CERPEN : SUAMIKU PONDAN
BAB 7 - REDHA
“Ya
Allah. Anak ibu!” apabila melangkah masuk ke dalam wad Fiona, tubuh ketiga-tiga
anak gadisnya dipeluk erat oleh Puan Hanisah.
“Ibu!”
hambur tangisan ketiga-tiga gadis itu di dalam dakapan ibu yang dirinduinya.
Naim,
Ikram dan Zul Hanif yang turut berada di situ bersalaman dengan Encik Hairol.
“Anak-anak
ibu sihat?” tanya Puan Hanisah sambil mencium pipi anak-anak gadisnya.
“Alhamdulillah
kami sihat, ibu,” jawab Ayuni.
“Cuma,
Ashraf…,” tergantung ayat Ainuri sambil memandang wajah ibu dan ayahnya.
Puan
Hanisah dan Encik Hairol hanya menganggukkan kepalanya kerana memahami sifat
anak lelaki mereka. Mereka agak terkejut apabila diberitahu bahawa anak lelaki
mereka turut pulang ke Malaysia mengikuti anak-anak gadis mereka.
Rupa-rupanya,
inilah firasat seorang suami. Luluh hati mereka apabila melihat satu-satunya
menantu perempuan mereka terlantar di atas katil tidak sedarkan diri. Kepala
pula berbalut walaupun sudah dilitupi dengan tudung.
Dahi
Fiona dikucup lembut. Air mata Puan Hanisah masih mengalir ketika dia mengusap kepala
menantu perempuannya. Manakala Encik Hairol memeluk tubuh anak-anak gadisnya.
“Ayah,
Ashraf mengamuk tadi. Tangannya berdarah sebab dia tumbuk dinding tadi,” luah
Asmina pada ayahnya.
“Mari
kita cari dia ye, nak,” pujuk Encik Hairol.
**********
“…Aku
tak kuat, Ya Allah. Sembuhkanlah isteriku, Ya Allah. Sedarkanlah dia dari koma.
Berikanlah kesembuhan yang cepat pada dia. Aku memohon padaMu, Ya Allah. Aku
lebih rela diberikan kesakitan yang dialami oleh isteriku. Sudah banyak ujian
yang menimpa dia sejak dia kecil lagi. Saya tak sanggup melihat dia menderita
lagi, Ya Allah,” berdoa Ashraf sambil menadah tangannya.
Lama
dia duduk di atas sejadah selepas mengaminkan doanya. Air matanya masih
bercucuran mengalir dengan deras. Dia tersentak apabila bahunya dipegang dari
belakang lalu ditolehkan kepalanya.
“Bawa
bersabar, nak,” tubuh anak lelakinya ditarik masuk ke dalam dakapannya.
“Ayah.
Ashraf tak kuat, ayah,” teresak-esak Ashraf semasa memeluk tubuh ayahnya.
“Ashraf,
sebagai seorang suami, Ashraf kena kuat. Bukankah Fiona itu berasal daripada
tulang rusuk kiri Ashraf. Jika pemiliknya tidak kuat, bagaimana orang yang
memilikinya nak kuat, kan? Jadi, Ashraf kenalah kuat dan tabah ye,” pujuk Encik
Hairol walaupun ada ketegasan.
“Betul
tu, Ashraf. Ashraf kena redha dengan ketentuanNya. Setiap yang berlaku pasti
ada hikmahnya,” kata Naim sambil mengusap kepala Ashraf.
“Mungkin
Allah nak bagi Ashraf meluangkan masa dengan isteri Ashraf. Jangan kita fikir
yang negatif saja, Ashraf. Allah tidak melakukan sesuatu itu dengan sia-sia.
Pasti ada hikmah untuk Ashraf, untuk isteri Ashraf dan untuk kita semua,” ujar
Ikram pula yang sedang memegang erat bahu kiri Ashraf.
