NOVEL : PENGEMBARAAN KE ALAM ANEH
BAB 15- MANDI LUMPUR
“Nyamannya
rasa. Kalau hari-hari macam ni, mesti seronok,” monolog Gama sambil menghirup udara segar.
“Pergilah
tanya, Akil,”
“Apa
pula. Korang pulalah yang pergi,”
Gama terdengar
suara manusia berbisik tidak jauh dari tempat dia bersandar pada batu besar.
Matanya dialihkan pada beberapa manusia. Dia yakin yang mereka akan datang
bertemunya semula. Sama seperti dua orang manusia yang pernah menjejakkan kaki
di situ.
“Apa
yang korang bisik-bisik tu? Saya tak sukalah kalau korang tidak menghiraukan
saya. Saya yang besar daripada korang ni pun masih korang palaukan saya, kan,”
merajuk Gama.
“Allah.
Dia merajuk pula. Tak padan dengan badan besar,” perli Tengku Ehsan dalam nada
yang perlahan.
“Shu.
Tak baik cakap macam tu, Izan,” tegur Nur Halimah.
“Biar
saya yang cakap dengannya,” Ismail Razak berdiri menghadap Gama.
“Wahai
Gama, penjaga tempat yang cantik ini,
ada apa-apa yang boleh kami bantu awak?” sopan dan formal kata-kata Ismail
Razak.
Shasya
Edrina turut berdiri di hadapan katak gergasi itu, bersebelahan dengan Ismail
Razak. Disebabkan rasa takutkan pada haiwan yang bernama ‘katak’ itu, lengan
baju jejaka itu dipegangnya erat.
“Betul
tu, Gama. Ada apa-apa yang boleh kami
bantu awak? Percuma saja,” celah Shasya Edrina.
Geli
hati Ismail Razak melihat gadis itu. Namun, ditahan sahaja daripada meletus
ketawanya. Walaupun takut, gadis itu tetap mencuba berdepan dengan haiwan yang
ditakutinya itu.
“Betul
korang nak bantu saya?” ragu penjaga itu.
Matanya
memandang enam pasang mata yang sedang berdiri di hadapannya itu. Badannya
dibongkokkan sedikit untuk melihat enam tubuh manusia itu.
Apabila
terasa katak gergasi itu mendekatkan wajahnya pada mereka, pantas Shasya Edrina
menyorok di belakang Ismail Razak. Tertarik tubuh jejaka itu ke belakang akibat
pegangan yang kuat oleh gadis itu.
“Jadi,
apa yang awak nak kami bantu, Gama?”
tanya Nik Akhil pula.
“Emm…biar
saya fikirkan dulu,” balas Gama.
“Harap
bukan benda yang susah,” risau Tengku Ehsan sambil menoleh memandang gadis yang
sedang berdiri di sebelahnya.
“Ima,
awak buat apa tu?” tegur jejaka itu apabila melihat Nur Halimah tekun memandang
bunga yang berada di atas batu besar di mana Gama bersandar tadi.
“Hah?
Oh. Saya tengok bunga-bunga yang berbentuk seperti bunga raya tu. Saya macam
dengar mereka sedang berbual-bual dengan Gama
tadi,” ujar Nur Halimah sambil menunding jarinya pada bunga-bunga tersebut.
Terkejut
semua apabila mendengar kata-kata Nur Halimah.
“Betul
ke, Ima?” tanya Shasya Edrina sambil mendekati gadis itu.
“Saya
tak pastilah betul atau pun khayalan saya je,” jawab Nur Halimah.
“Betul
apa yang dikatakan gadis itu,” tersentak mereka apabila mendengar suara besar
itu.
“Terdapat
beberapa bunga di sini yang boleh bercakap dengan saya. Tetapi, hanya saya
sahaja yang boleh mendengar mereka bercakap. Manusia macam kalian tidak boleh
mendengar kata-kata mereka,” sambung Gama.
“Jadi,
mereka ialah kawan-kawan awak ke, Gama?”
soal Nik Akhil.
“Merekalah
peneman setia saya sejak dulu sampailah sekarang,” senyum ‘katak’ gergasi itu
pada bunga-bunga yang tumbuh di atas batu itu.
‘Dia senyum?!’ terkejut
mereka apabila ternampak senyuman penjaga itu.
Mereka
hanya berkata di dalam hati sahaja supaya tidak didengari oleh penjaga
tersebut. Jika dia mendengar isi hati mereka, pasti dia akan merajuk kembali.
“Baiklah.
Saya sudah tahu apa yang saya nak minta kalian bantu,” Gama berpaling semula ke arah mereka.
Masing-masing
menelan air liur untuk mendengar lanjutan butiran kata-kata penjaga itu.
“Saya
mahu kalian mandikan saya,” terbeliak mata mereka apabila mendengar sambungan
kata-kata Gama.
“Mari
ikut saya,” ajak Gama sebelum dia
berjalan mendahului yang lain.
“Macam
mana kita nak mandikan dia yang besar tu?” luah Shasya Edrina.
