Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Thursday, November 29, 2018

Tazkirah UstazDin (32) : Doa Waktu Sujud

TAZKIRAH PAGI NIE

Soalan : Kita dianjurkan doa waktu sujud.. nak kena lafazkan ker ??


Jawapan :

Antara perkara yang membatalkan solat ialah berkata-kata yang tiada kaitan dengan ibadah solat.. 

Sebab itu ada ulama menganjurkan jika nak berdoa semasa sujud kena doa-doa yang ada di dalam Al-Quran.. justeru, elok dilafazkan

Malah, ada pendapat ulama yang menyarankan jika nak berdoa dengan bahasa kita yakni bukan bahasa arab waktu sujud, maka kena berdoa dalam hati

Tazkirah saya lebih menjurus doa diluar solat


Wallahualam





Sumber : Whatsapp

Tazkirah UstazDin (31) : Perbezaan Mayat, Jenazah dan Arwah

TAZKIRAH PAGI NIE

Pagi ni ada "panggilan maut" .. seperti biasalah.. korek lubang, buat lahad, tunggu jenazah tiba.

Sebelum mandikan mayat wanita tutuplah dari lutut sampai "buah susu" nya dengan kain basahan.

Panggil mayat.. jika si mati belum dimandikan,

Panggil jenazah.. kalau mayat telah dimandikan

Panggil arwah.. kalau jenazah sudah dikebumikan 


Wallahualam




Sumber : Whatsapp

Tazkirah UstazDin (30) : Mencuri

TAZKIRAH PAGI NIE

Jika mengambil harta orang lain secara sembunyi-sembunyi itu disebut syariqah (mencuri). 

Jika mengambilnya secara zalim kekerasan, maka disebut muhaarabah (merompak)

Jika mengambilnya kerana menguasai, maka hal itu adalah ikhtilas (ragut).

Jika mengambilnya sesuatu yang diamanahkan, maka itu disebut ghadar (khianat)



Sabda baginda Rasulullah SAW (hadis Bukhari) yang ertinya :

مَنْ كَانَتْ لَهُ مَظْلَمَةٌ لأَحَدٍ مِنْ عِرْضِهِ أَوْ شَىْءٍ فَلْيَتَحَلَّلْهُ مِنْهُ الْيَوْمَ ، قَبْلَ أَنْ لاَ يَكُونَ دِينَارٌ وَلاَ دِرْهَمٌ ، إِنْ كَانَ لَهُ عَمَلٌ صَالِحٌ أُخِذَ مِنْهُ بِقَدْرِ مَظْلَمَتِهِ ، وَإِنْ لَمْ تَكُنْ لَهُ حَسَنَاتٌ أُخِذَ مِنْ سَيِّئَاتِ صَاحِبهِ فَحُمِلَ عَلَيْهِ » .


"Barangsiapa yang pernah menzalimi seseorang baik kehormatannya mahupun lainnya, maka mintalah dihalalkan hari ini, sebelum datang hari yang ketika itu tidak ada dinar dan dirham. Jika ia memiliki amal saleh, maka diambillah amal salehnya sesuai kezaliman yang dilakukannya, namun jika tidak ada amal salehnya, maka diambil kejahatan orang itu, lalu dipikulkan kepadanya."




Sumber : Whatsapp

Tazkirah UstazDin (29) : TASAWUF TANPA TAREQAH

TAZKIRAH PAGI NIE

TASAWUF TANPA TAREQAH

Akhir-akhir ini ramai yang membicarakan tentang pentingnya tasauf dalam pembentukan peribadi. Namun apa yang pincangnya adalah ramai yang hendakkan tasauf tetapi tidak mahu bertarekat. Dalam hal ini Ustaz Haji Saari Hussin menjelaskan bahawa tasauf itu adalah ilmu Ihsan, iaitu ilmu merasa seperti yang disebut oleh Rasulullah SAW 'beribadat seolah olah melihat Allah, jika tidak melihat Allah, merasa di lihat oleh Allah'

Ilmu Ihsan ini akan membantu melengkapkan Fiqah dan Tauhid seseorang kerana apabila seseorang itu ingin mengadap Allah dalam solatnya atau melalui amalan zikir, yang dihadapkan bukan hanya badan sahaja namun harus keempat-empat pancaindera iaitu :-

1. Jasad
2. Ruh
3. Akal 
4. Nafsu

Jika belajar Fiqh dan Tauhid memerlukan guru yang mengajar. Sudah pastilah untuk belajar ilmu tasauf ini memerlukan guru yang melatih untuk merasa melalui keempat-empat empat pancaindera ini. 

