NOVEL : APARTMENT
BAB 9
5 bulan sudah berlalu sejak ketiga-tiga pasangan itu tinggal
serumah. Sikap Hakim, Rahimi dan Khairul mula berubah. Mereka mula banyak
termenung menyebabkan isteri mereka berasa runsing.
Usikan manja isteri pula
hanya dibalas dengan senyuman sahaja. Maka, bermulalah mesyuarat di antara
isteri-isteri semasa ketiadaan suami di rumah itu.
“Saya berasa aneh dengan perangai Abang Hakim baru-baru ni,” Sofea
memulakan perbincangan mereka.
“Mereka banyak mendiamkan diri daripada biasa. Selalunya, ada saja
mereka mengusik tapi kini tidak lagi,” sokong Airina.
“Adakah disebabkan mereka tidak dapat memberi nafkah batin pada
kita?” terkedu Sofea dan Airina mendengar kata-kata Izwani.
“Takkanlah dia nak bagi kat pangsapuri ni. Malulah nanti dengan
suami orang,” muka Airina sudah berona merah.
Begitu juga dengan muka Sofea dan Izwani.
“Jadi, apa yang perlu kita lakukan sekarang? Esok sudah hari
Sabtu,” tanya Airina meminta cadangan.
“Mungkin kita perlu berbincang dengan mereka secara muka ke muka?”
cadang Sofea.
“Ataupun kita goda mereka dengan baju tidur yang kita beli tempoh
hari tu. Mesti tergoda punya,” selamba Izwani.
“Malulah nak pakai baju tu. Sudahlah jarang, pendek pula tu,”
Sofea menekup mukanya kerana malu.
“Jadi, apa yang perlu kita lakukan?” soal Izwani.
Mereka bertiga mendiamkan diri sambil berfikir.
“Saya pernah baca buku yang bertajuk ‘Wasiat Suami Isteri’ yang
ditulis oleh Ustaz Zainuddin Karman. Katanya sebagai seorang isteri, kita kena
memenuhi semua permintaan suami asalkan ianya tidak bercanggah dengan agama.
Mungkin betul apa yang dikatakan Wani, mereka ingin memberi nafkah batin kepada
kita?” kata Airina.
“Tapi, abang Hakim tak pernah minta pun,” pelik Sofea.
“Mungkin mereka segan juga dengan kewujudan pasangan lain,” ujar
Izwani pula.
“Jadi, macam mana ni?” Airina semakin runsing.
“Ting!”
Telefon Sofea, Airina dan Izwani serentak berbunyi menandakan
mesej masuk. Lalu dicapai telefon masing-masing sebelum membuka mesej tersebut. Terbeliak mata mereka membaca
mesej tersebut.
Sayang, kemas baju
untuk 1 malam. Esok kita pergi jalan-jalan dan tidur di luar
– Abang Sayang
(Hakim)
Sayang, esok kita
pergi Pantai Morib dan tidur sana. Sediakan baju sekali
– Abang Kesayangan
(Rahimi)
Sayang, esok malam
kita tidur di hotel. Abang nak bawa sayang ke tempat menarik
– My Hubby (Khairul)
Sofea, Airina dan Izwani serentak memandang antara satu sama lain.
Terlopong mulut mereka.
“Na..Nampaknya, memang betul mereka nak beri nafkah batin ni,”
kata Izwani.
Masing-masing menelan air liur mereka sebelum masuk ke dalam bilik
mereka untuk mengemas dan memasukkan baju sendiri dan suami ke dalam beg.
Barang-barang keperluan lain turut dimasukkan ke dalam beg tersebut. Baju tidur
yang dibeli mereka tempoh hari tidak lupa untuk dibawa sekali.
Keesokkan harinya, Hakim dan Sofea bertolak awal sebelum yang
lain. Seusai solat Subuh, Hakim dan Sofea terus bertolak. Apabila jam
menunjukkan pukul 7 pagi, Rahimi dan Airina pula yang bergerak dan akhir
sekali, Khairul dan Izwani bertolak pada pukul 7.30 pagi. Hakim dan Khairul
menaiki kenderaan sendiri manakala Rahimi menyewa sebuah kereta.
“Kita nak pergi mana ni, abang?” soal Sofea sewaktu mereka sedang
bersarapan di sebuah gerai.
“Abang nak bawa sayang ke Taman Botani. Kat situ ada banyak bunga.
Sayang kan suka bunga,” bersinar muka Sofea apabila mendengar kata-kata
suaminya itu.
“Betul ke, abang? Wah, bestnya!” gembira Sofea.
“Jangan makan gelojoh sangat. Tak larinya Taman Botani tu,” Hakim
mengesat kesan comot pada bibir Sofea kerana gadis itu sudah tidak sabar untuk
ke tempat ditujunya.
“Hehe,” tersengih Sofea.
Di Taman Botani, Hakim hanya melayan sahaja kerenah Sofea yang
sangat teruja dapat menjejakkan kakinya ke tempat kegemarannya itu. Hakim
memegang erat tangan Sofea supaya mereka tidak terpisah memandangkan terdapat
juga pengunjung lain yang datang.
***************
Tepat pukul 10 pagi, Rahimi dan Airina tiba di Pantai Morib kerana
mereka bersarapan terlebih dahulu. Tidak sempat Rahimi berhentikan kereta,
Airina sudah menanggalkan tali pinggangnya.
“Abang, boleh ke kalau ayang main air? Ayang main bahagian kaki
je, ye?” pinta Airina.
