NOVEL : PENGEMBARAAN KE ALAM ANEH
BAB 18- SUNYI
“Syaza!
Ima!” panggil Shasya Edrina apabila kelibat dua sahabatnya itu hilang dari
pandangannya.
Shasya
Edrina berhenti berlari di sebuah pokok ru yang besar. Nafasnya yang
tercunggap-cunggap cuba dipulihkan menjadi normal semula.
“’Coolaf’ ! Saya tahu kamu dengar apa
yang saya katakana ni. Saya nak kamu lepaskan semua kawan-kawan saya sekarang
juga. Biar mereka keluar dari alam ini . Sebagai balasan, saya akan menemani
awak di sini! Awak dengar tak , ‘Coolaf’ !”
lantang suara Shasya Edrina.
Dia
mula gelisah apabila kakinya mula beku. Kedua-dua kakinya tidak dapat bergerak.
Badannya pula semakin menggigil kesejukkan.
“’Coolaf’ ! Awak boleh lakukan apa sahaja
pada saya. Tetapi, tolong lepaskan kawan-kawan saya. Mereka masih mempunyai
keluarga yang menanti mereka. Sedangkan saya, ada ibu bapa pun, mereka tidak
pernah menghiraukan saya. Saya janji yang saya tidak akan meninggalkan tempat
ini. Saya akan sentiasa berada di sisi kamu, ‘Coolaf’! Tolong lepaskan mereka,” merayu Shasya Edrina.
Air
mata yang mengalir dibiarkan sahaja.
Tidak
lama kemudian, pokok di sisi gadis itu mula bergerak. Tersentak Shasya Edrina
apabila melihat pokok ru itu berubah menyerupai sesumpah gergasi. Mungkin
itulah rupa sebenar penjaga di kawasan bersalji itu.
“Kenapa
kamu sanggup melakukannya demi kawan-kawan kamu, wahai manusia? Sedangkan
mereka, tidak pernah perdulikan kamu?” bersuara makhluk gergasi itu.
Air
liurnya ditelan dengan kasar. Matanya masih terbeliak melihat makhluk gergasi
yang berada di hadapannya.
“Kamu
silap, ‘Coolaf’. Mereka sentiasa
mengambil berat tentang saya. Malah, hati kami sentiasa bersatu. Disebabkan
itu, kami berjaya menjejakkan kaki di kawasan kamu, ‘Coolaf’,” serius muka Shasya Edrina memandang mata makhluk gergasi
itu.
“Kenapa
kamu buat begitu, wahai manusia? Mereka hanyalah kawan dan bukannya keluarga
kamu,” bersuara penjaga kawasan bersalji itu.
“Kamu
salah, ‘Coolaf’. Walaupun kami
langsung tiada pertalian darah, namun, bagi saya, mereka adalah ahli keluarga
yang saya sayangi. Mungkin kami baru sahaja bertemu di alam aneh ini. Tetapi,
mereka amat penting bagi saya kerana merekalah sahabat pertama yang pernah saya
jumpa dan menerima saya seadanya,” ujar Shasya Edrina.
Dia
mula tersenyum apabila mengingati sahabat-sahabatnya. Walaupun dia sering
bergaduh dengan Nik Akhil dan Tengku Ehsan, namun, merekalah penceria suasana
ketika mereka jauh daripada keluarga. Jejaka yang bernama Ismail Razak pula
sentiasa mengambil berat tentang keadaannya.
Siti
Syazanah dan Nur Halimah sering memujuk dan sentiasa memberi semangat di kala
dia dibelenggu rasa takut dan berputus asa. Merekalah sahabat pertama yang
setia bersama-sama dengannya dan bertahan dengan perangainya.
Melihat
wajah tekad Shasya Edrina menyebabkannya kembali ke kisah silamnya di mana dia
berjumpa dengan seorang jejaka yang berusaha melindungi seorang gadis walaupun
dia hampir terkorban kerana kesejukan.
Ribut
salji yang sedang melanda kawasan itu mula berhenti. Salji yang mengeras pada
kaki Shasya Edrina mula cair. Kakinya boleh digerakkan semula. Kemudian, mata
dialihkan memandang makhluk itu.
“Jadi,
kamu setuju untuk melepaskan mereka?” tanya Shasya Edrina.
“Baiklah.
Saya akan melepaskan kawan-kawan kamu. Tetapi, ingat janji kamu, wahai
manusia,” balas ‘Coolaf’ .
“Jangan
risau, ‘Coolaf’ . Saya seorang yang
pegang pada janji,” kata Shasya Edrina.
“Saya
tak benarkan perjanjian ini dilaksanakan!” tersentak mereka apabila terdengar
suara yang serak basah.
Serentak
mereka menoleh ke arah suara tersebut. Siti Syazanah dan Nur Halimah terus
berlari ke arah gadis itu. Pelukan yang erat mula menghangatkan tubuh Shasya
Edrina.
“Kenapa
awak buat kami macam ni, Ed?” menangis Siti Syazanah.
“Kenapa
awak buat perjanjian dengan dia, Ed?” sebak Nur Halimah.
“Syaza,
Ima,” dia turut mengalirkan air matanya apabila mendengar suara Siti Syazanah
dan Nur Halimah yang menahan sebak.
Segala
perbualan di antara Shasya Edrina dengan penjaga kawasan bersalji telah
didengari oleh mereka.
“Kenapa
kamu kata yang perjanjian kami tidak boleh dilaksanakan?” soal makhluk yang
berupa sesumpah itu.
Matanya
tajam memandang Ismail Razak kerana menghalangnya untuk mendapatkan seseorang
untuk berada di sisinya sebagai kawan.
