NOVEL : PENGEMBARAAN KE ALAM ANEH
BAB 19- KEMBALI KE BUMI
“Alhamdulillah
semuanya sudah selesai,” lega mereka apabila sudah tiba di rumah pokok itu.
Masing-masing
sudah duduk di atas kerusi. Mereka mula mendiamkan diri masing-masing
sehinggalah Siti Syazanah bersuara.
“Korang.
Cahaya tu muncul semula,” kata Siti Syazanah sambil menunding jari pada dinding
yang mengeluarkan cahaya berbentuk suis lif.
Mereka
mengalihkan pandangan mereka melihat cahaya tersebut sebelum memandang wajah
Siti Syazanah.
“Syaza
tak rasa apa-apa ke?” soal Nur Halimah apabila gadis itu tidak seperti biasa
apabila melihat cahaya lif itu.
“Syaza
ok je, Ima. Kenapa Ima tanya?” pelik dia dengan pertanyaan gadis pemalu itu.
“Taklah.
Selalunya Syaza akan terus sentuh je cahaya tu,” sampuk Shasya Edrina.
“Mungkin
ini bermaksud kita sudah boleh kembali ke bumi,” ujar Nik Akhil.
“Maksud
Akil, lepas kita sentuh cahaya tu, kita akan kembali ke bumi ke?” pertanyaan
Tengku Ehsan dibalas dengan anggukan kepala.
“Baiklah.
Nampaknya, kita sudah sampai di pengakhiran. Sebelum kita berpisah, saya nak
cakap sesuatu,” semua mata memandang jejaka itu sambil menantikan sambungan
perbicaraannya.
“Raz
sangat gembira dan bersyukur kerana dapat bertemu dengan korang semua.
Masing-masing mempunyai ‘watak’ dan ‘perwatakan’ masing-masing.
Ada yang
sebagai penceria suasana, ada yang sebagai pelindung, ada yang membuahkan idea
dan strategi yang bernas, ada yang mengetuai setiap tugasan, ada yang mempunyai
firasat yang kuat dan ada juga yang pandai mengawal keadaam pada saat susah.
Raz
sangat berharap apabila kita kembali ke bumi, kita masih berkawan seperti mana kita
berada di sini. Terakhir dari Raz, terima kasih korang atas segala-galanya,”
sedih mereka mendengar luahan hati jejaka yang paling mereka sanjung itu.
Tidak
pernah mereka melawan arahan yang dikeluarkan oleh jejaka itu. Kalau melanggar
arahan, mungkin mereka pernah. Haha.
“Awak
ni, Raz. Sedih saya dengar tau. Macamlah kita takkan berjumpa lagi. Ed pun nak
berterima kasih juga dengan korang semua. Ed tahu yang Ed ni gedik dan selalu
fikir yang Ed paling betul dan korang semua salah. Tetapi, korang menerima Ed
dan sabar dengan karenah Ed walaupun Ed selalu bergaduh dengan Akil dan Ehsan.
Ed
pun harap bila kita kembali ke dunia kita, kita akan masih berkawan macam
sekarang ye. Ed takkan pernah lupa segala budi dan jasa yang pernah korang
berikan pada Ed sepanjang kita berada di sini. Sayang korang,” menitis air mata
Shasya Edrina ketika meluahkan perasaannya.
“Well.
Tak logiklah kalau kita berkawan tak pernah bergaduh, kan? Sedangkan orang yang
dah berumahtangga pun pernah bergaduh, inikan kita yang langsung tiada ikatan
dan pertalian. Tetapi, dengan pergaduhan, kita dapat merapatkan hubungan antara
satu sama lain kerana secara tidak langsung, kita faham dengan perangai
seseorang itu,” bersuara Nik Akhil.
“Tapi,
bergaduh selalu pun tak bagus juga, Nik Akhil,” celah Siti Syazanah.
Gelak
kecil mereka apabila mendengar teguran gadis itu.
“Ye
ye. Saya tahu. Maklumlah, saya ni kan ganas orangnya. Tapi, saya menggunakan
‘penumbuk’ saya ada sebab sebenarnya. Orang yang tahu je faham sebabnya tu.
