NOVEL : APARTMENT
BAB 18
Mata Sofea tertumpu pada rumah yang tersergam indah di hadapannya.
Air liur terasa pahit untuk ditelan. Bahu Sofea dipeluk dari tepi menyebabkan
matanya teralih pada tuan punya tangan itu.
“Jangan takut, sayang. Abang ada bersama-sama dengan sayang,”
senyuman terukir pada bibir Hakim.
“Kami pun ada bersama-sama dengan Sofea. Mari kita masuk ye,” ajak
Sarah yang memegang tangan Sofea dengan erat.
Sofea menganggukkan kepalanya. Mereka melangkah masuk ke dalam
perkarangan rumah itu.
“Asalamualaikum,” nyaring suara Sarah.
“Waalaikummussalam. Wah! Ingatkan siapa tadi. Cik Sarah dan Cik
Sofea sudah pulang!” wajah gembira dipamerkan oleh Mak Som iaitu orang gaji
rumah itu.
“Mak Som sihat?” Sarah dan Sofea saling bersalaman dan berpelukan
dengan Mak Som itu.
“Alhamdulillah, sihat. Cik Sarah dan Cik Sofea sihat? Dah ada isi
ke?” soal Mak Som apabila melihat perut Sarah dan Sofea yang buncit itu.
“Alhamdulillah kami sihat. Terlebih sihat rasanya,” seloroh Sarah
menyebabkan mereka bertiga ketawa.
“Mak Som, mama dan papa ada di rumah ke?” Sarah menyatakan
hasratnya selepas mereka berhenti ketawa.
Wajah Mak Som menjadi muram semula.
“Dato’ sekarang ada di pejabat. Datin pula ada di gazebo di
belakang. Saya sedih melihat Dato’ dan Datin yang semakin susut tu. Mereka
makan tak banyak. Kadang-kadang tu, mereka langsung tak makan,” luah Mak Som.
“Mereka jadi begitu disebabkan syarikat papa ke?” soal Sofea yang
mengetahui bahawa Dato’ Khalid menghadapi masalah kewangan untuk menyelamatkan
syarikat DK itu.
“Sebenarnya, syarikat tu bermasalah sejak Cik Sarah dan Cik Sofea
meninggalkan rumah ni. Saya rasa Dato’ dan Datin seperti orang yang hilang
arah. Selera makan pun hilang. Wajah sentiasa muram. Saya kesian pada mereka,”
ujar Mak Som.
Sofea dan Sarah saling berpandangan. Sarah memegang bahu Mak Som.
“Itulah tujuan kami datang sini, Mak Som. Kami nak kembalikan
keceriaan pada wajah mereka. Kami harap papa dan mama akan menerima kami,”
senyum Sarah.
“Saya pasti mereka suka dengan kehadiran cik Sarah dan cik Sofea.
Mari masuk sekarang,” pelawa Mak Som.
Di gazebo, Datin Rasnah sedang termenung melihat tanaman bunganya
dari jauh. Sesekali keluhan berat keluar dari mulutnya.
Sepasang tangan melingkari leher Datin Rasnah dengan lembut. Bahu
kanannya terasa berat. Serentak itu, suara yang dirinduinya kedengaran lembut
pada telinga kanannya.
“Assalamualaikum mama. Mama sihat?” kata Sarah.
Tubuh Datin Rasnah terus berpusing ke belakang. Pelukan sudah
dileraikan. Wajah Sarah yang sedang berlinangan air mata itu dipegang dengan
lembut.
“Sarah? Betul ke ini anak mama? Mama sedang bermimpi ke?” air mata
seorang ibu turut mengalir.
“Tak…mama tak bermimpi. Ini Sarah ma, anak mama dan papa,” tangan
yang memegang wajahnya dipegang erat.
“Anak mama!” Datin Rasnah terus memeluk Sarah dengan erat.
Belakang Sarah sesekali diusap lembut.
“Ma..mama..jangan peluk erat sangat. Nanti cucu mama lemas pula,”
kata Sarah apabila perutnya mengganggu pelukan pertemuannya itu.
Datin Rasnah melepaskan pelukannya.
“Cucu mama? Dah berapa bulan ni, Sarah?” ceria Datin Rasnah sambil
mengusap perut anaknya.
“Sudah 9 bulan mama. Tunggu masa saja ni. Oh ya. Mama, ada anak
mama lagi sorang ni nak jumpa dengan mama,” serentak itu, Sofea muncul
bersebelahan dengan Sarah.
