Sunday, November 18, 2018

NOVEL : APARTMENT (BAB 10)

NOVEL : APARTMENT


BAB 10


“Sayang, sebenarnya, kisah hidup sayang, abang sudah tahu semuanya,” terkejut Airina apabila Rahimi berkata begitu.

“Maksud abang?”

“Bagaimana kisah cinta ibu dan ayah ayang dilarang oleh nenek dan atuk ayang. Malah, mereka juga yang menyebabkan mereka kemalangan. Semuanya abang tahu,”

“Macam mana abang tahu?” soal Airina.

“Abang tahu dari penyiasat abang. Abang ada upah penyiasat supaya kita takkan diganggu. Lagipun, adik lelaki ayang pun tahu juga,” tersentak Airina.

“Aiman tahu? Tapi, macam mana? Abang ceritakan pada dia ke?”

“Bukan abang. Dia kata dia terbaca diari ibunya yang berada di bilik ayang. Abang ada berjumpa dengan dia bulan lepas. Dia suruh abang jaga ayang baik-baik sementara dia masih di pusat pemulihan. Abang tanya dia sama ada dia nak berjumpa dengan ayang ke, tapi dia menggelengkan kepalanya. Dia kata, biarlah kakak bahagia di samping orang yang dapat membahagiakannya,” air mata Airina mula mengalir.

Rahimi mengusap bahu Airina.

“Lagi satu, kalau ayang nak tahu, atuk ayang telah meninggal dunia minggu lepas akibat serangan jantung. Nenek ayang pula dimasukkan ke dalam hospital kerana terlampau terkejut. Selepas kematiannya anaknya, kini suaminya pula yang meninggalkannya,” Airina mula mendiamkan dirinya.

“Nenek kat hospital mana?” soal Airina.

“Nenek di Hospital Kuala Lumpur. Ayang nak melawat dia ke?” balas Rahimi.

“Abang boleh temankan ayang pergi lawat nenek ke?”

“Abang boleh tunaikannya. Tapi, abang ada satu permintaan juga ni,”

Rahimi dan Airina saling berpandangan.

“Apa dia, abang?”

Pelik Airina melihat senyuman suaminya itu. Seperti senyuman gatal. Airina tersentak apabila tali baju tidurnya dilurutkan ke bawah oleh Rahimi.

“Ayang pakai macam ni, nafas abang sudah tak teratur tau,”

Rahimi berbisik ke telinga Airina. Air liur Airina terasa sukar untuk ditelannya.

“Airina sudah bersedia ke?” soal Rahimi melihat wajah isterinya yang sudah pucat itu.

Perlahan-lahan, Airina menganggukkan kepalanya.


***************


“Ayang, mak dan ayah abang nak jumpa dengan ayang,” terlopong mulut Izwani apabila Khairul berkata begitu.

“Kenapa mereka nak berjumpa dengan ayang?” soal Izwani.

“Abang sudah beritahu mereka yang abang sudah berkahwin dengan ayang. Jadi, mereka kata mereka nak jumpa dengan menantu sulung mereka,” jujur Khairul sambil membelai rambut Izwani.

“Mereka marahkan ayang ke sebab melibatkan abang dalam perkara ni?” gusar Izwani.

“Tak adalah. Mereka lagi suka tau bila dapat tahu bahawa ayang ialah menantu mereka,”

Izwani mula mendiamkan dirinya. Benar ke mereka akan menyukai menantunya ini?

“Tapi, kalau kita berjumpa dengan mereka, bermakna ayang akan pulang ke kampung halaman ayang di mana ibu bapa ayang tinggal di situ,”

“Ayang masih belum bersedia lagi untuk berjumpa dengan mereka, abang. Mesti mereka benci dengan anaknya ni,” air mata Izwani mula mengalir.

“Ibu bapa mana yang akan benci anak dia sendiri, sayang? Walaupun mereka benci sekalipun, masih terbit juga rasa sayang mereka pada anak sendiri. Abang pasti ayah mertua abang tu juga merindui anaknya sorang ni,” ujar Khairul sambil mencuit hidung Izwani yang sudah merah itu.

“Abang bagi ayang masa untuk bersedia dari segi fizikal dan mental, ye?” pinta Izwani.

Anything for you, sayang,” dahi Izwani dikucup oleh Khairul.

Terasa bahagia saat itu. Selepas melepaskan kucupan, tidak semena-mena, tubuh Izwani ditindih oleh Khairul. Terjerit kecil Izwani.

“Maaf, sayang. Sayang ni sudah mengugatkan nafsu abanglah dengan berpakaian macam ni,”

Khairul berbisik pada telinga Izwani sebelum digigitnya telinga itu. Izwani memahami kehendak suaminya itu dan dia hanya merelakan sahaja.


***************


Keesokkan harinya, mereka check-out di kaunter hotel selepas selesai Solat Subuh dan membersihkan diri. Sedang Hakim berurusan di kaunter, mata Sofea tertumpu pada perut seorang wanita yang sudah membonyot itu.

