CERPEN : SUAMIKU PONDAN
BAB 3 - KAHWIN
“Fiona,
cincin awak ke tu?” tegur Ashraf semasa mereka sedang berjalan-jalan di taman.
“Ha’ah.
Cantik, kan? Mama dan papa yang bagi semalam. Katanya nak bagi selepas saya
SPM. Tapi, saya nak pakai sekarang juga. Boleh dijadikan pembakar semangat saya
untuk belajar bersungguh-sungguh,” bersemangat Fiona.
Ashraf
hanya mampu tersenyum.
*****
Hari
demi hari berlalu. Akhirnya, SPM berakhir dengan lancar. Sebelum pulang ke
rumah, Ashraf mengajak Fiona berjalan-jalan ke kolam ikan yang berada di depan
pejabat sekolah. Suasana di situ agak sunyi memandangkan ramai pelajar dan guru
telah pulang ke rumah masing-masing.
“Apa
yang awak nak beritahu saya?” soal Fiona apabila melihat Ashraf mendiamkan
dirinya sambil memandang anak ikan berenang.
Ashraf
menghela nafasnya dengan berat sebelum memandang wajah Fiona.
“Sebenarnya,
saya dapat tawaran sambung belajar di luar negara melalui keputusan percubaan
SPM saya,” Ashraf memulakan perbicaraannya.
“Ye
ke, Ashraf? Alhamdulillah. Baguslah kalau begitu. Kenapa awak sedih pula ni?”
pelik Fiona dengan sikap kawannya itu.
“Kalau
awak ikut belajar di luar negara, boleh?” luah Ashraf.
Fiona
menjadi kaku di situ. Matanya mula teralih pada cincinnya. Wajah ibu bapa
angkatnya mula bermain di dalam fikirannya. Fiona memejamkan matanya sebelum memandang
wajah Ashraf.
“Maafkan
saya, Ashraf. Bukan saya nak sakitkan hati awak. Cuma, awak pun tahu betapa
saya sayangkan ibu dan ayah angkat saya. Saya sudah menganggap mereka sebagai
ibu bapa kandung saya. Malah, saya nekad untuk membalas jasa mereka. Maaf
Ashraf tapi saya terpaksa menolak pelawaan awak,” sedih riak muka Ashraf
apabila mendengar jawapan Fiona.
Dia
menundukkan kepalanya. Air mata mula bergenang.
“Tapi,
saya janji yang saya akan sentiasa ingat dan menjadi kawan awak sampai
bila-bila. Itu pun kalau awak masih nak kawan dengan saya,” sambung Fiona.
Ashraf
kembali mendongakkan kepalanya memandang Fiona.
“Macam
mana saya nak tahu yang awak akan setia untuk menjadi kawan saya, Fiona? Kita
akan berjauhan selama 4 tahun. Banyak benda boleh berlaku sepanjang tempoh masa
itu. Saya tak nak awak berubah selepas berjumpa dengan orang lain untuk
mengantikan saya. Saya tak boleh teruskan hidup saya tanpa awak, Fiona. Saya
suka jika dapat bersama dengan awak, Fiona,” menitis air mata Ashraf semasa
meluahkan rasa resahnya.
Fiona
mula sedih melihat wajah Ashraf yang sedang menangis merayu kepadanya.
“Kalau
begitu, kita ‘ikat’ hubungan kita, Ashraf,” cadangan Fiona mengejutkan Ashraf
malah dirinya sendiri juga.
Tidak
disangkanya cadangan itu terkeluar dari mulutnya.
“Maksud
awak?” ragu Ashraf.
“Kita
kahwin gantung. Dengan itu, awak tak perlu risau jika saya berubah hati atau
tidak setia dengan awak. Itu pun kalau awak setuju,” perlahan suara Fiona
kerana menahan malu.
Kepalanya
sudah ditundukkan. Mukanya merah membahang. Tersenyum Ashraf apabila mendengar
kata-kata gadis yang disayangi itu.
