Thursday, January 31, 2019

CERPEN : SUAMIKU PONDAN (BAB 9)

CERPEN : SUAMIKU PONDAN


BAB 9 - PERTALIAN DARAH


Sudah 2 bulan Fiona tidak sedarkan diri. Namun, Ashraf masih setia berada di samping isteri tercinta. Peragut yang telah meragur Fiona berjaya diberkas polis selepas tiga hari kejadian itu berlaku dan dia sedang menerima hukuman yang setimpal.

“Semua barang dah bawa ke, sayang?” soal Ikram semasa mereka keluar dari kereta yang diletakkan kemas di tempat letak kereta.

“Dah, abang. Jom kita naik sekarang,” senyum Asmina sambil menarik tangan suaminya masuk ke dalam Hospital Kuala Lumpur.

Apabila tiba di depan pintu wad Fiona, pergerakan Asmina yang membuka pintu wad itu terbantut secara tiba-tiba.

“Kenapa sayang?” pelik Ikram.

“Shu..Abang, ada orang lain dalam wad Fiona,” perlahan suara Asmina yang sedang mengintai di sebalik pintu wad VIP itu.

“Siapa, sayang?” tertanya-tanya Ikram lalu turut mengintai.

Kelihatan seorang pekerja yang bertugas untuk membersihkan bilik pesakit sedang menggigil tangannya untuk menyentuh wajah Fiona. Tetapi, perbuatannya terbantut apabila terdengar bunyi dari tandas bilik tersebut. 

Pekerja wanita yang bertudung serta menutup mulutnya menggunakan topeng muka terus gelisah. Selepas mengambil plastik sampah, pantas dia keluar dari wad itu. Sempat Asmina dan Ikram menyorok di sebalik tiang sebelum pekerja itu keluar.

“Sedapnya mandi,” lega Ashraf yang baru keluar dari tandas ketika itu.

Selepas kelibat pekerja itu hilang, mereka berdua keluar dari tempat persembunyian.

“Abang, nampaknya ada tugasan sikit untuk abang,” bersuara Asmina sambil memandang wajah suaminya.

“Jangan risau, sayang. Semua permintaan sayang, abang akan tunaikan. Sayang nak abang siasat siapa pekerja tadi, kan?” soalan Ikram dibalas dengan anggukan kepala.

“Sayang yakin mesti dia ada kaitan dengan Fiona. Mungkin dia ada hubungan dengan ahli keluarga kandung Fiona,” serius wajah Asmina ketika itu.

“Haha. Dah macam detektif abang tengok sayang ni,” terasa lucu Ikram apabila melihat riak muka isterinya.

Pipi isterinya dicubit lembut.

“Maklumlah. Suami sayangkan seorang polis penyiasatan,” balas Asmina.

Selepas mencium dahi isterinya, Ikram terus beredar dari situ untuk memulakan penyiasatannya. Asmina pula masuk ke dalam wad Fiona.

“Assalamualaikum,” ucap Asmina.

“Waalaikummusalam. Oh, kak ngah. Hari ni giliran kak ngah pula memasak untuk adik ke?” kata Ashraf sambil tersenyum memandang Asmina.

Asmina meletakkan beg kertas di atas meja manakala beg pakaian diletakkan di atas sofa.

“Ye, dik. Kenapa? Adik tak suka ke kalau kak ngah yang masak kan?” terasa Asmina selepas melabuhkan punggung di atas sofa.

Ashraf mendekati Asmina sebelum duduk berhadapan dengan kakaknya itu.

“Ish. Mana ada, kak ngah. Semua masakan ibu dan kakak-kakak, adik suka semuanya. Terima kasih, kak ngah,” ceria muka Ashraf.

Beberapa bekal dikeluarkan dari beg kertas. Selepas membaca doa makan, dia terus makan dengan berselera.

“Sedapnya, kak ngah. Memang kena dengan selera adik. Patutlah abang Ikram jatuh cinta dengan kak ngah walaupun kak ngah ni ‘ganas’ sikit. Hehe,” usik Ashraf.

“Mengada ye adik nak perli kak ngah. Tak bagi makan nanti, baru tahu,” geram Asmina.

Dia berdiri sebelum duduk di atas kerusi bersebelahan dengan katil Fiona. Wajah adik iparnya yang putih itu ditatapnya lama. Kemudian, dia mengucup dahi gadis itu.

“Assalamualaikum, Fiona. Kak ngah datang nak jenguk Fiona. Nanti bila Fiona dah bangun dan sihat seperti dulu, Fiona tolong kak ngah kenakan suami Fiona tu balik ye. Dia suka buli kak ngah semasa Fiona tak ada. Di Melbourne pun dia suka buli kak ngah. Jadi, nanti Fiona hukum dia ye,” perlahan suara Asmina sambil mengusap kepala Fiona.

Geli hati Ashraf mendengar luahan Asmina. Itulah rutin hariannya. Semua yang datang melawat pasti akan meluahkan isi hati mereka pada Fiona. Dia pula hanya mendengar dan kadang-kala, dia akan menyakat pelawat tersebut.