Kerana itulah para ulama tasauf mengatakan:

'Wajib bagi seseorang itu mempunyai syeikh, walaupun dia seorang alim yang besar'

Kenapa perlu berguru ?

Jawapannya adalah kerana keguruan inilah yang akan memancarkan Nur. Nur yang berpindah dari Rasulullah kepada sahabat, sahabat kepada tabi'in, tabi'in kepada tabit tabi'in dan seterusnya kepada para ulama dan seterusnya nur itu berpindah kepada murid murid.

Apabila seseorang telah mendapat pancaran dan perpindahan Nur ini, maka ia akan lebih mudah menggerakan pancaindera yang 4 tadi. Maka proses merasa Ihsan ini akan lebih mudah dirasai. Kerana itulah fungsi Mursyid dalam bertareqah ini perlu dan untuk mencapai pancaran Nur ini, harus seseorang murid melalui 5 disiplin iaitu:

1. Adab 
2. Mulazamah
3. Suhbah
4. Riadhah
5. Khidmat

Kerana apabila berlaku 5 perkara ini, ia akan mengerakkan mata rantai silsilah keguruan yang bersambung kepada Rasulullah SAW. Oleh kerana inilah tidak mungkin orang mencapai tasauf tanpa bertarekat melalui mursyid.

Kata Ustaz Haji Saari Hussin, Tasauf itu adalah buah daripada kelazatan beribadah, Tarekat pula adalah pokoknya, orang yang menjalani tarekat pula adalah penanamnya. Tidak mungkin mendapat buah yang manis yang lazat lagi enak tanpa menanam pokok (tarekat). Yang kaedah menanamnya diajarkan oleh Mursyid.

Kata Ustaz Haji Saari Hussin lagi, pada zaman ini, ramai orang beragama dan berilmu agama hanya di mulut sahaja tetapi bukan dengan pancaindera.

Semoga kita beroleh sedikit ilmu di atas tarbiyah ini. wallahua'alam


~ Catatan nota kuliah tasawuf yang disampaikan oleh Ustaz Haji Saari Hussain di Surau Haji Awang Alim ~




Sumber : Whatsapp

Tazkirah UstazDin (28) : Pengurusan Jenazah Baginda Rasulullah SAW

TAZKIRAH PAGI NIE

Semasa saya nukilkan tazkirah ini.. salah seorang pak sedara saya baru sahaja kembali ke rahmatullah di Hospital JB

Maka saya teringat akan kisah yang pernah disuakan kepada saya.. perihal pengurusan jenazah baginda Rasulullah SAW -  اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ .. antaranya :

1⃣ Nabi kita dimandikan tanpa di buka bajunya.. ada kisah menarik atas asbab tersebut.

2⃣ Nabi dikafankan dengan 3 lembaran kain tanpa baju.

3⃣ Nabi disolatkan secara individu bukan solat secara berjamaah.. ianya dilakukan bergilir-gilir oleh para sahabat sehingga kejauhan malam baru selesai.

4⃣ Nabi wafat pada hari isnin dan dikebumikan pada hari selasa, namun ada riwayat yang menyatakan pada hari rabu.

5⃣ Nabi dimakamkan di pusara yg mempunyai lahad.. mengikut kaedah pemakaman kaum Ansar..  juga ada kisah menarik mengapa hal ini dilakukan.

