NOVEL : APARTMENT
BAB 15
Dua bulan telah berlalu. Kini, Rahimi dan Airini sedang menetap di
kediaman keluarga ayah Rahimi. Rahimi yang merupakan pewaris Ahmad Lee yang
terkenal di serata dunia itu telah mula bekerja dengan ayahnya.
Rahimi mendapat
panggilan dari hospital di mana nenek Airina dirawat. Terkejut Rahimi mendengar
butir-butir yang dikatakan oleh pihak hospital.
Pada malam itu, Rahimi lebih banyak termenung.
“Abang, kenapa ni?” tegur Airina.
Airina duduk di samping suaminya yang sedang terbaring di atas
katil. Wajah Airina dipandang dengan penuh kasih sayang.
“Sayang, sebenarnya…,” teragak-agak Rahimi.
“Kenapa ni, abang? Cakap sajalah,” balas Airina.
Rahimi bangun sebelum mendakap tubuh isterinya.
“Sebenarnya, pihak Hospital Kuala Lumpur (HKL) ada telefon,”
Rahimi memulakan biacaranya.
“Kenapa dengan nenek, abang?!” cemas Airina.
“Mereka kata…yang nenek…nak berjumpa dengan cucu-cucunya,”
perlahan suara Rahimi.
“Mari jumpa nenek sekarang, abang,” risau Airina.
“Sayang, abang dah kata yang kita akan jumpa dengan nenek esok.
Aiman pun setuju. Jadi, esok kita pergi melawat nenek ye, sayang?” belakang
Airina diusap perlahan.
“Harap nenek tak ada apa-apa,” berdoa Airina.
“InsyaAllah nenek tak ada apa-apa. Kita tidur dulu ye, sayang.
Esok nak berjalan jauh ni,”Airina membalas dengan anggukan.
Rahimi mengangkat tubuh isterinya sebelum meletakkannya perlahan
di atas katil. Kemudian, tubuhnya dibaringkan bersebelahan dengan Airina. Tubuh
Airina didakapnya erat. Ubun-ubun Airina dikucup sebelum dia terlena dibuai
mimpi.
***************
“Adik!” Airina terus memeluk tubuh Aiman apabila ternampak kelibat
Aiman di hadapan wad neneknya.
“Kakak sihat?” Aiman membalas pelukan Airina.
“Alhamdulillah sihat. Adik sihat ke? Makin kurus je akak tengok,”
pipi Aiman dipegang selepas pelukan dileraikan.
“Alhamdulillah adik sihat, kak. Kak, adik nak perkenalkan
seseorang pada kakak dan abang Rahim,” malu-malu Aiman sebelum menarik tangan
seorang gadis yang berada di belakangnya.
“Perkenalkan, ini Siti Salina, isteri adik. Dia juga merupakan
cikgu di pusat latihan adik,” merah muka Aiman.
“Apa khabar, kak?” Siti Salina bersalaman dengan Airina.
Airina memeluk sambil mencium kedua-dua pipi gadis itu.
“Terima kasih, Salina kerana menerima adik kakak ni,” tersenyum
Salina mendengar kata-kata Airina.
“Tahniah, Aiman. Bila kahwin ni? Tak beritahu pun,” lengan Aiman
ditampar lembut oleh Rahimi.
“Kami baru kahwin minggu lepas. Kami dah lama suka sama suka.
Sebab tu Aiman melamar dia. Tak sangka keluarga dia merestui kami,” merah muka
Aiman.
“Alhamdulillah,” lega Airina dan Rahimi.
“Jadi, boleh kita masuk sekarang, kak?” soal Aiman sebelum
memegang pemegang pintu wad.
Airina membalas dengan anggukan.
Nenek yang mendengar pintu biliknya dibuka terus memandang
gerangan yang melawatnya. Mukanya ceria melihat Airina dan Aiman.
“Cucu nenek!” Airina dan Aima dipeluk erat.