“Isteri adik takkan hukum adiklah, kak ngah. Dia sayangkan suami dia ni tau,” celah Ashraf.

Asmina menjeling tajam pada adik lelakinya. Tergelak Ashraf melihatnya.

“Jangan yakin sangat, dik. Tengoklah nanti. Jangan pula adik terkejut bila isteri adik ni sakat adik nanti,” balas Asmina sebelum mengalihkan pandangannya pada wajah adik iparnya.

“Janganlah ajar isteri adik bukan-bukan, kak ngah. Nanti merana pula adik,” sengaja Ashraf membuat suara sedih.

Asmina tidak menghiraukan adiknya. Tangan Fiona dipegang erat sebelum dia mengeluarkan losyen badan pada beg tangannya. Kemudian, dia menyapu losyen tersebut pada tangan Fiona. Itulah rutinnya apabila melawat Fiona. Berbeza dengan ahli keluarganya yang lain.

Ainuri suka me’mandi’kan Fiona dengan mengelap seluruh tubuh badan gadis itu manakala Ayuni suka memotong dan mengilap kuku Fiona. Ibu mertuanya pula lebih gemar untuk mengurut kaki dan tangan Fiona supaya tidak kebas kerana sudah lama tidak digerakkan. Mereka juga tidak jemu untuk mengajar Ashraf berkaitan dengan penjagaan diri gadis itu walaupun Ashraf agak kekok pada mulanya.

Ashraf terharu kerana ahli keluarganya sangat menyayangi dirinya dan isterinya. Begitu juga dengan ayahnya serta abang-abang iparnya yang sentiasa memberi semangat dan melindungi isterinya semasa dia berada di Melbourne. Dia bersyukur kerana mempunyai keluarga besar itu.

**********

Puan Izah masuk ke dalam sebuah rumah yang usang. Selepas mengunci pintu, dia mendekati seorang lelaki tua yang terlantar di atas katil.

“Abang, bangun bang. Saya ada belikan ubat dan makanan untuk abang ni,” kejut Puan Izah sambil menggoyangkan tubuh lelaki tua itu.

Lelaki tua itu membuka matanya. Dia terbatuk-batuk. Dengan bantuan Puan Izzah, dia dapat bersandar di kepala katil sambil menelan ubat yang diberi.

“Terima kasih, sayang. Maafkan abang sebab selalu menyusahkan sayang. Maafkan abang sebab membuatkan sayang merana selama ni,” sedih lelaki itu sambil menggenggam lembut tangan isterinya.

Puan Izzah menggelengkan kepalanya sambil tersenyum.

“Bukan salah abang. Semuanya ketentuan dari Allah. Tadi pun ketentuan Allah juga,” senyum Puan Izzah apabila teringat rantai leher yang ditemui di atas meja di salah sebuah bilik VIP.

“Apa maksud, sayang?” pelik lelaki tua dengan senyuman isterinya.

“Saya jumpa dia, abang,” air mata gembira mengalir di pipi Puan Izzah.

Terbuntang mata lelaki tua itu.

“Sayang jumpa dengan anak kita?! Bagaimana keadaan anak kita sekarang, sayang?” soal lelaki tua itu.

“Dia koma, bang. Anak kita koma, bang. Dia menjadi mangsa ragut dan kepalanya terhantuk pada pembahagi jalan. Dah dua bulan dia tidak sedarkan diri, bang,” menangis Puan Izzah apabila mendapat tahu pemilik rantai itu sedang koma.

Lelaki tua itu memeluk isterinya dengan erat.

“Ya Allah. Besar sungguh dugaan dariMu, Ya Allah. Sayang, mari kita solat hajat untuk anak kita. Semoga dengan mendengar doa kita, anak kita akan sedar dan kembali sihat semula,” ajak lelaki tua itu.

Puan Izzah menganggukkan kepalanya. Walaupun susah untuk mengambil wuduk sendiri, namun lelaki tua itu tetap tabah. Dengan berimamkan lelaki tua yang duduk di atas kerusi, Puan Izzah dan lelaki tua itu menunaikan solat sunat hajat semata-mata untuk pesakit tersebut.


Menitis air mata lelaki Ikram apabila melihat dan mendengar segala-galanya. Pantas dia menceritakan segala-galanya pada isterinya melalui telefon. Pada malam itu, Asmina mengumpulkan semua ahli keluarganya serta ibu bapa angkat Fiona kecuali Ashraf yang enggan meninggalkan isterinya keseorangan di hospital.





<BAB 8          BAB 10>

CERPEN : SUAMIKU PONDAN (BAB 8)

CERPEN : SUAMIKU PONDAN


BAB 8 - HUBUNGAN



Selepas ibu dan ayah mertua Ashraf beredar, kakak-kakaknya pula mendekati Ashraf.

“Tak apa ke Ashraf sorang-sorang kat sini?” risau Ainuri.