6⃣ Sebelum lahad ditutup.. beberapa sahabat baginda Rasulullah telah menjatuhkan 'sesuatu' ke dalam pusaranya.. dgn alasan jangan ditutupi lahad itu, ada barangan aku terjatuh, izinkan daku mengambilnya lalu Saidina Ali mengizinkan.. mereka mengambilnya sekaligus mengambil kesempatan mencium jasad Nabi .. ada yang kata : biarlah aku orang terakhir yang menyentuhi mu

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ 
صَلاَةً تُنْجِيْـنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ الأَهْوَالِ وَالآفَاتِ 
وَتَقْضِى لَنَا بِهَا جَمِيْعَ الْحَاجَاتِ 
وَتُطَهِّرُنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ السَّيِّئَاتِ 
وَتَرْفَعُنَا بِهَا عِنْدَكَ أَعْلَى الدَّرَجَاتِ 
وَتُبَلِّغُـنَا بِهَا أَقْصَى الْغَايَاتِ 
مِنْ جَمِيْعِ الْخَيْرَاتِ فِي الْحَيَاةِ وَبَعْدَ الْمَمَاتِ 
وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ تَسْلِيْمًا كَثِيْرًا

“Ya Allah, curahkanlah rahmat kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW yang dengannya (selawat), Engkau menyelamatkan kami dari segala huru-hara dan kerosakan, dengannya juga Engkau tunaikan segala hajat keperluan kami, Engkau bersihkan kami dari pada segala keburukan, Engkau angkat kami setinggi-tinggi darajat di sisi-Mu dan Engkau sampaikan kami kepada tujuan yang paling sempurna dari pada segala kebaikan semasa hidup kami dan selepas mati. Limpahkanlah juga rahmat kepada keluarga baginda dan pada sahabat baginda, dan keselamatan yang melimpah ruah kepada mereka.”


wallahualam





Sumber : Whatsapp

Friday, November 9, 2018

Tazkirah UstazDin (26) : Penyakit Ain

TAZKIRAH PAGI NIE

Pernah dengar penyakit ain ?? .. Secara ringkas penyakit ini terjadi disebabkan pandangan orang kepada kita yang disertai perasaan iri dalam hati mereka.

Justeru apatah lagi kalau orang itu tengok kita dengan luahan maki hamun .. Maka risiko orang yang mereka lihat itu akan terkena penyakit ain... 

Bentuk sakitnya ada yang demam, ada yang gelisah, ada yang cam biul, ada yang serba tak kena, ada yang emosional tidak tentu pasal, .. ada juga yang pengsan ..

Antara cara nak ubatnya adalah dengan rukyah atau doa atau dinding diri dengan zikrullah.

أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّةِ * مِنْ كُلِّ شَيْطَانِِ وَ هَامَّةِِ * وَ مِنْ كُلِّ عَيْنِِ لامَّةِِ

“Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna daripada godaan syaitan, haiwan berbisa dan daripada pandangan mata yang bersifat dengki.”

(Hadis Riwayat al Bukhari No.3371 dalam kitab Ahadissul Anbiya’)



Sumber : Whatsapp

Tazkirah UstazDin (27) : Mengajar Lebih Mudah Daripada Mendidik

TAZKIRAH PAGI NIE

Alhamdulillah.. Seorang lagi pelajar Khatam Huffaz.. dan sabtu ini beberapa bekas pelajar termasuk dari luar Selangor hendak datang rumah.. Silaturrahim

Suatu kepuasan tersendiri bila diri kita dihargai.. Insyaallah ustaz akan masak sedap-sedap untuk kamu.

Mengajar lebih mudah berbanding mendidik.

Mengajar lebih menumpukan pembangunan intelektual dan banyak kearah pembangunan fizikal.

Mendidik pula lebih kepada membentuk sahsiah atau akhlak dan banyak menyentuh emosi dan kasih sayang guru, ianya memerlukan masa panjang untuk membentuk pelajar yang baik. 

Justeru hubungan guru dan murid berpisah tiada... Salam Jumaatan

Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda yang mafhumnya:

الصَّلَوَاتُ الْخَمْسُ وَالْجُمْعَةُ إِلَى الْجُمْعَةِ وَرَمَضَانُ إِلَى رَمَضَانَ مُكَفِّرَاتٌ مَا بَيْنَهُنَّ إِذَا اجْتَنَبَ الْكَبَائِرَ


“Antara solat 5 waktu, antara solat Jumaat ke solat Jumaat berikutnya, dan antara puasa Ramadan ke puasa Ramadan berikutnya, merupakan penghapus dosa di antara keduanya (waktu-waktu tersebut), selahi dia menjauhi dosa-dosa besar.” (hadis riwayat Muslim)




Sumber : Whatsapp

Tazkirah : Kisah Di Sebalik Bersedekah

TAZKIRAH

Kisah yg mengetuk Hati

Suatu hari ada seorang pengemis mengetuk pintu rumah Rasulullah Saw.

