NOVEL : APARTMENT
BAB 2
“Bismillahhirrahmanirrahim,”
Sebelum memandu, mereka membaca doa menaiki
kenderaan dan membaca ayat Kursi. Tidak sampai 10 minit, mereka tiba di Giant.
“Kalau beli ayam seekor cukup tak?” soal
Airina pada Sofea dan Izwani.
Ketika itu, Sofea sedang menolak troli.
“Saya rasa cukup. Beli sekali ikan
kembung. Saya nak masak ikan kukus untuk suami saya. Dia gemar dengan ikan
kukus,” kata Sofea.
“Suami saya pula suka sayur hijau. Saya
pergi bahagian sayur sekejap ye. Ada apa-apa di bahagian sana yang Sofea dan
Rin nak?” tanya Izwani.
“Ambil santan sekali. Saya ingat nak masak
kari malam ni. Ke korang tak setuju?” balas Airina.
“Saya setuju je,” jawab Sofea.
“Saya pun ok je. Saya pergi sana dulu ye,”
lalu Izwani ke tempat sayur-sayuran.
Airina pula sedang menunggu ayam dipotong
kecil oleh pekerja Giant itu.
“Oh ya. Rasanya dia suka makan buah epal.
Setiap pagi saya nampak dia makan epal merah. Baik saya beli,” fikir Sofea lalu
meletakkan troli di bahagian buah-buahan sebelum mengambil sebungkus epal
merah.
“Saya harap dia suka,” kata Sofea
bersendirian sambil tersenyum.
“Hah! Apa senyum sorang-sorang ni.
Teringatkan suami di rumah ke?” usik Airina yang tiba di troli sambil memegang
seekor ayam yang siap dipotong kecil yang berada di dalam bungkusan plastik.
“Ish Rin ni. Nasib baik saya tak sakit
jantung. Suka yer menyergah orang macam ni,” geram Sofea.
“Hahaha. Saya gurau je. Saja nak tengok
reaksi awak,” seronok Airina mengenakan Sofea.
Tidak lama kemudian, mereka beratur di
kaunter pembayaran selepas selesai membeli semua keperluan dapur.
Tiba di rumah, mereka meletakkan
barang-barang di meja dapur.
“Sebelum kita masak, lebih baik kita
beritahu suami kita yang kita dah balik. Nanti ada juga yang risau,” kata Izwani.
Sebenarnya, dia maksudkan dengan suaminya.
“Bagus juga tu,” sokong Sofea dan Airina
sebelum mereka bertiga masuk ke bilik masing-masing.
“Assalamualaikum,” mereka memberi salam
sebelum masuk ke dalam bilik.
“Eh? Sudah tidur ke si suami ni?” soal
Sofea lalu meletakkan kunci kereta pada meja lampu tidur.
Terkejut dia apabila tangannya dicengkam
oleh suaminya.
“Awak ni, terkejut saya. Nasib baik saya
tak sakit jantung tadi,” lemah lutut Sofea apabila tiba-tiba tangannya ditarik
oleh suaminya menyebabkannya terduduk di atas katil, bersebelahan dengan Hakim.
Tangan Hakim melingkari pinggang Sofea.
Sofea menjadi kaku di situ.
“Err..awak..saya nak masak ni. Lepaskan
saya, boleh?” Sofea cuba melembutkan suaranya namun pelukan Hakim mula erat.
Sofea mula berfikir cara untuk melepaskan
dirinya. Tiba-tiba dia teringat taktik yang diajar oleh Izwani.
Sofea mendekatkan bibirnya pada telinga
Hakim.
“Abang, abang mandi dulu ye. Selepas siap
masak, kita makan sama-sama ye,” meremang bulu roma Hakim apabila terdengar
bisikan Sofea.
Matanya mula terbuka dengan besar dan
pelukannya dilonggarkan. Sofea terus melepaskan dirinya.
Seronok Sofea apabila berjaya taktik yang
diajarnya tadi.
“Nanti saya panggil awak bila makanan
sudah siap. Jangan lupa ambil wuduk sekali. Tak lama lagi Maghrib nak masuk,”
senyum Sofea sebelum keluar dari bilik itu meninggalkan Hakim yang
terpinga-pinga.
“Comellah bila telinganya merah tadi,”
geli hati Sofea mengingatkan reaksi suami tadi.
***************
“Awak, Maghrib nak masuk ni. Bangunlah,”
Airina mengejutkan suaminya.
Tiba-tiba tangannya mula memegang kesan
jerutan pada leher Rahimi. Air matanya mula bertakung.
“Awak masih tidak boleh terima saya ke?”
Airina terus menoleh ke arah lain apabila matanya tadi bertembung dengan mata suaminya.