Saya tak sangka korang akan berkomunikasi dan berkawan dengan saya memandangkan
saya ni agak panas baran orangnya.
Namun,
korang sabar dan tidak pernah menjauhkan diri korang dari saya. Sedangkan,
keluarga saya pun takut dengan sikap saya ni. Terima kasih korang sebab pernah
wujud dalam hidup Akil,” terkejut mereka apabila Nik Akhil mengubah kata nama
diri daripada saya kepada Akil.
Pertama
kali mereka mendengarnya. Tersenyum mereka untuk membalas senyuman jejaka
tersebut.
“Alhamdulillah.
Dengan kuasa dan izinNya, kita bertemu dan berpisah. InsyaAllah, ada jodoh dan
rezeki, kita akan berjumpa lagi tetapi bukan di sini. Kita akan bertemu semula
di bumi kita.
Walaupun
ianya memakan masa yang lama, Syaza yakin bahawa kita berenam pasti akan
bertemu semula. Terima kasih korang kerana mewarnai hari-hari Syaza. Gembira
Syaza sebab dapat kenal dengan korang semua yang banyak ragamnya. Hehe,” sempat
Siti Syazanah bergurau untuk menyerikan suasana.
Tergelak
kecil mereka mendengar celoteh Siti Syazanah.
“Pakwe
kaulah tu Syaza yang banyak ragam,” selamba Tengku Ehsan untuk mengenakan
pasangan itu.
“Hei!”
serentak Siti Syazanah dan Nik Akhil mendengar gurauan jejaka itu.
Tergelak
yang lain.
“Hahaha.
Gurau jelah. Nanti bila korang dah berjumpa semula, jangan lupa terus kahwin
ye,”
“Izan!”
nyaring panggilan Nik Akhil itu.
“Hahaha.
Betullah apa yang saya katakan tadi. Oklah. Tak bergurau dah,” risau Tengku
Ehsan apabila ternampak penumbuk yang ditayangkan oleh Nik Akhil kepadanya.
“Saya
tahu yang saya memang suka kenakan korang dan cerewet orangnya. Maklumlah. Saya
ni kan anak orang kaya. Hahaha,” bangga Tengku Ehsan memuji dirinya sendiri.
“Meluatnya,”
geram Nik Akhil.
“Jujur
saya kata, saya tak suka dengan perkataan ‘kawan’ ni. Sebelum ni, semua yang
dekati saya dan berlagak sebagai ‘kawan’ saya adalah dusta semata-mata. Mereka
nak ‘kawan’ dengan saya kerana saya banyak duit dan pandai orangnya.
Bila
saya tahu, saya terus menjadi bengis dan dingin. Malah, saya terus melanjutkan
pelajaran ke luar negara sebab saya enggan berjumpa dengan sesiapa yang hanya
melihat kekayaan semata-mata,” terkejut mereka apabila mengetahui kisah di
sebalik sikap Tengku Ehsan itu.
“Tetapi,
selepas mengenali korang, saya rasa lain. Sangat lain. Tidak pernah saya
bertemu dengan orang macam korang. Selalu bergaduh dengan saya. Orang yang
boleh saya kenakan dengan gurauan saya.
Saya
berasa terhibur. Kadang-kala, saya terfikir juga, kenapa baru sekarang korang
muncul? Kenapa korang tak muncul awal-awal lagi? Tetapi, kita siapa untuk
mempersoalkan takdir Allah. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Akhir
kata, terima kasih Raz, Akil, Syaza, Ed kerana menjadi kawan saya,” luah Tengku
Ehsan.
“Ima?”
tertanya-tanya mereka apabila nama gadis itu tidak disebutkan.
Bersilih
ganti mereka memandang Nur Halimah dan Tengku Ehsan. Tengku Ehsan memberi
senyuman yang manis pada gadis yang duduk di hadapan yang sedang menundukkan
wajahnya.
“Terima
kasih Ima kerana hadir dalam hidup saya dan mencuri hati saya,” terlopong mulut
semua apabila mendengar luahan cinta daripada jejaka dingin itu.
