Sunday, November 18, 2018

NOVEL : APARTMENT (BAB 13)

NOVEL : APARTMENT


BAB 13

“Tahniah puan dan encik. Puan disahkan mengandung 3 minggu,”

“Sayang!” Khairul mengucup pipi Izwani bertalu-talu.

“Abang, malulah doktor tengok,” segan Izwani lalu Khairul berhenti mengucup namun pelukan bahu Izwani masih erat.

“Kandungan puan masih belum kuat lagi. Jadi, saya nasihatkan puan jangan membuat kerja-kerja berat. Kalau boleh, elakkan daripada perkara-perkara yang boleh menyebabkan puan tertekan. 

Saya akan memberi ubat kepada puan untuk menguatkan janin puan. Checkup seterusnya, saya akan beritahu melalui telefon,” pesan doktor yang bertag nama ‘Hidayah’ itu.

“Terima kasih, doktor Hidayah,” ucap Izwani.

Khairul mengambil ubat di farmasi sebelum berjalan ke arah isterinya yang sedang duduk di kerusi menunggu.

“Mari sayang, kita sampaikan berita gembira pada mereka,” ajak Khairul.

Khairul memaut pinggang Izwani sebelum mereka berjalan ke bilik Encik Said.

“Assalamualaikum,” pintu bilik dibuka.

Kelihatan enam pasang mata sudah memandang pasangan itu. Selepas menghembus nafasnya, barulah Khairul memulakan bicaranya.

“3 minggu!” kata Khairul separuh jerit.

Senyuman lebar terukir pada wajahnya.

“Alhamdulillah!” gembira mereka mendengar berita itu.

“Tahniah Wani dan Khairul,” Puan Amirah dan Datin Hafizah memeluk erat tubuh gadis itu.

“Yeah! Kita akan jadi pakcik!” Khairi dan Khalish saling berlaga penumbuk mereka.

“Tahniah besan,” Dato’ Kassim yang berada di sisi Encik Said memeluk tubuh lelaki itu.

“Tahniah, along,” Khairi dan Khalish berlaga penumbuk dengan abang sulungnya itu.

“Terima kasih, dik. Nanti giliran korang pula,” sinis senyuman Khairul pada adik-adiknya.

“Khairul, bawa isteri kamu berehat. Jangan bagi dia penat-penat,” arah Encik Said.

“Ayah macam mana nanti?” risau Izwani.

“Jangan risaukan ayah. Risaukan kandungan kamu tu. Kassim, bawa menantu dan anak kamu balik rumah kamu dulu. Jangan lupa bagi budak tu makan. Dia tak memilih sangat dalam pemakanan,” pesan Encik Said.

“Baiklah kalau begitu. Selepas kamu keluar hospital, tinggallah dengan kami sementara kamu sihat sepenuhnya. Lagipun, parah juga kalau anak kamu tu cari kamu,” usik Dato’ Kassim yang sedia maklum perangai menantunya yang manja dengan kedua-dua orang tuanya.

“Yelah,” ringkas jawapan Encik Said.

Selepas bersalaman, tinggallah Puan Amirah dan Encik Said berduaan di dalam bilik itu.

“Kenapa kamu tak balik?” soal Encik Said.

“Biarlah saya temankan awak. Lagipun, anak kita tu sudah ada suami. Pandailah dia menjaga anak kita tu,” balas Puan Amirah.

Sampai di rumah Dato’ Kassim, mereka solat berjemaah. Mata Izwani mula mengantuk. Tersenyum Khairul melihat isterinya yang sedang menahan matanya dari tertutup.

“Ummi, abi, kami masuk tidur dulu ye,” pinta Khairul.

Ketika itu, mereka berada di ruang tamu untuk mengetahui kisah Khairul dan Izwani dengan lebih lanjut.

“Awalnya masuk tidur, along. Baru pukul 9 malam,” pelik Khalish.

“Kakak ipar awak ni dah penat. Biarlah dia berehat dulu. Esok kita sambung ye,” balas Khairul.

“Perempuan mengandung memang kena banyak berehat. Mereka mudah berasa penat dan mengantuk. Eloklah Khairul bagi menantu ummi tu tidur sekarang,” sokong Datin Hafizah.

“Baiklah ummi. Assalamualaikum,” kata Khairul.

Selepas salam dibalas, Khairul dan Izwani masuk ke dalam bilik yang terletak di tingkat satu itu.Sampai sahaja bilik, Izwani terus merebahkan badannya di atas katil. Tidak sampai seminit, Izwani sudah terlena.

