Thursday, January 31, 2019

CERPEN : SUAMIKU PONDAN (BAB 8)

CERPEN : SUAMIKU PONDAN


BAB 8 - HUBUNGAN



Selepas ibu dan ayah mertua Ashraf beredar, kakak-kakaknya pula mendekati Ashraf.

“Tak apa ke Ashraf sorang-sorang kat sini?” risau Ainuri.

“Jangan risau, kak long. Pandailah adik jaga isteri adik. Kak long tu, jaga laki kak long baik-baik. Lama tak jumpa, kak long langsung tak peluk cium dia pun. Kak ngah dan kak chik sekali. Merajuk mereka nanti kalau dibiarkan lama-lama. Cari lain baru tahu,” usik Ashraf untuk menukar mood suasana ketika itu.

“Apa adik cakap!” serentak kakak-kakaknya.

Asmina dan Ayuni serentak menarik telinga Ashraf manakala Ainuri memukul lengan Ashraf dengan kuat.

“Aduh aduh! Sakitlah kak. Abang, tolong!” kesakitan Ashraf.

Geli hati Naim, Ikram dan Zul Hanif sebelum mereka membantu Ashraf.

“Sabar, sayang. Dia bergurau je tu,” belakang Ainuri diusap lembut oleh Naim.

“Dahlah, sayang. Cabut pula telinga dia nanti. Lepaskan tangan tu,” lembut Ikram sambil menarik tangan Asmina dari telinga Ashraf sebelum memeluk bahu gadis itu.

“Bawa bertenang, sayang. Macamlah abang nak cari lain bila dah ada sorang ni,” Zul Hanif memeluk tubuh Ayuni selepas menjauhkan gadis itu dari Ashraf.

Tersenyum Ashraf apabila melihat abang-abang iparnya sedang menyejukkan hati isteri masing-masing. Dia bersyukur kerana kakak-kakaknya sudah menemui cinta hati masing-masing.

Seperti dia juga, kakak-kakaknya turut mengakhiri zaman bujang mereka pada usia yang muda sebelum melanjutkan pelajaran di Melbourne. Walaupun keberatan, namun suami mereka tetap memahami dan setia menanti kepulangan isteri masing-masing.

“Hah! Termenung mana tu!” sergah Asmina menyebabkan Ashraf tersedar ke dunia nyata.   

“Tak ada apa-apalah, kak ngah. Dahlah. Abang-abang dan kakak-kakak sekalian, waktu melawat nak tamat ni. Cepat balik sekarang,” sengaja Ashraf.

“Menghalau kamilah tu,” panjang muncung Ayuni.

“Hehe. Mana ada menghalau, kak chik. Adik cakap benda yang betul je,” bidas Ashraf.

“Ada je benda dia nak menjawab,” geram Asmina.

Tersengih Ashraf sambil mengusap belakang lehernya.

“Baiklah. Kami balik dulu. Jangan lupa berehat ye, adik. InsyaAllah ada masa, kami datang esok,” tubuh Ashraf dipeluk Ainuri dengan erat.

“Kak long pun berehat juga ye. Abang Naim jaga kak long baik-baik ye,” pesan Ashraf semasa bersalaman dengan Naim.

“Jangan risau, Ashraf. Sudah menjadi tanggungjawab abang untuk jaganya,” balas Naim sambil memegang tangan isterinya.

Kemudian, Asmina pula memeluk tubuh adik lelakinya. Diikuti dengan suaminya, Ikram.

“Abang Ikram, kak ngah makin ‘ganas’ tau. Hati-hati ye,” bisikan Ashraf pada telinga Ikram dapat didengari jelas oleh Asmina.

“Apa kau kata!” geram Asmina.

“Hehe. Gurau jelah, kak ngah. Janganlah marah. Nanti cepat tua. Kesian abang Ikram nanti,”

“Adik!”

Sebelum Asmina meletus kemarahannya, pantas Ashraf memeluk semula tubuh kakaknya itu.

“Hehe. Kak ngah jaga diri ye. Sayang kak ngah,” sapa lembut suara Ashraf pada telinga Asmina.

“Pandailah adik nak pujuk kak ngah,” Asmina melepaskan pelukan mereka dengan lembut.