“Dahsyat
kau, Izan,” bahu jejaka itu ditumbuk lembut oleh Nik Akhil.
“Biasalah.
Dah nak habiskan kisah kita ni,” sinis senyuman Tengku Ehsan.
“Betul
ke ini merupakan kali terakhir kita bersama? Kenapa kata-kata korang semua
macam kita takkan bertemu lagi?” bercucuran air mata Nur Halimah mengalir.
“Ima,”
tangan gadis itu digenggam erat oleh Siti Syazanah dan Shasya Edrina.
“Ima
tak tahu nak cakap apa. Bagi Ima, apa yang berlaku di alam ini akan menjadi
kenangan semata-mata. Di mana kita perlu membantu semua penjaga yang memberi
kita tugasan untuk diselesaikan sebelum kita naik ke aras seterusnya.
Lepas
itu, penjaga-penjaga tu pula semuanya besar dan menakutkan. Malah, ada juga
yang cedera disebabkan kecuaian dan sikap terburu-buru. Tapi, kita berjaya selesaikannya
dengan kerjasama yang diberikan. Kalau difikirkan semula, bagaikan semuanya
adalah mimpi semata-mata,” ujar Nur Halimah.
“Ima
tak pasti sama ada Ima membantu atau pun tidak. Tetapi, korang tidak pernah
membiarkan Ima di belakang. Malah, korang juga percayakan firasat Ima walaupun
kita baru berkenalan. Ima sangat bersyukur kerana dapat berkenalan dan berkawan
dengan korang semula.
Terima
kasih Syaza, Ed, Raz, Akil dan…Izan. Tanpa korang, Ima tak dapat merasai betapa
pentingnya ‘kawan’. Ima akan sentiasa mendoakan supaya kita akan dipertemukan
semula walaupun ianya memakan masa yang lama,” sambung Nur Halimah.
“Kami
pun akan berdoa juga, Ima,” Siti Syazanah dan Shasya Edrina memeluk tubuh gadis
yang kecil itu.
*****
Selepas
siap mengemas beg dan kawasan itu, mereka berdiri berdekatan dengan cahaya yang
berbentuk suis lif itu.
“Semua
dah bersedia?”
Ismail
Razak yang sentiasa mengetuai mereka bersuara sambil memandang wajah
rakan-rakannya bersilih ganti. Mereka membalas dengan anggukan.
Sang
gadis berpegangan tangan dengan erat. Dengan lafaz bismillah, sang jejaka
menyentuk cahaya lif itu.
Cahaya
yang terang menyukarkan mereka untuk membuka mata. Selepas cahaya itu hilang,
mereka membuka mata mereka secara perlahan-lahan.
“Apa
dah terjadi?” pelik Nik Akhil yang sedang terbaring di atas katilnya.
“Abang,
cepat bangun!” tersentaknya apabila pintu biliknya dibuka.
Bingkas
dia bangun dari pembaringannya. Wajah adik perempuannya dipandang pelik.
“Eh?
Abang dah bangun dah? Biasanya liat nak bangun,” perli Nik Akhilah.
“Bisinglah
kau!” bantal yang dicampak tepat mengenai wajah adiknya.
“Sakitlah!
Beritahu kat mama. Abang jahat!” sempat dia menjelirkan lidahnya pada abangnya
sebelum berlari keluar dari bilik tersebut.
“Mengada
betul. Sikit-sikit nak mengadu,” bebel Nik Akhil sebelum turun dari katil
menuju ke bilik mandinya.
Dia
membasuh mukanya. Kemudian, matanya memandang cermin di hadapan.
“Kenapa
rasa macam sedih je? Mimpi apa ye sampai rasa sedih macam ni?” pelik Nik Akhil
dengan perasaannya itu.
Seperti
dia kehilangan sesuatu yang berharga namun dia tidak dapat mengingati perkara
itu.
Begitu
juga dengan Tengku Ehsan dan Ismail Razak. Mereka terjaga dari tidurnya.
