NOVEL : PENGEMBARAAN KE ALAM ANEH
BAB 8- Tugasan Kedua
“Apa
dah berlaku sebenarnya?” tertanya-tanya Ismail Razak.
“Kau
buat apa tadi, Syaza?” soal Tengku Ehsan dengan nada yang tegas.
“Ma..maaf.
Saya ternampak sesuatu berkelipan di dinding ni. Jadi, saya pegangnya.
Tiba-tiba saja berlaku gempa bumi tadi. Maafkan saya,” kesal Siti Syazanah.
Shasya
Edrina memeluk Siti Syazanah dengan erat sambil mengusap belakang badan
sahabatnya itu. Kurang sikit gigilan gadis itu. Mata Nik Akhil tajam menikam
mata Tengku Ehsan.
Tengku
Ehsan mula gerun terus mengalihkan pandangannya.
“Korang
tak rasa panas ke? Berpeluh dah saya ni,” kata Ismail Razak sambil mengesat
peluhnya yang mengalir.
“Saya
rasa sesuatu telah berlaku di luar walaupun di dalam ni tiada kerosakkan yang
berlaku akibat gegaran tadi. Saya ada firasat yang tidak baik sekarang,” luah
Nur Halimah.
“Kalau
benar apa yang dikatakan Ima, saya rasa lebih baik kita berehat dulu. Selepas
tu, baru kita keluar dari lubang ni,” cadang Ismail Razak.
“Saya
setuju,” serentak yang lain.
Mereka
kembali baring di tempat masing-masing. Kawasan lelaki dan kawasan perempuan
agak jauh supaya tiada perkara buruk yang berlaku.
*****
Nik
Akhil terjaga dari lenanya. Dia bingkas bangun dari pembaringan. Dia memeluk
lututnya sambil memandang wajah bersih Siti Syazanah yang sedang dibuai mimpi.
Tersenyumnya melihat wajah lena itu. Dia pun tidak sedar dia sudah mula jatuh sayang
pada gadis itu. Buat pertama kalinya dia mempunyai perasaan itu kepada
seseorang yang bukan darah dagingnya.
“Erm?”
Ismail Razak mengeliat sebelum bangun dari pembaringannya.
“Sedapnya
tidur. Eh? Awal Akil bangun,” sapa Ismail Razak apabila melihat Nik Akhil yang
bersebelahan dengannya sudah terjaga dari tidur.
“Tak
awal mana pun. Ini pun baru bangun je,” balas Nik Akhil sambil mengemas tempat
tidurnya.
“Kenapa
macam ceria je muka Akil?” pelik Ismail Razak melihat wajah ceria Nik Akhil
yang sedang melipat jaketnya.
“Mana
ada ceria. Memandai je Raz ni,” balas Nik Akhil.
“Bangun-bangun
terus tengok wajah kesayangannya. Mestilah dia ceria, Raz,” terkejut mereka
mendengar suara yang serak basah itu.
“Kau
dah bangun ke, Izan? Ke kau mengigau?” pelik Ismail Razak sambil memandang Tengku
Ehsan yang masih memejamkan matanya.
“Bangun
dah,” Tengku Ehsan terus bangkit dari pembaringannya.
Dia
memandang Nik Akhil sambil tersenyum sinis.
“Sempatlah
juga melihat wajah jatuh cinta sorang tu,” ejek Tengku Ehsan.
“Apa
maksud kau, Izan?” pening Ismail Razak.
Wajah
Nik Akhil dan Tengku Ehsan dipandang bersilih ganti.
“Nak
kena kau ni!” jaket yang dilipatnya terus dilempar pada muka Tengku Ehsan.
Tengku
Ehsan sempat menyambut jaket itu sebelum membalingnya kembali kepada Nik Akhil.
Jaket tersebut disambut kasar oleh Nik Akhil.
“Main-main
pula korang ni,” Ismail Razak hanya menggelengkan kepalanya.
“Apa
yang bising-bising ni?” terjaga Shasya Edrina kerana suara sang jejaka yang
mengganggu lenanya.
“Sesi
senaman panas,” serentak Nik Akhil dan Tengku Ehsan menjawab.
“Hahaha.
Ada-ada je korang berdua ni,” geli hati Ismail Razak dengan sikap dua
sahabatnya itu.
Mula-mula
bergaduh seperti anjing dengan kucing. Sekarang, sekepala pula seperti
belangkas. Bingung Shasya Edrina melihat ketiga-tiga jejaka itu.
“Dahlah.
Baik kita bersiap sekarang. Ed, tolong kejutkan Syaza dan Ima. Kita dah nak
keluar ni,” kata Ismail Razak.
Shasya
Edrina akur dengan perintah jejaka itu sebelum mengejutkan lena dua sahabatnya
itu.
*****
“Panasnya!”
Nik
Akhil yang sudah tidak dapat menahan kepanasan terus membuka bajunya yang
berlengan panjang itu.
“Betul
tu!” Tengku Ehsan turut membuka bajunya.
Mereka
hanya berpakaian baju dalam (singlet)
berlengan pendek berwarna hitam sahaja.
“Apa
korang buat ni?! Tak tahu malu ke?!” marah Shasya Edrina yang sudah menutup
mukanya menggunakan tangan.
Siti
Syazanah dan Nur Halimah sudah membelakangi jejaka-jejaka itu sambil memejamkan
mata masing-masing.
