NOVEL : PENGEMBARAAN KE ALAM ANEH
BAB 16- TEORI
Selepas
selesai memandikan penjaga kawasan berbunga itu, mereka mengucapkan selamat
tinggal sebelum berpisah. Kotor pakaian dan wajah mereka akibat berperang
lumpur tadi. Semasa berjalan ke arah rumah pokok, tiba-tiba Nik Akhil bersuara.
“Nanti
dulu!” terhenti langkah mereka.
Mereka
menoleh ke arah Nik Akhil. Nik Akhil mendekati Siti Syazanah selepas
mengeluarkan jaketnya daripada beg galasnya.
“Apa
awak buat ni, Nik Akhil?” terkejut gadis itu apabila secara tiba-tiba matanya
ditutup menggunakan jaket jejaka itu.
“Apa
awak buat ada Syaza, Akil?” pelik Ismail Razak.
“Saya
tak nak perkara yang sama berlaku apabila kita masuk ke dalam pokok tu nanti.
Korang mesti tahu apa akan terjadi jika tugasan kita selesai, kan?” balas Nik
Akhil sambil mengikat jaketnya pada belakang kepala Siti Syazanah yang dilitupi
dengan tudung itu.
“Ooh.
Kami faham,” serentak mereka.
“Apa
yang akan berlaku?” pelik Siti Syazanah.
“Jangan
risau. Syaza. Akil buat semua ni untuk kebaikan awak juga,” senyum Shasya
Edrina sambil memaut lengan kanan gadis itu.
“Biar
kami bantu awak berjalan,”
Nur
Halimah turut memaut lengan kiri Siti Syazanah sebelum mereka sambung berjalan.
Apabila
tiba di dalam rumah pokok, mereka melihat dinding di mana terletaknya suis lif
itu bercahaya. Masing-masing menelan air liur apabila ternampak cahaya emas
itu.
“Mari
kita duduk dulu,” kata Ismail Razak.
Lalu
mereka duduk dalam bulatan di atas lantai pokok.
“Boleh
saya tanggalkan jaket ni?” tanya Siti Syazanah sambil bersedia untuk
menanggalkan ‘penutup’ matanya.
“Jangan!”
serentak mereka.
Tersentak
Siti Syazanah apabila mendengar sepatah perkataan itu.
“O..okay,”
ringkas jawapan Siti Syazanah sambil menurunkan tangannya dari jaket tersebut.
“Fuh..,”
lega yang lain.
“Baiklah.
Mari kita bincangkan sepanjang kita berada di alam aneh ini. Jadi, ada sesiapa
nak berkongsi pemikiran dia?” ujar Ismail Razak.
“Biar
saya mulakan dulu,” kata Tengku Ehsan.
Semua
mata memandang Tengku Ehsan kecuali Siti Syazanah yang hanya menundukkan
kepalanya sambil memasang telinganya.
“Apa
yang saya tahu, kita berada di alam yang mempunyai 4 musim, iaitu Spring, Summer, Autumn dan Winter. Saya yakin, selepas ini, kita akan
berada di kawasan yang sejuk dan bersalji,” bicara Tengku Ehsan.
“4
musim? Tetapi, bukan ke turutan musim kat alam ni terbalik? Mula-mula, kita
berada di musim luruh, diikuti dengan musim panas dan sekarang musim bunga,”
fikir Ismail Razak.
“Saya
pun terfikir juga. Mula-mula saya tak yakin. Tetapi, selepas kita tiba di
kawasan berbunga ni, saya yakin yang alam ini mempunyai 4 musim tetapi dalam
turutan yang terbalik,” sokong Tengku Ehsan.
Kebiasaannya
di negara yang mempunyai 4 musim, bulan Disember sehingga bulan Februari
merupakan musim sejuk, bulan Mac sehingga bulan Mei merupakan musim bunga,
bulan Jun sehingga bulan Ogos ialah musim panas dan bulan Setember sehingga
bulan November merupakan musim luruh.
Tetapi,
di alam aneh itu, musim dimulakan dengan musim luruh, kemudian musim panas dan
diikuti dengan musim bunga.
“Logik
juga apa yang korang cakap tu,” faham Shasya Edrina yang pernah pergi ke negara
4 musim.
“Jadi,
dengan menekan suis yang bercahaya tu, kita akan berpindah ke musim yang lain?”
tanya Nik Akhil.
“Betul
tu, Akil. Saya yakin yang suis tu yang membawa kita berpindah ke musim yang
lain,” yakin Tengku Ehsan.
“Adakah
gegaran yang kita rasa tu, lif?” bersuara Siti Syazanah.
“Apa
maksud Syaza?” soal Ismail Razak.
“Cuba
tengok buku nota saya. Saya ada lukis sesuatu,” kata Siti Syazanah sambil
mengeluarkan buku notanya dari beg galas miliknya.
Nik
Akhil mengambil buku tersebut sebelum menyelak ke halaman yang mempunyai
lukisan. Selakan Nik Akhil terhenti apabila melihat tiga kotak yang dilukis.
Ketiga-tiga
kotak itu dilukis secara menegak. Kotak paling bawah tertulis ‘luruh’, kotak
kedua tertulis ‘panas’ manakala kotak ketiga tertulis ‘bunga’. Di atas kotas
ketiga mempunyai simbol tanda soal (?).
