Friday, February 1, 2019

CERPEN : SUAMIKU PONDAN (BAB 10)

CERPEN : SUAMIKU PONDAN


BAB 10 - SEDAR


Selepas semua berkumpul di dalam rumah Encik Hairol kecuali Ashraf yang enggan meninggalkan isterinya keseorangan di hospital, Ikram memulakan ceritanya berdasarkan siasatan yang dilakukan pagi tadi. Pelbagai reaksi yang ditunjukkan pada wajah masing-masing.

“Jadi, mana mereka sekarang, Ikram?” soal Encik Hairol.

“Saya dah pindahkan mereka ke hotel buat sementara waktu memandangkan rumah mereka sekarang tidak sesuai dan boleh membahayakan nyawa mereka jika sesuatu yang buruk berlaku,” jawab Ikram.

“Ya Allah. Kalau betul mereka masih hidup, kenapa mereka langsung tidak pernah mencari Fiona?” sedih Encik Haimin.

“Melalui siasatan saya, keadaan mereka mula miskin selepas mereka ditipu oleh kawan baik sendiri menyebabkan semua harta mereka diambil dan dilarikan ke luar negara. Mereka tidak sanggup untuk melibatkan anak mereka yang baru lahir di dalam situasi itu lalu mereka terpaksa menghantar bayi yang baru berusia 10 bulan itu ke rumah anak yatim dengan harapan bayi itu akan hidup dalam keadaan lebih mewah dan lebih selamat. Rantai pada bayi itu merupakan rantai milik ibu kandungnya,” hujah Ikram.

“Ya Allah. Salah kita juga bang sebab tidak cuba untuk mencari ibu bapa kandung Fiona,” sedih Puan Hairunisa yang menangis di sisi suaminya.

“Mereka tak nak berjumpa dengan Fiona ke, Ikram?” soal Puan Hanisah.

“Mereka risau jika Fiona membenci mereka kerana telah meninggalkannya keseorangan. Malah, Fiona juga sering dibuli kerana namanya yang berlainan dengan nama ayah angkatnya. Jadi, mereka enggan menyakitkan hati Fiona lagi. Mereka rela untuk menjauhkan diri dari Fiona dan mendoakannya dari jauh saja,” sayu mereka mendengar luahan tersebut.

“Anak mana yang akan membenci ibu bapa kandungnya sendiri? Saya yakin yang Fiona pasti akan memaafkan mereka,” bersuara Ainuri beserta air matanya yang mengalir.

“Kami pun setuju dengan kak long,” serentak Asmina dan Ayuni.

“Baiklah. Kita fikirkan kemudian perkara ni. Yang penting, kita doakan supaya Fiona cepat sedar dan sihat sepenuhnya. Baru kita bincangkan perkara ini semula,” cadang Encik Hairol.

Yang lain membalas dengan anggukan kepala.

“Ikram, nanti cuba tanya Ashraf kalau dia setuju untuk menempatkan ibu bapa kandung isterinya di rumah dia ye?” terkejut mereka apabila mendengar kata-kata Puan Hanisah.

“Baiklah, ibu. Nanti Ikram tanya Ashraf,” balas Ikram.

**********

Kelihatan riak wajah Fiona yang ceria. Dia memandang lelaki tua yang memegang tangan kirinya sambil tersenyum. Kemudian, dia mengalihkan pandangan pada perempuan tua yang memegang tangan kanannya pula sambil tersenyum.

“Nanti bila Fiona dah bangun, Fiona nak tinggal dengan umi dan abi ye?” lebar senyuman Fiona menanyakan soalan pada mereka.

“Mestilah boleh, sayang. Nanti umi masakkan makanan sedap-sedap untuk sayang. Jadi, sayang bangunlah ye?” lembut suara perempuan tua itu.

“Betul tu, sayang. Kami akan menunggu sayang bangun. Jangan tidur lama-lama. Kami rindukan Fiona,” kata lelaki tua pula.

“Baiklah, umi, abi. Fiona bangun sekarang,” ujar Fiona pula.

**********

Fiona membuka matanya secara perlahan-lahan. Dia terasa hembusan nafas pada pipi kanannya lalu dia mengalihkan kepalanya memandang ke kanan. Terkejut dia apabila melihat wajah orang yang dirinduinya sedang lena tertidur. 

Dia pula sedang baring berbantalkan lengan jejaka itu.
Terasa sukar untuk dia menggerakkan tangan kirinya namun dia tetap cuba. 

Tangan kirinya menyentuh pipi kanan suaminya. Air matanya menitis apabila merasai kehangatan yang mengalir di dalam dirinya.
Ashraf terasa sesuatu pada wajahnya lalu dia membuka matanya secara perlahan-lahan. Terbuntang matanya apabila melihat isterinya mencelikkan matanya.

“Sa..sayang?” panggil Ashraf kerana risau jika ianya hanya mimpi.

Fiona membalas dengan anggukan. Melihat anggukan tersebut, air mata Ashraf mula mengalir dan terus merangkul tubuh isterinya ke dalam dakapan.

“Alhamdulillah, Ya Allah. Terima kasih padaMu, Ya Allah. Isteri saya akhirnya sedar juga,” bersyukur Ashraf.

Terharu Fiona dengan kata-kata suaminya. Walaupun dia koma, dia mendengar segala yang diperkatakan. Dia juga mendengar alunan Al-Quran suaminya namun dia tidak dapat untuk mencelikkan matanya.