Mereka membalas pelukan itu. Kemudian, Rahimi dan Salina mencium
tangan nenek itu.
Mereka duduk mengelilingi nenek yang sedang bersandar di kepala
katil itu.
Nenek mula bercerita kisah sebenar.
“Atuk kamu mahu anak lelakinya kahwin dengan anak kawannya namun
anak lelakinya membantah kerana dia sudah jatuh cinta dengan seseorang. Kerana
masing-masing ego, anak lelakinya melarikan diri dari rumah malah dia juga
berkahwin dengan gadis pilihan hatinya itu.
Selepas mendapat tahu bahawa anak lelakinya
sedang bahagia, atuk nekad untuk memusnahkan kebahagiaan mereka. Nenek cuba
untuk menghalang namun gagal. Atuk menghantar perisik untuk menyiasat kediaman
anaknya itu. Tanpa disangka, anak lelakinya bertindak lebih awal.
Dia kata dia
sedang dalam perjalanan untuk berjumpa dengan atuk dan neneknya supaya jangan
mengganggu kehidupan keluarganya. Tapi…,” air mata nenek mula mengalir.
Airina dan Salina mengusap bahu nenek dengan lembut.
“Lama atuk dan nenek menunggu ketibaan anak lelaki kami, tapi mereka
masih tidak muncul. Apabila kami mendapat berita bahawa anak lelaki kami malah
menantu kami meninggal dunia kerana terjatuh dalam gaung, kami sangat sedih.
Atuk kamu hanya mengacah sahaja untuk memusnahkan kebahagiaan anaknya itu
kerana.. atuk sangat merindui anak lelakinya itu. Dia berharap dengan ugutannya
itu, anak lelakinya akan datang bertemu dengannya.
Namun, ajalnya telah tiba.
Nenek sangat marah dan menyalahkan sepenuhnya pada atuk kamu. Sehinggalah atuk
kamu diserang sakit jantung dan mati di dalam bilik kerjanya. Nenek sedih.
Nenek sudah kehilangan keluarga nenek satu per satu,” teresak-esak nenek.
“Sehinggalah…nenek tahu bahawa nenek masih mempunyai keluarga
lagi. Nenek tak sangka nenek masih ada cucu, bukan satu tapi dua..nenek
bersyukur sangat kerana nenek dapat berjumpa dengan anak kepada Kamal.
Nenek
nak tebus kesalahan nenek. Maafkan nenek, Airina, Aiman. Maafkan atuk kamu,
Airina, Aiman,” pinta nenek.
Airina dan Aiman memeluk tubuh wanita tua itu.
“Kami maafkan nenek dan atuk. Kami juga nak minta maaf kerana lama
tidak menjenguk atuk dan nenek malah kami sentiasa menyalahkan nenek dan atuk
kerana merampas ayah dan ibu kami. Maafkan kami, nenek,” sebak Airina.
“Maafkan kami, nenek,” sedih Aiman.
“Cucu nenek tak salah. Semuanya salah nenek. Jika nenek memujuk
atuk kamu supaya menerima ibu kamu, mesti semuanya takkan jadi macam ni,”
“Tak, nenek. Semua sudah ditakdirkan Allah. Malah, kami juga sudah
bahagia di samping keluarga baru kami,” celah Rahimi sambil memeluk bahu
isterinya.
“Nenek jangan risau. Kami akan menjaga nenek kerana kami juga ahli
keluarga nenek,” kata Salina sambil memegang erat tangan nenek.
“Terima kasih, cu,” terharu nenek.
“Oh ya, nenek. Nenek bakal menerima cicit tau,” senyum Rahimi
sambil mengusap perut isterinya.
“Betul ke? Alhamdulillah!” syukur nenek kerana ahli keluarga
semakin bertambah.
“Tahniah kakak dan abang Rahim. Tak lama lagi Aiman jadi pakcik!”
seronok Aiman.
“Kamu pun cepatlah beri kami anak buah,” usik Airina.