“Apa
pulanya? Kami masih berbaju dan berseluar. Bukan bogel pun,” bidas Nik Akhil.
“Kami
yang pakai tudung, berbaju lengan panjang dan berstokin pun tak macam tu tau!”
lawan Shasya Edrina.
“Sebab
itu memang aurat korang. Kami pun masih menjaga aurat kami tau,” sampuk Tengku
Ehsan.
“Macam-macam
korang ni. Akil, Izan, pakai t-shirt lengan pendek saya ni. Kebetulan saya ada
bawa ni,” kata Ismail Razak sebelum memberikan dua baju berlengan pendek kepada
sahabat-sahabatnya itu.
Baju
tersebut dikeluarkan dari beg galasnya. Mereka menyambut huluran Ismail Razak
lalu memakai baju tersebut.
“Dah.
Kami dah siap salin baju. Tak perlu nak malu sangatlah,” pedas mulut Nik Akhil.
Sang
gadis mula membuka matanya dan memandang jejaka-jejaka di hadapannya itu. Sudah
lengkap berpakaian. Alhamdulillah. Lega mereka. Terjaga juga mata mereka
daripada melihat baju dalam yang ketat menampakkan bentuk badan Nik Akhil dan
Tengku Ehsan tadi.
“Jom
kita tengok keadaan di luar,” kata Tengku Ehsan.
Mereka
berjalan ke lubang keluar pokok itu. Tergamam mereka apabila melihat mereka
berada di tempat yang asing. Mereka di kelilingi pokok-pokok yang tidak
bermaya. Tiada lagi daun-daun kering yang banyak bertaburan di atas tanah. Cahaya
matahari yang menyinari kawasan itu sangat bahang. Mereka sudah mula berpeluh.
“Kita
di mana ni? Mana Akitty dan Bbetty?” risau Shasya Edrina.
“Adakah
disebabkan gempa bumi tu?” teka Tengku Ehsan.
“Jadi,
kemungkinan besar, kita ada tugasan baru yang perlu diselesaikan,” bicara
Ismail Razak.
“Kenapa
ni, Ima?” soal Siti Syazanah apabila melihat gadis di sampingnya hanya merenung
sebuah pokok sejak tadi.
“Ima
ada firasat apa-apa ke?” tanya Shasya Edrina sambil mendekati gadis itu.
“Saya
rasa ada sesuatu pada pokok itu,” lembut suara Nur Halimah sambil menunding
jarinya pada sebuah pokok yang jauh dari kawasan mereka.
“Boleh
ke percaya dengan firasat kau tu?” selamba Tengku Ehsan.
“Tak
baik cakap macam tu, Izan! Siapa yang jinakkan dua makhluk gergasi tu kalau
bukan Ima? Kalau tak, mesti kita sudah mati tau!” geram Shasya Edrina.
“Ed,
tak baik cakap macam tu. Jangan main-main dengan kematian tau,” pesan Ismail
Razak agak tegas memandang wajah Shasya Edrina.
“Tapi,
Izan yang..,” sedih muka Shasya Edrina kerana ditegur oleh jejaka itu.
“Kamu
pun, Izan. Apa salahnya kita percaya dan mencuba dulu. Kalau tak cuba, mana kita
nak tahu, kan?” sambung Ismail Razak sambil memandang Tengku Ehsan.
Tengku
Ehsan melepaskan keluhan yang berat sebelum memandang Nur Halimah. Gadis itu
hanya tersenyum tawar membalas pandangan Tengku Ehsan. Mungkin dia terasa
dengan kata-kata jejaka itu.
“Saya
minta maaf,” laju percakapan Tengku Ehsan.
“Macam
tak ikhlas je,” perli Nik Akhil.
“Kau
apahal, hah?” balas Tengku Ehsan dengan nada yang marah.
Matanya
menjeling tajam ke arah Nik Akhil.
“Dah
dah. Izan tak bersalah pun. Dia hanya memberi pendapat dia sahaja,” celah Nur
Halimah supaya tidak berlaku pergaduhan.
“Ok
ok. Jom kita pergi tengok keadaan pokok tu,” kata Ismail Razak.
Mereka
berjalan menuju ke pokok yang dimaksudkan oleh Nur Halimah tersebut. Semakin
mereka mendekati pokok itu, semakin jelas suara tangisan kedengaran. Perasaan
takut mula menyelubungi mereka.
Tanpa
sedar, Nur Halimah, Siti Syazanah dan Shasya Edrina sudah berjalan sambil
berpelukan lengan antara satu sama lain. Langkah mereka turut diperlahankan.
Sang
jejaka memberanikan diri mereka menghadap pokok yang sedang menangis itu.
Saiznya agak besar cuma keadaannya agak tidak bermaya.
“Ke…kenapa
kamu menangis, wahai pokok?” teragak-agak Ismail Razak bertanya kepada pokok
itu.
Pokok
itu bernyawa. Mempunyai sepasang mata dan mulut. Pokok itu menangis tanpa
mengeluarkan air matanya. Semakin banyak dia menangis, semakin banyak
daun-daunnya gugur. Mungkin daun-daunnya itu merupakan air matanya? Mereka pun
tidak pasti.
Sang
gadis sudah berdiri di belakang sang jejaka. Sempat mereka mengintai pokok itu.
No comments:
Post a Comment