“Jangan risau, kak long. Pandailah adik jaga isteri adik. Kak long tu, jaga laki kak long baik-baik. Lama tak jumpa, kak long langsung tak peluk cium dia pun. Kak ngah dan kak chik sekali. Merajuk mereka nanti kalau dibiarkan lama-lama. Cari lain baru tahu,” usik Ashraf untuk menukar mood suasana ketika itu.

“Apa adik cakap!” serentak kakak-kakaknya.

Asmina dan Ayuni serentak menarik telinga Ashraf manakala Ainuri memukul lengan Ashraf dengan kuat.

“Aduh aduh! Sakitlah kak. Abang, tolong!” kesakitan Ashraf.

Geli hati Naim, Ikram dan Zul Hanif sebelum mereka membantu Ashraf.

“Sabar, sayang. Dia bergurau je tu,” belakang Ainuri diusap lembut oleh Naim.

“Dahlah, sayang. Cabut pula telinga dia nanti. Lepaskan tangan tu,” lembut Ikram sambil menarik tangan Asmina dari telinga Ashraf sebelum memeluk bahu gadis itu.

“Bawa bertenang, sayang. Macamlah abang nak cari lain bila dah ada sorang ni,” Zul Hanif memeluk tubuh Ayuni selepas menjauhkan gadis itu dari Ashraf.

Tersenyum Ashraf apabila melihat abang-abang iparnya sedang menyejukkan hati isteri masing-masing. Dia bersyukur kerana kakak-kakaknya sudah menemui cinta hati masing-masing.

Seperti dia juga, kakak-kakaknya turut mengakhiri zaman bujang mereka pada usia yang muda sebelum melanjutkan pelajaran di Melbourne. Walaupun keberatan, namun suami mereka tetap memahami dan setia menanti kepulangan isteri masing-masing.

“Hah! Termenung mana tu!” sergah Asmina menyebabkan Ashraf tersedar ke dunia nyata.   

“Tak ada apa-apalah, kak ngah. Dahlah. Abang-abang dan kakak-kakak sekalian, waktu melawat nak tamat ni. Cepat balik sekarang,” sengaja Ashraf.

“Menghalau kamilah tu,” panjang muncung Ayuni.

“Hehe. Mana ada menghalau, kak chik. Adik cakap benda yang betul je,” bidas Ashraf.

“Ada je benda dia nak menjawab,” geram Asmina.

Tersengih Ashraf sambil mengusap belakang lehernya.

“Baiklah. Kami balik dulu. Jangan lupa berehat ye, adik. InsyaAllah ada masa, kami datang esok,” tubuh Ashraf dipeluk Ainuri dengan erat.

“Kak long pun berehat juga ye. Abang Naim jaga kak long baik-baik ye,” pesan Ashraf semasa bersalaman dengan Naim.

“Jangan risau, Ashraf. Sudah menjadi tanggungjawab abang untuk jaganya,” balas Naim sambil memegang tangan isterinya.

Kemudian, Asmina pula memeluk tubuh adik lelakinya. Diikuti dengan suaminya, Ikram.

“Abang Ikram, kak ngah makin ‘ganas’ tau. Hati-hati ye,” bisikan Ashraf pada telinga Ikram dapat didengari jelas oleh Asmina.

“Apa kau kata!” geram Asmina.

“Hehe. Gurau jelah, kak ngah. Janganlah marah. Nanti cepat tua. Kesian abang Ikram nanti,”

“Adik!”

Sebelum Asmina meletus kemarahannya, pantas Ashraf memeluk semula tubuh kakaknya itu.

“Hehe. Kak ngah jaga diri ye. Sayang kak ngah,” sapa lembut suara Ashraf pada telinga Asmina.

“Pandailah adik nak pujuk kak ngah,” Asmina melepaskan pelukan mereka dengan lembut.

“Kami balik dulu ye, Ashraf. Jumpa lagi,” lalu Ikram dan Asmina keluar dari wad itu.

“Kak chik pun jaga diri juga tau. Jangan nak manja-manja dah. Tapi, nak bermanja dengan abang Zul sangat dialu-alukan. Boleh bagi cepat anak buah pada adik nanti,” usik Ashraf semasa mereka berpelukan.

Cubitan berbisa terus hinggap pada lengan Ashraf.

“Aduh! Bisanya kak chik,” adu Ashraf sambil mengosok bahagian cubitan.

“Gatal lagi. Adik tu jangan nak menggatal sangat. Jaga adik ipar kak chik baik-baik tau,” tegas Ayuni.

“Hehe. Jangan risaulah, kak chik. Adikkan suami mithali. Macam abang Zul juga,” sengih Ashraf.

“Abang memang suami mithali pun, Ashraf. Baru tahu ke?” terangkat kening Zul Hanif sambil memeluk bahu isterinya.

“Jangan nak layan adik sangat, abang. Oklah. Kak chik dan abang Zul balik dulu. Ada apa-apa beritahu kak chik tau,” pinta Ayuni.