Pengemis itu berkata:
"saya pengemis ingin meminta sedekah dari Rasulullah."

Rasulullah bersabda:
"Wahai Aisyah berikan BAJU itu kepada pengemis itu".

Sayyidah Aisyah pun akhirnya melaksanakan perintah Nabi SAW. 

Dengan hati yang sangat gembira, pengemis itu menerima pemberian beliau dan langsung pergi ke PASAR serta berseru di keramaian orang di pasar:
"Siapa yang mau membeli baju Rasulullah? "

Maka dengan cepat berkumpullah orang-orang dan semua ingin membelinya. 

Ada seorang yang buta mendengar seruan tersebut, lalu menyuruh budaknya agar membelinya dengan harga berapapun yang diminta dan ia berkata kepada budaknya: jika kamu berhasil mendapatkannya, maka kamu MERDEKA.

Akhirnya budak itu pun berhasil mendapatkannya. Kemudian diserahkan baju itu pada tuannya yang buta tadi. 

Alangkah gembiranya si buta tersebut,
dengan memegang baju Rasulullah SAW yang dia dapat. Orang buta tersebut kemudian berdoa dan berkata:

"Yaa Rabb dengan hak Rasulullah dan berkat baju yang suci ini maka KEMBALIKANLAH PENGLIHATANKU".

MaaSyaa Allah...
dengan izin Allah spontan si buta tersebut dapat melihat kembali.
Keesokan harinya, ia pun pergi menghadap Rasulullah SAW dengan penuh gembira dan berkata:

Wahai Rasulullah... pandanganku sudah kembali dan aku kembalikan baju anda sebagai hadiah dariku". Sebelumnya orang itu menceritakan kejadiannya sehingga Rasulullah SAW pun tertawa hingga tampak gigi gerahamnya.

Kemudian Rasulullah bersabda kepada Sayyidah Aisyah:

"Perhatikanlah baju itu wahai Aisyah, dengan berkah-Nya BERSEDEQAH telah mengkayakan orang yang miskin,
menyembuhkan yang buta, memerdekakan budak dan kembali lagi kepada kita".

Subhanallah...

Al-Imam as-Suyuti menyebutkan dalam salah satu kitabnya bahwa pahala  SHADAQAH itu ada 5 macam:

أَنَّ ثَوَابَ الصَّدَقَةِ خَمْسَةُ أَنْوَاعٍ : وَاحِدَةٌ بِعَشْرَةٍ وَهِيَ عَلَى صَحِيْحِ الْجِسْمِ ، وَوَاحِدَةٌ بِتِسْعِيْنَ وَهِيَ عَلَى الْأَعْمَى وَالْمُبْتَلَى ، وَوَاحِدَةٌ بِتِسْعِمِائَةٍ وَهِيَ عَلَى ذِي قَرَابَةٍ مُحْتَاجٍ ، وَوَاحِدَةٌ بِمِائَةِ أَلْفٍ وَهِيَ عَلَى الْأَبَوَيْنِ ، وَوَاحِدَةٌ بِتِسْعِمِائَةِ أَلْفٍ وَهِيَ عَلَى عَالِمٍ أَوْ فَقِيْهٍ اهـ
(كتاب بغية المسترشدين)

"Sesungguhnya pahala bersedekah itu ada lima (5) kategori:

1. Satu dibalas sepuluh (1:10) iaitu bersedekah kepada orang yang sihat jasmani.

2. Satu dibalas sembilan puluh (1:90) iaitu bersedekah terhadap orang buta, orang cacat atau tertimpa musibah, termasuk anak yatim dan piatu.

3. Satu dibalas sembilan ratus (1:900) iaitu bersedekah kepada kerabat kaum keluarga serta saudara.

4. Satu dibalas seratus ribu (1:100,000) iaitu sedekah kepada kedua orang tua.

5. Satu dibalas sembilan ratus ribu (1:900,000) iaitu bersedekah kepada orang yang alim atau ahli fiqh/fekah.

[Kitab Bughyatul Musytarsyidin]

Semoga Allah SWT memudahkan kita untuk bermurah hati, suka bersedekah dengan ikhlas. Aamiin...

Habib Ali Zainal Abidin.