“Perjanjian
ini tidak boleh dijalankan memandangkan Ed telah berjanji dengan kami semua
terlebih dahulu!” tegas suara Ismail Razak.
Nik
Akhil dan Tengku Ehsan yang berdiri di sisi jejaka itu menganggukkan kepala
mereka tanda setuju.
“Betulkah
apa yang dikatakannya, wahai manusia?” mata makhluk itu dialihkan memandang
Shasya Edrina yang dipeluk.
Pelukan
dilepaskan. Siti Syazanah dan Nur Halimah beralih dengan memegang erat tangan
Shasya Edrina. Gadis itu memandang Siti Syazanah dan Nur Halimah sebelum
beralih memandang sang jejaka yang tidak jauh dari mereka.
“Apa
janjinya, Raz?” soal Shasya Edrina.
Dia
sedar bahawa dia banyak berjanji dengan jejaka itu. Namun, yang mana satu
dimaksudkan oleh Ismail Razak? Fikirnya di dalam hati.
Jejaka
itu mengukir senyuman kacak melihat gadis yang polos itu.
“Bukankah
kita berenam berjanji untuk menyelesaikan setiap tugasan bersama-sama, Ed?”
kata Ismail Razak dengan nada yang normal.
“Betul
tu. Bukan ke kita berjanji untuk kembali ke bumi sama-sama, Ed?” sokong Nur
Halimah.
“Apa
gunanya bila kita datang ke sini berenam tetapi kembali berlima pula. Mana
adil!” kasar suara Nik Akhil.
“Kalau
kau tak ada, apa kami nak cakap dengan keluarga kau pula nanti? Walaupun mereka
tidak pernah pedulikan kau, tetapi, kau tetap ahli keluarga mereka,” celah
Tengku Ehsan.
“Ed,
kami sentiasa ada dengan Ed. Di kala susah mahupun senang. Ingatlah bahawa kami
sentiasa ada untuk menangis dan ketawa bersama. Jangan pernah nak hilang
kepercayaan dengan kami, Ed. Walaupun kita berbeza, tetapi hati kita bersatu,”
lembut suara Siti Syazanah menyapa telinga gadis itu.
“Wuahh!”
kuat tangisan Shasya Edrina kedengaran.
Tubuh
Siti Syazanah dipeluknya dengan erat. Kepala ditekupkan pada bahu gadis itu.
Belakangnya diusap lembut oleh Nur Halimah. Tersenyum mereka melihatnya.
“Kuatnya!”
merungut Tengku Ehsan sambil menutup telinganya.
Begitu
juga dengan Nik Akhil yang turut menekup telinga menggunakan kedua-dua
tangannya.
“Tidakkk!”
terkejut mereka apabila mendengar raungan kuat yang dihasilkan oleh makhluk
itu.
“Saya
sangat sunyi berada di sini sorang-sorang! Saya juga perlukan kawan untuk
bercakap dan bermain! Saya tak nak duduk sini sorang-sorang!” mengadu ‘Coolaf’ .
“Sebab
itu kami berada di sini, ‘Coolaf’.
Benarkan kami untuk membantu kamu, ‘Coolaf’?”
kata Ismail Razak sambil tersenyum memandang makhluk di hadapannya.
‘Coolaf’ mula
tenang apabila mendengar dan melihat senyuman manusia itu.
“Bagaimana
kamu mampu membantu saya, wahai manusia?” pelik ‘Coolaf’.
“Kami
akan ‘buatkan’ kawan-kawan kamu, ‘Coolaf’,”
bersemangat Nik Akhil.
“’Buatkan’?”
ragu makhluk sesumpah itu.
“Kami
tahu yang kamu boleh berubah bentuk seperti mana kamu berjumpa dengan kali buat
pertama kali dalam rupa orang salji. Kamu juga boleh menghidupkan sesuatu
kerana kamu mampu menjadikan ranting pada tangan kamu bergerak,” hujah Tengku
Ehsan.
“Oleh
itu, kami akan membuat beberapa orang salji untuk kamu. Kemudian, kamu hanya
perlu ‘menghidupkan’ mereka sahaja. Kamu setuju ke dengan cadangan kami ni, ‘Coolaf’ ?” sambung Ismail Razak.
Mereka
terfikir strategi ini sewaktu mereka ingin kembali ke rumah pokok. Mereka turut
tertanya-tanya mengapa tugasan terakhir sangat mudah untuk diselesaikan tanpa
memerlukan strategi sedangkan mereka sudah berada di aras terakhir.
Mereka
turut pelik apabila tiada satu pun yang bernyawa kecuali orang salji yang
mereka jumpa. Ternyata apa yang difikirkan dan merisaukan mereka menjadi
kenyataan apabila mereka terpisah antara satu sama lain. Mereka yakin bahawa
tugasan terakhir mereka masih belum diselesaikan.
“Baiklah.
Saya setuju dengan cadangan kamu, wahai manusia,” setuju makhluk gergasi itu.
Dia
mula berubah bentuk menjadi pokok ru yang tidak bernyawa. Kemudian, orang salji
muncul di belakang pokok ru itu. Dia mengubah semula rupanya kerana dia tahu
bahawa rupa sebenarnya boleh menakutkan orang lain.
Dengan
bantuan enam manusia itu, tiga orang salji berjaya disiapkan. ‘Kelebihan’ yang
dimiliki oleh penjaga kawasan bersalji itu membolehkan ketiga-tiga orang salji
yang dibuat bernyawa.
Ceria
wajah ‘Coolaf’ apabila dia dapat
kawan-kawan yang baru untuk menemani dan bermain-main dengannya.
*****
“Alhamdulillah
semuanya sudah selesai,” lega mereka apabila sudah tiba di rumah pokok itu.
No comments:
Post a Comment