Tersenyum Khairul melihat telatah Izwani. Selepas menanggalkan baju dan hanya memakai singlet putih, Khairul menyelimut badan Izwani ke paras dada. 

Tubuh Izwani didakapnya erat.

“Selamat malam, sayang,” Khairul mencium ubun-ubun isterinya.

Tidak lama kemudian, Khairul turut terlena.


***************


“Sunyinya tanpa Wani, kan?” monyok muka Sofea.

“Rasanya, Wani takkan pulang ke sini lagi memandangkan semua barang mereka telah dipungut oleh abang Khairul semalam. Rindunya pada Wani,” sedih muka Airina.

“Muka abang Khairul ceria je selepas mendapat tahu isteri dia mengandung. Cemburu pula dengan Wani. Rezeki kita masih belum lagi,” Sofea mengusap perutnya yang kempis.

“Rezeki di tangan Allah, Sofea. Kita hanya mampu berusah dan berdoa,” Airina mengusap bahu Sofea.

“Tapi, Sofea turut tumpang gembira sebab Wani sudah rapat semula dengan keluarganya. Alhamdulillah ibu bapa Sofea pemaaf orangnya,” senyum Sofea apabila Wani memberitahu bahawa dia kini sedang duduk dengan ayah dan ibunya.

“Itulah. Rin pun tumpang gembira. Tidak sia-sia kita mendoakan dia supaya dia dan keluarganya kembali seperti sedia kala. Alhamdulillah Allah perkenankan doa kita,” lebar senyuman Airina.

“Rin, jomlah kita masak tengah hari. Sofea laparlah,” Sofea membuat muka manjanya.

“Ish Sofea ni. Asyik lapar saja dia ni. Kalau gemuk nanti, lari pula abang Hakim tu,” ejek Airina.

“Janganlah cakap macam tu, Rin. Sofea betul-betul lapar ni,” sedih muka Sofea.

“Baru pukul 10 pagi ni. Apa-apalah Sofea. Mari kita masak sekarang. Nanti ada juga memuncung panjang,” usik Airina sebelum ke dapur.

“Yeah! Terima kasih, Rin. Rin juga yang terbaik,” bersorak Sofea sebelum menonong ke dapur.

Airina hanya menggeleng. Pelik dengan perangai Sofea yang semakin menjadi-jadi itu. Kebiasaannya, Sofea bersikap matang. 

Sekarang, Sofea lebih banyak bermanja dan mudah terasa hati. Makan pula semakin berselera. Kesianlah suami kamu tu, Sofea.


***************


“Tuk! Tuk! Tuk!”

Pintu pejabat Hakim diketuk.

“Masuk!” ringkas jawapan Hakim.

Tetamu itu masuk ke dalam pejabat Hakim. Mata Hakim masih menatap fail di atas mejanya.

“Ada apa?” soal Hakim.

“Hakim,”

Tersentak Hakim mendengar suara itu. Pandangan terus dialih melihat susuk badan di hadapannya.

“Daddy? Mummy pun ada sekali?” terdiri Hakim.

“Hakim sihat?” tanya Datin Suraya.

“Alhamdulillah sihat, mummy. Jemput duduk, daddy, mummy,” pelawa Hakim.

Mereka bertiga duduk di atas sofa. Sempat Hakim mengarahkan pembantu peribadinya untuk menghidangkan kopi untuk tetamu.

“Daddy dan mummy sihat?” soal Hakim.

“Alhamdulillah kami sihat,” jawab Dato’ Hisyam.

“Kenapa daddy dan mummy datang sini?” tanya Hakim.

“Apa salahnya kami menjenguk anak kami sendiri. Kenapa? Hakim tak suka ke?” terasa Dato’ Hisyam dengan kata-kata anaknya itu.

“Mana ada. Cuma, bukankah daddy dan mummy sudah buang Hakim?” balas Hakim.

“Ya Allah, Hakim. Mana ada kami buang Hakim,” terkejut Datin Suraya.

“Habis tu? Kenapa daddy dan mummy melayan anak-anak yang lain penuh dengan kasih sayang sedangkan Hakim dibuang jauh?! Sebab muka Hakim? Sebab wajah Hakim ni sudah memalukan keluarga kita, kan?!”

Hakim mula meninggikan suaranya.

“Kalau Hakim benci kami, kenapa Hakim selamatkan syarikat daddy? Kenapa Hakim tidak membiarkan saja syarikat daddy bankrupt dan suruh daddy merayu minta bantuan pada Hakim?!” 

