NOVEL : PENGEMBARAAN KE ALAM ANEH
BAB 17- HILANG
Siti
Syazanah terjaga dari lenanya. Dia bangun dari pembaringan sambil melihat
rakan-rakannya yang lain. Jaket pada tubuhnya ditanggalkan sebelum bangun
mendekati Nik Akhil yang masih tidur.
Dengan
berhati-hati, dia menyelimutkan tubuh jejaka itu menggunakan jaket tersebut.
Kemudian, dia duduk semula di tempat pembaringannya. Buku nota dikeluarkan dari
beg galasnya.
Dia
bersandar pada dinding pokok sambil menulis sesuatu pada buku notanya. Senyuman
terukir pada bibirnya semasa dia menulis.
“Dilamun
cinta ke?” tersentaknya apabila mendengar suara lembut itu.
Pantas
buku nota itu ditutupnya. Matanya terbeliak memandang gadis yang sedang
tersenyum memandang ke arahnya.
“Da..dah
bangun, Ima? Sejuk tak?” sengaja Siti Syazanah mengubah topik.
Buku
nota itu diletakkan di dalam beg galas miliknya.
“Saya
bergurau je, Syaza. Janganlah marah ye,” risau Nur Halimah sambil bangun
mengemas tempat tidurnya.
“Eh?
Mana ada saya marah awak, Ima,” laju kepala Siti Syazanah menggeleng untuk
menidakkan kata-kata Nur Halimah.
“Comellah
Syaza ni,” tergelak kecil Nur Halimah apabila melihat gelagat sahabatnya itu.
“Saya
macam dengar suara gelak comel seseorang? Betul ke apa yang saya dengar ni?”
terhinjut bahu mereka akibat suara yang serak basah itu.
Mata
mereka teralih pada jejaka yang sedang meniarap menghadap mereka berdua. Pantas
Nur Halimah mengalihkan pandangannya. Tangannya ligat menyambung mengemas
tempat tidurnya. Merah padam mukanya ketika itu.
Tersenyum
Siti Syazanah melihat pasangan tersebut. Suka benar Tengku Ehsan mengenakan
gadis pemalu itu. Pada pandangan Tengku Ehsan, Nur Halimah nampak seksi dengan
menyarungkan kemeja miliknya pada tubuh kecil gadis itu.
Pantas
dia beristighfar apabila mengingati kata-kata Ismail Razak.
‘Jaga mata dan pandangan kita tau.
Jaga juga iman dan nafsu kita apabila berdepan dengan kaum wanita. Bila
terpandang tu, cepat-cepatlah alihkan mata tu. Bertambah dosa saja nanti.
Pandang sekali dan sekilas dimaafkan. Jangan lebih-lebih pula,” ceramah Ismail
Razak ketika sang jejaka bersendirian tanpa sang gadis.
*****
Selepas
mereka berenam sudah bersedia, mereka pun keluar dari lubang pokok itu.
Tergamam mereka apabila melihat kawasan tersebut dilitupi dengan salji yang
tebal. Pokok-pokok turut dihiasi dengan putih salji.
Terasa
sukar untuk berjalan di atas tanah yang dilitupi oleh salji tebal. Setengah jam
berlalu. Mereka mula berhenti berjalan dan berlindung di bawah sebuah pokok
berupa pokok Ru.
“Lama
dah kita berjalan. Kenapa kita masih belum menemui penjaga di kawasan ni?”
mengeluh Tengku Ehsan.
“Mungkin
dia sedang menyorok?” teka Shasya Edrina.
“Agak-agaknya,
makhluk gergasi apa pula ye kita akan jumpa,” fikir Nik Akhil.
“Korang!”
lantang suara Ismail Razak dengan jarinya menunding ke arah hadapannya.
Terkejut
mereka mendengar suara jejaka itu. Pandangan dialihkan pada arah yang ditunjuk
oleh Ismail Razak. Terbeliak mata mereka apabila melihat lembaga berwarna putih
sedang menghampiri mereka.
“A..apa
tu?” menggigil ketakutan Nur Halimah.
Lengan
Tengku Ehsan sudah ditariknya dengan erat. Begitu juga dengan Shasya Edrina
yang sedang menyorok di belakang Ismail Razak. Nik Akhil pula berdiri di
hadapan Siti Syazanah seperti sedang melindungi gadis itu daripada sesuatu.
Air
liur mereka ditelan secara perlahan-lahan. Lembaga putih itu akhirnya tiba di
hadapan mereka.
“Orang
salji?” serentak mereka apabila melihat lembaga yang muncul di depan mereka
itu.
“Macam
‘Olaf’ lah. Watak orang salji yang
hidup dalam cerita ‘Frozen’. Cuma,
orang salji ni lebih ‘bulat’,” ceria muka Shasya Edrina.
“Dia
penjaga kawasan ni ke? Kenapa saiznya kecil?” tertanya-tanya Siti Syazanah.
“Biar
saya yang tanya. Wahai orang salji, adakah kamu penjaga di kawasan ini?” soal
Ismail Razak dengan penuh berhati-hati.
Pelik
mereka apabila orang salji yang ralit senyum itu menundukkan kepalanya sedikit.
“Betullah
dia penjaga di sini,” teruja Tengku Ehsan.
“Kalau
begitu, apa yang boleh kami bantu kamu, wahai penjaga kawasan bersalji?” tertib
bicara Ismail Razak.
“Perkenalkan
diri kamu dulu, wahai manusia,” bersuara penjaga itu.
“Baiklah.
