NOVEL : PENGEMBARAAN KE ALAM ANEH
BAB 12- RACUN
Mereka
berenam masuk ke dalam lubang pokok yang kini menjadi tempat kediaman mereka. Punggung
dilabuhkan di atas kerusi kecuali Siti Syazanah yang termenung memandang
dinding pokok itu.
Nik
Akhil yang menyedari sikap aneh gadis itu turut memandang ke arah dinding
tersebut. Dinding tersebut bercahaya sebesar kotak empat segi seperti suis lif.
“Syaza,
jangan dekati dinding tu. Biar saya yang pergi,” tegas suara Nik Akhil.
Nik
Akhil sudah berdiri mendekati gadis itu. Yang lain turut berdiri.
“Gempa
bumi akan berlaku lagi ke kalau cahaya berkelip tu disentuh?” risau Shasya
Edrina.
“Saya
rasa cahaya itu memanggil Syaza untuk menyentuhnya. Tengok tu. Syaza seperti
dipukau saja,” ujar Tengku Ehsan.
Mata
mereka memandang Siti Syazanah yang tidak berkelip matanya memandang cahaya
pada dinding itu. Nur Halimah sudah memeluk erat lengan Siti Syazanah supaya
tidak mendekati cahaya tersebut.
“Saya
akan sentuh cahaya ni. Baik korang bersedia untuk situasi gempa bumi nanti,”
kata Nik Akhil yang sudah bersedia untuk menyentuh cahaya tersebut.
“Tunduk
semua. Ed dan Ima pegang Syaza dengan kuat,” arah Ismail Razak.
Mereka
akur dengan arahan jejaka itu. Selepas melihat rakan-rakannya duduk melutut di
atas lantai pokok, Nik Akhil terus menyentuh cahaya tersebut.
Sempat
dia duduk di atas lantai sebelum gegaran yang kuat berlaku. Masing-masing
memejamkan mata mereka dengan erat. Selama seminit gegaran itu berlaku.
“Apa
dah berlaku?” Siti Syazanah mula tersedar apabila gegaran itu berhenti.
Tubuhnya
erat dipeluk oleh Nur Halimah dan Shasya Edrina. Apabila mendengar suara Siti
Syazanah, yang lain turut membuka mata masing-masing.
“Apa
dah berlaku tadi?” tertanya-tanya Shasya Edrina.
“Saya
yakin kita sudah berpindah ke tempat lain. Rasa bahang tadi pun sudah hilang,”
yakin Ismail Razak.
“Adakah
tadi suis untuk berpindah tempat?” fikir Tengku Ehsan.
“Tapi,
cahaya tadi sudah hilang. Saya rasa, selagi tugasan kita belum selesai, cahaya
tu tidak akan muncul,” kata Nik Akhil.
“Kalau
betul apa yang Akil katakana, bermaksud, kita sekarang berada di tempat lain
dan ada tugasan baru menanti kita di luar sana,” bicara Ismail Razak.
“Ima,
kenapa ni?” pelik Shasya Edrina apabila Nur Halimah menggigil secara tiba-tiba.
“Saya
dapat rasakan sesuatu akan berlaku pada kita. Perlu ke kita keluar dari pokok
ni?” risau Nur Halimah.
Matanya
sayu memandang wajah jejaka-jejaka di hadapannya.
“Ima,
itulah tujuan utama kita dipanggil ke alam aneh ni. Kita ditugaskan untuk
membantu hidupan di sini. Kalau kita tidak buat macam tu, macam mana kita nak
kembali ke alam kita semula?” bidas Tengku Ehsan.
“Sabar,
Izan. Baiklah. Kita buat macam ni. Saya cadangnya, biar kami bertiga sahaja
keluar dan menyiasat tugasan yang perlu kita selesaikan. Syaza, Ima dan Ed
duduk di dalam ni, boleh?” bersuara Ismail Razak.
“Saya
tak pasti sama ada betul atau pun tidak tindakan ni. Tapi, saya nak korang
terus kembali ke sini selepas selesai mencari tugasan tu. Sebab Mila pernah
kata bahawa ‘enam kepala lebih baik
daripada satu, dua, tiga, empat dan lima kepala’. Saya pasti dia menyuruh
kita berenam sama-sama memikirkan jalan penyelesaian untuk semua tugasan,” kata
Siti Syazanah.
“Korang
akan berjanji takkan selesaikan tugasan tu, kan?” garang suara Shasya Edrina
sambil mengecilkan matanya memandang ketiga-tiga jejaka itu.
“Ye,
kami janji,” dengan malas Tengku Ehsan menjawab pertanyaan gadis itu.
“Korang
berehat di sini dulu. Kami pergi dulu ye,” pinta Ismail Razak.
“Hati-hati!”
serentak ketiga-tiga gadis itu.
Selepas
kelibat sang jejaka menghilang, mereka mula mendiamkan diri.
“Tak
apa ke kita tak sertai mereka sekali?” bersuara Shasya Edrina.
“Entah.
Ima, awak ok tak ni? Nak baring tak?” soal Siti Syazanah.
“Tak
apa. Maafkan Ima. Disebabkan saya, Syaza dan Ed terpaksa menemani Ima di sini,”
sedih suara Nur Halimah.