Wajah Fiona dikucup bertalu-talu oleh Ashraf. Kemudian, tubuh Fiona dipeluk kembali. Betapa gembiranya dia apabila isteri yang dirinduinya sudah sedar dan memeluknya kembali.

Berita gembira itu dikongsikan kepada ahli keluarga yang lain melalui Whatsapp selepas 2 jam Fiona sedarkan diri. Jam menunjukkan pukul 5 pagi semasa dia menghantar berita tersebut kepada ahli keluarga. Ketika itu, doktor sedang memeriksa Fiona. Senyuman tidak lekang dari bibir Ashraf.

“Alhamdulillah keadaan pesakit semakin baik. Dalam sehari dua, jika keadaan semakin pulih, pesakit dapat pulang ke rumah semula,” lega Ashraf apabila mendengar kata-kata doktor yang bertugas untuk merawat isterinya.

“Terima kasih, doktor,” balas Ashraf.


“Arrgh!!” terkejut semua apabila mendengar jeritan Ayuni.

Penghuni di dalam rumah Encik Hairol terbangun dari tidur mereka. Zul Hanif yang sedang tidur bersebelahan dengan isterinya turut terjaga secara mengejut akibat jeritan tersebut.

“Kenapa ni, sayang? Janganlah jerit tiba-tiba. Boleh sakit jantung abang ni,” tegur Zul Hanif.

Dia memandang wajah isterinya yang sedang memegang erat telefon bimbit dengan matanya yang bulat.

“Kenapa ni, sayang?” pelik Zul Hanif dengan perangai isterinya yang sudah menjadi patung itu.

Telefon milik Ayuni dipandangnya. Matanya turut bulat apabila membaca buat kali kedua. Memang rutin harian isterinya untuk membuka aplikasi Whatsapp setiap kali bangun dari tidur.

“Alhamdulillah. Baguslah Fiona sudah sedar. Sayang, jom kita beritahu yang lain. Lepas kita bersiap, kita pergi tengok adik ipar sayang ye,” lembut suara Zul Hanif sambil memeluk tubuh isterinya yang sudah mengalirkan air matanya itu.

Air mata gembira. Geli hati Zul Hanif melihat sifat isterinya yang sentiasa mencuit hati. Selepas bersiap, Zul Hanif keluar dari biliknya menuju ke ruang solat untuk solat Subuh berjemaah.

“Kenapa dengan isteri kamu tu, Zul?” soal Encik Hairol apabila melihat menantunya itu tiba di ruang solat.

Naim dan Ikram yang baru tiba di ruang solat turut memandang Zul Hanif.

“Ada berita gembira, ayah. Fiona dah sedar pukul 3 pagi tadi,”

“Alhamdulillah,” serentak mereka apabila mendengar berita tersebut.

“Berkat doa ibu bapa kandungnya, akhirnya Fiona sedar juga,” gembira Encik Hairol.

“Patutlah kuat jeritan Ayuni tadi. Ingatkan Zul buat apa-apa kat dia sampai dia menjerit,” usik Naim.

“Ish. Ke situ pula dia,” Zul Hanif melagakan penumbuknya perlahan pada lengan Naim.

“Hahaha,” geli hati mereka.

“Apa yang seronok sangat ni, wahai jejaka-jejaka sekalian?” pelik Puan Hanisah yang baru tiba di ruang solat.

“Nanti lepas kita solat, baru kami cerita,” berahsia Encik Hairol.

Pelik Puan Hanisah, Ainuri dan Asmina dengan sang jejaka tersebut. Mereka menunaikan solat subuh berimamkan Encik Hairol. Sempat Ayuni solat bersama kerana dia hampir terlewat turun ke ruang solat.

Semasa membaca doa, Encik Hairol memanjangkan doanya menyebabkan isteri serta anak-anak gadisnya terkejut.

“Syukur kepadaMu, Ya Allah. Engkau telah memperkenankan doa kami. Akhirnya, Fiona sedar juga dari koma. Terima kasih, Ya Allah kerana masih memberi kesempatan ini kepada kami dan ibu bapa kandungnya untuk meneruskan kehidupan ini. Semoga Fiona menerima ibu bapa kandungnya semula dan semoga mereka diberi kebahagiaan yang berpanjangan,” panjang doa Encik Hairol.

Bergenang air matanya.

“Alhamdulillah, Ya Allah,” tangisan gembira kedengaran dari Puan Hanisah, Ainuri, Asmina dan Ayuni.

Selepas doa diaminkan, Naim, Ikram dan Zul Hanif mencium tangan bapa mertua mereka. Kemudian, mereka memandang isteri masing-masing yang sedang menangis.

“Allah. Kenapa korang menangis pula ni? Dah dah. Nanti kita pergi melawat Fiona. Masak sedap-sedap untuk dia. Mesti dia lapar tu selepas lama dia koma. Nanti jumpa Fiona jangan nangis-nangis macam ni. Bila dia tahu korang menangis sebab dia, mesti dia berasa bersalah sangat,” celoteh Encik Hairol sambil mengusap tubuh isteri serta anak-anak gadisnya.
Mereka sangat bersyukur kerana akhirnya Fiona sudah sedar daripada koma.





<BAB 9          BAB 11>

No comments:

Post a Comment