“Kami balik dulu ye, Ashraf. Jumpa lagi,” lalu Ikram dan Asmina keluar dari wad itu.

“Kak chik pun jaga diri juga tau. Jangan nak manja-manja dah. Tapi, nak bermanja dengan abang Zul sangat dialu-alukan. Boleh bagi cepat anak buah pada adik nanti,” usik Ashraf semasa mereka berpelukan.

Cubitan berbisa terus hinggap pada lengan Ashraf.

“Aduh! Bisanya kak chik,” adu Ashraf sambil mengosok bahagian cubitan.

“Gatal lagi. Adik tu jangan nak menggatal sangat. Jaga adik ipar kak chik baik-baik tau,” tegas Ayuni.

“Hehe. Jangan risaulah, kak chik. Adikkan suami mithali. Macam abang Zul juga,” sengih Ashraf.

“Abang memang suami mithali pun, Ashraf. Baru tahu ke?” terangkat kening Zul Hanif sambil memeluk bahu isterinya.

“Jangan nak layan adik sangat, abang. Oklah. Kak chik dan abang Zul balik dulu. Ada apa-apa beritahu kak chik tau,” pinta Ayuni.

“Baik, bos! Hehe. Jaga kak chik baik-baik ye, abang Zul,” sempat Ashraf mengenyitkan matanya pada Zul Hanif.

“Jangan risau, Ashraf. Lama dah abang tunggu masa ni. Tentang urusan praktikal Fiona, nanti abang uruskan semuanya,” balas Zul Hanif sambil bersalaman dengan adik iparnya.

“Terima kasih, abang Zul,” senyum Ashraf.

“Kami balik dulu, adik. Assalamualaikum,”

“Waalaikummusalam,” jawab Ashraf.

Kini, hanya tinggal Ashraf dan Fiona yang masih terbaring tidak sedarkan diri di atas katil. Seusai mandi dan memakai pakaian yang dibawa oleh ibunya, dia menunaikan solat Isyak.

Selepas mengaminkan doanya yang panjang, dia membaca Al-Quran di atas kerusi bersebelahan dengan isterinya. Kemudian, apabila mengantuk menguasai dirinya, dia membaringkan tubuhnya di atas katil bersebelahan dengan Fiona.

Dahi isterinya dikucup lembut sebelum terlena di sisi isteri tercinta. Begitulah rutin harian Ashraf.

**********

Naim mendakap erat tubuh isterinya ketika mereka baring di atas katil.

“Rindunya abang pada sayang. Sayang rindukan abang tak?” tanya Naim selepas mengucup ubun-ubun Ainuri.

“Mestilah rindu. Siapa tak rindu pada pengawal peribadi yang mencuri hati sayang ni?” balas Ainuri sambil mengusap lembut pipi suaminya.

“Gembiranya abang dapat jumpa sayang semula. Abang bersyukur sangat kerana jodoh kita masih panjang,” kepala Ainuri direbahkan pada dadanya.

“Alhamdulillah. Allah masih memberi kita peluang ini, abang,” senyum Ainuri sambil menongkat dagunya pada dada Naim.

Mata mereka saling bertatapan lama.

“Maafkan abang, sayang. Abang gagal untuk melindungi Fiona seperti yang sayang suruh. Abang tak sangka perkara itu akan berlaku pada dia. Semuanya berlaku dengan pantas,” sedih riak muka Naim.

Kedua-dua pipi Naim dipegang lembut.

“Bukan salah abang. Semua Allah dah tentukan. Kalau bukan disebabkan abang menghubungi ambulan dengan cepat, pasti kita akan kehilangan Fiona. Sekarang, kita hanya mampu untuk berdoa supaya Ashraf dan Fiona akan beroleh kegembiraan seperti kita. Terima kasih abang kerana menjalankan tanggungjawab abang sebagai seorang pengawal dengan melindungi Fiona dari jauh selama 3 tahun ni,” bibir Naim dikucupnya sekilas.

Selepas mengetahui tentang perkahwinan adiknya, Ainuri terus menghubungi suaminya supaya melindungi adik iparnya dari jauh kerana risau sesuatu akan berlaku pada Fiona. Jika sesuatu yang buruk berlaku pada Fiona, pasti adik lelakinya akan mengamuk dan akan muncul sifatnya yang lagi satu.

