” serentak Ismail Razak dan Nur Halimah.
“Baiklah
kalau macam tu. Jom kita pergi sekarang. Lebih cepat kita selesaikan tugasan,
lebih cepat kita kembali ke bumi,” bersemangat Tengku Ehsan.
Dengan
kata sepakat, mereka keluar daripada rumah pokok itu. Mereka berjalan ke arah penjaga
kawasan tersebut yang diketuai oleh Nik Akhil.
No comments:
Post a Comment