“Saya
rasa yang kita berada di dalam lif yang membolehkan kita berpindah dari satu
kawasan ke kawasan yang lain,” hujah Siti Syazanah.
“Saya
setuju dengan kata-kata Syaza. Lagipun, cahaya itu pun berbentuk seperti suis
lif. Tidak mustahil kita sekarang berada di dalam lif,” sokong Nur Halimah.
“Maksudnya,
kemungkinan besar, selepas ini merupakan musim terakhir dan tugasan terakhir
kita,” kata Ismail Razak.
“Tak
sabarnya nak akhiri semua ni,” luah Tengku Ehsan.
“Kenapa
awak diam, Nik Akhil?” soal Siti Syazanah secara tiba-tiba.
“Baguslah
dia diam, Syaza. Kenapa awak tanya, Syaza?” pelik Shasya Edrina apabila gadis
yang bertutup mata menggunakan jaket itu bertanyakan tentang jejaka yang selalu
bergaduh dengannya itu.
“Biasanya,
jika dia diam, bermaksud dia ada sesuatu yang disimpan di dalam hati. Cuba awak
beritahu kami, Nik Akhil,” balas Siti Syazanah.
Mereka
mengalihkan pandangan ke arah Nik Akhil yang sedang memikirkan sesuatu dengan
serius.
“Saya
tak pasti sama ada betul atau pun tidak teori saya ni. Tetapi, saya dapat
rasakan kita seperti berada di dalam game
je,” bersuara Nik Akhil.
“Game?” serentak mereka.
“Ye.
Seperti permainan yang mempunyai beberapa aras (level). Mula-mula, kita berada di aras 1. Selepas kita berjaya
selesaikan misi, kita boleh naik ke aras 2 pula dan seterusnya.
Sama
seperti keadaan kita sekarang. Selagi tugasan kita belum selesai, kita akan
tetap berada di aras itu. Apabila selesai, cahaya lif tu pun muncul,” tersentak
mereka dengan kata-kata Nik AKhil.
“Jadi,
kemungkinan besar, selepas ini, tugasan kita akan semakin susah,” kata Nur
Halimah.
Masing-masing
menelan air liur yang terasa pahit itu. Dapatkah mereka menyelesaikan tugasan
seterusnya dan terakhir itu? Adakah mereka boleh kembali ke dunia mereka
semula? Pelbagai persoalan yang bermain di dalam fikiran mereka.
“Saya
yakin yang kita berenam dapat melakukannya. Walau apa pun yang berlaku, kita pasti
dapat melakukan yang terbaik. Saya percayakan korang,” senyum Siti Syazanah
untuk menaikkan semangat mereka.
“Betul
tu. Sebelum ni, pelbagai ujian dan cabaran telah kita tempuhi. Tetapi, semuanya
kita dapat selesaikan dan tanganinya. Saya yakin dengan kerjasama dan kelebihan
yang kita miliki, kita dapat selesaikan semua tugasan ini dengan jayanya,”
bersemangat Ismail Razak.
“Dan
kita dapat kembali ke dunia kita semula!” celah Tengku Ehsan.
Tergelak
kecil mereka apabila mendengar suara Tengku Ehsan yang lantang.
“Baiklah.
Mari kita ke aras 4. Bersedia semua?” tanya Nik Akhil yang sudah bersedia untuk
menyentuh suis lif yang bercahaya itu.
Mereka
membalas dengan anggukan. Dengan lafaz bismillah, Nik Akhil menyentuh suis lif
itu. Gegaran selama seminit berlaku.
“Eh?”
Siti Syazanah terasa jaket yang menutup matanya dileraikan.
Secara
perlahan-lahan, dia membuka matanya. Tidak lama kemudian, jaket tersebut sudah
terletak kemas pada tubuhnya.
“Tak
apalah, Nik Akhil. Saya ada kot saya dalam beg saya,” kata Siti Syazanah sambil
menanggalkan jaket jejaka itu.
“Pakai
jelah. Sekarang ni musim sejuk,” tegas suara Nik Akhil tanpa memandang wajah
gadis itu.
“O..ok,”
jaket tersebut dipakaikan kembali pada tubuhnya.
“Saya
rasa, lebih baik korang berdua ni kahwin je. Dah terlampau ‘sweet’ Ed tengok,” usik Shasya Edrina sambil memakai baju sejuknya
yang diambil dari beg miliknya.
“Biar
saya dan Raz jadi saksi semasa akad korang nanti ye,” Tengku Ehsan turut
mengenakan sahabatnya itu.
Merah
muka Siti Syazanah apabila mendengar usikan tersebut. Terdiam dia buat
seketika. Geli hati yang lain apabila melihatnya.
“Bisinglah
kau!” pantas Nik Akhil memukul belakang Tengku Ehsan.
“Aduh!
Sakitlah, Akil!” kesakitan Tengku Ehsan sambil mengusap belakangnya yang
dipukul tadi.
“Macam-macamlah
korang ni. Sudah sudah. Kita berehat
dulu. Selepas semua dah bersedia, baru kita keluar,” bersuara Ismail Razak.
Mereka
hanya akur dengan arahan jejaka yang sentiasa mengetuai sejak mereka tiba di
alam aneh itu.
No comments:
Post a Comment