NOVEL : PENGEMBARAAN KE ALAM ANEH
BAB 7- TUGASAN PERTAMA SELESAI
“Alaa..nama
Betty lagi best,” sedih muka Shasya
Edrina.
“Nama
Kitty tak best ke?” soal Ismail
Razak.
“Dia
bukan kucing, Raz,” geli hati Nur Halimah.
“Apa
yang susahnya. Panggil dia ‘A’ dan dia ni ‘B’. Habis cerita,” selamba Tengku
Ehsan.
“Kenapa
ni?” pelik Siti Syazanah apabila melihat situasi yang agak tegang itu selepas
tiba di kawasan tersebut.
Nik
Akhil turut tiba di situ. Dia turut pelik melihat rakan-rakannya sedang
bertikam lidah. Bukan tadi dia dan Siti Syazanah kena marah sebab bertikam
lidah ke? Fikirnya di dalam hati.
“Kami
sedang fikirkan nama untuk dua makhluk ni,” ujar Nur Halimah.
“Syaza,
sedapkan nama Betty, kan?” soal Shasya Edrina pada Siti Syazanah.
“Nama
Kitty pun sedap juga, kan, Syaza?” celah Ismail Razak.
“Alaa..panggil
si ‘A’ dan si ‘B’ jelah,” bidas Tengku Ehsan pula.
“Err..,”
teragak-agak Siti Syazanah untuk menjawab.
Matanya
dilemparkan memandang Nik Akhil untuk meminta pertolongan.
“Nak
senang kita gabungkan je nama tu. Sekor Akitty dan sekor lagi Bbetty,” cadang
Nik Akhil yang enggan menambahkan pertelingkahan itu.
Semua
diam mendengar cadangan Nik Akhil.
“Bagus
juga tu. Sedap nama tu,” ceria muka Shasya Edrina.
“Boleh
tahan juga,” sokong Ismail Razak.
“Saya
pun setuju dengan nama tu,” setuju Tengku Ehsan.
“Akitty
dan Bbetty? Comel je nama tu,” senyum Nur Halimah sambil memandang wajah dua
makhluk yang sedang berguling di atas daun-daun kering itu.
Siti
Syazanah tersenyum sambil menaikkan ibu jari tangan kanannya pada Nik Akhil.
Geli hati Nik Akhil melihat kecomelan gadis idamannya itu.
“Korang
dah berbaik ke?” soal Tengku Ehsan apabila melihat wajah ceria Nik Akhil dan
Siti Syazanah.
“Kami
tak bergaduh pun,” balas Nik Akhil yang kembali bermuka dingin.
“Maafkan
kami sebab menyusahkan semua tadi,” sesal Siti Syazanah.
“Tak
apa,” serentak yang lain.
Nik
Akhil mendekati makhluk yang dinamakan Akitty. Kepala makhluk itu diusap dengan
lembut. Seronok Akitty dapat dibelai oleh Nik Akhil.
“Maafkan
saya sebab tertumbuk awak tadi,” perlahan suara Nik Akhil sambil senyuman di
bibir.
Siti
Syazanah yang terdengar suara halus Nik Akhil turut tersenyum. Tidak sangka Nik
Akhil pegang pada janjinya.
“Kenapa
tersenyum ni, Syaza?” pelik Shasya Edrina melihat gadis itu.
“Tak
ada apa-apa. Jadi, apa tugasan kita?”
sengaja dia menukar topik.
“Ini
yang kami nak mulakan cerita kami. Mari kita duduk dulu,” bersemangat Tengku
Ehsan.
“Akil!”
panggil Ismail Razak sebelum Nik Akhil menyertai bulatan itu.
“Tadi,
semasa kami mencari buah-buahan yang boleh dimakan, kami terjumpa kawasan yang
lapang. Pokok-pokok di situ ditebang dengan menggunakan alat yang tajam. Kami
syak, Akitty dan Bbetty yang lakukan semua tu,” cerita Tengku Ehsan.
“Kami
pun jumpa kawasan lapang juga tapi ada beberapa anak-anak pokok baru tumbuh je
kat situ,” celah Shasya Edrina.
“Kat
mana Ed nampak?” terkejut Ismail Razak kerana tidak menyedari perkara itu.
“Hehe.
Ingat tak yang saya kata nampak sesuatu kat semak? Saya nampak kawasan lapang
di situ,” ternganga mulut Ismail Razak.