“Baik, bos! Hehe. Jaga kak chik baik-baik ye, abang Zul,” sempat Ashraf mengenyitkan matanya pada Zul Hanif.

“Jangan risau, Ashraf. Lama dah abang tunggu masa ni. Tentang urusan praktikal Fiona, nanti abang uruskan semuanya,” balas Zul Hanif sambil bersalaman dengan adik iparnya.

“Terima kasih, abang Zul,” senyum Ashraf.

“Kami balik dulu, adik. Assalamualaikum,”

“Waalaikummusalam,” jawab Ashraf.

Kini, hanya tinggal Ashraf dan Fiona yang masih terbaring tidak sedarkan diri di atas katil. Seusai mandi dan memakai pakaian yang dibawa oleh ibunya, dia menunaikan solat Isyak.

Selepas mengaminkan doanya yang panjang, dia membaca Al-Quran di atas kerusi bersebelahan dengan isterinya. Kemudian, apabila mengantuk menguasai dirinya, dia membaringkan tubuhnya di atas katil bersebelahan dengan Fiona.

Dahi isterinya dikucup lembut sebelum terlena di sisi isteri tercinta. Begitulah rutin harian Ashraf.

**********

Naim mendakap erat tubuh isterinya ketika mereka baring di atas katil.

“Rindunya abang pada sayang. Sayang rindukan abang tak?” tanya Naim selepas mengucup ubun-ubun Ainuri.

“Mestilah rindu. Siapa tak rindu pada pengawal peribadi yang mencuri hati sayang ni?” balas Ainuri sambil mengusap lembut pipi suaminya.

“Gembiranya abang dapat jumpa sayang semula. Abang bersyukur sangat kerana jodoh kita masih panjang,” kepala Ainuri direbahkan pada dadanya.

“Alhamdulillah. Allah masih memberi kita peluang ini, abang,” senyum Ainuri sambil menongkat dagunya pada dada Naim.

Mata mereka saling bertatapan lama.

“Maafkan abang, sayang. Abang gagal untuk melindungi Fiona seperti yang sayang suruh. Abang tak sangka perkara itu akan berlaku pada dia. Semuanya berlaku dengan pantas,” sedih riak muka Naim.

Kedua-dua pipi Naim dipegang lembut.

“Bukan salah abang. Semua Allah dah tentukan. Kalau bukan disebabkan abang menghubungi ambulan dengan cepat, pasti kita akan kehilangan Fiona. Sekarang, kita hanya mampu untuk berdoa supaya Ashraf dan Fiona akan beroleh kegembiraan seperti kita. Terima kasih abang kerana menjalankan tanggungjawab abang sebagai seorang pengawal dengan melindungi Fiona dari jauh selama 3 tahun ni,” bibir Naim dikucupnya sekilas.

Selepas mengetahui tentang perkahwinan adiknya, Ainuri terus menghubungi suaminya supaya melindungi adik iparnya dari jauh kerana risau sesuatu akan berlaku pada Fiona. Jika sesuatu yang buruk berlaku pada Fiona, pasti adik lelakinya akan mengamuk dan akan muncul sifatnya yang lagi satu.

Sifat yang sangat bengis dan boleh mencederakan orang lain. Itulah yang paling ditakuti olehnya dan juga ahli keluarganya yang lain.

“Abang, peragut tu akan ditangkap secepat mungkin ke?” soal Asmina semasa dia baring bersebelahan dengan suaminya.

Ikram yang memeluk tubuh isterinya sambil membelai rambut isterinya terhenti perbuatannya. Wajah isterinya ditatap lama.

“InsyaAllah, sayang. Pihak polis sedang menjalankan siasatan. Katanya tadi, mereka telah mengenalpasti identiti peragut tu. Tak lama lagi, dia akan ditangkap. Sayang jangan risau ye,”

Selepas mengucup ubun-ubun Asmina, dia sambung membelai rambut isterinya.

“Kesian adik dan Fiona, bang. Mereka berpisah selama 3 tahun. Apabila kembali ke Malaysia, ini pula yang terjadi. Pilu hati sayang tengok adik tadi. Walaupun dia cuba menceriakan suasana, tapi hati dia? Bagai ditoreh, dihiris dengan pisau yang tajam. Adik sangat sayangkan Fiona. Semasa di Melbourne, adik tak pernah lupa untuk mendoakan isterinya. Kesiannya mereka,” hambur tangisan Asmina di dalam dakapan Ikram.

“Shu…sabar, sayang. Semuanya dah berlaku. Lagipun, bukan kita yang tentukan. Tapi, Allah. Allah memberi ujian ini supaya kita ingat padaNya. Suruh kita kembali kepadaNya. Jadi, kita sebagai umat Islam, haruslah redha dan sabar menerima ujian ni. Sayang jangan menangis lagi ye,” dahi isterinya dikucup lama.

“Kita tidur ye. Esok nak lawat mereka, kan?” Asmina membalas dengan anggukan kepalanya.

