NOVEL : APARTMENT
BAB 17
Pukul 3 pagi, Sofea terjaga lalu dia bangun dan menoleh ke kiri
dan kanannya. Sofea mula sedih sebelum turun dari katil itu. Dia keluar menuju
ke ruang tamu. Wajah Khairul dipandang sekilas sebelum matanya dialihkan pada
susuk badan Hakim yang terlena di hadapan televisyen itu.
Sofea mendekati suaminya sebelum merebahkan tubuhnya di sebelah
Hakim. Pinggang Hakim dipeluk erat. Hakim yang masih tidak menyedari kehadiran
Sofea membalas pelukan itu. Sofea tersenyum sebelum melelapkan matanya semula.
Kepalanya elok bersandar pada dada bidang suaminya.
Izwani yang terjaga kerana katil bergerak itu turut bangun dan
keluar mencari suaminya. Selepas memastikan lokasi Khairul, Izwani membaringkan
kepalanya di atas lengan sasa Khairul. Khairul yang terasa sesuatu
menghimpitnya terus menarik tubuh Izwani ke dalam dakapannya.
Izwani tersenyum apabila kepalanya sudah berada pada leher
Khairul. Mata Izwani mula tertutup semula.
Airina yang terdengar bunyi pintu bilik dibuka dan ditutup
beberapa kali mula bangun dan melihat di sekelilingnya. Dia berjalan keluar menuju
ke biliknya yang berada di tingkat satu.
Pintu biliknya dibuka dari luar. Wajah suaminya yang dirindui itu
menjadi tatapannya. Selepas tubuhnya dibaringkan di atas katil, pinggang Rahimi
dirangkul kemas. Rahimi membalas rangkulan Airina dengan memeluk erat tubuh
isterinya itu. Airina terlena semula disamping suami tercinta.
Aiman yang berada di dapur ketika itu untuk menghilangkan hausnya
hanya menggelengkan kepalanya apabila melihat kejadian itu. Seusai minum, pintu
bilik tetamu di tingkat bawah dibuka dan ditutupnya semula. Pintu dikunci dari
dalam sebelum dia mendekati isterinya.
Tudung yang tersarung pada Salina ditanggalkan perlahan-lahan.
Selepas menyangkut tudung itu pada almari, Aiman merebahkan tubuhnya
bersebelahan dengan Salina sebelum tubuh Salina didakapnya erat. Ubun-ubun
Salina dikucup lama sebelum Aiman terlena dibuai mimpi.
Tepat jam 5 pagi, Datin Fashiha yang turun ke dapur tersenyum
melihat sahabat baik anak dan menantunya yang sedang terlena di ruang tamu itu.
Kamera yang terletak pada almari bersebelahan dengan tangga itu dicapainya
sebelum menangkap gambar yang manis itu.
“Semoga pasangan-pasangan yang berada di dalam rumah ini sentiasa
bahagia sampai ke syurgaMu,” berdoa Datin Fashiha sebelum ke dapur.
***************
“Emm..Eh? Macam mana sayang boleh ada kat sini?” terkejut Hakim
apabila dia terjaga saja, wajah Sofea yang sedang enak tidur itu berada di
dalam dakapannya.
“Emm..sayang rindukan abang,” jawab Sofea tanpa membuka matanya.
Khairul yang terjaga kerana terdengar suara Hakim turut terkejut
apabila dia sedang memeluk isterinya dengan erat.
“Sayang? Macam mana sayang boleh tidur dengan abang ni?” soal
Khairul.
“Sayang tak lena kalau tak ada abang,” jawab Izwani dengan matanya
yang masih terpejam.
Hakim dan Khairul saling berpandangan. Faham sajalah mereka dengan
sikap ibu mengandung itu.
“Sayang ke ni? Macam mana sayang boleh berada dalam bilik ni?
Bukan ke sayang tidur dengan kawan-kawan sayang?” pelik Rahimi melihat Airina
yang berada di dalam pelukannya.
“Sayang nak tidur dengan abang,” balas Airina tanpa membuka
matanya.
Pelukan pinggang Rahimi dieratkan.
“Macam-macam sayang ni. Tudung pun tak buka lagi tu,” geli hati
Rahimi.
***************
“Abang? Abang tidur dengan ayang ke semalam? Bukan ke ayang tidur
dengan Kak Rin dan kawan-kawannya?” keliru Salina apabila terbangun dari
tidurnya, wajah suaminya rapat dengan wajahnya.
“Mereka tidur dengan suami mereka. Abang pun nak tidur dengan
isteri abang,” selamba jawapan Aiman sambil mengeratkan pelukan pinggang
Salina.
“Bila mereka tidur dengan suami mereka? Tak perasan pun,” fikir
Salina sambil menggaru kepalanya.
“Eh? Bila abang tanggal tudung ni?” makin pelik Salina apabila
kepalanya tidak dibalut apa-apa.
“Abang yang tanggalkan. Kesian sayang asyik bertudung saja dari semalam.
Jadi, abang pun tanggalkan untuk sayang,” jawab Aiman yang sudah mencelikkan
matanya.
“Sweetnya abang. Terharu ayang,” tersenyum Salina sebelum mengucup
pipi Aiman sekilas.
“Baru tahu ke?” terangkat kening Aiman.
“Kembanglah tu sebab dapat pujian,” geli hati Salina melihat wajah
Aiman yang bangga itu.
“Mestilah. Isteri abang juga yang puji abang. Bukan selalu,” kata
Aiman sebelum mengucup pipi dan dahi Salina.
“Dahlah, abang. Gelilah asyik cium orang je. Ayang nak bangun ni.
Lepaskanlah tangan tu,” pinta Salina yang sudah kegelian dengan kucupan Aiman
yang bertalu-talu itu.