“Ma..mana ada. Sudah tercatit yang awaklah
jodoh saya. Saya menerima awak dengan hati yang terbuka tau. Baiklah. Saya nak
masak dulu. Selepas sembahyang Maghrib nanti, kita makan sama-sama ye,”
Langkah Airina dipercepatkan sebelum
keluar dari biliknya. Sungguh dia sedih melihat kesan jerutan tersebut. Kesan
jerutan tersebut tidak sepatutnya wujud namun sudah ditakdirkan oleh Allah.
Oleh itu, dia seharusnya bersyukur kerana
diberi peluang untuk hidup bersama dengan suaminya yang sudah mula mencuri
hatinya.
***************
“Awak
masih belum boleh solat lagi ke?” tanya Khairul pada isterinya.
“Belum lagi. InsyaAllah esok atau lusa,
boleh dah solat semula. Awak pergi mandi dulu ye. Saya nak masak dengan Sofea
dan Airina jap,” ujar Izwani.
“Awak pasti ke nak tinggal di sini? Macam
mana dengan ibu bapa awak di kampung?” soalan Khairul menyebabkan Izwani yang
hendak memulas tombol pintu terhenti.
“Saya harap mereka dapat maafkan perbuatan
saya ini. Cuma, belum tiba masanya untuk saya bersemuka dengan mereka
memandangkan saya ni anak derhaka mereka,” perlahan suara Izwani namun masih
dapat didengari oleh Khairul.
“Saya harap awak akan sentiasa bersama
saya supaya saya sentiasa kuat untuk menghadapi masa depan saya,” Izwani
menoleh sekilas ke arah suaminya sambil tersenyum sebelum keluar dari bilik
itu.
***************
“Huh,” Sofea, Izwani dan Airina serentak
mengeluh.
“Eh?” ketiga-tiga mereka yang masih berada
di depan pintu bilik masing-masing mula berpandangan antara satu sama lain
sebelum mengukir senyuman buatan mereka.
“Jomlah kita masak sekarang,” ajak Sofea.
Mereka pun mula memasak di dapur.
“Baik. Nasi sudah masak,” kata Izwani
sambil menyenduk nasi masuk ke dalam mangkuk nasi.
Apabila meletakkan mangkuk nasi di meja
makan, Izwani ternampak suaminya baru keluar dari bilik dengan lengkap berbaju
Melayu dan berseluar hitam.
Izwani mendekatkan dirinya dengan Khairul.
“Awak nak pergi surau ke?” soal Izwani.
“Ye. Saya ada nampak surau tadi,” jawab
Khairul.
“Encik Khairul nak pergi surau? Sebentar,
saya tanya Abang Rahim jika dia nak pergi sekali,” ujar Airina sebelum
melangkah masuk ke dalam biliknya.
“Sofea? Suami awak tak nak ikut sekali ke pergi
surau?” tanya Izwani pada Sofea yang sedang memasak sayur.
“Suami saya tidak suka menjadi tumpuan
orang disebabkan dengan parutnya. Tak apa. Saya boleh jadi makmumnya nanti,”
balas Sofea.
“Baiklah kalau begitu,” faham Izwani.
Kelihatan Airina dan Rahimi keluar dari
bilik mereka.
“Saya ikut sekali pergi surau. Nak naik
apa?” Rahimi memulakan perbicaraan mereka.
“Naik motor saya sajalah. Jom. Nak masuk
waktu ni. Jangan lupa kunci pintu,” sempat Khairul berpesan sebelum mereka
berdua keluar.
“Korang, saya pun nak bersiap untuk solat
dulu. Lagipun, sayur sudah siap masak ni,” kata Sofea sebelum meletakkan
mangkuk sayur yang sudah dikautkan dari kuali ke atas meja makan.
“Baiklah,” serentak Airina dan Izwani.
Selepas kelibat Sofea hilang, Airina
mengelap pinggan dan cawan manakala Izwani menutup api dapur untuk kari ayamnya.
“Alhamdulillah. Selesai juga. Air pun
sudah siap buat,” lega Izwani.
Dengan berimankan suaminya, Sofea dan
Hakim selesai solat Maghrib bersama.
“Awak, saya harap awak dapat bergaul dengan
suami Airina dan suami Izwani. Mereka peramah juga. Mungkin awak dapat berkawan
dengan mereka,” sempat Sofea meluahkan isi hati Airina dan Izwani supaya suami
mereka dapat menjadi rapat seperti mereka bertiga juga.
Selesai melipat telekung, Sofea memandang
ke arah suaminya yang hanya mendiamkan diri.
“Mari kita makan malam bersama. Kami ada
masak kari ayam, sayur masak air dan sambal belacan. Kita makan sama-sama ye?”
ajak Sofea dengan nada yang lembut.
Tangannya sudah memegang tangan kanan
suaminya. Tersenyum Sofea apabila Hakim menganggukkan kepalanya.
No comments:
Post a Comment