Tuesday, November 13, 2018

NOVEL : APARTMENT (SINOPSIS)

NOVEL : APARTMENT

SINOPSIS





Mengisahkan tiga pasangan yang baru berkahwin tanpa kerelaan hati dan tiada perasaan cinta, tinggal bersama-sama di sebuah pangsapuri sewa yang mempunyai tiga buah bilik, ruang tamu, ruang solat serta dapur yang agak selesa.

Mereka mempunyai persamaan di mana mereka sedang bersembunyi dari orang luar. Semakin lama mereka bersama, luahan hati mereka berjaya menyatukan tiga gadis yang malang ini menjadi akrab seperti adik-beradik.


Apakah kesudahan kisah ketiga-tiga gadis ini?






PROLOG


Nur Airina binti Mohamad Kamal X Ahmad Rahimi bin Ahmad Lee
  • Airina terpaksa berkahwin dengan Rahimi, seorang banduan yang bakal dihukum gantung sampai mati untuk melangsaikan hutang adik lelaki.



Nurul Izwani binti Said  X Muhammad Khairul bin Muhammad Kassim
  • Berkahwin kerana ditangkap basah di sebuah hotel selepas melarikan diri dari rumah disebabkan Izwani enggan berkahwin dengan pilihan keluarga.



Nor Sofea binti Salleh X Abdul Hakim bin Abdul Hisham
  • Berkahwin atas permintaan keluarga
  • Suaminya pernah terlibat dalam kebakaran menyebabkan badan dan wajah suaminya meninggalkan parut yang ngeri




No comments:

Post a Comment