Wednesday, January 30, 2019

CERPEN : SUAMIKU PONDAN (BAB 5)

CERPEN : SUAMIKU PONDAN


BAB 5 - RINDU




“Dring!”

“Assalamualaikum, sayang,”

Pantas Ashraf menjawab panggilan itu selepas membaca nama pemanggil.

“Waalaikummusalam. Abang sihat? Abang sedang buat apa tu?”

Menitis air mata Ashraf ketika mendengar suara yang dirinduinya.

“Ish. Itupun nak menangis. Kata nak jadi ‘jantan’. Ini baru dengar suara bini dah menangis,” perli Asmina apabila ternampak adik lelaki sedang duduk di birai katil sambil menekup mulut.

Ashraf yang mendengar perlian Asmina terus baring di atas katil dan menutup tubuhnya menggunakan selimut.

“Alhamdulillah abang sihat. Abang sedang baring atas katil ni. Sayang pula?” serak basah suara Ashraf.

“Kak long! Ayuni! Adik sedang bercakap dengan bini dia sambil menangis!” nyaring suara Asmina apabila melihat perlakuan adiknya itu.

Segera Ainuri dan Ayuni tiba di hadapan bilik Ashraf.

“Mana adik?” soal Ayuni apabila tidak nampak kelibat adik lelakinya.

“Tuuu… Sedang selubung dengan selimut sambil menangis bercakap dengan bini dia guna telefon,” panjang muncung Asmina apabila menunjuk pada Ashraf yang berada di atas katil.

Geli hati gadis-gadis itu apabila melihat sikap Ashraf sebelum masuk ke dalam bilik Ashraf.

“Adik, buka selimut ni. Lemas pula nanti,” lembut suara Ainuri sambil memegang selimut.

Secara perlahan-lahan, selimut diturunkan menampakkan wajah Ashraf yang basah dengan air mata.

“Siapa tu, abang?” soal Fiona apabila mendengar suara orang yang tidak dikenalinya.

“Kakak ipar sayang,” ringkas jawapan Ashraf.

“Adik, kak chik nak cakap dengan adik ipar boleh?” ceria muka Ayuni sambil menghulurkan kedua-dua belah tangannya pada Ashraf.

“Tapi…,” sedih muka Ashraf yang mendengar permintaan kakaknya itu.

“Tak apa, abang. Sayang pun nak bertegur sapa dengan kakak ipar sayang,” lembut suara Fiona memujuk suaminya.

“Nah. Jangan lama-lama tau,” muram muka Ashraf.

Telefon dihulurkan pada Ayuni.

“Apa monyok-monyok ni, dik. Tak baik tau buat muka macam tu pada orang yang lebih tua dari adik. Kecil hati kami nanti,” tegur Ainuri sambil memeluk bahu adiknya.

Ainuri menyeka air mata Ashraf yang masih bersisa di pipi adik lelakinya itu.

“Assalamualaikum, Fiona. Ni kak chik. Kakak Ashraf. Fiona sihat?” riang suara Ayuni kedengaran.

Sempat dia menekan butang pembesar suara supaya dapat didengari perbualannya dengan adik-beradik yang lain.

“Saya kak ngah Ashraf, Fiona!” celah Asmina.

“Waalaikummusalam, kak chik. Alhamdulillah Fiona sihat. Kak long, kak ngah dan kak chik sihat?” balas Fiona yang sedia maklum yang Ashraf mempunyai tiga orang kakak.

“Eh? Macam mana Fiona tahu kak long ada di sini?” terkejut Ainuri.

“Hehe. Fiona teka je, kak long. Tak sangka betul,” tersengih Fiona kerana tekaannya tepat.

“Alhamdulillah kami sihat, Fiona. Cuma suami Fiona ni asyik menangis je rindukan kau. Penat kami layan dia ni,” ejek Asmina.

“Kak ngah!” geram Ashraf.

Tergelak kecil yang lain mendengar seloroh Asmina.

“Maaf ye kak long, kak ngah dan kak chik. Fiona terpaksa mengalihkan tugas Fiona pada kakak sekalian untuk menjaga suami Fiona sementara pula,” sedih suara Fiona.

“Eh? Apa pula yang Fiona cakap ni. Kami tak kisahlah Fiona. Lagipun, memang bagus juga Ashraf duduk kena kami. Boleh kami buli dia,” selamba Asmina.

“Asmina!” tegur Ainuri.

“Hehe. Gurau je kak long. Jangan marah,” sambung Asmina.