Tersenyum Rahimi melihat telatah comel isterinya itu.
“Boleh, sayang. Tapi, jangan jauh dengan abang tau. Janji?”
“Ayang takkan lepaskan tangan abang. Jomlah, abang. Laut dah
panggil kita tu,” semangat Airina.
“Pandailah ayang,” geli hati Rahimi.
Dengan tangan kiri yang erat digenggam oleh Airina, mereka
berjalan di tepi laut. Kaki yang mengenai air hanya pada paras buku lali
sahaja.
“Subhanallah. Sedapnya angin laut,” Airina memejamkan matanya sambil
menikmati angin di pantai itu.
Gembira Rahimi melihat wajah gembira isterinya itu.
***************
“Abang, tempat apa yang menarik tu?” tanya Izwani, sudah tidak
sabar mengetahui lokasi menarik yang dimaksudkan itu.
“Mana boleh beritahu sekarang, sayang. Nanti tak surprise,” balas
Khairul.
“Alaa..nak tahu juga,” Izwani sudah mula menghayunkan tangan
Khairul.
Ketika itu, mereka baru selesai sarapan dan sedang menuju ke
tempat letak motorsikal.
“Sayang, bawa bertenang ye. Kalau abang beritahu sekarang, mesti
ayang akan senyum saja nanti. Abang tak nak orang lain tengok senyuman isteri
abang ni,” pujuk Khairul sambil mencubit kedua-dua pipi Izwani dengan lembut.
“Yelah,” monyok muka Izwani.
Khairul memakaikan helmet untuk isterinya.
Akhirnya, mereka tiba di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia
(FRIM) di Kepong. Terlopong mulut Izwani.
“Masuk pula lalat nanti, ayang,” tersenyum Khairul melihat Izwani
yang sudah kaku itu.
Helmet pada kepala Izwani ditanggalkan Khairul sebelum dia
membetulkan tudung isterinya itu.
“Abang, betul ke kita boleh main kat sini?” teruja Izwani.
“Mestilah, sayang. Mari kita sewa basikal dulu. Lepas tu, kita
meronda kawasan ini ye,” Khairul menarik tangan Izwani yang sudah teruja itu.
***************
Hari semakin gelap. Ketika itu, ketiga-tiga pasangan itu berada di
dalam hotel yang ditempah seminggu awal oleh suami masing-masing.
“Kenapa abang susah-susah nak tinggal dalam hotel ni? Bukan ke
lebih jimat kalau kita terus balik rumah?” sang isteri sudah memulakan soalan tersirat
mereka.
“Sebab abang nak ada privasi dengan isteri abang,” jawapan sang
suami amat mengerunkan sang isteri.
Seusai solat Isyak, mereka membaringkan tubuh mereka di atas katil
yang bersaiz queen itu. Hakim, Rahimi
dan Khairul menarik tubuh isteri masing-masing ke dalam dakapan mereka. Sofea,
Airina dan Izwani sudah mula gugup.
“Sayang, sebenarnya, abang ada sesuatu nak beritahu sayang,” sang
suami memulakan perbicaraannya.
“Kenapa macam serius je, abang?” soal Sofea.
“Abang tahu mesti sayang perasan dengan perubahan sikap abang,
kan?”
Sofea membalas dengan anggukan.
“Sayang tahu kan yang kita dipaksa kahwin oleh keluarga sendiri
hanya semata-mata untuk melariskan perniagaan mereka. Baru-baru ni, abang dapat
tahu yang perniagaan mereka ada masalah. Kemungkinan besar, mereka akan
bankrupt,” terkejut Sofea mendengar kata-kata suaminya itu.
“Jadi, kalau kita sebagai anak, sayang akan bantu mereka ke?”
tanya Hakim.
Sofea mula mendiamkan dirinya.
Dia tahu bahawa dia hanyalah
menumpang kasih di rumah mak saudaranya itu. Namun, tanpa mereka, perkahwinan
di antara dia dan Hakim tidak akan berlaku.
“Abang boleh bantu mereka ke?”
Sofea mula bersuara selepas lama mendiamkan diri.
Hakim tersenyum mendengar pertanyaan isterinya itu.
“Sayang nak abang bantu mereka ke?” Sofea membalas dengan
anggukan.
“Walaupun mereka tidak pernah memberi kasih sayang pada sayang?”
soal Hakim lagi.
“Tapi, mereka memberi tempat tinggal dan keperluan asas kepada
ayang. Disebabkan mereka juga, abang dan ayang bertemu,”
Sofea memandang Hakim dengan senyuman terukir di bibirnya.
“Baiklah, abang akan bantu mereka. Sayang tak menyesal ni?”
Hakim mengeratkan pelukannya.
“Tak. Sebab sayang sudah ada abang di sisi. Sayang tak perlukan
apa-apa lagi,” lebar senyuman Sofea.
“Ye ke? Habis tu? Kenapa pakaian Sofea seperti ingin mengoda abang
je?” hilang senyuman Sofea apabila mendapati dia sedang memakai baju tidur yang
agak jarang dan labuhnya hanya paras pahanya sahaja.
Sofea terus melepaskan pelukan Hakim sebelum menyorok ke dalam comforter.
Geli hati Hakim melihat
reaksi isterinya itu.
“Sayang nak sembunyi mana tu!” Hakim turut masuk ke dalam comforter tersebut.
No comments:
Post a Comment