Sunday, November 18, 2018

NOVEL : APARTMENT (BAB 12)

NOVEL : APARTMENT


BAB 12

Dengan gaji yang disimpan, kini Khairul sudah mampu memilik sebuah kereta. Motorsikalnya telah dijualnya.

Dalam perjalanan ke Johor, sesekali Khairul memandang isterinya yang sedang terlena itu. Masih terdapat bekas-bekas air mata pada pipi Izwani.

Sampai di bandar Muar, telefon bimbit Khairul berdering. Khairul memberhentikan kereta di tepi jalan sebelum menjawab panggilan dari ayahnya itu.

“Assalamualaikum, abi,”

“Waalaikummussalam, Khairul. Ayah mertua kau masuk hospital ni,”

“Masuk hospital?! Hospital mana, abi? Kami di bandar Muar ni,” cemas Khairul.

Izwani terjaga dari lenanya apabila terdengar suara suaminya. Matanya memandang wajah Khairul.

“Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF)? Baiklah. Kejap lagi kami sampai,” lalu telefon dimatikan sebelum Khairul meneruskan perjalanannya.

“Kenapa ni, abang? Siapa telefon?” soal Izwani.

“Abi telefon untuk beritahu yang ayah masuk hospital. Kita terus ke hospital ye, sayang,” jawab Khairul.

“Hospital? Ya Allah! Kenapa dengan ayah, abang? Ya Allah, selamatkanlah ayah,” air mata Izwani kembali mengalir.

Teringat mimpi ngerinya itu. Izwani berdoa agar mimpinya itu tidak menjadi kenyataan.


Sampai di HPSF, mereka terus ke wad yang menempatkan Encik Said. Kelihatan sepasang suami isteri berada di luar wad tersebut.

“Khairul! Wani!” panggil Dato’ Kassim.

“Sayang, ini abi dan ummi abang,” sempat Khairul memperkenalkan ibu dan ayah mertua Izwani.

Izwani bersalaman dengan Dato’ Kassim dan Datin Hafizah. Pipi Izwani dicium berkali-kali oleh Datin Hafizah.

“Alhamdulillah korang berdua selamat sampai. Akhirnya, dapat juga kami berjumpa dengan menantu,” tersenyum lebar Datin Hafizah.

“Emm..mana ayah dan mak, abi?” soal Khairul apabila melihat Izwani yang seperti hendak bertanyakan soalan itu.

“Mereka ada di dalam. Masuklah,” jawab Dato’ Kassim.

“Sayang masuk dulu, ye. Abang nak berbual-bual dengan abi dan ummi dulu,”

Izwani membalas dengan anggukan sebelum masuk ke dalam bilik yang menempatkan ayahnya. Pintu bilik itu dibaca sekilas. Nama ayahnya tertera pada pintu tersebut.

“Assalamualaikum,” Izwani memberi salam.

“Waalaikummussalam. Ya Allah! Anak mak!” tubuh Izwani terus didakap erat oleh Puan Amirah.

“Maafkan Wani, mak. Wani telah menjadi anak derhaka kepada mak dan ayah. Maafkan Wani, mak,” teresak-esak Wani.

Puan Amirah mengusap belakang anaknya itu. Air matanya turut mengalir.

“Bertuah punya anak. Sanggup dia pergi melarikan diri untuk menyelesaikan masalah. Lepas tu, bukan nak hubungi mak. Setiap hari mak doakan anak mak supaya dia selamat di sana,” dakapan dilepaskan.

Wajah Wani diusap lembut oleh Puan Amirah.

“Anak mak sihat ke? Mari mak tatap kejap wajah anak mak ni,” kata Puan Amirah.

Izwani menganggukkan kepalanya.

“Mak sihat? Bagaimana dengan keadaan ayah? Macam mana ayah boleh masuk hospital, mak?” soal Izwani.

Puan Amirah menarik tangan anaknya mendekati Encik Said. Izwani teragak-agak memegang tangan ayahnya.

“Ayah terkejut mendengar berita yang Wani sudah berkahwin sebab ditangkap basah,” jawab Puan Amirah.

Izwani mengucup tangan ayahnya yang masih belum menyedarkan dirinya.

“Maafkan Wani, ayah. Wani terpaksa larikan diri dari rumah. Maafkan Wani kerana telah menconteng arang pada muka ayah dan mak. Wani sayangkan ayah dan mak. Jangan tinggalkan Wani, ayah,”

Izwani menundukkan kepalanya kerana sedang menangis teresak-esak.