“InsyaAllah tak lama lagi,” selamba Aiman sambil merangkul
pinggang isterinya.
Merah muka Salina.
“Oh ya. Aiman nak beritahu sesuatu. Kakak ingat tak yang Aiman
berhutang satu juta tu?” soal Aiman.
“Ingat. Tiba-tiba ada hamba Allah ni langsaikan hutang adik, kan?”
balas Airina.
“Sebenarnya, hutang Aiman tu, dilangsaikan oleh atuk,” terkejut
semua dengan kata-kata Aiman.
“Macam mana Aiman tahu?” soal nenek.
“Hari tu, ada peguam datang jumpa dengan Aiman. Dia kata, dia
peguam atuk. Atuk wasiatkan semua hartanya kepada kakak dan Aiman. Peguam tu
juga kata yang hutang Aiman dilangsaikan oleh atuk,” jujur Aiman.
“Jadi, atuk tahu kewujudan kita?” terkejut Airina.
“Mungkin atuk kamu sudah upah penyiasat peribadi dia,” tersenyum
nenek membayangkan wajah suaminya.
“Mesti atuk berasa bersalah. Sebab itu, dia mewasiatkan semua
hartanya kepada cucu-cucunya untuk menebus kesalahannya,” kata Rahimi.
“Lepas ni, kita pergi kubur atuk, ayah dan ibu kamu ye?” pinta
nenek.
“Boleh je, nenek. Tapi, nenek boleh keluar hospital ke?” balas
Aiman.
“Nenek boleh keluar dah hari ni,” gembira semua dengan berita itu.
Selepas berjumpa dengan doktor yang merawat nenek, mereka pun
bertolak ke kubur.
“Hargailah masa yang ada ini,” kata doktor yang merawat nenek
selepas melihat kelibat kereta itu hilang dari pandangannya.
***************
Hakim keluar dari biliknya sambil mencari kelibat isteri
kesayangan. Dato’ Hisyam yang turut keluar dari bilik yang bersebelahan dengan
bilik Hakim pelik melihat Hakim yang seperti ibu kehilangan anak.
“Kamu dah kenapa ni, Hakim?” soal Dato’ Hisyam.
“Oh daddy. Tak..Hakim cuma sedang cari Sofea je. Bila bangun tidur
tadi, Sofea dah tak ada di sebelah,” jawab Hakim sambil menggosok belakang
lehernya.
“Risau sungguh Hakim dengan isteri ye. Baguslah. Gembira daddy
tengok Hakim bahagia. Ada je isteri kamu tu dengan mummy di bawah. Mereka
sedang masak sarapan. Jomlah kita turun,”
Hakim dan Dato’ Hisyam menuruni tangga menuju ke dapur.
“Turun pun. Baru saya ingat nak kejutkan abang,” kata Datin
Suraya.
“Selamat pagi, daddy, abang,” sapa Sofea dengan senyuman manis
pada bibirnya.
Bahagia Sofea apabila ibu mertua dan bapa mertuanya menerimanya
menjadi menantu. Pada mulanya, selepas mendengar hasrat Hakim untuk membawa
Sofea berjumpa dengan keluarganya, Sofea mula teragak-agak kerana risau dirinya
tidak diterima. Sangkaannya melencong apabila kehadirannya disambut mesra
dengan kedua-dua orang tua Hakim.
“Sofea, kesian suami awak ni. Pagi-pagi sudah risau melihat
isterinya hilang. Sayang betul dia pada kamu ye,” usikan Dato’ Hisyam
menyebabkan muka Sofea dan Hakim berona merah.
“Mana tak sayangnya. Selalu berkepit saja mereka berdua ni.
Sampaikan mummy pun susah nak bermesra dengan menantu kesayangan mummy ni,”
sambung Datin Suraya sambil memeluk bahu menantunya.
Suka Dato’ Hisyam dan Datin Suraya mengusik anak dan menantunya
itu.
No comments:
Post a Comment