“Macam mana ye perasaan mengandung ni,” fikir Sofea sambil mengusap perutnya.

Terbeliak matanya apabila melihat wajah wanita itu. Wanita itu tersenyum sebelum mendekati Sofea bersama-sama dengan seorang jejaka di sebelahnya.

“Assalamualaikum, Sofea. Sofea sihat?”

“Waalaikummussalam, kak…Sarah,” teragak-agak Sofea menyambut tangan Sarah.

“Mesti Sofea terkejut, kan? Perkenalkan. Ini suami kakak, abang Shukri, merangkap abang ipar Sofea. Kami berkahwin 4 bulan lepas,” kata Sarah.

“Alhamdulillah. Kandungan kakak sudah berapa bulan ni?” soal Sofea sambil mengusap perut Sarah.

Besarnya perut Kak Sarah sedangkan baru bernikah 4 bulan lepas. Anak kembar, kah?

“Sudah 6 bulan,” terlopong mulut Sofea mendengar jawapan Sarah.

Sarah mengukir senyuman melihat reaksi Sofea.

“Betul sangkaan Sofea. Kami terlanjur. Tak sangka hasilnya, anak ini. Tapi, kami tidak tergamak untuk membunuh insan ini. Sofea, kakak nak minta maaf atas segala yang keluarga kakak lakukan pada Sofea. Kami berasa sangat bersalah melayan Sofea sebegitu. Maafkan kami, Sofea,” tangan Sofea digengam erat oleh Sarah.

Sofea tidak menyedari kehadiran suaminya yang sudah memeluk erat bahunya.

“Sofea sentiasa maafkan Kak Sarah, papa dan mama. Oh ya. Apa khabar papa dan mama? Mereka sihat ke?” air mata Sofea dibiarkan mengalir.

Wajah Sarah kelihatan muram.

“Papa dan mama tidak seperti dulu. Selepas perniagaan mereka semakin merosot, papa dan mama mula tidak terurus. Lagi-lagi apabila mengetahui yang anak kandungnya ini sedang mengandung anak luar nikah. Mereka sangat malu dengan sikap Kak Sarah jadi, mereka telah menghalau kakak dari rumah. 

Alhamdulillah abang Shukri bertanggungjawab atas perbuatannya dan kami berkahwin. Cuma, papa enggan menjadi wali kakak ketika itu,” sebak Sarah.

Bahu Sarah diusap oleh suaminya manakala Sofea mengusap tangan Sarah.

“Kakak tak teringin ke nak jenguk mereka? Mesti mereka rindukan kakak,” pujuk Sofea.

“Kakak tak berani, Sofea. Kakak takut mereka akan lebih terluka apabila melihat perut kakak ni yang semakin membesar,”

Sofea menggelengkan kepalanya.

“Mustahil, kak. Inikan cucu pertama mereka. Mesti mereka sudah maafkan kakak. Sebelum kakak bersalin, lebih baik kakak meminta restu mereka supaya kakak dipermudahkan untuk bersalin,”

“Kalau Sofea ikut kakak berjumpa dengan mereka, boleh? Ke Sofea masih belum memaafkan mereka?” pinta Sarah.

Sofea mula mendiamkan dirinya. Wajah Hakim direnungnya. Hakim menganggukkan kepalanya dengan senyuman terukir di bibir.

“Sudah lama Sofea maafkan, kak. Baiklah. Jika kakak sudah bersedia nak jumpa mereka, kakak beritahu Sofea ye. Ini nombor telefon Sofea,” Sofea menghulurkan sekeping kertas kepada Sarah.

Huluran Sofea disambut Sarah.

Sebelum berpisah, Sofea dan Sarah saling berpelukan manakala Shukri dan Hakim saling bersalaman.


Sesekali, Hakim menoleh sekilas ke arah isterinya yang mendiamkan diri sejak masuk ke dalam kereta. Pipi Sofea diusap menyebabkan Sofea mengalihkan pandangan ke arah Hakim.

“Termenung mana tu, sayang? Sudah sampai ke Paris ke?” kata Hakim.

Geli hati Sofea mendengar usikan Hakim.

“Ada-ada saja abang ni. Ayang risaukan tentang Kak Sarah, papa dan mama, bang. Satu per satu ujian ditimpa pada mereka. Bagaimana agaknya nasib mereka selepas ini?” luah Sofea.

Hakim menggenggam tangan isterinya sebelum dikucupnya sekilas.

“Allah itu Maha Adil, sayang. Allah akan memberi ujian kepada hambaNya dengan ujian yang mampu mereka lalui. Ujian itu diberikan kepada mereka supaya mereka ingat dengan Tuhan mereka. Allah suruh mereka yang leka itu untuk kembali kepadaNya. InsyaAllah mereka dapat menghadapi ujian itu, sayang. Kita hanya mampu berdoa sahaja,” tangan Sofea dikucupnya lagi.

Sofea tersenyum.


“Terima kasih, abang,” Sofea mengucup pula tangan Hakim.




<BAB 9          BAB 11>

No comments:

Post a Comment