NOVEL : PENGEMBARAAN KE ALAM ANEH
BAB 10 - MARAH
Mereka
menjauhkan diri dari makhluk berkepala tiga itu apabila makhluk itu sedang
bangun dari pembaringannya.
“Jangan
banyak bergerak, Comel,” risau Shasya Edrina.
“Comel?”
pelik makhluk itu.
“Tengok.
Mereka pun tak suka kau panggil mereka macam tu,” ujar Tengku Ehsan.
“Nama
kami ke? Kalau begitu, saya Comel 1, dia Comel 2 dan tu Comel 3,” kata Comel 1.
“Hahaha.
Siapa kata mereka tak suka nama tu? Mereka suka dengan nama yang saya beri tau,”
gembira Shasya Edrina sambil memeluk kepala Comel 1.
Ismail
Razak menggelengkan kepalanya sambil tersenyum lebar memandang gadis itu. Sikap
gadis itu sentiasa mencuit hatinya sejak pertama kali mereka bertemu.
“Terima
kasih, wahai manusia. Terima kasih kerana telah merawat luka kami,” ucap Comel
1.
“Sama-sama.
Tapi, macam mana korang boleh cedera sampai macam ni?” soal Ismail Razak.
“Kami
berjalan di tepi sungai tadi untuk beristirehat. Tiba-tiba kami ternampak
sepohon pokok yang tumbang terapung dibawa arus sungai. Kami ingin mengambil
pokok itu namun kami hilang keseimbangan dan terjatuh ke dalam sungai. Perut
kami terlanggar dengan batu yang berada di tepi sungai. Sebab itu kami cedera,”
cerita Comel 2.
“Mesti
batu tu agak tajam sampai kalian cedera macam ni,” perlahan suara Siti Syazanah
yang menahan sebaknya sambil mengusap perut yang berbalut itu.
“Jadi,
koranglah penjaga kawasan ni?” soal Nik Akhil.
“Ye,”
serentak ketiga-tiga kepala itu.
“Boleh
kami tahu di mana sumber air yang digunakan oleh pokok-pokok di tempat ni?”
tanya Tengku Ehsan pula.
“Kalian
hanya perlu berjalan di sana. Nanti kalian akan menjumpai sungai. Sungai
merupakan sumber air untuk semua hidupan di sini,” jawab Comel 3 sambil
tangannya menunding ke arah kirinya.
“Terima
kasih kerana memberitahu kami, Comel,” ucap Ismail Razak.
“Maafkan
kami kerana tidak dapat menunjukkan jalan kepada kalian,” kata Comel 1.
“Tidak
mengapa. Kalian perlu banyakkan berehat supaya kalian cepat sembuh. Kami pergi
dulu ye,” ujar Siti Syazanah selepas selesai mengemas peralatan perubatannya.
“Nanti
kita berjumpa lagi, Comel 1, Comel 2 dan Comel 3,” ceria muka Shasya Edrina.
“Jaga
diri ye, Comel,” lembut suara Nur Halimah sambil mengusap tangan makhluk itu.
“Jangan
risau pasal alam ni. Kami akan cuba bantu kalian,” senget senyuman Nik Akhil
sebelum mendekati Siti Syazanah.
Beg
galas Siti Syazanah diambil dengan kasar sebelum dia membawanya.
“Nik
Akhil!” geram Siti Syazanah kerana mengejutkannya.
Secara
tiba-tiba saja beg galasnya ditarik kasar oleh jejaka itu. Matanya tajam
memandang Nik Akhil yang sudah berjalan mendahuluinya itu.
“Bye,”
lambai Tengku Ehsan pada makhluk itu sebelum mereka hilang dari pandangan.
“Betul
ke mereka mampu untuk membantu kita?” kata Comel 1.
“Mereka
seperti dua manusia yang pernah membantu kita sebelum ni,” ujar Comel 2.
“Mungkin
benar yang mereka akan membantu kita seperti mana dua manusia sebelum ini
membantu kita,” bersuara Comel 3.
Serigala
berkepala tiga itu cuba untuk bangun dari pembaringan mereka.
*****
Mereka
tiba di sebatang sungai yang mengalir. Tengku Ehsan tekun memandang gadis di
hadapannya yang merenung ke suatu tempat.
“Kali
ni, apa firasat kau?” soalan Tengku Ehsan menyebabkan Nur Halimah mengalihkan
pandangan ke arahnya.
