CERPEN : SUAMIKU PONDAN
BAB 1 - PERTEMUAN
Dengan
lengkap berpakaian sekolah menengah beserta dengan tudung yang tersarung kemas,
Fiona berjalan melalui belakang makmal sains. Langkahnya terhenti apabila
terdengar suara seseorang mengerang kesakitan.
Terbuntang
matanya apabila melihat seorang pelajar lelaki sedang dibelasah oleh tiga orang
pelajar lelaki yang lain.
“Apa
yang korang buat ni, hah?!” lantang suara Fiona sambil bercekak pinggang.
Kehadiran
Fiona amat mengerunkan mereka lantas pembuli itu terus berlari meninggalkan
kawasan tersebut. Fiona mendengus kasar sebelum mendekati pelajar lelaki yang
dibelasah sebentar tadi.
“Awak
tak ada apa-apa? Boleh bangun tak ni? Nak saya papahkan ke bilik kesihatan?”
bertubi-tubi soalan Fiona apabila melihat pemangsa itu.
Kedengaran
suaranya sedang menangis sambil terbaring memeluk beg sekolahnya. Fiona
mengeluh lalu mencangkung di hadapan pelajar itu.
“Saya
tahu yang awak sedang sakit. Tapi, kalau awak masih macam ni, macam mana saya
nak tolong awak? Awak tu lelaki tahu tak? Saya ni perempuan. Takkan awak nak
saya dukung awak pula ke bilik kesihatan. Tak nak, kan? Jadi, baik awak bangun
sekarang. Saya ni bukan muhrim awak untuk saja-saja nak pegang. Boleh bangun
tak ni?” panjang lebar leteran Fiona.
Secara
perlahan-lahan, pelajar lelaki itu cuba untuk bangun.
“Biar
saya bawakan beg awak. Lepas tu, awak pautkan tangan awak tu pada beg ni,” kata
Fiona sambil mengambil beg yang berada di dalam dakapan lelaki itu.
Beg
tersebut digalasnya sebelum pelajar itu memautkan tangan kirinya di atas beg
tersebut. Dengan berhati-hati, Fiona dan pelajar lelaki itu berjalan ke bilik
kesihatan yang tidak jauh dari makmal sains.
**********
“Ya
Allah! Apa dah terjadi ni, Fiona?” terkejut cikgu yang bertugas di dalam bilik
kesihatan itu apabila melihat Fiona dengan pemangsa buli itu.
Dengan
bantuan cikgu Ros, pelajar lelaki itu didudukkan di atas katil. Beg yang
digalasnya diletakkan di sebelah katil tersebut.
“Tadi
Rodzi, Qowi dan Man buli dia. Itu yang sampai teruk ni. Baiklah, cikgu Ros.
Saya nak masuk kelas semula ni. Nanti kena marah pula sebab masuk lambat,”
pinta Fiona.
“Yelah,
Fiona. Nanti sebelum balik rumah, datang sini dulu tau,” pesan cikgu Ros.
“Baiklah,
cikgu. Assalamualaikum,” selepas salam dijawab, Fiona bergegas masuk ke dalam
kelasnya.
Mujur
cikgu Sejarahnya masih belum masuk ke kelasnya. Tidak lama kemudian, cikgu
Ruslina iaitu cikgu Sejarah masuk ke dalam kelas.
Selepas
salam diberi dan dibalas, semua pelajar diminta untuk duduk.
“Untuk
makluman semua, sepatutnya korang akan mendapat kawan baru. Tetapi, sesuatu
telah berlaku dan dia akan masuk kelas pada keesokkan harinya. Saya harap
kalian dapat berkawan dengan dia nanti,” pesan cikgu Ruslina merangkap guru
kelas kami.
Suasana
kelas mula menjadi bising apabila mendengar berita tersebut.
“Baik,
kelas. Saya akan mulakan sesi pembelajaran sekarang. Buka buku latihan Sejarah
sekarang,” lantang suara cikgu Ruslina.
**********
Apabila
tamat waktu persekolahan, Fiona terus ke bilik kesihatan. Namun, bilik tersebut
telah kosong tanpa penghuni.
“Oh
Fiona. Maaf sebab suruh awak datang ke sini. Kawan awak tadi tu sudah dibawa
pulang oleh ibu bapanya. Esok baru dia datang sekolah semula. Mereka ucapkan
terima kasih pada Fiona sebab membantu anak mereka dari menjadi mangsa buli,”
ujar cikgu Ros yang muncul dari belakang Fiona.
“Ye
ke, cikgu? Tak apalah kalau macam tu. Saya balik dulu, cikgu. Assalamualaikum,”
Fiona
mencium tangan cikgu Ros.
“Waalaikumussalam,”
jawab cikgu Ros sambil memandang Fiona yang mula menjauhinya.
**********
Keesokkan
harinya, Fiona datang awal ke sekolah. Apabila tiba di kelasnya, langkahnya
terhenti apabila melihat tubuh badan seseorang yang duduk bersebelahan dengan
tempat duduknya.
Setahu
Fiona, tempat duduk di sebelahnya kosong kerana tiada sesiapa yang ingin duduk
di sebelahnya. Fiona mendekati pelajar tersebut.