“Fiona, setiap berlaku pasti ada hikmahnya. Lagipun, dah 3 tahun kami tidak bersama. Mungkin Allah nak bagi kami adik-beradik masa untuk bersama sebelum Ashraf menjadi milik Fiona sepenuhnya. Fiona jangan risau ye. Kami sentiasa sayang dan menjaga satu-satunya adik kami ni dengan baik. Fiona pun jaga diri juga. Tumpukan sepenuhnya perhatian pada pelajaran dan kerjaya Fiona. Yang penting, jangan lupa pada Yang Maha Esa. InsyaAllah jika jodoh panjang, kak long pasti korang berdua akan berjumpa semula,” panjang lebar kata-kata Ainuri.

“Kak long,” serentak Ashraf dan Fiona kerana terharu dengan bicara Ainuri yang mengusik kalbu mereka.

“Baiklah. Kami pulangkan semula Fiona pada Ashraf. Jangan borak lama sangat ye. Esok dah mula kelas,” pesan Ainuri sebelum mengambil telefon dari pegangan Ayuni kepada Ashraf.

“Kami masuk tidur dulu. Assalamualaikum,” kata Ainuri yang sudah berganjak dari katil Ashraf sambil menarik tangan Ayuni dan Asmina.

“Good night, pengantin baru,” seloroh Asmina.

“Selamat malam, adik-adik kesayangan kak chik,” ucap Ayuni pula.

“Waalaikummusalam,” serentak Ashraf dan Fiona selepas pintu biliknya ditutup.

“Baiknya kakak-kakak abang. Tenang sikit sayang kat sini,” luah Fiona.

Butang pembesar suara ditutup sebelum telefon ditekap pada telinganya. Tubuh dibaringkan di atas katil.

“Sayang…rindulah,” meleret suara Ashraf.

“Manjanya dia. Sayang pun rindukan abang juga. Jadikan ‘rindu’ tu sebagai kekuatan cinta kita ye, abang,” pujuk Fiona.

Ashraf mengeluh dengan kasar.

“Oh ya. Abang, dua minggu lagi sayang akan daftar masuk ke university. Doakan sayang ye,” teruja suara Fiona.

“Ye ke, sayang? Baguslah. Moga sayang dipermudahkan segala urusan dan Berjaya mengecapi kejayaan yang diimpikan,”

“Aminn..Terima kasih, abang. Moga doa itu berbalik pada abang juga,” ceria Fiona.

Lama mereka berbual-bual di dalam telefon. Ashraf mula terlena mendengar suara yang dirinduinya ketika Fiona menceritakan kisahnya selepas Ashraf pergi ke Melbourne.

**********

Hari demi hari berlalu. Bulan demi bulan bergerak. Tahun demi tahun bertambah. Kini, sudah 3 tahun sejak kali terakhir Ashraf bergelar suami kepada Shayla Fiona, gadis yang dicintainya sejak pertama kali bertemu.

“Morning, my sisters,” sapa Ashraf sebelum ke meja makan.

Punggung dilabuhkan pada kerusi. Tangannya mencapai sebiji cawan sebelum menuangkan air teh O panas ke dalam cawan.

“Morning, dik. Kenapa ceria je hari ni? Seronok ke sebab kami kena pulang ke Malaysia dan adik boleh bebas dari kami?” pedas soalan Asmina.

“Ish kak ngah ni. Ke situ pula dia. Adik sedih salah. Adik gembira pun salah juga ke. Ini yang adik tak suka,” monyok terus wajah Ashraf.

“Kenapa gaduh-gaduh di depan rezeki ni? Kalau ibu ada, mesti sorang-sorang kena tarik telinga. Harap je umur dah meningkat. Perangai masih tak berubah,” bebel Ainuri.

“Yelah, kak long,” serentak Asmina dan Ashraf yang enggan mendengar leteran Ainuri.

“Tak sabarnya nak balik Malaysia. Rindu sangat kat ibu, ayah dan ‘kesayangan’,” ceria wajah Ayuni.

’Kesayangan’lah sangat. Itupun kalau dia masih ingat kat kau,” usik Asmina.

“Kak ngah!” lantang suara Ayuni.

“Oklah. Adik pergi dulu. Assalamualaikum,” pantas Ashraf beredar dari dapur menuju ke pintu rumah.

“Jangan lupa hantar kami ke lapangan terbang malam ni, dik,” pesan Ainuri semasa Ashraf menyarung kasut pada kakinya.

“InsyaAllah adik ingat, kak long. Jumpa nanti,” lalu Ashraf terus ke garaj untuk mengambil motornya.

Tiba-tiba hatinya berasa tidak sedap hati. Ashraf yang sedang duduk di atas motor menarik dan menghembus nafasnya secara perlahan-lahan. Jantungnya masih berdegup dengan kencang.


“Saya harap tidak ada perkara buruk yang berlaku,” berdoa Ashraf sebelum beredar dari perkarangan rumah. 




<BAB 4          BAB 6>

No comments:

Post a Comment