“Nanti
kita fikirkan bagaimana. Jom kita ikut dia dulu,” kata Ismail Razak.
Mereka
mula berjalan mengekori penjaga kawasan berbunga itu. Apabila ‘katak’ gergasi
itu berhenti berjalan, mereka turut berhenti. Terlopong mulut mereka apabila
mereka tiba di kawasan lapang yang berlumpur.
“Sini
ke tempat kamu mandi, Gama?” soal
Ismail Razak untuk kepastian.
“Sinilah
tempat saya mandi. Yahoo!” tanpa isyarat, Gama
terus melompat masuk ke dalam lumpur.
Terpercik
lumpur mengenai tubuh dan wajah mereka.
“Eee…gelinya.
Dia ni badak ke nak mandi lumpur pula,” geli Shasya Edrina sambil mengesat
wajahnya yang terkena lumpur.
“Tak
baik cakap macam tu, Ed. Nah sapu tangan,” tegur Ismail Razak sambil
menghulurkan sapu tangan pada gadis bandar itu.
“Tak
perlu nak geli sangat, Ed. Utamakan tugasan kita dulu. Susah betul orang bandar
ni,” pedas kata-kata Nik Akhil pada gadis itu.
Monyok
muka Shasya Edrina ketika ditegur sebegitu. Siti Syazanah dan Nur Halimah
mendekati gadis itu sambil memujuknya.
“Tak
apalah, Ed. Kita kena lupakan perkara-perkara yang kita tidak suka seketika
supaya kita dapat selesaikan tugasan kita dengan cepat dan semuanya berpuas
hati.
Syaza
pun sebenarnya takut juga dengan semua penjaga di alam ini kerana saiznya amat
mengerunkan Syaza. Namun, apabila memikirkan ianya tugasan kita dan Syaza tidak
keseorangan, Syaza lupakan semua tu. Syaza yakin Ed pun dapat menanganinya,”
pujuk Siti Syazanah.
“Betul
tu, Ed. Ima pun sama juga. Ima tak pandai nak berkomunikasi dengan orang lain
dan penakut orangnya. Tetapi, korang banyak membantu Ima sehingga Ima berubah
menjadi berani. Ima sangat bersyukur kerana dapat berjumpa dan berkawan dengan
korang semua,” senyum Nur Halimah ketika meluahkan isi hatinya.
“Syaza!
Ima!” terharu Shasya Edrina apabila mendengar luahan hati sahabatnya.
Tubuh
dua sahabatnya itu dipeluk dengan erat. Dia turut gembira dan bersyukur kerana
mempunyai kawan yang memahaminya.
“Ed
pun sayang korang juga,” kata Shasya Edrina.
“Ehem!”
berdehem Nik Akhil.
“Saya
tahu yang korang sedang beremosi sekarang. Tapi, tugasan kita jangan lupa
pula,” tegur Nik Akhil.
Tiga
sahabat itu melepaskan pelukan apabila mendengar teguran lelaki gengster itu.
Geli hati mereka apabila teringat sesi luahan hati sebentar tadi.
Sang
jejaka turut tersenyum apabila mendengar gelak tawa sang gadis.
*****
Seronok
Gama apabila badannya dimandikan
dengan lumpur oleh enam manusia itu. Kelihatan Nik Akhil berdiri di atas bahu
kanan manakala Ismail Razak berdiri di atas bahu kiri sambil mengosok belakang
penjaga kawasan itu.
Tengku
Ehsan dan Nur Halimah sedang membasuh kaki Gama
sementara Siti Syazanah dan Shasya Edrina sedang membasuh tangan Gama. Kedengaran gelak tawa mereka
berenam apabila ‘katak’ gergasi itu sengaja mengusik mereka dengan memercikkan
lumpur sehingga mengenai wajah dan tubuh mereka.
“Gama! Janganlah buat macam tu!” geram
Shasya Edrina.
Walaupun
dia geli dengan haiwan yang bernama ‘katak’, namun, dia cuba mengatasi rasa
takut itu.
“Janganlah
garang sangat. Takut saya,” ejek Gama
dengan nada memerli.
“Gama!!” marah Shasya Edrina lantas
membaling lumpur ke arah wajah ‘katak’ gergasi namun mengenai Nik Akhil.
“Alamak!”
takut Shasya Edrina apabila melihat wajah bengis Nik Akhil yang sedang
mengumpal lumpur pada tangannya.
“Jangan,
Akhil!” jerit Shasya Edrina terus bersembunyi di belakang Siti Syazanah.
Nik
Akhil terus mencampak lumpur itu. Kotor baju Siti Syazanah akibat terkena
serangan dari jejaka itu.
“Nik
Akhil!” nyaring suara Siti Syazanah sambil menjeling tajam ke arah jejaka
tersebut.
“Bukan
salah saya. Ed yang mulakan dulu,” selamba muka Nik Akhil.
“Bukan
salah saya. Salah Gama!” bela Shasya
Edrina.
“Hahaha,”
geli hati yang lain apabila melihat situasi itu.
No comments:
Post a Comment