“Assalamualaikum,”
sapa Fiona.
“Waalaikumussalam,”
pelajar itu berpaling memandang wajah Fiona.
“Awak?!”
terkejut Fiona kerana mengenali pelajar lelaki itu.
“Awak
Fiona, kan? Awak sekelas dengan saya ke?” ceria muka lelaki itu.
“Ye.
Saya duduk di sebelah tu,” jujur Fiona sambil menunding jarinya ke arah meja di
sebelah lelaki itu.
‘Kenapa saya rasa lelaki ni macam lembut semacam je,’ bisik
Fiona dalam hatinya.
“Awak,
terima kasih tau semalam sebab tolong saya. Kalau awak tak ada, mesti teruk
saya kena belasah. Terima kasih tau, awak,” lebar senyuman lelaki itu.
“Sama-sama,”
jawab Fiona tanpa perasaan.
Fiona
berjalan ke belakang kelas sebelum mencapai penyapu dan penyodok.
Lelaki itu
mendekati Fiona sebelum mengambil penyodok dari Fiona. Terkejut Fiona dengan
perbuatan lelaki itu.
“Saya
pun nak bantu awak juga,” lesung pipit jelas kelihatan pada kedua-dua pipi
lelaki itu.
Fiona
tidak membalas. Dia menyambung aktivitinya itu.
“Awak
masih belum tahu nama saya, kan? Awak tak nak tanya ke?” soal lelaki itu.
“Emm,”
ringkas jawapan Fiona.
“Awak
memang suka bersendiri yer? Kalau begitu, saya jadi kawan awaklah. Lagipun,
saya suka bila berkawan dengan awak. Bukan macam orang lain. Mereka berkawan
dengan saya pun sebab ada niat jahat tau,” ujarnya.
“Nama
saya Ashraf Hakimi. Awak boleh panggil saya Ashraf atau Hakimi. Ikut suka
awaklah nak panggil saya apa. Nanti awak bawa saya pusing-pusing di sekolah ni
yer. Saya risau saya sesat pula sebab besar sangat sekolah ni,” sambungnya
lagi.
Fiona
tergelak kecil mendengar kata-kata Ashraf.
“Awak
senyum?” bulat mata Ashraf melihat senyuman Fiona.
Fiona
terus mengetatkan mukanya kembali.
“Cantik
apa bila awak senyum. Manis je tau. Tapi, saya tak nak awak senyum pada orang
lain. Saya nak awak senyum pada saya saja, boleh? Boleh tak?” tanya Ashraf
walaupun suaranya agak lembut didengari.
Fiona
berhenti menyapu. Matanya memandang lelaki yang berdiri di hadapannya.
“Awak
tak penat ke bila bercakap?” terus berubah wajah Ashraf.
Terkejut
Fiona melihat Ashraf yang sudah menunduk memandang lantai sambil menahan air
matanya dari jatuh.
“Itu
pun nak menangis. Betul ke awak ni lelaki?” kata Fiona sambil mengambil
penyodok dari pegangan Ashraf.
“Awak
benci saya sebab saya ni bukan seperti lelaki lain ke?” serak suara Ashraf.
Fiona
mengeluh panjang.
“Saya
tak kata saya benci awak. Awak tak malu ke asyik menangis je? Lagipun, awak nak
ke berkawan dengan saya sebab saya ni bukan seperti perempuan lain, kan?”
Ashraf
memandang wajah Fiona sambil menggelengkan kepalanya.
“Saya
ikhlas nak menjadi kawan awak. Saya sanggup berubah jika itu yang awak nak.
Awak masih tak nak berkawan dengan saya ke?” perlahan suara Ashraf.
“Saya
tak perlukan kawan jika kawan itu selalu mencaci dan menghina saya. Awak juga
akan jadi begitu selepas tahu asal-usul saya nanti,” sebak Fiona mengingati
peristiwa silamnya.
Dia
dipalaukan oleh kawan-kawan sekelasnya apabila mereka mendapat tahu bahawa
Fiona ialah anak yatim piatu. Mereka selalu mengejek Fiona kerana nama ayahnya
di dalam sijil kelahiran berlainan dengan nama ayahnya yang didaftarkan sebagai
penjaga.
“Saya
sudah tahu semua pasal awak, Fiona. Saya janji saya akan menjaga dan melindungi
awak sepanjang kita menjadi kawan,” nekad Ashraf sambil mengangkat tangannya
seperti berikrar.
Fiona
terkejut sebelum dia melepaskan ketawanya.
“Kenapa
awak ketawa pula, Fiona?” pelik Ashraf.
“Awak
tu bukan kuat pun. Ada hati nak jaga dan lindungi saya pula. Entah-entah saya
yang jaga dan melindungi awak pula,” masih bersisa ketawa Fiona.
“Betul
juga ye,” merah muka Ashraf sambil mengosok belakang kepalanya.
Fiona
memandang wajah Ashraf. Pertama kali dalam hidupnya mempunyai seseorang yang
ingin menjaga dan melindunginya. Walaupun dia agak ‘tomboi’ , namun Ashraf tetap menerimanya sebagai kawan.
No comments:
Post a Comment