Nama saya Raz, ini Akil dan dia pula Izan,” ujar Ismail Razak sambil
memperkenalkan dirinya, Nik Akhil dan Tengku Ehsan.
“Saya
pula Ed, ini Syaza dan itu pula Ima. Selamat berkenalan. Nama kamu siapa pula?”
ceria suara Shasya Edrina ketika memperkenalkan dirinya, Siti Syazanah dan Nur
Halimah.
Orang
salji itu menggelengkan kepalanya.
“Boleh
kalian memberi saya nama?” pinta orang salji itu.
“Boleh.
Boleh sangat. Saya bagi nama kamu..,” pantas Tengku Ehsan memotong bicara
Shasya Edrina.
“Jangan
bagi Ed menamakan dia. Nanti apa pula nama yang diletaknya!”
“Bencilah.
Kau ni dengki sangat kenapa hah?!” marah Shasya Edrina.
“Dah
dah. Asyik bergaduh je korang berdua ni. Ed, awak nak bagi nama apa?” halang
Ismail Razak.
“Raz?!”
sedih mimik muka Tengku Ehsan apabila Ismail Razak tidak memihak padanya.
“Saya
nak bagi nama, ‘Olaf’!” bersemangat
Shasya Edrina.
“Nanti
kita kena saman pula sebab guna nama tu,” kata Nik Akhil.
“Alaaa,”
sedih muka Shasya Edrina.
“Yes!” gembira Tengku Ehsan apabila Nik
Akhil memihaknya.
“Kalau
begitu, kita bagi nama dia, ‘Coolaf’.
Setuju?” cadang Siti Syazanah.
“Setuju!”
cepat balasan daripada Nik Akhil.
“Berat
sebelah betul kau ni, Akil,” desis Tengku Ehsan apabila cadangan Siti Syazanah
dipersetujui 100% oleh jejaka itu.
“Kenapa
‘Coolaf’, Syaza?” tanya Nur Halimah
ingin tahu.
“Hehe.
Saya gabungkan perkataan ‘Cool’ dengan
‘Olaf’. Maka, jadilah ‘Coolaf’,” jawab Siti Syazanah sambil
tersenyum.
“Sedap
nama tu. Ed setuju!” bersemangat Shasya Edrina.
Yang
lain hanya membalas dengan anggukan.
“Jadi,
tiada sesiapa yang membantah? Baiklah. Kami akan panggil kamu, ‘Coolaf’, boleh?” tanya Ismail Razak pada
orang salji itu.
“’Coolaf’? Saya suka dengan nama tu. Bergaya
sangat. Terima kasih,” ceria muka orang salji itu apabila mendapat nama baru.
“Baguslah
kalau kamu menyukai nama tu, ‘Coolaf’.
Jadi, ada apa-apa yang boleh bantu kamu, ‘Coolaf’?”
Siti Syazanah.
“Emm..,”
penjaga itu mula berfikir.
“Lama
ke kamu semua akan berada di sini?” soal ‘Coolaf’.
“Maaf,
‘Coolaf’. Kami tidak boleh lama di
sini memandangkan kami bukan berasal dari sini,” balas Nur Halimah.
Shasya
Edrina merenung orang salji itu. Dia pelik kerana dia seperti dapat memahami
perasaan dan riak wajah yang ditonjolkan oleh ‘Coolaf’ itu. Seperti berpura-pura senyum sedangkan hatinya sedang
sedih.
“Baiklah.
Kalau begitu, boleh kalian buatkan saya tangan? Tangan saya berasal dari
ranting namun disebabkan saya terlanggar pokok tempoh hari, tangan saya
tercabut dari badan saya,” ujar ‘Coolaf’.
“Baiklah
kalau begitu. Kami akan bantu kamu, ‘Coolaf’.
Jom kita cari ranting yang kuat, kawan-kawan,” bersemangat Ismail Razak untuk
menyelesaikan misi terakhir itu.
Tidak
lama kemudian, mereka menemui ranting yang tebal dan agak kukuh untuk dijadikan
tangan orang salji itu. Selepas mengucapkan selamat tinggal, mereka mula
berpisah dengan penjaga di kawasan itu.
Semasa
berjalan menuju ke rumah pokok, hati Shasya Edrina terasa sayu dan pilu ketika
itu. Dia pun tidak pasti akan perasaan tersebut.
“Ed?
Ed!” tinggi suara Siti Syazanah sehingga Shasya Edrina tersedar dari
lamunannya.
Wajah
dua orang gadis yang sedang memandangnya dilihat bersilih ganti.
“Kenapa
Syaza, Ima?” soal Shasya Edrina dengan kening yang dirapatkan.
“Mereka
dah hilang!” cemas suara Siti Syazanah kedengaran.
“Siapa
yang hilang?” bingung Shasya Edrina.
“Izan,
Akil dan Raz hilang, Ed! Bila kami pusing belakang tadi, mereka dah tak ada!”
gelisah Nur Halimah.
Terbeliak
mata Shasya Edrina. Terus dia melihat sekelilingnya. Tiada langsung jejak dan
bayang sang jejaka. Malah, salji yang turun menyukarkan penglihatan untuk
berfungsi dengan baik.
“Macam
mana ni, Ed?” kedua-dua gadis itu sudah menangis sambil memegang erat lengan
Shasya Edrina.
“Kita
berpatah balik. Saya yakin yang ‘Coolaf’ mesti
ada kaitan dengan kehilangan mereka,” serius wajah Shasya Edrina.
No comments:
Post a Comment