NOVEL : PENGEMBARAAN KE ALAM ANEH
BAB 11- KEMALANGAN
“Lamanya
korang dating. Penat kami tunggu,” usik Nik Akhil apabila Ismail Razak dan
Shasya Edrina tiba di tepi sungai.
“Hehehe,”
tersengih Shasya Edrina sebelum berjalan ke arah dua orang gadis yang sedang
duduk di atas tanah.
“Maaf
kami lambat. Ini talinya. Boleh kita mulakan sekarang?” ujar Ismail Razak
sambil menunjukkan beberapa gulung dahan pada bahunya.
Dahan
yang berupa tali itu diletakkan di atas tanah. Tengku Ehsan membelek dahan
tersebut.
“Kita
gabungkan kesemua dahan ni dulu. Lepas tu, kita ikat dahan ni pada badan pokok
di tengah-tengah tu. Hujung dahan ni akan ditarik di seberang sungai ni
manakala hujung satu lagi akan ditarik di sini,” Tengku Ehsan menerangkan
strategi mereka kepada Ismail Razak dan Shasya Edrina.
“Kita
tarik pokok tu mengikut aliran arus sungai tau,” sambung Nur Halimah.
“Ada
satu benda saya tak setuju,” semua memandang wajah Nik Akhil apabila dia
berkata begitu.
“Saya
tak setuju jika perempuan dan lelaki dipisahkan. Kekuatan lelaki dan perempuan
tidak sama. Jadi, dua lelaki dan sorang perempuan akan tarik dahan ni di
seberang sana. Yang lain akan tarik di sini,” sambung Nik Akhil.
“Saya
nak membantah,” lawan Siti Syazanah.
“Mungkin
benar apa yang dikatakan awak tu. Tapi, jika kami bertiga perempuan menarik
dahan ni dengan jarak yang lebih dekat dengan ‘pendinding’ tu, dan yang jejaka-jejaka pula menarik dahan ni
dengan jarak yang agak jauh sedikit dari kami, kekuatan kita akan sama. Jadi,
adil, kan?” hujah Siti Syazanah.
Nik
Akhil memandang tajam ke arah mata Siti Syazanah. Geram dia kerana ada sahaja
kata-kata yang bijaksana dari mulut gadis itu. Yang lain hanya memandang Nik
Akhil dan Siti Syazanah yang saling berpandangan bersilih ganti.
“Ok
ok. Jadi, kita ambil idea Syaza memandangkan Akil sudah kehilangan kata-kata,”
bersuara Tengku Ehsan.
Nur
Halimah menahan ketawanya apabila mendengar kata-kata jejaka itu. Mereka berdua
tahu bahawa Nik Akhil enggan berpisah dengan Siti Syazanah. Disebabkan itu
berlakunya perbalahan tadi.
Nik
Akhil mendengus dengan kasar sebelum mengambil dahan yang sudah berupa tali
yang panjang itu. Dia terus bergerak ke arah longgokan pokok-pokok yang berada
di tengah sungai tersebut.
“Dia
marah ke?” risau Siti Syazanah apabila menyedari wajah merajuk Nik Akhil
sebentar tadi.
“Pandai-pandailah
kau pujuk dia nanti. Jom, Raz,” balas Tengku Ehsan.
“Hati-hati
ye, korang,” pesan Ismail Razak sebelum mengekori langkah Tengku Ehsan.
“Lelaki
memang macam tu, Syaza. Ego mereka terlalu tinggi. Tidak boleh terima
kekalahan,” pujuk Nur Halimah apabila melihat wajah muram sahabatnya itu.
“Ima,
Syaza, mereka sudah siap ikat pokok tu. Bersiap sedia untuk tarik tali ni,”
panggil Shasya Edrina yang memegang hujung dahan itu.
Mereka
berdua mendekati Shasya Edrina. Sang jejaka sudah berada di seberang sungai
selepas menyeberang dengan melalui ‘pendinding’
itu. Tengku Ehsan memberi isyarat sebelum mereka menarik dahan tersebut.
Pokok
yang berada di tengah ‘pendinding’ itu
mula bergerak. Dengan bantuan arus sungai, pokok tersebut bergerak. Sungai mula
memenuhi kawasan yang kering-kontang itu. Lega mereka kerana berjaya
menyelesaikan tugasan kedua.
Namun,
kegembiraan mereka tidak lama apabila Shasya Edrina ditarik masuk ke dalam
sungai kerana dahan yang dibelit pada tapak tangannya tidak dileraikan.
“Ed!”
Siti
Syazanah dan Nur Halimah yang ingin menarik tangan Shasya Edrina daripada
ditarik turut terjatuh ke dalam sungai.
“Syaza!”
“Ima!”