Wajah
Tengku Ehsan dipandang sekilas sebelum dia kembali memandang penghujung sungai
itu.
“Saya
dapat rasakan sesuatu berlaku di sana,” kata Nur Halimah sambil menundingkan
jarinya.
“Kalau
begitu, jom kita ke sana sekarang,” bersemangat Shasya Edrina.
Mereka
berjalan ke arah tersebut. Terkejut mereka apabila melihat beberapa batang
pokok telah menghalang aliran sungai mengalir. Pokok-pokok tersebut tersusun
seperti dinding.
“Saya
pasti ini punca segala-galanya,” yakin Tengku Ehsan.
“Jadi,
kita hanya perlu mengalihkan pokok-pokok itu supaya air dapat mengalir seperti
sedia kala, kan?” kata Nik Akhil.
“Kering
kontang sungai di sebelah sini. Patutlah pokok-pokok tu tidak bermaya!” lantang
suara Shasya Edrina yang sudah berada bertentangan dengan yang lain.
“Ed,
pergi jauh dari situ. Kami nak alihkan pokok ni!” jerit Ismail Razak kepada
gadis itu.
“Saya
pun nak bantu juga!” pantas Shasya Edrina ke arah rakan-rakannya yang lain.
“Saya
cadangkan supaya korang bertiga duduk tepi saja. Nanti kalau cedera, kami juga
yang susah,” tegas suara Tengku Ehsan sambil memandang ketiga-tiga gadis itu.
“Kami
pun nak bantu juga!” degil Shasya Edrina.
“Saya
ada cadangan. Apa kata kalau kita tarik je pokok ni?” cadang Nur Halimah.
Semua
mata sudah memandang gadis itu.
“Sambung,
Ima,” arah Tengku Ehsan supaya gadis itu menyambung percakapannya.
“Mula-mula,
kita ikat tali pada badan pokok tu. Selepas itu, kita tarik sama-sama tali tu.
Jadi, air sungai dapat mengalir seperti biasa selepas pokok tu dikeluarkan dari
sungai ni,” sambung Nur Halimah.
“Persoalannya,
di mana kita nak dapatkan tali?” tanya Nik Akhil.
“Tadi
saya ada nampak dahan pokok menjalar pada pokok yang lain. Mungkin kita boleh
gunanya sebagai tali?” jawab Nur Halimah.
“Ed
pun ada nampak juga. Biar Ed ambil!” laju langkah Shasya Edrina ke arah pokok
yang dimaksudkannya.
“Ed!
Jangan bertindak bersendirian!” Ismail Razak terus berlari untuk mengejar
langkah gadis itu.
“Sayang
betul Raz pada Ed,” usik Nik Akhil.
“Macam
kau juga kan, Akil,” celah Tengku Ehsan.
“Kau
memang nak cari gaduh ke, Izan?” geram Nik Akhil.
Matanya
tajam menjeling jejaka itu.
“Gurau
saja, Akil,” kata Tengku Ehsan.
Risau
dia jika berlaku pergaduhan pula di situ. Kemudian, mereka berdua mendekati dua
gadis yang sedang mencangkung memandang ‘pendinding’
yang menghalang air sungai daripada mengalir itu.
“Apa
yang korang buat ni? Jatuh pula nanti dalam sungai,” soal Nik Akhil.
“Kami
sedang mencari punca ‘pendinding’ ni terjadi
sampai boleh menghalang aliran sungai ni. Kami rasa ianya disebabkan oleh pokok
yang berada di tengah tu. Nampak tak?” ujar Siti Syazanah sambil menunding ke
arah pokok besar yang berada di tengah-tengah ‘pendinding’ itu.
“Maksudnya,
disebabkan pokok tu, pokok-pokok lain yang dibawa arus sungai tersekat di situ.
Apabila banyak pokok tersekat di situ, maka terbentuklah ‘dinding’ tu,” sambung Nur Halimah apabila melihat wajah ‘tidak
faham’ kedua-dua jejaka itu.
“Ooh!”
serentak mereka menganggukkan kepala tanda faham.
Geli
hati sang gadis melihat mereka. Sekepala sangat. Macam kembar pun ada.