Dia membaringkan kepalanya di atas dada suaminya. Matanya mula kuyu lalu terlena. Tersenyum Ikram apabila mendengar dengkuran halus isterinya. Dahi isterinya dikucup sekilas sebelum dia terlena.

“Jadi, abang kata, sepanjang Fiona bekerja di situ, dia langsung tak tumpang sesiapa? Dia balik naik bas ataupun GrabCar je?” terkejut Ayuni apabila Zul Hanif menceritakan kisahnya dengan Fiona semasa mereka sedang baring di atas katil.

“Ye, sayang. Kan sayang suruh abang jaga dia. Tapi, itulah. Bukan abang saja yang pelawa, staf-staf lain pun ada juga pelawa nak hantar dia balik tapi dia tak nak. Dia kata tak manis kalau orang tengok. Lagi-lagi dia sudah berstatus isteri,” jawab Zul Hanif sambil menarik isterinya yang sedang berfikir sesuatu ke dalam dakapannya.

“Tak sangka sampai macam tu Fiona sayangkan adik. Beruntung adik sebab memiliki seorang isteri yang menjaga aib, maruah dan dirinya,” kagum Ayuni.

“Abang pun beruntung juga sebab dapat isteri macam sayang,” kedua-dua pipi Ayuni dikucup sekilas.

“Tapi, kemalangan pula berlaku secara tiba-tiba. Kesian adik apabila mendapat tahu isterinya koma. Kesian Fiona sebab menjadi mangsa dan menerima semua ni,” mengalir air mata Ayuni apabila teringat wajah adik lelakinya dan adik iparnya.

“Itu semua ujian, sayang. Abang yakin mereka berdua dapat menghadapi ujian ini dengan tabah. Jadi, kita sebagai orang terdekat, perlulah sentiasa menyokong dan membantu mereka. Sayang jangan menangis dah. Air mata tak dapat menyelesaikan masalah. Hanya doa dan semangat yang diperlukan mereka sekarang,” pujuk Zul Hanif sambil menyeka air mata isterinya.


Ayuni membalas dengan angguka sebelum memeluk leher suaminya. Belakang Ayuni diusap lembut oleh Zul Hanif. Tidak lama kemudian, Ayuni terlena dengan berkeadaan sebegitu. Geli hati Zul Hanif melihatnya. Selepas membetulkan posisi isterinya, dia pun turut terlena.





<BAB 7          BAB 9>

CERPEN : SUAMIKU PONDAN (BAB 7)

CERPEN : SUAMIKU PONDAN


BAB 7 - REDHA



“Ya Allah. Anak ibu!” apabila melangkah masuk ke dalam wad Fiona, tubuh ketiga-tiga anak gadisnya dipeluk erat oleh Puan Hanisah.

“Ibu!” hambur tangisan ketiga-tiga gadis itu di dalam dakapan ibu yang dirinduinya.

Naim, Ikram dan Zul Hanif yang turut berada di situ bersalaman dengan Encik Hairol.

“Anak-anak ibu sihat?” tanya Puan Hanisah sambil mencium pipi anak-anak gadisnya.

“Alhamdulillah kami sihat, ibu,” jawab Ayuni.

“Cuma, Ashraf…,” tergantung ayat Ainuri sambil memandang wajah ibu dan ayahnya.

Puan Hanisah dan Encik Hairol hanya menganggukkan kepalanya kerana memahami sifat anak lelaki mereka. Mereka agak terkejut apabila diberitahu bahawa anak lelaki mereka turut pulang ke Malaysia mengikuti anak-anak gadis mereka.

Rupa-rupanya, inilah firasat seorang suami. Luluh hati mereka apabila melihat satu-satunya menantu perempuan mereka terlantar di atas katil tidak sedarkan diri. Kepala pula berbalut walaupun sudah dilitupi dengan tudung.

Dahi Fiona dikucup lembut. Air mata Puan Hanisah masih mengalir ketika dia mengusap kepala menantu perempuannya. Manakala Encik Hairol memeluk tubuh anak-anak gadisnya.

“Ayah, Ashraf mengamuk tadi. Tangannya berdarah sebab dia tumbuk dinding tadi,” luah Asmina pada ayahnya.

“Mari kita cari dia ye, nak,” pujuk Encik Hairol.

**********

“…Aku tak kuat, Ya Allah. Sembuhkanlah isteriku, Ya Allah. Sedarkanlah dia dari koma. Berikanlah kesembuhan yang cepat pada dia. Aku memohon padaMu, Ya Allah. Aku lebih rela diberikan kesakitan yang dialami oleh isteriku. Sudah banyak ujian yang menimpa dia sejak dia kecil lagi. Saya tak sanggup melihat dia menderita lagi, Ya Allah,” berdoa Ashraf sambil menadah tangannya.

Lama dia duduk di atas sejadah selepas mengaminkan doanya. Air matanya masih bercucuran mengalir dengan deras. Dia tersentak apabila bahunya dipegang dari belakang lalu ditolehkan kepalanya.