“Tak nak,” degil Aiman sebelum menyambung aktivitinya.
“Abang..,”
“Aiman! Aiman, Subuh dah masuk ni. Cepat bangun!” terdengar suara
Airina dari luar pintu bilik.
Terhenti aktiviti Aiman. Aiman dan Salina saling berpandangan.
“Kacau betullah kakak ni,” merungut Aiman.
“Abang, jangan cakap macam tu. Nanti sambung kat rumah ye,” pujuk
Salina.
Wajah Aiman kembali ceria.
“Betul ni? Sayang janji ye. Jangan nak mengelak pula nanti,” kata
Aiman.
“Ayang janji, bang. Dahlah. Jom kita siap-siap untuk solat Subuh,”
lembut ajakan Salina.
Sungguh Aiman bertuah kerana memiliki isteri sebaik dan secantik
Siti Salina itu walaupun usia isterinya lebih tua daripadanya.
***************
Seusai solat Subuh, mereka berkumpul di meja makan untuk sarapan
pagi yang disediakan oleh tukang masak di rumah itu.
“Selera betul ibu mengandung ni makan ye,” pelik Aiman apabila
melihat Airina, Sofea dan Izwani menambah nasi goreng kampung untuk kali ke
berapa pun dia tidak pasti.
“Baguslah mereka makan banyak. Lagipun, mereka makan untuk dua
orang tau. Mestilah kena makan banyak,” ujar Datin Fashiha.
“Yang suami pula kenalah bersedia dari sekarang jika isteri
kempunan nak makan sesuatu nanti,” celah Dato’ Ahmad Lee.
“Untuk isteri tercinta, kami sanggup memenuhinya,” kata Rahimi
mewakili Hakim dan Khairul yang menganggukkan kepalanya tanda menyokong
kata-kata Rahimi.
Airina, Sofea dan Izwani hanya tersengih sahaja.
Selepas selesai sarapan, mereka mula meminta diri untuk pulang.
Airina, Sofea, Izwani dan Salina yang sama umurnya saling berpelukan. Begitu
juga dengan sang suami.
“Terima kasih kerana sudi datang rumah pakcik dan makcik. Ada
masa, singgahlah sini. Kami amat mengalu-alukannya,” ucap Datin Fashiha.
“Terima kasih juga pada pakcik dan makcik atas layanan yang diberi
pada kami,” balas Khairul.
“InsyaAllah ada rezeki, kami datang lagi,” senyum Hakim.
Selepas bersalaman dan berpelukan, Sofea, Hakim, Izwani dan
Khairul mula bertolak dengan menaiki kereta masing-masing.
“Kami juga nak minta diri, pakcik, makcik,” bersuara Aiman.
Tangan dihulurkan pada Dato’ Ahmad Lee sebelum tubuh Aiman dipeluk
erat.
“Kami dah anggap Aiman macam anak sendiri. Jangan lupa telefon
kami kalau ada apa-apa,” ujar Dato’ Ahmad Lee.
“InsyaAllah, pakcik,” tersenyum Aiman.
“Salina pun jangan lupakan kami ye,” tubuh Salina erat dipeluk
oleh Datin Fashiha.
“Salina akan ingat pada pakcik dan makcik yang baik hati ni. Jaga
kesihatan pakcik dan makcik ye,” terukir senyuman manis pada bibir Salina.
“Adik ipar, terima kasih datang jauh-jauh ni,” Rahimi memeluk
tubuh Aiman dengan kemas.
“Terima kasih juga abang kerana menjaga kakak bagi pihak Aiman,”
balas Aiman.
“Sudah tanggungjawab abang, Aiman,” pelukan dilepaskan.
“Salina jaga diri ye. Kalau Aiman buli, beritahu kakak. Biar kakak
pukul dia,” kata Airina ketika dia berpelukan dengan Salina.
Geli hati mereka mendengar seloroh Airina. Pelukan itu dilepaskan.
“Akak ni merepek je. Tak adanya Aiman akan buli isteri kesayangan
Aiman ni,” monyok muka Aiman sebelum mendekati Airina.
Airina dan Aiman berpandangan sebelum air mata Airina mula
bertakung. Tubuh Airina dipeluk erat oleh Aiman.
“Kakak pun orang yang paling Aiman sayang. Terima kasih kak kerana
membesarkan Aiman selama ni. Malah, kakak juga sanggup menjadi ibu dan ayah
pada Aiman. Nanti Aiman datang melawat kakak lagi ye,” air mata Airina mengalir
mendengar kata-kata adiknya yang muda dua tahun daripadanya itu.
“Terima kasih dik kerana membesar dengan sihat,” wajah Aiman
diusap dengan lembut.
“Sayang kakak,” dahi Airina dikucup lama.
Airina memejamkan matanya. Sungguh sedih rasanya untuk berpisah
dengan adik kesayangannya walaupun adiknya itu agak nakal.
“Jangan lama-lama. Kami dah cemburu ni,” usik Rahimi.
Aiman melepaskan kucupannya. Geli hati mereka mendengar seloroh
Rahimi. Airina memeluk pinggang suaminya manakala Aiman memeluk pinggang
isterinya.
“Kami pergi dulu. Assalamualaikum,” kata Aiman yang sudah masuk ke
dalam kereta.
“Waalaikummussalam,” jawab mereka.
Kereta Aiman hilang dari pandangan mereka.
“Mari kita masuk, sayang,” lembut suara Rahimi menyapa telinga
Airina.
Airina tersenyum memandang wajah suaminya yang masih setia memeluk
pinggangnya. Airina menganggukkan kepalanya sebelum mereka masuk ke dalam
rumah.
No comments:
Post a Comment