Cemas
ketiga-tiga jejaka itu.
“Dush!”
Tidak
sempat mereka terjun ke dalam sungai apabila ternampak satu lembaga sudah
terjun ke dalam sungai. Serigala berkepala tiga itu menggigit badan ketiga-tiga
gadis itu sebelum membawa mereka ke darat.
Makhluk
itu meletakkan sang gadis di hadapan sang jejaka yang sudah cemas itu.
“Uhuk
uhuk!” terbatuk-batuk gadis-gadis itu.
“Korang
ok tak ni?” tanya Ismail Razak.
Mereka
bertiga membalas dengan anggukan.
“Maaf
Raz. Ed tak sengaja mungkiri janji kita,” kesal Shasya Edrina selepas melihat
wajah risau Ismail Razak.
“Tak
apa. Asalkan korang selamat,” balas Ismail Razak.
“Itulah.
Degil sangat nak berbalah dengan saya tadi,” geram Nik Akhil melemparkan
jelingan tajam pada Siti Syazanah.
“Maaf,
Nik Akhil,” sedih muka Siti Syazanah.
Tidak
sanggup dia membalas jelingan jejaka itu.
“Lain
kali dengar cakap orang. Saya buat macam tu mesti ada sebab. Bukan saja-saja
saya nak buat tau,” bebel Nik Akhil.
“Ye,
saya tahu. Janganlah marah, Nik Akhil,” air mata Siti Syazanah sudah mengalir.
“Akil,
mereka masih takut tu. Simpan dulu panas baran kamu tu,” tegas suara Ismail
Razak apabila melihat tubuh ketiga-tiga gadis itu menggigil.
“Nah,
pakai kemeja ni,” Tengku Ehsan menghulurkan kemejanya yang diambil dari beg
galasnya kepada Nur Halimah.
“Ed,
pakai jaket saya ni dulu. Nanti selsema pula,” kata Ismail Razak sambil
menghulurkan jaket yang dipakainya kepada Shasya Edrina.
Kesian
mereka melihat gadis-gadis itu kebasahan.
“Awak
buat apa tu, Nik Akhil?” tegur Siti Syazanah apabila jejaka itu sedang
menyelongkar beg galas miliknya.
Kot
hitam dikeluarkan dari beg milik gadis itu. Nik Akhil mencampak kot tersebut
pada paha Siti Syazanah sebelum menjauhi gadis itu. Dia berjalan meninggalkan
yang lain tanpa menoleh ke belakang.
“Dia
masih marah lagi,” sedih suara Siti Syazanah.
“Nanti
dia ‘sejuk’lah tu,” pujuk Ismail
Razak.
Sang
jejaka mendekati serigala berkepala tiga yang sedang menggoyangkan tubuh
badannya untuk mengeringkan badan.
“Terima
kasih korang kerana menyelamatkan mereka,” perlahan suara Nik Akhil sambil
mengusap badan makhluk itu.
“Kami
hanya membalas jasa kalian sahaja, wahai manusia,” kata Comel 1.
“Terima
kasih, wahai manusia kerana membantu makhluk-makhluk di sini. Tanpa sumber air
ini, kami pasti akan mati,” ucap Comel 2.
“Sudah
menjadi tanggungjawab kami untuk membantu hidupan di alam ini,” balas Ismail
Razak.
Senyuman
terukir pada bibir keenam-enam manusia itu. Serigala berkepala tiga itu
membalas dengan senyuman. Selepas mengucapkan terima kasih, mereka berjalan
menuju ke pokok tua yang bernyawa itu.
*****
“Terima
kasih banyak-banyak, wahai manusia. Sekarang, kami berasa kembali bertenaga dan
sihat seperti sedia kala. Terima kasih kerana membantu kami,” gembira suara
pokok tua itu.
“Sama-sama.
Kami hanya membantu apa yang perlu sahaja,” ujar Ismail Razak.
“Eh?
Baju dan badan Ed dah keringlah,” kata Shasya Edrina sambil membelek-belek baju
dan tudungnya.
“Kami
pun,” serentak Siti Syazanah dan Nur Halimah.
“Mungkin
disebabkan oleh cahaya bahang di tempat ini,” teka Tengku Ehsan.
“Nah,
Raz. Terima kasih kerana memberi pinjam jaket,” lebar senyuman Shasya Edrina
ketika memulangkan jaket jejaka itu.
“Sama-sama.
Baguslah kalau korang sudah panas. Risau je nanti ada yang demam,” balas Ismail
Razak sambil mengambil jaketnya semula.
“Nah,
Izan. Terima kasih,” ucap Nur Halimah sambil menghulurkan kemeja yang dilipat
kemas kepada pemilik asalnya.
“Kau
simpan jelah kemeja tu,” kata Tengku Ehsan.