“Bawa bersabar, nak,” tubuh anak lelakinya ditarik masuk ke dalam dakapannya.

“Ayah. Ashraf tak kuat, ayah,” teresak-esak Ashraf semasa memeluk tubuh ayahnya.

“Ashraf, sebagai seorang suami, Ashraf kena kuat. Bukankah Fiona itu berasal daripada tulang rusuk kiri Ashraf. Jika pemiliknya tidak kuat, bagaimana orang yang memilikinya nak kuat, kan? Jadi, Ashraf kenalah kuat dan tabah ye,” pujuk Encik Hairol walaupun ada ketegasan.

“Betul tu, Ashraf. Ashraf kena redha dengan ketentuanNya. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya,” kata Naim sambil mengusap kepala Ashraf.

“Mungkin Allah nak bagi Ashraf meluangkan masa dengan isteri Ashraf. Jangan kita fikir yang negatif saja, Ashraf. Allah tidak melakukan sesuatu itu dengan sia-sia. Pasti ada hikmah untuk Ashraf, untuk isteri Ashraf dan untuk kita semua,” ujar Ikram pula yang sedang memegang erat bahu kiri Ashraf.

“Betul tu. Di sebalik ujian yang melanda, pasti ada kebahagian di sebaliknya. Jangan berputus asa untuk berdoa ye, Ashraf,” celah Zul Hanif sambil memegang bahu kanan Ashraf.

“Ayah..Abang Naim..Abang Ikram..Abang Zul..Terima kasih,” terharu Ashraf.

Ketika dia merasai dirinya keseorangan, rupa-rupanya ada orang yang sentiasa bersamanya untuk memberi nasihat dan semangat kepadanya.

“Betul apa yang mereka kata tu, Ashraf. Fiona sangat sayangkan Ashraf. Setiap hari dia mendoakan suaminya serta orang di sekelilingnya. Malah, dia juga tidak pernah malu untuk memberitahu orang bahawa dia telah menjadi isteri pada usia yang muda walaupun dia tahu orang lain akan mengejeknya kerana gatal hendak berkahwin. Namun, dia tidak pernah peduli perkara tu. Yang penting, dia jujur dan percaya pada takdirnya,” mata Ashraf memandang orang tua yang berjalan menghampirinya sebelum Zul Hanif, Naim dan Ikram memberi ruang untuk orang tua itu.

“Papa!” pantas Ashraf memeluk tubuh ayah mertuanya.

Puan Hanisah, Puan Hairunisa, Ainuri, Asmina dan Ayuni yang melihat adegan sedih itu dari jauh turut menitiskan air mata mereka.

**********

Di dalam wad Fiona, Ashraf memandang wajah kakak-kakaknya yang sudah tersengguk-sengguk menahan mengantuk. Lagipun, pasti mereka kepenatan selepas perjalanan yang jauh dari Melbourne ke Malaysia dan terus ke Hospital Kuala Lumpur.

“Kak long, kak ngah dan kak chik baliklah dulu. Ibu, ayah, papa dan mama pun baliklah dulu. Biar malam ni Ashraf yang jaga Fiona. Abang Naim, abang Ikram dan abang Zul tolong bawa mereka balik rumah ye,” bersuara Ashraf.

“Kalau Ashraf dah kata macam tu, kami balik dululah. Ada apa-apa terus hubungi ayah tau,” balas Encik Hairol.

“Jangan risau, ayah,” senyum Ashraf sambil bersalam dengan ayahnya.

“Ashraf nak kami bawa makanan apa-apa tak malam ni?” soal Puan Hanisah sewaktu Ashraf mencium tangannya.

“Tak apalah, ibu. Ashraf tak ada selera,” balas Ashraf.

“Mana boleh tak makan, Ashraf. Kamu tu dahlah kurus. Nanti jadi apa-apa pada kamu, siapa nak jaga Fiona?” tegas suara Encik Haimin.

“Err..Ashraf makan esok jelah, ibu, papa. Lagipun, Ashraf masih penat dan mengantuk ni. Cadang lepas solat Isyak nak terus tidur je,” jawab Ashraf teragak-agak.

“Baiklah kalau kamu dah cakap macam tu. Esok ibu bawa sarapan dan baju bersih untuk kamu. Jaga diri ye, Ashraf,” lalu ibu dan ayahnya mula beredar.

“Jangan kamu ambil kesempatan pula kat isteri kamu tu, Ashraf,” seloroh Encik Haimin.

“Ya Allah. Mana ada Ashraf nak buat macam tu kat isteri Ashraf, papa. Mama, tengok papa buli Ashraf,” adu Ashraf pada ibu mertuanya.

“Janganlah buli menantu saya, abang. Kan dah merah muka dia tu,” usik Puan Hairunisa.

Geli hati yang lain apabila melihat wajah Ashraf yang sudah merah.

“Baiklah. Kami pergi dulu. InsyaAllah esok kami datang lagi. Assalamualaikum,”

“Waalaikummusalam,” jawab mereka serentak.