“Ma..mama sihat?” teragak-agak Sofea.
Air mata Datin Rasnah kembali mengalir sebelum tubuh kecil itu
dipeluk dengan kemas.
“Sofea anak mama…mama rindu sangat pada Sofea. Sampai hati Sofea
meninggalkan mama tanpa beritahu apa-apa. Sofea sudah bencikan mama ke?” sebak
Datin Rasnah.
“Tak, mama. Sofea sayangkan mama. Sofea tak bencikan mama. Maafkan
Sofea kerana pergi dari sini tanpa beritahu apa-apa,”air mata Sofea turut
mengalir.
Apabila terasa sesuatu menghalang Datin Rasnah untuk memeluk Sofea
dengan lebih erat, pelukan pun dilepaskan.
“Sofea pun ada isi juga ke?” soal Datin Rasnah sambil mengusap
perut Sofea.
“Ha’ah mama. Sofea sudah 3 bulan mengandung,” makin ceria wajah
Datin Rasnah.
Tangannya mencapai tangan Sarah dan Sofea.
“Terima kasih Sarah dan Sofea kerana menjadi anak mama selama ni.
Terima kasih kerana kembali pada mama semula. Mama sudah maafkan anak-anak
mama. Maafkan mama kerana sikap mama melayan anak mama dengan teruk selama ni,”
tangan Datin Rasnah naik ke pipi Sarah dan Sofea sebelum pipi itu diusap
perlahan.
“Tak, ma. Kami sudah lama maafkan mama,” kata Sarah sambil
menggelengkan kepalanya.
“Betul tu, mama. Kami tak salahkan mama,” sokong Sofea.
Datin Rasnah tersenyum melihat wajah yang dirinduinya itu.
Dari jauh, Hakim dan Shukri tersenyum melihat agenda yang manis
itu.
***************
Pada malam itu, Dato’ Khalid pulang ke rumahnya dengan menaiki
kereta. Kereta itu diparkir kemas di dalam garaj.
Keluar dari tempat pemandu, matanya teralih pada dua buah kereta
yang terletak kemas di kawasan lapang rumahnya.
“Ada tetamu ke?” fikir Dato’ Khalid sebelum berjalan menuju ke
pintu rumah.
“Assalamualaikum,” sapa Dato’ Khalid ketika kasutnya sedang dibuka
di depan pintu.
“Waalaikummussalam,” kedengaran suara dua jejaka menyapa telinga
Dato’ Khalid.
Dato’ Khalid memandang dua jejaka yang sudah berdiri di hadapannya
bersilih ganti. Huluran tangan mereka disambutnya dengan teragak-agak. Mereka
saling bersalaman.
“Siapa korang ni? Jap…rasa macam pernah jumpa..bukan ke korang
ni..,” kata-kata Dato’ Khalid dipotong oleh Hakim.
“Benar, Dato’. Kami ialah suami sah kepada anak-anak Dato’. Saya
Hakim, suami kepada Sofea dan ini Shukri, suami sah kepada Sarah,” senyum
Hakim.
“Kenapa korang datang ke rumah saya ni?” soal Dato’ Khalid agak
tegas.
“Kami nak berbincang dengan Dato’ berkaitan dengan anak-anak
Dato’,” ujar Shukri.
“Kenapa dengan anak-anak saya?!” cemas Dato’ Khalid, matanya
terbuka luas.
“Anak Dato’ tiada apa-apa. Boleh kita bincang di tempat private sikit tak?” celah Hakim.
“Baiklah. Ikut saya ke bilik pejabat saya,” lalu Hakim dan Shukri mengekori
Dato’ Khalid ke bilik yang berada di tingkat bawah itu.
Selepas menutup pintu, Dato’ Khalid mempelawa Hakim dan Shukri
untuk duduk di atas sofa berhampiran dengan meja kerjanya. Hakim dan Shukri
hanya akur.
“Jadi, apa yang kamu berdua ingin bincangkan?” soal Dato’ Khalid
yang duduk berhadapan dengan menantunya itu.
“Abang Shukri mulakan dulu,” mengalah Hakim supaya Shukri yang
mempunyai masalah agak besar dengan ayah mertua itu dapat menyelesaikan
masalahnya terlebih dahulu.