“Tapi,
ini kemeja awak, Izan,” pelik Nur Halimah.
“Tak
apa. Belambak saya ada kemeja tu di rumah. Setakat satu ni, tak hairanlah,”
balas Tengku Ehsan.
“Ye
ke? Tak apalah kalau begitu. Terima kasih,” senyum Nur Halimah sebelum
memasukkan kemeja tersebut ke dalam beg galasnya.
Siti
Syazanah memandang ke arah Nik Akhil yang sudah berjalan menuju ke lubang pokok
kediaman mereka. Gadis itu berlari mengejar jejaka tersebut.
“Nik
Akhil! Tunggu!” panggil Siti Syazanah.
Secara
tiba-tiba, Nik Akhil berhenti melangkah menyebabkan belakang jejaka itu
dilanggar oleh Siti Syazanah.
“Aduh!”
kesakitan Siti Syazanah apabila hidungnya menjadi mangsa pelanggaran itu.
Nik
Akhil menoleh ke belakang memandang wajah gadis itu yang sedang mengusap
hidungnya yang merah.
“Kenapa
berhenti tiba-tiba? Sakit tau!” cemberut muka Siti Syazanah.
“Siapa
suruh kau berlari-lari? Nanti jatuh, siapa yang susah? Kenapa degil sangat ni,
Siti Syazanah?” tegas suara Nik Akhil.
Tersentak
gadis itu mendengar tengkingan jejaka itu. Pandangan dijatuhkan pada kakinya.
“Awak
masih marah lagi ke pasal tadi? Saya nak minta maaf sebab tidak dengar cakap
awak tadi. Saya juga nak minta maaf sebab menyebabkan awak marah tadi. Awak tak
nak maafkan saya ke?” sedih suara Siti Syazanah.
Nik
Akhil mendengus dengan kasar. Hatinya mudah lembut apabila mendengar suara
lembut itu.
“Tahu
tak tadi, saya boleh sakit jantung tau! Kalau saya tahu kejadian tu akan
berlaku, dah lama saya mengheret awak ke seberang tadi. Lain kali, jangan nak
memandai sangat. Ini kali terakhir saya beri amaran pada awak,” panjang bebelan
Nik Akhil.
Terkedu
gadis itu. Wajahnya didongakkan memandang jejaka di hadapannya.
“Awak
nak cakap apa-apa ke?” tanya Nik Akhil apabila melihat muka Siti Syazanah
seperti ingin berkata sesuatu.
“Bila
kali pertama awak memberi amaran pada saya?” soal gadis yang lurus itu.
“Anggap
jelah sebelum ini saya pernah beri amaran pada awak,” balas Nik Akhil yang
sudah mengalihkan pandangannya.
Dia
berfikir sama ada dia pernah memberi amaran pada gadis itu ataupun tidak.
Tersenyum Siti Syazanah melihat muka Nik Akhil yang sedang berfikir itu. Sengaja dia mengenakan jejaka itu.
“Nik
Akhil, boleh pulangkan beg saya tak? Sampai bila awak nak bawa beg saya tu?”
pinta Siti Syazanah sambil menghulurkan kedua-dua tangannya.
“Tak
nak,” sempat Nik Akhil menjelir lidahnya pada gadis itu sebelum menyambung
perjalanannya menuju ke lubang pokok.
“Nik
Akhil!” panggil Siti Syazanah sambil mempercepatkan langkahnya ke arah jejaka
itu.
“Mereka
berdua tu ada apa-apa ke?” soal Shasya Edrina apabila melihat Ismail Razak
senyum lebar.
“Akil
tak nak bagi beg Syaza semula sebab dalam beg tu ada beberapa botol yang diisi
dengan air sungai tadi. Tapi, Syaza tak tahu. Sebab tu Akil kenakan dia.
Lagipun, dia suka bila Syaza menumpukan perhatian pada dia saja,” terang Ismail
Razak.
“Ooh,”
angguk Shasya Edrina tanda faham.
“Sabar
je Syaza melayan karenah Akil tu,” geli hati Nur Halimah selepas melihat
situasi tadi.
“Biasalah
tu. Si Akil tu kan KL gengster. Asyik nak perhatian je,” perli Tengku Ehsan
yang sudah mengenali rakannya itu.
“Gengster?!”
terbeliak mata mereka bertiga.
“Patutlah
dia selalu panas baran je,” terkejut Shasya Edrina.
“Syaza
tahu tak, Izan?”
Soalan
Nur Halimah dijawab dengan gelengan kepala.
“Harap
Syaza menerima Akil selepas dia tahu rahsia ni,” berdoa Ismail Razak.
“Aminn,”
serentak yang lain.
No comments:
Post a Comment