CERPEN : SUAMIKU PONDAN
BAB 6 - MUSIBAH
“Sudah
pukul 5 petang?” pantas Fiona mengemas beberapa kertas yang berada di atas
mejanya apabila jarum jam tangannya berganjak ke pukul 5.
“Nak
balik dah ke, Fiona?” tegur Zul Hanif apabila ternampak gadis itu menolak kerusi
masuk ke bawah meja.
“Ye,
bos. Dah pukul 5 ni. Nanti mama dan papa risau sebab balik lewat,” balas Fiona.
“Saya
pun nak balik juga ni. Nak tumpang saya tak?” pelawa Zul Hanif.
“Eh?
Tak apalah, bos. Tak manis pula orang nampak. Lagipun, saya sudah berstatus ‘isteri’,” tolak Fiona secara lembut.
Sememangnya
dia tidak segan untuk memberitahu statusnya walaupun dia baru berusia 20 tahun.
Lagipun, dia hanyalah pelajar praktikal yang bekerja sebagai akauntan di
Syarikat Zest Berhad selama 3 bulan. Tidak layak untuk menumpang sesiapa di
situ untuk pulang ke rumah.
Kebiasaannya,
dia menaiki bas untuk pergi dan balik dari tempat praktikalnya.
“Saya
balik dulu. Assalamualaikum,” ucap Fiona pada staf yang berada di situ sebelum
keluar dari syarikat tersebut.
“Waalaikummusalam,”
balas mereka.
Mengeluh
Zul Hanif apabila pelawaan sentiasa ditolak oleh gadis itu.
“Biarlah,
bos. Dia masih sayangkan suami dia tu. Maruah seorang isterikan penting. Sebab
tu dia tolak bila bos ataupun staf-staf yang ada di sini pelawa nak tumpang
dia,” ujar rakan sekerja Zul Hanif, Rizki.
“Bukan
apa, Riz. Saya dah janji dengan seseorang untuk ‘menjaga’ dia. Saya risau dia akan marah saya jika sesuatu yang
buruk berlaku pada dia nanti,” sedih suara Zul Hanif.
“InsyaAllah
tiada apa-apa yang buruk berlaku, Zul. Kita berdoa sajalah,” pujuk Rizki.
Tangan
Rizki menepuk bahu Zul Hanif dengan lembut. Zul Hanif membalas dengan senyuman
kelat.
Fiona
berjalan dengan hati yang senang. Bibirnya mengukir senyuman yang lebar. Dia
bakal menemui kakak-kakak iparnya buat pertama kali. Dia teringin untuk
mempunyai adik-beradik namun dia sedar bahawa dia hanyalah anak yatim piatu
yang menumpang kasih ibu bapa angkatnya.
Sedang
dia berjalan menuju ke stesen bas, tiba-tiba sebuah motor mendekatinya tanpa
dia sedari.
“Zurp!”
Beg
tangannya ditarik kasar oleh pembonceng motosikal itu sebelum memecut laju
meninggalkan kawasan tersebut.
Fiona
yang turut tertarik terjatuh dan terhantuk kepalanya pada pembahagi jalan.
Kebetulan berada di situ, Naim yang berbaju serba hitam terus berlari mendekati
tubuh Fiona.
“Fiona!
Fiona!” cemas Naim.
Tanpa
membuang masa, Naim terus menghubungi ambulan sambil memangku kepala Fiona pada
pahanya.
“Habislah
saya kena dengan ‘dia’ nanti,” gelisah Naim sambil melihat Fiona yang tidak
sedarkan diri beserta tudungnya yang sudah bertukar warna daripada jingga
kepada warna merah.
Ashraf
mula berasa tidak sedap hati.
**********
Naim
berjalan mundar mandir di hadapan bilik pembedahan Fiona. Tiga orang gadis
beserta tiga orang jejaka berlari mendapatkan Naim.
“Bagaimana
keadaan adik ipar saya?” cemas Ainuri.
“Err..doktor
masih belum dari bilik pembedahan sejak tadi,” takut Naim bersuara.
Matanya
tidak sanggup untuk bertentangan dengan orang di hadapannya.
“Macam
mana perkara ni boleh berlaku pada dia?” geram Asmina.
Apabila
mereka tiba di lapangan terbang KLIA, betapa luluhnya hati mereka apabila
diberitahu Fiona berada di Hospital Kuala Lumpur.
“Tolong
bertenang. Tiada guna kita marah-marah memandangkan perkara ini sudah terjadi.
Mengikut saksi yang berada di tempat kejadian, mangsa disyaki diragut semasa
berjalan menuju ke stesen bas. Kemudian, mangsa terjatuh manakala kepalanya
terhantuk pada pembahagi jalan,” cerita Ikram merangkap polis yang menyiasat
kes Fiona.
“Ya
Allah. Jika saya berkeras untuk bawa dia pulang ke rumah, pasti perkara ini
tidak akan berlaku,” sesal Zul Hanif yang turut berada di situ selepas mendapat
panggilan dari Naim bahawa Fiona dimasukkan ke dalam hospital.