*****
“Ed,
biarlah saya yang panjat. Kenapa degil sangat ni?” tegur Ismail Razak selepas
melihat Shasya Edrina memanjat pokok besar yang dijalar dengan dahan pokok.
“Saya
sudah biasa panjat pokok di kampung. Saya ni ratu panjat tau dulu. Semua benda
saya panjat. Jangan risaulah, Raz,” balas Shasya Edrina.
Dia
duduk di atas dahan sambil menarik dahan yang menjalar. Selepas terputus dahan
tersebut, dia menggulungkannya pada lengan.
“Macam
tak cukup je ni,” fikir Shasya Edrina sebelum berdiri untuk mencapai dahan
menjalar yang agak tinggi.
“Ed,
sudahlah tu. Dah cukup tu. Cepatlah turun,” risau Ismail Razak apabila melihat
gadis yang keras kepala itu sudah menjengketkan kakinya untuk mencapai dahan
yang berada agak tinggi dari tempatnya.
“Sikit
lagi, Raz. Ok! Sudah dapat!” gadis itu berjaya mencapai dahan tersebut.
Dahan
tersebut ditariknya dengan kuat. Tanpa disangka, dahan tersebut terputus
menyebabkan gadis itu hilang keseimbangan badannya.
“Ed!”
cemas Ismail Razak.
Matanya
sudah bulat memandang situasi cemas itu.
“Pak!”
“Fuh!
Selamat,” lega Shasya Edrina apabila berjaya berpaut pada dahan yang dipijaknya
tadi.
Kakinya
hampir menjejaki tanah. Ismail Razak mendekati gadis yang sedang bergayut pada
dahan pokok itu. Dia menurunkan gadis itu selepas mengangkat tubuh Shasya
Edrina dengan memegang kedua-dua ketiak gadis itu.
“Raz?”
Takut
Shasya Edrina melihat wajah jejaka yang sedang menahan kemarahan itu. Ismail
Razak sudah mencekak pinggangnya.
“Selepas
ni, Raz tak nak tengok Ed panjat mana-mana pokok dah. Kalau Ed buat juga, Raz
tak nak kawan dan tak nak bercakap dengan Ed lagi,” tegas suara Ismail Razak.
Pertama
kali Shasya Edrina dimarahi. Seumur hidupnya, dia tidak pernah dimarahi oleh
sesiapa. Dia memuncungkan bibirnya. Pandangannya dialihkan memandang tanah.
“Maafkan
Ed, Raz. Janganlah marah, Raz. Ed cuma nak membantu. Semua rakan-rakan kita ada
kemahiran masing-masing. Cuma Ed je yang tiada kemahiran. Jadi,
sekurang-kurangnya, dapat juga Ed nak membantu korang dan alam ni,” sebak
Shasya Edrina menahan sedihnya.
Nik
Akhil sangat cekap dan tangkas, Siti Syazanah mahir dalam perubatan, Nur
Halimah mempunyai firasat yang kuat, Tengku Ehsan cerdik orangnya manakala
Ismail Razak mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi. Shasya Edrina berasa
rendah diri kerana tidak mempunyai apa-apa kemahiran.
Ismail
Razak berasa bersalah apabila melihat wajah sedih gadis itu. Dia menghela nafas
yang panjang. Tangannya sudah turun dari pinggangnya.
“Siapa
kata Ed tiada kemahiran? Masing-masing ada kemahiran tersendiri. Maafkan Raz. Raz
tak bermaksud nak tinggikan suara tadi. Raz cuma risau kalau sesuatu terjadi
pada Ed nanti. Lain kali jangan buat perkara yang Raz risau tau. Boleh sakit
jantung Raz nanti. Janji?”
Shasya
Edrina mendongakkan kepalanya memandang Ismail Razak memandangkan jejaka itu
lebih tinggi daripadanya. Wajahnya kembali ceria melihat senyuman jejaka itu.
“Ed
janji. Ed takkan buat Raz risau lepas ni. Raz jangan benci Ed ye,” matanya
dikelipkan beberapa kali.
Geli
hati Ismail Razak melihat wajah comel dan sikap manja gadis itu.
“Ye,
Shasya Edrina. Dah dah. Lama pula mereka tunggu nanti. Bagi tali tu kat Raz,”
Dahan
yang digulung pada lengan Shasya Edrina bertukar tangan. Mereka kembali ke
lokasi rakan-rakan yang lain.
No comments:
Post a Comment