“Baiklah. Dato’, saya tahu yang Dato’ bencikan saya kerana saya
telah meniduri Sarah malah saya juga yang telah mengandungkannya. Saya tahu
saya bersalah dan disebabkan itu, saya nikah dengan Sarah supaya anak yang
bakal dilahirkan itu mempunyai ayah dan untuk menjaga maruah keluarga saya dan
keluarga Sarah.
Saya tahu yang Dato’ malu kerana Sarah telah menconteng arang
pada muka Dato’ dan Dato’ juga telah menghalau Sarah dari rumah ini. Tapi…,”
air mata Shukri mula bergenang.
“Saya harap Dato’ dapat menerima Sarah dan memaafkan Sarah. Saya
tak minta Dato’ maafkan saya tapi…saya harap Dato’ dapat memaafkan Sarah.
Sarah…,” Shukri mula terasa sebak.
Hakim menepuk bahu Shukri sebelum Shukri menyambung kata-katanya.
“Setiap malam Sarah akan bermimpi buruk. Dia akan meracau secara
tiba-tiba. Dia akan menyebut ‘papa’. Dia mengigau, ‘papa, maafkan Sarah!’,
‘papa, jangan halau Sarah!’, ‘papa, Sarah sayangkan papa! Jangan buang Sarah!’.
Kadang-kadang, Sarah akan menangis sorang-sorang bila saya pergi kerja. Saya
tahu pun sebab saya ada pasang CCTV di rumah sebab saya risau Sarah akan buat
sesuatu di luar jangkaan saya nanti,” air mata Shukri mula menitis.
Shukri menundukkan kepala manakala kakinya sudah melutut di
hadapan Dato’ Khalid.
“Dato’, maafkan saya kerana disebabkan saya, Dato’ dan Sarah
berpisah. Tapi, saya harap Dato’ dapat maafkan Sarah. Lagipun, kandungannya
sudah mencecah 9 bulan. Saya risau dia akan meroyan jika Dato’ masih enggan
maafkan dia,” merayu Shukri.
Dato’ Khalid menghela nafasnya dengan berat. Dia mendekati Shukri
sebelum bahu jejaka itu dipegang.
“Saya tahu yang korang berdua gagal mengawal nafsu korang sehingga
korang terlanjur. Saya sangat marah bila tahu yang Sarah mengandung anak luar
nikah. Puas saya soal Sarah, siapa yang lakukannya pada dia, namun, dia enggan
memberitahu saya siapa ayah kepada anaknya itu. Saya tahu yang Sarah amat
mencintai ayah anak itu sehinggakan dia melindunginya daripada pengetahuan
saya.
Disebabkan ego dan kemarahan saya, saya menghalau dia dari rumah ini.
Saya juga enggan menjadi walinya sewaktu dia diijabkabulkan kerana saya masih
marah ketika itu. Tapi, tak sangka 7 bulan dia tidak menjejakkan kakinya ke
sini,” luah Dato’ Khalid.
“Dato’…,”
Shukri mengangkat wajahnya untuk menatap muka ayah mertuanya.
Tidak perasan pula Hakim sudah berdiri di sebelahnya malah bahu Hakim turut
dipegang oleh ayah mertuanya.
Tubuh Shukri dibangunkan oleh Dato’ Khalid.
“Saya sedih kerana anak-anak saya enggan menjejakkan kakinya di
sini. Mereka sanggup meninggalkan orang yang telah membesarkan mereka selama ini.
Saya ingatkan mereka membenci saya. Tapi, rupa-rupanya tekaan saya meleset
selepas saya mengetahui bahawa suami Sofea telah menyelamatkan syarikat saya
atas permintaan isterinya.
Malah, suami Sarah juga sentiasa memasukkan duit ke
dalam akaun ibu mertuanya atas permintaan isterinya juga. Terima kasih kerana
selama ini membahagiakan mereka dan mencintai mereka.
Maafkan papa kerana
melepaskan tanggungjawab papa sebagai seorang ketua keluarga kepada korang
berdua. Hakim dan Shukri ialah menantu sah papa,”
Tubuh Dato’ Khalid dipeluk erat oleh Hakim dan Shukri.
“Maafkan kami, papa, kerana lambat membawa ke sini,” ujar Hakim.
“Papa maafkan. Terima kasih kerana membawa mereka ke sini semasa
papa masih hidup ni,” pelukan dilepaskan.
Mereka bertiga tersenyum ketika Dato’ Khalid menepuk kasar lengan
Shukri dan Hakim.
No comments:
Post a Comment