NOVEL : PENGEMBARAAN KE ALAM ANEH
BAB 6- BERGADUH
“Ima?!”
cemas Siti Syazanah dan Shasya Edrina.
“Apa
yang kau buat ni, Izan?! Kenapa kau membiarkan Ima di sana?!” geram Ismail
Razak.
“Shu!
Si penakut tu kata dia nak cuba berkomunikasi dengan makhluk tu. Kita tengok
macam mana reaksi makhluk tu,” ujar Tengku Ehsan.
Makhluk
itu memandang wajah Nur Halimah yang sedang tersenyum lebar. Nur Halimah
memandang setiap inci wajah makhluk itu. Tinggi seperti zirafah. Besarnya
seperti beruang. Wajahnya pula seperti king kong dengan badannya yang penuh
dengan bulu. Nur Halimah menundukkan kepalanya ke arah makhluk itu.
Tanpa
disangka, makhluk yang boleh berdiri dengan dua kaki itu turut menundukkan
kepalanya ke arah Nur Halimah. Dia tersenyum melihat tindak balas makhluk itu.
Dengan
beraninya, Nur Halimah mendekati makhluk tersebut. Tangan berbulu itu diusapnya
perlahan. Usapan itu menyebabkan makhluk tersebut duduk sambil menyuakan
lehernya pada Nur Halimah dengan manja.
Geli
hati Nur Halimah melihatnya. Dia terus mengusap leher makhluk itu. Sungguh
manja makhluk itu sambil badannya digolekkan di atas daun-daun kering. Seperti
kucing pula apabila seronok lehernya diusap.
“Macam
seronok je,” Shasya Edrina terus ke arah Nur Halimah.
“Ed?!”
terkejut mereka.
“Saya
rasa makhluk tu tidak berbahayalah,” fikir Ismail Razak sambil berdiri.
Yang
lain turut berdiri memandang Shasya Edrina dan Nur Halimah yang ligat mengusap
badan makhluk itu. Siti Syazanah baru menyedari bahawa dirinya bersama-sama
dengan tiga jejaka yang bukan mahramnya.
Belum
sempat kakinya melangkah, dia terasa hembusan nafas pada lehernya. Secara
perlahan-lahan, kepalanya ditoleh ke belakang. Nik Akhil yang pelik dengan
perubahan muka gadis itu turut menoleh ke belakang.
Alangkah
terkejutnya mereka apabila mendapat seekor makhluk gergasi berada di belakang
mereka. Malah, kepala makhluk itu berada separas dengan kepala mereka dan jarak
mereka hanyalah seinci dua sahaja.
Siti
Syazanah terundur sedikit. Jantungnya sudah mengepam dengan lajunya. Nik Akhil
yang turut terkejut dengan kehadiran makhluk itu terus menumbuk wajah makhluk
tersebut.
“Harh!!”
mengaum kesakitan makhluk itu.
Gaumannya
amat membingitkan telinga mereka.
“Cepat
lari!” arah Nik Akhil.
Sempat
dia menarik lengan Siti Syazanah sebelum berlari menjauhi makhluk itu. Ismail
Razak dan Tengku Ehsan turut berlari apabila makhluk itu mula mengamuk dengan
menghentakkan kakinya menyebabkan getaran yang kuat di kawasan itu.
“Kenapa
tumbuk dia, Nik Akhil?!” tanya Siti Syazanah selepas mereka berhenti berlari.
Tercunggap-cunggap
mereka kerana kepenatan. Mereka berdua menyorok di sebalik pokok besar yang
mampu menyembunyikan tubuh mereka berdua.
Nik
Akhil memandang mata Siti Syazanah yang sedang menahan kemarahan itu. Tangannya
sudah melepaskan lengan gadis itu yang berlapikkan dengan baju.
“Saya
terkejut sangat bila nampak muka hodoh tu,” selamba jawapan Nik Akhil tanpa
berasa bersalah.
“Nik
Akhil! Kenapa awak suka bertumbuk? Awak tahukan yang ianya akan menyakitkan
orang lain? Tadi pun awak hampir menumbuk Izan, kan? Cuba bersabar sikit, Nik
Akhil,” bebel Siti Syazanah namun masih mengawal kemarahannya.
Nik
Akhil mendengus kasar. Dia buat macam tu semua untuk gadis itu juga. Namun,
gadis yang dia selamatkan tidak menyebelahinya malah memarahinya pula.
“Kau
ingat aku buat semua tu untuk siapa, hah?!” Nik Akhil mengubah kata nama
dirinya akibat kemarahannya semakin menggunung.
Matanya
tajam memandang mata gadis itu. Gadis itu menelan air liur apabila bertentang
mata dengan jejaka itu. Pertama kali dia dimarahi oleh seseorang yang berlainan
jantina dengannya.
Siti
Syazanah menundukkan kepalanya memandang ke bawah apabila air matanya mula
bergenang. Tangannya memegang erat bajunya yang labuh pada paras lutut itu. Nik
Akhil melihat gadis itu menggigil mula berasa bersalah kerana meninggikan
suaranya.