<BAB 6          BAB 8>

CERPEN : SUAMIKU PONDAN (BAB 6)

CERPEN : SUAMIKU PONDAN


BAB 6 - MUSIBAH



“Sudah pukul 5 petang?” pantas Fiona mengemas beberapa kertas yang berada di atas mejanya apabila jarum jam tangannya berganjak ke pukul 5.

“Nak balik dah ke, Fiona?” tegur Zul Hanif apabila ternampak gadis itu menolak kerusi masuk ke bawah meja.

“Ye, bos. Dah pukul 5 ni. Nanti mama dan papa risau sebab balik lewat,” balas Fiona.

“Saya pun nak balik juga ni. Nak tumpang saya tak?” pelawa Zul Hanif.

“Eh? Tak apalah, bos. Tak manis pula orang nampak. Lagipun, saya sudah berstatus ‘isteri’,” tolak Fiona secara lembut.

Sememangnya dia tidak segan untuk memberitahu statusnya walaupun dia baru berusia 20 tahun. Lagipun, dia hanyalah pelajar praktikal yang bekerja sebagai akauntan di Syarikat Zest Berhad selama 3 bulan. Tidak layak untuk menumpang sesiapa di situ untuk pulang ke rumah.

Kebiasaannya, dia menaiki bas untuk pergi dan balik dari tempat praktikalnya.

“Saya balik dulu. Assalamualaikum,” ucap Fiona pada staf yang berada di situ sebelum keluar dari syarikat tersebut.

“Waalaikummusalam,” balas mereka.

Mengeluh Zul Hanif apabila pelawaan sentiasa ditolak oleh gadis itu.

“Biarlah, bos. Dia masih sayangkan suami dia tu. Maruah seorang isterikan penting. Sebab tu dia tolak bila bos ataupun staf-staf yang ada di sini pelawa nak tumpang dia,” ujar rakan sekerja Zul Hanif, Rizki.

“Bukan apa, Riz. Saya dah janji dengan seseorang untuk ‘menjaga’ dia. Saya risau dia akan marah saya jika sesuatu yang buruk berlaku pada dia nanti,” sedih suara Zul Hanif.

“InsyaAllah tiada apa-apa yang buruk berlaku, Zul. Kita berdoa sajalah,” pujuk Rizki.

Tangan Rizki menepuk bahu Zul Hanif dengan lembut. Zul Hanif membalas dengan senyuman kelat.


Fiona berjalan dengan hati yang senang. Bibirnya mengukir senyuman yang lebar. Dia bakal menemui kakak-kakak iparnya buat pertama kali. Dia teringin untuk mempunyai adik-beradik namun dia sedar bahawa dia hanyalah anak yatim piatu yang menumpang kasih ibu bapa angkatnya.

Sedang dia berjalan menuju ke stesen bas, tiba-tiba sebuah motor mendekatinya tanpa dia sedari.

“Zurp!”

Beg tangannya ditarik kasar oleh pembonceng motosikal itu sebelum memecut laju meninggalkan kawasan tersebut.

Fiona yang turut tertarik terjatuh dan terhantuk kepalanya pada pembahagi jalan. Kebetulan berada di situ, Naim yang berbaju serba hitam terus berlari mendekati tubuh Fiona.

“Fiona! Fiona!” cemas Naim.

Tanpa membuang masa, Naim terus menghubungi ambulan sambil memangku kepala Fiona pada pahanya.

“Habislah saya kena dengan ‘dia’ nanti,” gelisah Naim sambil melihat Fiona yang tidak sedarkan diri beserta tudungnya yang sudah bertukar warna daripada jingga kepada warna merah.

Ashraf mula berasa tidak sedap hati.

**********

Naim berjalan mundar mandir di hadapan bilik pembedahan Fiona. Tiga orang gadis beserta tiga orang jejaka berlari mendapatkan Naim.

“Bagaimana keadaan adik ipar saya?” cemas Ainuri.

“Err..doktor masih belum dari bilik pembedahan sejak tadi,” takut Naim bersuara.

Matanya tidak sanggup untuk bertentangan dengan orang di hadapannya.

“Macam mana perkara ni boleh berlaku pada dia?” geram Asmina.

Apabila mereka tiba di lapangan terbang KLIA, betapa luluhnya hati mereka apabila diberitahu Fiona berada di Hospital Kuala Lumpur.

“Tolong bertenang. Tiada guna kita marah-marah memandangkan perkara ini sudah terjadi. Mengikut saksi yang berada di tempat kejadian, mangsa disyaki diragut semasa berjalan menuju ke stesen bas. Kemudian, mangsa terjatuh manakala kepalanya terhantuk pada pembahagi jalan,” cerita Ikram merangkap polis yang menyiasat kes Fiona.

“Ya Allah. Jika saya berkeras untuk bawa dia pulang ke rumah, pasti perkara ini tidak akan berlaku,” sesal Zul Hanif yang turut berada di situ selepas mendapat panggilan dari Naim bahawa Fiona dimasukkan ke dalam hospital.