Dato’ Hisyam turut meninggikan suaranya.

Hakim menggelengkan kepalanya.

“Bukan Hakim yang menyelamatkan syarikat daddy. Tapi, menantu daddy dan mummy yang merayu supaya selamatkan syarikat daddy. Malah, Sofea juga yang meruntuhkan ego Hakim untuk memaafkan daddy dan mummy. Sekarang, Hakim langsung tidak membenci daddy dan mummy,”

Perbicaraan mereka terhenti apabila pintu pejabat Hakim diketuk. Pembantu peribadi Hakim masuk sambil menatang dulang yang berisi cawan. Cawan yang berisi kopi itu diletakkan di hadapan tetamu Hakim dan bosnya itu.

Tiba-tiba Hakim berasa mual apabila bau kopi itu menusuk hidungnya. Hidung dan mulut Hakim ditekup menggunakan tangannya.

“Awak buat air apa ni?” merungut Hakim pada PAnya.

“Air kopi lah, encik. Kenapa ni, encik?” pelik pembantu peribadinya.

“Saya tak sukalah bau ni. Buat air lain,” akur pembantu peribadinya itu.

Cawan tersebut diletakkan di atas dulang sebelum dibawa keluar dari bilik itu. 

Hakim mengambil botol mineral di atas meja lalu diteguknya.

“Sejak bila Hakim tidak suka air kopi ni? Selalunya, elok je Hakim minum air kopi,” pelik Datin Suraya.

“Entahlah, mummy. Bila bau je tadi, terasa mual kat tekak ni,” jawab Hakim.

Datin Suraya dan Dato’ Hisyam saling berpandangan sebelum mengukir senyuman.

“Mummy tahu sebab apa,” sinis senyuman Datin Suraya.

“Apa sebabnya, mummy?” pelik Hakim melihat wajah orang tuanya.

“Sofea mengandung, kan?”

Hampir tersembur air yang diminum Hakim itu. Terus dikesat mulutnya menggunakan lengan bajunya.

“Kalau Sofea mengandung, apa kena-mengena dengan Hakim pula?” makin pelik Hakim.

“Kalau Hakim nak tahu, bila mummy mengandung, daddy yang muntah-muntah tau. Daddy yang kena morning sickness. Teruk jugalah sampai demam seminggu,” kata Dato’ Hisyam.

“Baik Hakim bawa Sofea pergi checkup. Bila dah tahu, jangan lupa sampaikan berita gembira tu pada kami. Kami pun teringin nak cucu juga,” ujar Datin Suraya sambil tersenyum.

“Kami minta diri dulu, Hakim. Maaf sebab menganggu kerja Hakim,” Dato’ Hisyam sudah mula berdiri diikuti Datin Suraya dan Hakim.

Hakim mencium tangan Dato’ Hisyam sebelum memeluk erat tubuh lelaki itu. 

Dato’ Hisyam menepuk belakang Hakim. Dia sangat menyesal dengan caranya melayan Hakim dulu hinggakan waktu dia susah, anak lelakinya yang kurang kasih sayang ini juga yang menyelamatkannya.

“Terima kasih, Hakim. Maafkan daddy,” air mata Dato’ Hisyam gugur akhirnya.

Datin Suraya melihat suasana itu turut menangis. Sungguh dia berasa bersalah kerana menghiraukan anak sulungnya itu. Melihat ibunya yang sedang menangis, Hakim memeluk tubuh wanita itu.

“Maafkan Hakim, mummy. Janganlah menangis disebabkan anakmu ini. Hakim sekarang sudah bahagia bersama isteri tercinta. Terima kasih daddy dan mummy kerana mengahwinkan Hakim dengan Sofea,” ucap Hakim.



Hakim menghantar orang tuanya sehingga ke kereta mereka. Datin Suraya memandang Hakim melalui tingkap keretanya.

“Jangan lupa bawa Sofea datang rumah,” pesan Datin Suraya.

“InsyaAllah, mummy. Jaga diri mummy dan daddy baik-baik. Assalamualaikum,”

“Waalaikummussalam,” Hakim melambai ke arah mereka sehinggalah hilang kelibat kereta itu.

“Baik. Sekarang, ada misi lain,”


Hakim mengeluarkan telefon bimbitnya. Sebelum ke keretanya, sempat dia menyuruh pembantu peribadinya untuk mengosongkan jadualnya minggu depan.





<BAB 12          BAB 14>

No comments:

Post a Comment