“Hebatnya
mata Ed,” kagum Ismail Razak.
“Biasalah.
Saya memang pandai jaga mata saya,” bangga Shasya Edrina.
“Ok
ok. Jadi, apa kesimpulan yang dapat korang buat ni?” tanya Nik Akhil.
“Ima,”
Tengku Ehsan memberi isyarat kepada Nur Halimah yang duduk bersebelahan
dengannya namun masih ada jarak di antara mereka berdua.
“Ehem.
Berdasarkan apa yang kita temui dan lalui, Akitty dan Bbetty merupakan makhluk
yang tiada deria pendengaran. Mereka bertanggungjawab untuk memusnahkan
pokok-pokok yang sudah tua dan digantikan dengan anak pokok yang baru.
Saya
yakin mereka ada senjata untuk menebang dan untuk mengorek lubang berdasarkan
apa yang kita dapat lihat di rumah pokok tu. Pasti Mila dan Shahril mencipta
alat untuk mereka,” tekun mereka mendengar teori Nur Halimah.
“Saya
rasa apa yang dikatakan Ima tadi ada benar juga. Kami nampak mereka berlaga
pedang. Mungkin juga pedang tu digunakan untuk menebang pokok. Cuma, saya tak
pasti sama ada itu pedang ataupun tidak,” kata Siti Syazanah.
“Lagi
satu, kami juga pernah nampak salah seekor dari mereka ada membawa satu alatan
seperti cangkul untuk mengorek lubang. Tidak mustahil teori ini boleh diguna
pakai,” sambung Nik Akhil.
“Kalau
betul apa yang kalian katakan, kenapa mereka bergaduh sesama sendiri?” soal
Shasya Edrina.
“Saya
dapat rasakan mereka sedang bergurau atupun sedang bermain memandangkan mereka
tiada sesiapa untuk bermain,” ujar Ismail Razak.
“Nampaknya,
kita semua sudah faham situasi kita sekarang. Jadi, apa yang perlu kita lakukan
sekarang?” luah Tengku Ehsan.
“Sebelum
tu, Ima, saya nak tanya. Macam mana Ima tahu yang makhluk ni tidak dapat mendengar?”
ragu Ismail Razak.
Semua
mata memandang Nur Halimah untuk mendapatkan jawapan.
“Berdasarkan
cerita kalian, saya dapat rasakan sesuatu yang aneh pada dua makhluk ini. Bila
saya dapat tahu mereka tidak dapat mendengar, saya cuba dekatinya. Saya pernah
membaca bagaimana untuk berkomunikasi dengan orang yang tiada deria
pendengaran.
Salah satunya, melalui pandangan mata, bahasa badan dan ekspresi
muka kita. Saya tak nak mereka menganggap saya sebagai musuh. Sebab itu saya
bermanis muka dan menghormatinya tadi,” panjang lebar jawapan Nur Halimah.
“Ooh.
Baru Ed faham. Cerdiklah Ima!” puji Shasya Edrina.
“Baiklah.
Saya cadangkan kita melihat alatan yang digunakan Akitty dan Bbetty dulu.
Selepas itu, kita fikirkan strategi seterusnya. Ada bantahan?” cadang Ismail
Razak yang memiliki sifat kepimpinan itu.
“Saya
setuju,” sepakat mereka membalas.
Selepas
itu, dengan mengekori Akitty dan Bbetty, mereka dibawa ke kawasan lapang yang
dikatakan Tengku Ehsan tadi.
“Itukan
‘pedang’ mereka?” Nik Akhil ternampak dua bilah seperti pedang tidak jauh dari
pokok-pokok yang reput.
Mereka
mendekati ‘pedang’ tersebut. Saiz ‘pedang’ itu agak besar sepadan dengan saiz
tangan makhluk itu. Akitty dan Bbetty yang sedari enam manusia itu tekun
melihat ‘pedang’ mereka terus mendekati dan mengangkat ‘pedang’ masing-masing.
“Mereka
nak buat apa ni?” risau Shasya Edrina apabila dua makhluk itu mula menghayunkan
‘pedang’ itu.
Terbeliak
mata mereka apabila ‘pedang’ tersebut berubah menjadi ‘cangkul’ secara
tiba-tiba.
“Hebatnya
ciptaan Mila dan Shahril!” kagum Ismail Razak.