Sifat yang sangat bengis dan boleh mencederakan orang lain. Itulah yang paling ditakuti olehnya dan juga ahli keluarganya yang lain.

“Abang, peragut tu akan ditangkap secepat mungkin ke?” soal Asmina semasa dia baring bersebelahan dengan suaminya.

Ikram yang memeluk tubuh isterinya sambil membelai rambut isterinya terhenti perbuatannya. Wajah isterinya ditatap lama.

“InsyaAllah, sayang. Pihak polis sedang menjalankan siasatan. Katanya tadi, mereka telah mengenalpasti identiti peragut tu. Tak lama lagi, dia akan ditangkap. Sayang jangan risau ye,”

Selepas mengucup ubun-ubun Asmina, dia sambung membelai rambut isterinya.

“Kesian adik dan Fiona, bang. Mereka berpisah selama 3 tahun. Apabila kembali ke Malaysia, ini pula yang terjadi. Pilu hati sayang tengok adik tadi. Walaupun dia cuba menceriakan suasana, tapi hati dia? Bagai ditoreh, dihiris dengan pisau yang tajam. Adik sangat sayangkan Fiona. Semasa di Melbourne, adik tak pernah lupa untuk mendoakan isterinya. Kesiannya mereka,” hambur tangisan Asmina di dalam dakapan Ikram.

“Shu…sabar, sayang. Semuanya dah berlaku. Lagipun, bukan kita yang tentukan. Tapi, Allah. Allah memberi ujian ini supaya kita ingat padaNya. Suruh kita kembali kepadaNya. Jadi, kita sebagai umat Islam, haruslah redha dan sabar menerima ujian ni. Sayang jangan menangis lagi ye,” dahi isterinya dikucup lama.

“Kita tidur ye. Esok nak lawat mereka, kan?” Asmina membalas dengan anggukan kepalanya.

Dia membaringkan kepalanya di atas dada suaminya. Matanya mula kuyu lalu terlena. Tersenyum Ikram apabila mendengar dengkuran halus isterinya. Dahi isterinya dikucup sekilas sebelum dia terlena.

“Jadi, abang kata, sepanjang Fiona bekerja di situ, dia langsung tak tumpang sesiapa? Dia balik naik bas ataupun GrabCar je?” terkejut Ayuni apabila Zul Hanif menceritakan kisahnya dengan Fiona semasa mereka sedang baring di atas katil.

“Ye, sayang. Kan sayang suruh abang jaga dia. Tapi, itulah. Bukan abang saja yang pelawa, staf-staf lain pun ada juga pelawa nak hantar dia balik tapi dia tak nak. Dia kata tak manis kalau orang tengok. Lagi-lagi dia sudah berstatus isteri,” jawab Zul Hanif sambil menarik isterinya yang sedang berfikir sesuatu ke dalam dakapannya.

“Tak sangka sampai macam tu Fiona sayangkan adik. Beruntung adik sebab memiliki seorang isteri yang menjaga aib, maruah dan dirinya,” kagum Ayuni.

“Abang pun beruntung juga sebab dapat isteri macam sayang,” kedua-dua pipi Ayuni dikucup sekilas.

“Tapi, kemalangan pula berlaku secara tiba-tiba. Kesian adik apabila mendapat tahu isterinya koma. Kesian Fiona sebab menjadi mangsa dan menerima semua ni,” mengalir air mata Ayuni apabila teringat wajah adik lelakinya dan adik iparnya.

“Itu semua ujian, sayang. Abang yakin mereka berdua dapat menghadapi ujian ini dengan tabah. Jadi, kita sebagai orang terdekat, perlulah sentiasa menyokong dan membantu mereka. Sayang jangan menangis dah. Air mata tak dapat menyelesaikan masalah. Hanya doa dan semangat yang diperlukan mereka sekarang,” pujuk Zul Hanif sambil menyeka air mata isterinya.


Ayuni membalas dengan angguka sebelum memeluk leher suaminya. Belakang Ayuni diusap lembut oleh Zul Hanif. Tidak lama kemudian, Ayuni terlena dengan berkeadaan sebegitu. Geli hati Zul Hanif melihatnya. Selepas membetulkan posisi isterinya, dia pun turut terlena.





<BAB 7          BAB 9>

No comments:

Post a Comment