- copy & paste



Sumber : Whatsapp

Monday, September 3, 2018

Tazkirah UstazDin (25) : HIDUP LEBIH BERHARGA

TAZKIRAH PAGI NIE
(sumber : rakan FB - edit)

Waktu sedang *"Sakit"* kita baru tahu bahawa sihat itu sangat penting, jauh melebihi harta.


Waktu kita *"Miskin"* baru kita insaf pentingnya amalan sedekah walaupun seringgit dan saling membantu saudara kita.


Masuk *"Usia Tua"* baru kita tahu rupanya masih banyak amalan dituntut Allah yang belum dikerjakan/banyak ilmu yang kurang dan baru kenal jalan ke masjid.


Saat *"di Ambang Ajal"* kita baru tahu ternyata begitu banyak waktu yang terbuang sia-sia.


Hidup tidaklah lama,

Sudah saatnya kita bersama-sama membuat *HIDUP LEBIH BERHARGA*:

💐Saling menghargai,

💐Saling membantu,
💐Saling memberi,


Sumber : Whatsapp

Sunday, July 29, 2018

Tazkirah UstazDin (24) : Minta Pertolongan Jin

TAZKIRAH PAGI NIE

Masa kecil dulu pernah tengok orang menurun(miskin) malah waktu tu ada orang tua bagi petua cara nak kaya .. kena seru itu ini.. kena buat sajian ancak.. yang pelik ! Saya tengok orang tu tak kaya pun. 

Duduk di asrama juga macam-macam cerita dikaitkan dengan jin.. pernah juga didedahkan dengan pencak sunda yang ada seruan tertentu.

Pagi ini dalam 'kumpulan perawat' kecoh perselisihan pendapat berkaitan minta pertolongan jin..

Berikut jawapan saya dari beberapa rujukan sumber :

Bersahabat dengan jin dengan tujuan mendapatkan pertolongan dalam perkara yang ditegah oleh syarak adalah haram.

Meminta pertolongan jin dalam rawatan perubatan sehingga membawa syirik adalah haram.

Meminta pertolongan jin untuk mencari kekuatan dan kehebatan adalah haram.

Meminta dan menggunakan khidmat jin untuk ilmu sihir atau nujum adalah haram

[sumber web MAIS selangor]

وَأَنَّهُ كَانَ رِجَالٌ مِنَ الْإِنْسِ يَعُوذُونَ بِرِجَالٍ مِنَ الْجِنِّ فَزَادُوهُمْ رَهَقًا

Maksudnya: Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat. (al-Jin: 6)

Ada yang kata HARUS guna khidmat jin.. tetapi saya lebih berpegang HARAM dan boleh menyebabkan SYIRIK ..

Hujah saya kalau dikaitkan dengan surah Saba:12-13 ialah .. Nabi Sulaiman diberi mukjizat untuk menguasai jin bukan minta pertolongan dengan jin.. Jin makhluk terhad seperti mana kita.. dia tidak tahu hal-hal ghaib.. Nabi Sulaiman wafat pun dia tidak tahu (sumber : An-Naml:65 / As-Saba:14). 

Jadi memang selayaknya kita membersihkan tauhid kita agar MOHON PERTOLONGAN HANYA KEPADA ALLAH SAHAJA agar kita terselamat dan tidak disesatkan oleh makhluk yg sombong (sumber : al An'am:128)

Hadis sahih dari Ibnu Abbas
إِذَا سَأَلْتَ فَاسْأَلِ اللهَ وَإِذَا اسْتَعَنْتَ فَاسْتَعِنْ بِاللهِ.
 'Bila engkau meminta, maka mintalah kepada Allah  dan bila engkau memohon pertolongan, maka mintalah pertolongan kepada Allah'

[ostadxxx - Wallahualam]



Sumber : Whatsapp

Friday, July 27, 2018

Tazkirah UstazDin (23) : Qunut Witir

TAZKIRAH PAGI NIE


Maghrib semalam saya berjamaah berdua di bilik mayat di sebuah hospital.. berbuka ala kadar sahaja.. jam 10.00 baru jumpa nasi.. aduhh !! nikmatnya rezeki.. tapi tengah malam perut memulas-mulas... sabarrrr..