“Kenapa
monyok je, Raz? Macam putus cinta je?” soal Ismail Razali kepada adiknya
selepas melihat adiknya termenung sambil bersandar pada kepala katil.
Dia
baru sahaja selesai membersihkan diri. Mereka adik-beradik tidur di dalam bilik
yang sama namun berlainan katil.
“Entahlah,
Along. Bila bangun tadi, Raz rasa macam terlupa sesuatu yang penting. Tapi, Raz
tak ingat apa perkara penting tu,” luah Ismail Razak.
“Mainan
tidur je tu, Raz. Dahlah. Baik kau bangun sekarang. Bukan ke kau kata nak pergi
kedai buku hari ni,” balas Ismail Razali sambil menyarung kemeja pada tubuh.
Ismail
Razak yang masih monyok mengatur langkahnya ke bilik mandi.
“Harap
ianya hanya mainan tidur sahaja,” berharap Ismail Razak.
Manakala,
di pihak Tengku Ehsan, kedua-dua tangannya sudah naik memegang kepalanya.
“Kenapa?
Kenapa saya tak ingat benda tu? Benda apa yang saya tak ingat sampai saya rasa
nak menangis ni!” raungan Tengku Ehsan didengari oleh kedua ibu bapanya.
Pantas
mereka masuk ke dalam bilik anak tunggalnya itu. Ibu kepada jejaka itu memeluk
tubuh anaknya dengan erat.
“Kenapa
ni, sayang? Sayang sakit ke?” risau ibunya.
“Mummy,
kenapa dengan Izan? Kenapa Izan tak boleh ingat benda penting tu, mummy?” sedih
Tengku Ehsan.
“Apa
benda penting tu, Izan? Cuba beritahu kami,” pelik ayahnya melihat sikap
anaknya itu.
Tengku
Ehsan membalas dengan menggeleng kepalanya.
“Izan
tak ingat, daddy. Izan tak ingat benda penting tu. Kenapa, mummy, daddy?”
Ibu
dan ayah Tengku Ehsan saling berpandangan antara satu sama lain. Risau dan
pelik bercampur melihat perangai anak tunggalnya itu.
Shasya
Edrina pula dipujuk dan dipeluk oleh kedua-dua ibu bapanya. Terkejut mereka
apabila melihat anak gadisnya itu menangis apabila terjaga dari tidurnya.
Apabila ditanya sebab dia menangis, gadis itu hanya membalas “tak tahu”.
“Sabar,
dik. Ingat pada Allah. InsyaAllah adik akan ingat benda penting tu,” pujuk Siti
Syuzanah, iaitu kakak kandung kepada Siti Syazanah.
Teresak-esak
Siti Syazanah menangis di dalam pangkuan kakaknya.
“Kenapa
awak menangis ni, Ima? Awak mimpi ngeri ke?” gelisah Hazimah apabila sepupunya
yang tidur sebilik dengannya menangis secara tiba-tiba.
Tubuh
gadis itu dipeluknya dengan erat.
“Kenapa
tu, dik?” tanya abang Hazimah, iaitu Hazim.
Hazimah
hanya membalas dengan gelengan kepala sambil mengerutkan dahinya. Tangannya
mengusap lembut belakang gadis itu. Tidak pernah mereka berdua melihat gadis
pemalu itu menangis sebegitu.
Selepas
kembali ke bumi semula, kehidupan mereka menjadi seperti sedia kala cuma semua peristiwa
berkaitan dengan alam aneh telah dipadamkan dalam ingatan mereka. Masa yang
berlalu sepanjang mereka di alam aneh tidak berganjak sedikit pun.
Oleh
itu, kehilangan mereka sebelum ini langsung tidak pernah berlaku di dunia
mereka. Disebabkan hubungan yang kuat di antara mereka, mereka dapat merasai
sesuatu yang penting bagi mereka namun tidak dapat memikirkan perkara itu.
Hari
demi hari berlalu. Bulan demi bulan berlalu. Tahun demi tahun mula berlalu.
Sehinggalah mereka ditakdirkan untuk bertemu semula.
~TAMAT~
No comments:
Post a Comment