“Betul
tu. Di sebalik ujian yang melanda, pasti ada kebahagian di sebaliknya. Jangan
berputus asa untuk berdoa ye, Ashraf,” celah Zul Hanif sambil memegang bahu
kanan Ashraf.
“Ayah..Abang
Naim..Abang Ikram..Abang Zul..Terima kasih,” terharu Ashraf.
Ketika
dia merasai dirinya keseorangan, rupa-rupanya ada orang yang sentiasa bersamanya
untuk memberi nasihat dan semangat kepadanya.
“Betul
apa yang mereka kata tu, Ashraf. Fiona sangat sayangkan Ashraf. Setiap hari dia
mendoakan suaminya serta orang di sekelilingnya. Malah, dia juga tidak pernah
malu untuk memberitahu orang bahawa dia telah menjadi isteri pada usia yang
muda walaupun dia tahu orang lain akan mengejeknya kerana gatal hendak berkahwin.
Namun, dia tidak pernah peduli perkara tu. Yang penting, dia jujur dan percaya
pada takdirnya,” mata Ashraf memandang orang tua yang berjalan menghampirinya
sebelum Zul Hanif, Naim dan Ikram memberi ruang untuk orang tua itu.
“Papa!”
pantas Ashraf memeluk tubuh ayah mertuanya.
Puan
Hanisah, Puan Hairunisa, Ainuri, Asmina dan Ayuni yang melihat adegan sedih itu
dari jauh turut menitiskan air mata mereka.
**********
Di
dalam wad Fiona, Ashraf memandang wajah kakak-kakaknya yang sudah
tersengguk-sengguk menahan mengantuk. Lagipun, pasti mereka kepenatan selepas
perjalanan yang jauh dari Melbourne ke Malaysia dan terus ke Hospital Kuala
Lumpur.
“Kak
long, kak ngah dan kak chik baliklah dulu. Ibu, ayah, papa dan mama pun
baliklah dulu. Biar malam ni Ashraf yang jaga Fiona. Abang Naim, abang Ikram
dan abang Zul tolong bawa mereka balik rumah ye,” bersuara Ashraf.
“Kalau
Ashraf dah kata macam tu, kami balik dululah. Ada apa-apa terus hubungi ayah
tau,” balas Encik Hairol.
“Jangan
risau, ayah,” senyum Ashraf sambil bersalam dengan ayahnya.
“Ashraf
nak kami bawa makanan apa-apa tak malam ni?” soal Puan Hanisah sewaktu Ashraf
mencium tangannya.
“Tak
apalah, ibu. Ashraf tak ada selera,” balas Ashraf.
“Mana
boleh tak makan, Ashraf. Kamu tu dahlah kurus. Nanti jadi apa-apa pada kamu,
siapa nak jaga Fiona?” tegas suara Encik Haimin.
“Err..Ashraf
makan esok jelah, ibu, papa. Lagipun, Ashraf masih penat dan mengantuk ni.
Cadang lepas solat Isyak nak terus tidur je,” jawab Ashraf teragak-agak.
“Baiklah
kalau kamu dah cakap macam tu. Esok ibu bawa sarapan dan baju bersih untuk
kamu. Jaga diri ye, Ashraf,” lalu ibu dan ayahnya mula beredar.
“Jangan
kamu ambil kesempatan pula kat isteri kamu tu, Ashraf,” seloroh Encik Haimin.
“Ya
Allah. Mana ada Ashraf nak buat macam tu kat isteri Ashraf, papa. Mama, tengok
papa buli Ashraf,” adu Ashraf pada ibu mertuanya.
“Janganlah
buli menantu saya, abang. Kan dah merah muka dia tu,” usik Puan Hairunisa.
Geli
hati yang lain apabila melihat wajah Ashraf yang sudah merah.
“Baiklah.
Kami pergi dulu. InsyaAllah esok kami datang lagi. Assalamualaikum,”
“Waalaikummusalam,”
jawab mereka serentak.
No comments:
Post a Comment