“Tak
apa. Kesihatan Ima lagi penting. Ed nak masak air dulu jap,” lalu Shasya Edrina
berjalan ke tempat yang disediakan untuk memasak.
Dia
menghidupkan api menggunakan dua biji batu yang berada di situ. Ajaibnya batu
tu. Sekali gores terus hidup api pada dahan yang terdapat di situ.
Periuk
disangkutkan pada penyangkut yang berada di atas api sebelum botol mineral yang
berisi air sungai dimasukkan ke dalam periuk tersebut.
“Pandainya
Ed guna alat-alat tradisional ni,” kagum Siti Syazanah.
“Alaa…perkara
kecil je,” bangga Shasya Edrina kerana dipuji.
“Err…korang.
Lepas air siap masak, jom kita keluar, nak?” lembut suara Nur Halimah mengajak
mereka.
“Hah?”
terkejut kedua-dua gadis itu.
*****
“Banyaknya
bunga di tempat ni. Musim bunga ke?” kagum Ismail Razak sambil melihat
sekelilingnya.
Kawasan
tersebut dipenuhi dengan bunga yang berwarna warni. Pokok-pokok turut dihiasi
dengan bunga yang mekar. Langkah Nik Akhil terhenti apabila dia ternampak
sesuatu lembaga yang besar tidak jauh dari mereka.
Tidak
sempat dia berjalan ke arah lembaga tersebut apabila terdengar suara cemas
Tengku Ehsan.
“Raz,
kenapa dengan kau ni?” cemas Tengku Ehsan sambil memangku Ismail Razak yang
terbaring di atas tanah.
Nik
Akhil terus mendekati rakan-rakannya itu.
“Apa
dah terjadi ni, Izan? Kenapa dengan Raz?” soal Nik Akhil.
“Tak
tahulah kenapa. Selepas dia dekati cendawan yang berbentuk hati tu, dia terus
pengsan,” cerita Tengku Ehsan sambil menunding jarinya pada cendawan berbentuk
hati berdekatan dengan sebuah pokok.
“Mungkin
cendawan tu beracun. Jom kita balik semula ke lubang pokok tu. Biar saya yang
gendongnya,” Tengku Ehsan hanya akur arahan Nik Akhil itu.
Nik
Akhil menggendong tubuh Ismail Razak menuju ke lubang pokok.
“Argh!”
terhenti langkah mereka apabila mendengar jeritan perempuan.
“Apa
dah jadi? Bukan ke mereka berada di dalam pokok ni?” pelik Nik Akhil apabila
matanya tertancap pada beberapa orang gadis yang tidak jauh dari tempat mereka.
“Izan,
awak pergi tengok mereka dulu. Saya nak letakkan Raz jap,” lalu Tengku Ehsan
berlari ke arah jeritan tersebut.
Selepas
membaringkan Ismail Razak di atas lantai pokok, dia bergegas keluar dari situ.
“Kenapa
ni?” tanya Tengku Ehsan dalam keadaan termengah-mengah.
“Kami
pun tak tahu. Tiba-tiba saja Ima pengsan,” jawab Shasya Edrina yang sedang
memangku Nur Halimah.
Kelihatan
gadis itu tidak sedarkan dirinya.
“Adakah
disebabkan oleh cendawan yang berbentuk hati?” terkejut mereka apabila mendengar
suara garau itu.
“Macam
mana awak tahu, Nik Akhil?” soal Siti Syazanah.
“Saya
teka dah. Kejadian yang sama berlaku pada Raz tadi. Izan, awak dukung Ima pula
masuk dalam pokok tu. Ed, awak temankan Izan,” arah Nik Akhil tanpa berbincang.
“Saya
pula?” tanya Siti Syazanah.
“Awak
ikut saya ke sana. Dah. Cepat bergerak!”
Tengku
Ehsan segera menggendong Nur Halimah dengan bantuan Shasya Edrina. Mereka terus
berjalan ke lubang pokok. Manakala, Nik Akhil dan Siti Syazanah berjalan ke
arah bertentangan.
“Kita
nak ke mana ni, Nik Akhil?” pelik gadis itu yang mengekori belakang Nik Akhil.
“Sebelum
saya menjawab pertanyaan tu, kenapa korang keluar dari pokok tu? Bukan ke kami
suruh korang duduk dalam tu diam-diam?” tegas suara Nik Akhil.
Matanya
sudah memandang tajam ke arah gadis itu. Mereka berhenti berjalan.
“Ma..maafkan
saya. Tapi, Ima yang nak keluar katanya. Takkan saya nak biarkan saja mereka
pergi,” panjang muncung mulut gadis itu.
Nik
Akhil mengeluh panjang sebelum menyambung perjalanannya.
“Tadi
saya ada ternampak satu lembaga ni. Saya yakin dia ada kaitan dengan tempat
pelik ni. Mungkin dia juga tahu macam mana nak sembuhkan Raz dan Ima,” kata Nik
Akhil.
“Lembaga?”
terbeliak mata Siti Syazanah.
Jantungnya
mula mengepam dengan laju.
No comments:
Post a Comment