“Eh
eh? Mereka nak buat apa tu?” terundur Tengku Ehsan apabila dua makhluk itu mula
berpandangan antara satu sama lain.
“Mereka
nak berlaga ‘pedang’?! Cepat halang mereka!” cemas mereka apabila mendengar
kata-kata Nur Halimah.
Mereka
berenam berdiri di antara dua makhluk itu. Nik Akhil, Ismail Razak dan Siti Syazanah
menghalang Akitty manakala Nur Halimah, Shasya Edrina dan Tengku Ehsan
menghalang Bbetty. Masing-masing mendepakan tangan mereka.
Kebingungan
dua makhluk itu memandang mereka.
“Saya
rasa mereka menganggap ianya sebagai permainan sahaja,” teka Tengku Ehsan.
“Kita
kena berlakon. Nik Akhil, pura-pura pukul Raz guna kayu ni,” arah Siti Syazanah
selepas mengambil sebatang dahan berdekatan dengan kakinya.
“Selepas
itu, Raz pura-pura sakit dan tunjuk riak muka tu pada mereka berdua,” sambung
Siti Syazanah.
Mereka
akur dengan arahan Siti Syazanah manakala rakan-rakan yang lain sudah berundur
sedikit dari tempat itu.
Nik
Akhil memukul Ismail Razak mengunakan dahan kayu itu. Dia membuat gaya seperti
memukul dengan kuat tetapi sempat dia memperlahankan kekuatannya apabila
mengenai tangan Ismail Razak. Kemudian, Ismail Razak mengusap tempat pukulan
itu beserta mimik muka yang sangat sedih sambil memandang wajah dua makhluk
itu.
Dua
makhluk itu seperti memahami lakonan tersebut terus meletakkan ‘pedang’ mereka
di atas tanah selepas Nik Akhil meletakkan dahan itu ke bawah.
“Mereka
faham!” gembira semua.
Selesai
mengajar Akitty dan Bbetty menggunakan ‘pedang’ itu dengan cara yang betul,
mereka kembali ke rumah pokok.
“Penatnya!”
kepenatan mereka.
Tubuh
mereka terus direbahkan di atas lantai apabila tiba di dalam rumah pokok itu.
Suasana menjadi malap.
“Tempat
ni tiada waktu malam ke?” fikir Tengku Ehsan.
“Itulah.
Saya pun ada terfikir juga. Alam ni tiada matahari tetapi kita dapat merasa
cahaya matahari. Alam ni juga tiada hujan dan sumber air tetapi ada buah-buahan
yang boleh menghilangkan dahaga. Sungguh misteri alam ni,” ujar Ismail Razak.
“Adakah
tugasan kita tadi dah selesai?” soal Shasya Edrina secara tiba-tiba.
“Saya
rasa macam sudah selesai. Kita cuma perlu bantu Akitty dan Bbetty supaya tidak
bermain dengan ‘pedang’ je kan?” balas Tengku Ehsan.
Siti
Syazanah yang mendiamkan diri ternampak sesuatu berkelipan pada dinding. Dia
bangun dari pembaringan.
“Siapa
yang bangun?” yang lain turut bangun apabila cahaya Siti Syazanah bercahaya
terang.
“Syaza?”
pelik mereka dengan sikap Siti Syazanah seperti dipukau.
Matanya
memandang pada cahaya kelipan itu sebelum dia meletakkan tangannya pada cahaya
tersebut. Secara tiba-tiba, rumah tersebut mula bergegar dengan kuat. Siti
Syazanah mula tersedar. Badannya tidak seimbang dengan gegaran yang berlaku.
“Duduk,
Syaza!” arah Nik Akhil sambil merangkak mendekati gadis itu.
Siti
Syazanah terus duduk sambil berpaut pada dinding pokok itu. Matanya dipejamkan.
“Argh!”
menjerit Shasya Edrina sambil menekup telingannya menggunakan tangannya.
Matanya dipejam dengan erat.
Seminit
kemudian, gegaran mula berhenti. Cahaya mula menyinari kawasan itu.
Sang jejaka
membuka matanya sambil memandang persekitaran mereka. Tiada perubahan yang
berlaku. Kemudian, mata dialihkan pada gadis yang berada di samping mereka.
Sempat
mereka mendampingi pasangan masing-masing kerana risau sesuatu yang buruk
berlaku pada mereka.
No comments:
Post a Comment