Jujur
dia sememangnya mempunyai hasrat di dalam hati untuk menikahi gadis itu namun
disebabkan umur mereka yang masih muda, dia risau gadis itu menolaknya. Tidak
pernah dibenak fikirannya yang gadis itu akan menerimanya sebagai suami.
Ditambah pula dengan sifatnya yang berlainan dengan lelaki yang lain.
“Awak
tak kisah ke terima saya sebagai suami? Maksud saya, saya kan ‘pelik’ jika nak
dibandingkan dengan lelaki lain,” ujar Ashraf.
Pantas
Fiona menggelengkan kepalanya. Matanya memandang mata sahabatnya itu.
“Saya
langsung tidak pernah bandingkan awak dengan lelaki lain, Ashraf. Malah, saya
lebih selesa dengan awak berbanding lelaki lain. Awak satu-satunya lelaki yang
sudi berkawan dan menerima saya. Awaklah sahabat lelaki saya di dunia dan di
akhirat, Ashraf,” jujur Fiona.
Tersenyum
Ashraf mendengar jawapan Fiona.
“Baiklah
kalau begitu. Nanti saya berbincang dengan keluarga saya. Saya harap awak tak
ubah fikiran awak, Fiona,”
“Jangan
risau, Ashraf. Saya sentiasa memegang janji saya,” Fiona membalas senyuman
Ashraf.
**********
Apabila
kedua-dua keluarga mendengar hasrat anak mereka, mereka sangat bersyukur kerana
akhirnya mereka akan disatukan.
Dua
minggu berlalu. Akhirnya, Ashraf sah menjadi suami kepada Fiona dengan sekali
lafaz sahaja. Majlis yang diadakan dibuat secara kecil-kecilan disebabkan
kekangan masa. Selepas selesai majlis yang dibuat pada sebelah pagi, Fiona dan
Ashraf masuk ke dalam bilik Ashraf yang berwarna merah jambu.
“Pukul
berapa awak akan berlepas?” soal Fiona sambil menanggalkan pin tudungnya
sebelum membuka tudung yang tersarung pada kepalanya.
Dia
memandang wajah suaminya melalui pantulan cermin. Kelihatan suaminya sedang
duduk di birai katil sambil memandangnya.
“Pukul
6 petang,” jawab Ashraf.
“Oh,”
ringkas balasan Fiona.
Ashraf
yang menyedari perubahan riak muka isterinya mula mendekati Fiona.
Leher Fiona
dipeluk dari belakang manakala pipinya dilagakan pada pipi kanan isterinya.
Mereka saling bertentang mata melalui cermin.
“Awak
sedih ke?” lembut suara Ashraf menyapa telinga Fiona.
“Kalau
saya kata saya sedih, awak akan batalkan penerbangan awak ke?” perlahan suara
Fiona.
Ashraf
mula buntu untuk membalas pertanyaan isterinya. Dia mula bangun sebelum menarik
tangan isterinya menuju ke katil.
Dia
membaringkan tubuh isterinya di atas katil. Kemudian, dia rebahkan badannya di
sebelah isterinya. Ahsraf merangkul pinggang isterinya masuk ke dalam
dakapannya. Fiona membalas dengan memeluk pinggang suaminya.
“Jangan
begitu, awak. Kalau awak sedih, nanti saya nangis pula,” kata Ashraf mengusap
lembut belakang Fiona.
Tergelak
kecil mendengar kata-kata suaminya.
“Dia
yang nak tinggalkan kita, dia pula yang nak menangis,” geli hati Fiona.
Dada
suaminya dipukul secara lembut. Ashraf turut ketawa.
“Awak
dengar sini ye. Saya nak pesan banyak benda pada awak,” ujar Ashraf yang
mengeratkan pelukan sambil mengusap belakang isterinya.