Tazkirah kali ni nak sentuh hal Qunut Witir.. sebab ada yang tanya .. kepada para mu'alim dalam grop kita ni tolong betulkan jika penerangan saya silap..

Soalan : Assalamualaikum para asatizah semua.. saya nak tanya sikit.. adakah qunut di buat malam ni atau esok??

Jawapan : Mazhab kita Syafi'e kata, sunat baca qunut witir selepas rukuk mulai malam ke 16 bulan Ramadan hingga akhir Ramadan.

Mazhab Hanafi dan Hambali pula.. boleh buat qunut pada solat witir pada bila-bila masa.. tidak semestinya pada bulan Ramadan

Mazhab Maliki pula memakruhkan baca qunut pada solat witir..

Cuma ada mazhab yang menyarankan baca qunut dulu sebelum rukuk.. yang tu saya lupa.

Wallahualam


Sumber : Whatsapp

Tazkirah UstazDin (22) : Wahai Imam-Imam Muda

TAZKIRAH PAGI NIE

Sebelum puasa hari tu, saya menyaksikan 2 peristiwa makmum rebah ketika sembahyang.. satu di Gombak dan satu lagi di Subang.. dalam seminggu, 2 peristiwa berlaku.. Alhamdulillah tak mati !!

Pengajaran yang saya dapat .. berkaitan diri kita - kudrat kita makin lemah sesuai dengan sunnatullah kehidupan,.. yang muda akan tua, yang kuat akan lemah, yang sihat akan sakit, yang hidup akan mati... maka ambillah kesempatan ketika badan masih larat untuk beribadah seikhlas kerana-Nya.

Pengajaran kedua berkaitan Pak Imam - rata-rata imam sekarang orang muda, badan segar, suara sedap, mood beribadah bersemangat.. makin terdorong dengan sokongan para jamaah.. ada yang puji, ada yang mengtua-tuakan, bila majlis usung pak imam duduk di depan.. semua tu baik dan memang sepatutnya.

Tetapi yang saya tengok ramai pak imam muda ni agak tak sensitif dengan keadaan makmum...

Sebelum solat tu .. selain ingatkan makmum untuk luruskan saf, elok juga dijeling makmum di belakang.. kalau ramai yang tua, yang terbatuk-batuk, yang bawa anak terlari-lari menangis maka waktu baca surah janganlah syok sendiri.. baca panjangpanjang, bertaranum lagi.. sian makmum tua di belakang.. sian mak-mak yang tidak khusyuk solat gara-gara memikirkan anak-anak meloncat sana lari sini, terjerit-jerit, tarik-tarik telekung.

Begitu juga kalau hari jumaat, cubalah bajet masa untuk menghabiskan solat Jumaat sebelum pukul 2.00.. bapa-bapa perlu masuk kerja 2.45, nak tempuh jem, nak hantar anak sekolah petang pula.. ni 2.15 masih belum selesai solat.. nak bagi pengumuman pun buatlah sebelum masuk waktu zohor.. janganlah dicuri masa waktu nak solat...

Haiyaaa... (note : luahan peribadi) Wassalam



Sumber : Whatsapp

Wednesday, July 25, 2018

Tazkirah UstazDin (21) : Tentang Edah

TAZKIRAH PAGI NIE


Assalamualaikum ustaz

Kita berkahwin tanpa mengikut saluran pejabat agama malaysia. Contohnya kita tidak daftar di pejabat agama dan kahwin macam tu saja, dan kalau kita nak bercerai adakah kena ikut edah juga ustaz. Sekian

Saya tidak mahu menjawab soalan yang diajukan.. cuma hendak cerita sikit  tentang edah ni ..

2 perkara kena tengok tentang edah.. 

1⃣ Sama ada edah itu cerai hidup atau cerai mati. 

2⃣ Yang kedua kena tengok status si yang kena cerai sama ada dia janda berhias, monopos, hamil atau yang masih berhaid.

❓Perkara lain yang perlu tahu .. walaupun isteri dah kena cerai, dia masih dianggap berstatus isteri dalam tempoh edah rajie, maka dia berhak mendapat nafkah dari suaminya.

❓Kena tahu juga .. pantang larang dalam tempoh edah yang dibenarkan syarak.

Tahu ke apa itu edah ❓Wallahualam


Sumber : Whatsapp

Tazkirah UstazDin (20) : Niat Puasa

TAZKIRAH PAGI NIE


Semua sudah niat puasa ke?