Ayuni
merenung wajah kacak Zul Hanif. Jejaka itu berjaya mencuri hatinya ketika itu.
Lalu dia mendekati jejaka yang sedang melutut itu.
“Jadi,
dapat tangkap tak peragut tu?” semua terdiam apabila mendengar suara serak yang
bernada tegas itu.
Takut
mereka untuk memandang wajah bengis itu. Apabila wajah bengis itu muncul, tiada
sesiapa yang dapat menenangkan sifatnya itu.
“Be..,”
tidak sempat Ikram menghabiskan ayatnya apabila doctor keluar dari bilik
pembedahan.
Pantas
mereka mendekati doctor tersebut.
“Doktor,
bagaimana keadaan adik ipar saya?” tanya Ainuri sambil memegang erat tangan
jejaka bengis itu agar tiada perkara buruk yang berlaku nanti.
“Maafkan
kami. Kami sudah buat apa yang kami mampu,” hampir pengsan Ainuri apabila
mendengar kata-kata doctor itu.
Sempat
Naim menahan tubuh Ainuri daripada jatuh dengan memeluk bahu gadis itu.
“Kami
telah menjahit di bahagian kepala pesakit. Sekarang, pesakit masih belum tidak
sedarkan diri. Kami syak pesakit akan koma dalam tempoh yang panjang
memandangkan kepala pesakit mengalami getaran yang kuat. Jika pesakit dapat
bertahan, insyaAllah pesakit akan sedar dari koma. Kita hanya mampu berdoa
sahaja. Pesakit akan dipindahkan ke wad VIP seperti yang diarahkan. Kami minta
diri dulu,” lalu beberapa doctor dan jururawat beredar dari situ.
“Fiona…,”
menangis Ayuni di dalam dakapan Zul Hanif.
“Fiona
koma?” menggigil tubuh Asmina apabila mendengar kata-kata doctor itu.
“Isghtifar,
semua. Ingat apa yang doktor kata. Kita perlu berdoa supaya pesakit cepat
sedar. Jangan putus asa sekarang,” ujar Ikram sambil memaut tangannya pada
tangan Asmina apabila gadis itu hampir rebah.
“Dum!”
tersentak semua apabila dinding ditumbuk kuat oleh jejaka bengis.
Serentak
mereka memandang jejaka tersebut.
“Tangkap
peragut tu sekarang. Kalau peragut tu masih belum ditangkap, korang semua yang
akan kena,” tegas suara jejaka itu sebelum pergi dari situ.
“Ashraf!
Ashraf!” panggil Ainuri namun adik lelakinya itu tetap meneruskan langkahnya.
“Macam
mana ni? Apa yang perlu kita buat sekarang?” risau Ayuni.
“Saya
cadangkan kita hubungi ibu dan ayah dulu. Biar mereka pujuk Ashraf. Bila sifat
Ashraf yang satu tu dah muncul, hanya mereka sahaja yang boleh ‘kawal’ dia,”
cadang Asmina.
“Biar
kak long yang hubungi mereka. Korang masuk ke dalam wad Fiona dulu,” akur semua
dengan arahan Ainuri.
Ainuri
duduk di taman sambil menghubungi ibunya. Tanpa dia sedari, Naim sudah duduk di
bangku bersebelahan dengan gadis itu.
“Assalamualaikum
ibu,”
“Waalaikummusalam.
Hah kak long. Baru sekarang nak hubungi ibu. Korang dah sampai Malaysia ke
belum ni? Batang hidung pun tak nampak ni. Lama kami tunggu korang di rumah
ni,” bebel Puan Hanisah.
“Kami
berada di HKL sekarang, ibu. Maaf kami tidak beritahu ibu dan ayah,” sebak
suara Ainuri kedengaran.
Naim
yang duduk di sebelah Ainuri memeluk bahu gadis itu untuk memberi semangat.
“HKL?
Hospital Kuala Lumpur? Buat apa korang ada kat sana? Jap. Ainuri menangis ke?”
pelik Puan Hanisah apabila menangkap sendu Ainuri.
“Fiona,
ibu,” bercucuran air mata Ainuri mengalir.
“Kenapa
dengan menantu ibu, Ainuri?” Puan Hanisah mula cemas.
Sempat
dia menoleh memandang suaminya yang sudah duduk di sebelahnya di atas sofa.
“Fiona
kena ragut, ibu. Sekarang dia koma,”
Hampir
pengsan Puan Hanisah apabila mendengar berita itu. Pantas suaminya mendakap
tubuh isterinya sebelum telefon beralih tangan.
“Kami
akan ke sana sekarang,” ringkas Encik Hairol berkata sebelum mematikan
panggilan.
“Jom
kita ke hospital sekarang, sayang,” ajak Encik Hairol.
Di
dalam kereta, besannya dihubungi untuk memberitahu keadaan anak angkat mereka.
“Astaghfirullahalazim.
Kami akan ke sana sekarang, Hairol. Terima kasih sebab beritahu,” lalu
panggilan ditamatkan.
No comments:
Post a Comment