“Pertama,
awak jangan curang dengan saya. Jangan cakap dengan lelaki lain kecuali papa
dan ayah. Ataupun berkaitan dengan pelajaran atau pekara penting sahaja. Kedua,
kalau awak nak pergi mana-mana, mesti beritahu saya. Jadi, saya tak risau nanti
jika sesuatu berlaku pada awak. Yang penting, jangan pernah pergi
sorang-sorang. Mesti bawa teman tau, Ketiga…,” tersenyum Fiona apabila
mendengar pesanan suaminya itu.
Lama-kelamaan,
matanya mula kuyu dan dia terlena di dalam dakapan suaminya. Dengkuran halus
yang kedengaran menyebabkan Ashraf terhenti bercakap.
“Boleh
pula dia tidur bila orang cakap dengan dia. Sabar jelah,” monyok muka Ashraf
apabila melihat isterinya terlena di dalam dakapannya.
Dia
mengucup ubun-ubun Fiona sebelum dia turut terlena.
**********
Kedengaran
pengumuman menyatakan penerbangan ke Melbourne bakal berlepas tidak lama lagi.
Ashraf menyalam tangan ibu bapa mertuanya sebelum menyalam tangan ibu bapanya.
“Jaga
diri baik-baik ye, Ashraf. Kalau ada apa-apa, beritahu pada kami tau,” pesan
Puan Hanisah sewaktu memeluk tubuh anak terunanya.
“Baik,
ibu. Tolong jagakan Fiona untuk Ashraf ye, ibu, ayah, papa dan mama,” senyum
Ashraf pada empat tubuh manusia yang berdiri berdekatan dengannya.
“InsyaAllah,
Ashraf,” serentak mereka membalas.
Ashraf
menoleh memandang isterinya yang masih menundukkan kepalanya. Kaki melangkah ke
arah Fiona. Kedua-dua tangannya memegang pipi Fiona sebelum didongakkan memandangnya.
Bercucuran
air mata Fiona mengalir waktu itu. Air mata Ashraf turut bergenang melihat
isterinya itu. Secara perlahan-lahan, dia mengesat air mata Fiona.
Fiona
bertentang mata dengan mata suaminya.
“Sayang
jaga diri baik-baik ye. InsyaAllah. Jika dipanjangkan umur, kita jumpa lagi ye.
Terima kasih sayang kerana selama ini menjadi kawan paling baik untuk abang,”
kucupan dilabuhkan pada dahi isterinya.
Fiona
yang masih menangis terus memeluk tubuh suaminya dengan erat.
“Abang
pun jaga diri baik-baik tau. Jangan lupa selalu hubungi sayang. Jaga makan dan
minum abang di sana,” sempat Fiona berpesan walaupun bahunya terhinjut-hinjut.
Kedua-dua
belah pipi isterinya dipegang sebelum bibirnya didekatkan pada dahi Fiona.
Masing-masing menutup mata untuk menghargai saat itu. Malu ibu bapa mereka
melihat adegan itu.
“Abang
pergi dulu, sayang. Assalamualaikum,” pelukan dilepaskan secara perlahan-lahan.
“Assalamualaikum
ibu, ayah, papa, mama,” ucap Ashraf sebelum kelibatnya mula hilang.
Teresak-esak
Fiona menangis.
“Sabar,
sayang. Perpisahan hanyalah sementara. Disebaliknya ada kemanisannya,” pujuk
Puan Hairunisa sambil memeluk tubuh anaknya.
“Betul
tu, Fiona. 4 tahun itu sekejap sahaja. Pejam celik, pejam cilik, 4 tahun pun
berlalu. Jangan sedih-sedih ye, sayang,” ibu mertuanya turut memujuknya.
Fiona
memandang dua wanita tua di hadapannya sebelum menganggukkan kepalanya sambil
tersenyum.
‘Semoga kita berjumpa lagi, abang,’ bisik
Fiona di dalam hatinya.
No comments:
Post a Comment