Di sisi Mazhab Imam Al-Shafie wajib berniat puasa ramadhan setiap malam hari pada bulan Ramadhan.

Di sisi Mazhab Imam Maliki untuk orang lelaki, memadai berniat sekali sahaja untuk 30 hari, itu pun kena niat pada awal ramadhan 

dan ...

untuk orang perempuan ada syarat yang lain iaitu.. mana-mana perempuan yang belum monopos @ yang masih kedatangan haid, tidak boleh berniat 30 hari,.. dia wajib niat puasa setiap malam hari.

Wallahualam


Sumber : Whatsapp

Tazkirah UstazDin (19) : Apakah Amalan Yang Lebih Utama?

TAZKIRAH PAGI NIE


Seorang sahabat Nabi s.a.w mengajukan pertanyaan, "Wahai Rasulullah, apakah amalan yang lebih utama".

Rasulullah menjawab, "Ilmu pengetahuan mengenai Allah!"

Sahabat bertanya lagi, "Ilmu apa yang tuan maksudkan?"

Rasulullah berkata, "Ilmu pengetahuan mengenai Allah".

Sahabat itu rupanya menyangka Rasulullah salah faham, lalu ditegaskannya,

"Wahai Rasulullah! kami bertanya tentang amalan, sedangkan Tuan menjawab mengenai ilmu".

Rasulullah menjawab, "Sesungguhnya sedikit amalan akan berfaedah bila disertai dengan ilmu mengenai Allah, dan banyak amalan tidak akan bermanfaat bila disertai dengan kejahilan mengenai Allah".

- Ihya ulumiddin . wallahualam (copy paste)


Sumber : Whatsapp

Tazkirah UstazDin (18) : Penggunaan 'gusar'

TAZKIRAH PAGI NIE


"Hilang sudah kegusaran saya selepas PRU 14 ini.. menteri-menteri utama sudah dilantik."

Laa.. salah rupa-rupanya ayat di atas.. salah sebab guna perkataan GUSAR bukan pada tempatnya. 

Maksu gusar berdasarkan kamus DBP ialah marah, murka, berang, panas hati .. bukannya bimbang, risau .. 

Maka.. hendak menjadi ustaz pun kena peka hal bahasa... kena tahu mastautin itu apa ?.. mukim itu apa ?.. musafir itu apa ?.. barulah tahu jumlah jamaah solat Jumaat yang wajib diambil kira.

Kena tahu masbuh, munafiq, mufarakah barulah tahu untuk kategorikan makmum.

Kena tahu mana satu rukun.. yang mana satu syarat sah.. yang mana satu wajib.., yang mana satu sunat.. yang mana satu lebih afdal.. yang mana satu bukan dari mazhab kita.. barulah ibadah kita tenang.. aku beramal berdasarkan ilmu.

Jadi, selepas ini, kena betulkan.. jangan masukkan lafaz niat sembahyang sunat dengan perkataan adaa'an.. perkataan adaa'an hanya untuk solat fardu jer..

(petikan kata ostadxxx pada muridnya 22/5/18) Wallahualam


Sumber : Whatsapp

Tazkirah UstazDin (17) : Moga Sakit Ini Menghapuskan Dosa Saya

TAZKIRAH PAGI NIE


Sudah tengah malam.. mata tidak mahu lelap, esok beria orang Sabah ini meminta saya menguruskan jenazah abangnya.. selepas Subuh perlu mandikan dan terus diterbangkan ke Sabah.. Al Fatihah untuk arwah yang meninggal malam Jumaat di bulan Ramadan.

Waktu yang sama, 7 pelajar Tahfiz saya.. terpaksa saya hantar balik sebab sakit .. 2 pelajar lagi tidak mahu balik walaupun sakit.. katanya : alaaa ustaz !.. 2 hari saja dapat MC, biar saya tahan sakit di sini

Prosedur di sini.. mana-mana pelajar yang dapat MC, dibenarkan balik rumah untuk mengelakkan mak ayah sangka yang bukan-bukan pada kami, sekaligus kami sukar untuk menjaga pelajar yang sakit.. 😅

Tapi saya tabik pelajar yang beria tidak mahu balik .. tahu apa alasannya ?? :

Tak apa ustaz ! Mudah-mudahan dengan sakit ini, Allah menghapuskan dosa saya, dinaikkan darjat saya, digandakan pahala sabar saya.. Tambahan pula, di bulan Ramadan, sekurang-kurangnya saya tidak menyusahkan orang tua saya.. duduk di sini saya rasa keberkatan Quran yang kawan-kawan baca..