Ayuni merenung wajah kacak Zul Hanif. Jejaka itu berjaya mencuri hatinya ketika itu. Lalu dia mendekati jejaka yang sedang melutut itu.

“Jadi, dapat tangkap tak peragut tu?” semua terdiam apabila mendengar suara serak yang bernada tegas itu.

Takut mereka untuk memandang wajah bengis itu. Apabila wajah bengis itu muncul, tiada sesiapa yang dapat menenangkan sifatnya itu.

“Be..,” tidak sempat Ikram menghabiskan ayatnya apabila doctor keluar dari bilik pembedahan.

Pantas mereka mendekati doctor tersebut.

“Doktor, bagaimana keadaan adik ipar saya?” tanya Ainuri sambil memegang erat tangan jejaka bengis itu agar tiada perkara buruk yang berlaku nanti.

“Maafkan kami. Kami sudah buat apa yang kami mampu,” hampir pengsan Ainuri apabila mendengar kata-kata doctor itu.

Sempat Naim menahan tubuh Ainuri daripada jatuh dengan memeluk bahu gadis itu.

“Kami telah menjahit di bahagian kepala pesakit. Sekarang, pesakit masih belum tidak sedarkan diri. Kami syak pesakit akan koma dalam tempoh yang panjang memandangkan kepala pesakit mengalami getaran yang kuat. Jika pesakit dapat bertahan, insyaAllah pesakit akan sedar dari koma. Kita hanya mampu berdoa sahaja. Pesakit akan dipindahkan ke wad VIP seperti yang diarahkan. Kami minta diri dulu,” lalu beberapa doctor dan jururawat beredar dari situ.

“Fiona…,” menangis Ayuni di dalam dakapan Zul Hanif.

“Fiona koma?” menggigil tubuh Asmina apabila mendengar kata-kata doctor itu.

“Isghtifar, semua. Ingat apa yang doktor kata. Kita perlu berdoa supaya pesakit cepat sedar. Jangan putus asa sekarang,” ujar Ikram sambil memaut tangannya pada tangan Asmina apabila gadis itu hampir rebah.

“Dum!” tersentak semua apabila dinding ditumbuk kuat oleh jejaka bengis.

Serentak mereka memandang jejaka tersebut.

“Tangkap peragut tu sekarang. Kalau peragut tu masih belum ditangkap, korang semua yang akan kena,” tegas suara jejaka itu sebelum pergi dari situ.

“Ashraf! Ashraf!” panggil Ainuri namun adik lelakinya itu tetap meneruskan langkahnya.

“Macam mana ni? Apa yang perlu kita buat sekarang?” risau Ayuni.

“Saya cadangkan kita hubungi ibu dan ayah dulu. Biar mereka pujuk Ashraf. Bila sifat Ashraf yang satu tu dah muncul, hanya mereka sahaja yang boleh ‘kawal’ dia,” cadang Asmina.

“Biar kak long yang hubungi mereka. Korang masuk ke dalam wad Fiona dulu,” akur semua dengan arahan Ainuri.

Ainuri duduk di taman sambil menghubungi ibunya. Tanpa dia sedari, Naim sudah duduk di bangku bersebelahan dengan gadis itu.

“Assalamualaikum ibu,”

“Waalaikummusalam. Hah kak long. Baru sekarang nak hubungi ibu. Korang dah sampai Malaysia ke belum ni? Batang hidung pun tak nampak ni. Lama kami tunggu korang di rumah ni,” bebel Puan Hanisah.

“Kami berada di HKL sekarang, ibu. Maaf kami tidak beritahu ibu dan ayah,” sebak suara Ainuri kedengaran.

Naim yang duduk di sebelah Ainuri memeluk bahu gadis itu untuk memberi semangat.

“HKL? Hospital Kuala Lumpur? Buat apa korang ada kat sana? Jap. Ainuri menangis ke?” pelik Puan Hanisah apabila menangkap sendu Ainuri.

“Fiona, ibu,” bercucuran air mata Ainuri mengalir.

“Kenapa dengan menantu ibu, Ainuri?” Puan Hanisah mula cemas.

Sempat dia menoleh memandang suaminya yang sudah duduk di sebelahnya di atas sofa.

“Fiona kena ragut, ibu. Sekarang dia koma,”

Hampir pengsan Puan Hanisah apabila mendengar berita itu. Pantas suaminya mendakap tubuh isterinya sebelum telefon beralih tangan.

“Kami akan ke sana sekarang,” ringkas Encik Hairol berkata sebelum mematikan panggilan.

“Jom kita ke hospital sekarang, sayang,” ajak Encik Hairol.

Di dalam kereta, besannya dihubungi untuk memberitahu keadaan anak angkat mereka.


“Astaghfirullahalazim. Kami akan ke sana sekarang, Hairol. Terima kasih sebab beritahu,” lalu panggilan ditamatkan.





<BAB 5          BAB 7>