“Itu
pun nak menangis. Kenapa perempuan ni suka menyelesaikan masalah dengan air
mata?” rungut Nik Akhil perlahan namun dapat didengari di telinga Siti
Syazanah.
“Korang
berdua ok ke? Ada sesiapa yang cedera?” soal Ismail Razak yang baru tiba di
tempat mereka.
“Makhluk
tu dah bertenang semula selepas seekor lagi menghalang amukan tadi. Ima dan Ed
sedang menenangkannya tu,” sambung Ismail Razak.
Pertanyaan
Ismail Razak tidak dijawab. Peliknya melihat wajah dingin Nik Akhil dan wajah
muram Siti Syazanah yang masing-masing enggan memandang antara satu sama lain.
“Kenapa
dengan korang berdua ni?” tanyanya lagi.
Geram
pula dia melihat Nik Akhil dan Siti Syazanah yang membisu dari tadi.
“Dahlah.
Malas saya nak layan kamu berdua. Selagi kamu berdua tidak berbaik, jangan dekati
kami. Selesaikan urusan kamu berdua dulu, baru kita bincang strategi untuk
selesaikan tugasan ni. Jangan berlama sangat pula. Kami tak boleh tunggu kamu
berdua lama-lama. Faham?” tegas Ismail Razak sambil memandang Nik Akhil dan
Siti Syazanah selang-seli.
“Faham
tak ni, Akil, Syaza?!” soalnya lagi apabila tidak mendapat balasan daripada dua
orang di hadapannya itu.
“Faham,”
Nik Akhil dan Siti Syazanah serentak menjawab.
“Bagus.
Ingat! Jangan lama-lama,” pesan Ismail Razak.
Selepas
mendapat anggukan kepala daripada mereka berdua, Ismail Razak beredar dari situ
menuju ke rakan-rakannya yang lain.
“Kenapa
tu, Raz?” soal Tengku Ehsan selepas mendengar tengkingan Ismail Razak tadi.
“Mereka
berdua bergaduh. Saya suruh mereka berbaik dulu baru sertai kita,” balas Ismail
Razak.
“Gaduh?
Tak apa ke kita biarkan mereka berdua je? Nanti makin parah pula dengan sikap
panas baran si Akil tu,” risau Shasya Edrina yang sedang mengusap makhluk aneh
itu.
“Pandailah
mereka berdua selesaikan masalah mereka tu. Jadi, macam mana dengan makhluk ni?
Dia cedera tak selepas ditumbuk Akil tadi?” Ismail Razak menukar topik mereka.
“Tak
cedera pun. Mungkin dia terkejut dengan tindakan Akil tadi,” balas Nur Halimah
yang sedang mengusap wajah makhluk aneh yang ditumbuk Nik Akhil tadi.
“Alhamdulillah
tiada apa-apa yang buruk berlaku. Nasib baik Ima cepat bertindak tadi. Kalau
tak, arwah dah kita kena lenyek tadi,” lega Tengku Ehsan.
Merah
muka Nur Halimah mendengar pujian jejaka itu ditambah pula dengan senyuman
kacaknya itu.
“Saya
nak minta maaf sebab marah awak tadi. Cuma, saya tidak suka dengan pergaduhan
ni. Bila bergaduh, pasti ada kecederaan. Saya tak nak tengok sesiapa cedera,
termasuklah awak. Saya nak minta maaf sebab selalu menyusahkan awak sehingga
awak terlibat sama. Kita berbaik ye?” lembut suara Siti Syazanah untuk memujuk
Nik Akhil sambil memandang wajah jejaka di hadapannya itu.
Nik
Akhil mengeluh sebelum mengalihkan pandangannya pada wajah cantik gadis itu.
Lemah imannya mendengar suara lembut memujuk itu.
“Bukan
salah awak pun. Saya pun nak minta maaf juga sebab tengking awak tadi,” balas
Nik Akhil.
Tersenyum
Siti Syazanah mendengar kata-kata itu.
“Nanti
awak minta maaf pada makhluk tadi tu ye. Kesian dia sebab awak tumbuk dia.
Mesti dia sakit tu,”
“Yelah
yelah. Nanti saya minta maaf,” Nik Akhil mengalihkan pandangannya kerana tidak
sanggup memandang gadis yang mengugatkan imannya itu.
“Yeay!
Alhamdulillah. Jomlah kita ke sana. Lebih cepat kita selesaikan tugasan, lebih
cepat kita balik semula ke bumi,” riang suara Siti Syazanah terus berlari ke
arah rakan-rakannya yang lain.
Nik
Akhil memandang gadis itu yang semakin menjauhinya.
“Saya
harap saya dapat mendengar perkataan tu suatu hari nanti,” kata Nik Akhil
bersendirian sebelum memulakan langkahnya ke arah rakan-rakannya yang lain.
No comments:
Post a Comment