Fuhhh... bukan senang nak menjiwai Al Quran.. dan bukan senang menjiwai diri hamba (Hamba Allah). Wallahualam


Sumber : Whatsapp

Tazkirah UstazDin (16) : Tiada Solat Sunat Qabliyah Jumaat

TAZKIRAH PAGI NIE



Biasa kita dengar solat sunat ni ada yang Qabliyah sahaja,.. ada yang Bakdiyah sahaja,.. dan ada yang Qabliyah dan Bakdiyah (kedua-duanya sunat dibuat).

Tetapi .. untuk Solat pada hari Jumaat sebenarnya tiada istilah SOLAT SUNAT QABLIYAH JUMAAT (Solat Sebelum Jumaat) yang ada ialah SOLAT SUNAT JUMAAT @ SOLAT SUNAT BAKDIYAH JUMAAT (solat selepas jumaat)

Habis ustaz, hari ini kita tengok ramai yang buat solat sunat Qabliyah Jumaat .. 

Ya.. mereka mungkin bersandarkan sesetengah pendapat ulama yang menyatakan boleh buat dengan menkiaskan solat jumaat itu kepada solat Zohor.. ada juga yang menyandarkan sebab terdapat dua(2) azan .. tetapi jumhur ulama termasuk Imam Syafie menyatakan tiada solat Qabliyah Jumaat..

Wallahualam



Sumber : Whatsapp

Tazkirah UstazDin (15) : 30 Syaaban Diharamkan Berpuasa Sunat Kecuali..

TAZKIRAH PAGI NIE

30 Syaaban diharamkan kita berpuasa sunat
kecuali mereka yg ber'puasa sunat' sebulan penuh bulan Rejab dan sebulan penuh bulan Syaaban.

Untuk puasa Qada, puasa Kifarah, puasa Nazar adalah dibolehkan kecuali 2 hari raya dan hari-hari Tasyrik.


Sumber : Whatsapp

Tuesday, July 24, 2018

Tazkirah UstazDin (14) : Bagaimana Rasa Mati?

TAZKIRAH PAGI NIE

Alhamdulillah saya berpengalaman melihat orang yang nazak bukan seorang dua, rasanya berbelas jugalah.. 

Ada yang tercungap-cungap, ada yang terbeliak mata, ada yang longlai, ada yang kita tak perasan bila dia 'pergi'... 

Tetapi dalam ramai-ramai itu.. tiada yang saya jumpa.. yang mampu mengucap syahadah dengan suara yang jelas selepas itu dia 'pergi'.

Mestilah.. itu bahagian orang, nasib kita belum tahu ? 

mati.. mati.. mati.. suatu perkataan yang mudah kita sebut.. hakikatnya bila hendak mati... kita akan berdepan saat sakaratul maut..

Melihat Malaikatul Maut pun Nabi Ibrahim pengsan, apatah lagi dengar jerkahannya ??.. 

Ditarik nyawa yang sebati dengan jasad kita .. nyawa pula lekat semacam.. mungkin asbab dosa-dosa kita.. aduhh ... ibarat dawai berduri direntap dari dalam tubuh kita, ibarat dilapah kulit kita hidup-hidup, ibarat dicampak kita ke kuali yang panas .. 

Ya Allah !.. sakitttnya

Iblis pula.. tidak henti-henti kacau dengan tipuan muslihatnya..

Dahaga menerjah yang teramat .. Wallahualam.. saya akan mati, kita semua akan mati ..

 وَأَنَّ مَرَدَّنَآ إِلَى ٱللَّهِ وَأَنَّ ٱلْمُسْرِفِينَ هُمْ أَصْحَٰبُ ٱلنَّارِ .

"dan sesungguhnya tempat kembali kita semua ialah kepada ALLAH, dan sebenarnya orang-orang yang melampau kejahatannya itu, merekalah ahli neraka"


Sumber : Whatsapp