“Bila ayah sakit baru nak balik rumah? Sampai hati Wani tidak jenguk kami selama ni. Hampir 6 bulan kami menunggu berita dari Wani,” terkejut Izwani mendengar suara ayahnya lantas terus memandang ayahnya.

“Ayah!” Izwani terus memeluk tubuh Encik Said.

“Maafkan Wani, ayah. Wani sayangkan ayah dan mak. Wani rindukan ayah dan mak. Tapi, Wani takut ayah dan mak masih bencikan Wani,” teresak-esak Izwani menangis.

“Orang tua mana yang membenci anaknya sendiri, Wani? Walaupun Wani pernah melakukan kesilapan, kami masih sayangkan Wani tau,” Encik Said mengusap belakang anaknya.

“Dah-dah. Buruknya muka dia menangis,” pelukan dilepaskan.

Encik Said mengesat air mata Izwani. Izwani tersenyum mendengar usikan ayahnya yang dirinduinya itu.

“Mana suami kamu, Wani? Panggillah dia masuk,” arah Encik Said.

“Ayah jangan marahkan abang Khairul. Semuanya salah Wani,” risau Izwani mendengar arahan ayahnya.

“Panggil sajalah,” akhirnya Izwani akur dan melangkah ke pintu bilik.

Pintu bilik dibuka. Izwani memandang wajah ketiga-tiga insan di luar bilik itu.

“Ayah dah sedar. Abang, ayah nak jumpa dengan abang,” lembut suara Izwani.

“Alhamdulillah,” lega mereka mendengar berita gembira itu.

Khairul menelan air liurnya sebelum masuk ke dalam bilik itu diekori oleh abi dan umminya.



Lama Encik Said merenung wajah menantunya.

“Kalau nak marah pun, sambutlah salam menantu kau dulu, Said,” tegur Dato’ Kassim.

Selepas mencium tangan ibu mertuanya, kini tangan dihulurkan pada bapa mertuanya namun sampai sekarang, tiada tangan yang menyambut huluran Khairul itu.

Encik Said menghulurkan tangannya sebelum Khairul mencium tangan lelaki tua yang sedang bersandar pada kepala katil itu.

“Maafkan Khairul, ayah, mak, abi dan ummi. Khairul telah memalukan keluarga Khairul dan keluarga Wani,” sesal Khairul.

“Bukan. Bukan salah abang Khairul. Semuanya berpunca dari Wani. Wani yang ajak abang Khairul melarikan diri dari sini. Semuanya salah Wani sampai kami dikahwinkan. Ayah, mak, abi, ummi, maafkan Wani sebab melibatkan abang Khairul sekali. Maafkan Wani kerana telah menconteng arang pada muka kalian,” kata Izwani.

“Kalau begitu, kenapa Wani tak ceraikan Khairul je?” tanya Encik Said tegas.
Izwani tersentak mendengar kata-kata ayahnya. Pandangan dijatuhkan pada lantai. Air matanya mula berguguran.

“Ish abang ni. Janganlah cakap macam tu,” Puan Amirah mendekati Izwani sambil memeluk erat gadis itu.

“Janganlah buli menantu saya,” Datin Hafizah turut memeluk gadis itu.

Tangisan Izwani tidak berhenti. Terenjut-enjut bahu Izwani.

“Jangan menangis, Wani. Ayah kamu tu bergurau je,” pujuk Puan Amirah.

“Said, anak awak tak berhenti menangis tu. Tahu dah jawapan dia?” ujar Dato’ Kassim pada besannya.

Khairul mendekati isterinya.

“Ummi, mak, biar saya pujuk Wani,” kata Khairul sebelum Datin Hafizah dan Puan Amirah menjauhkan diri mereka dari Izwani untuk memberi ruang kepada Khairul.

Bahu Izwani dipeluk serta diusap perlahan-lahan.

“Shh sayang..tak mau nangis-nangis ni. Ayah bergurau je tadi. Tak mungkin abang akan tinggalkan sayang. Dah-dahlah menangis tu. Buruk muka tu,” lembut suara Khairul memujuk isterinya.

“Ta..tapi..ayah suruh…,” tersekat-sekat suara Izwani.

“Ayah saja je nak usik sayang. Kalau tak percaya, cuba tanya ayah,” lalu pandangan dialihkan pada Encik Said.

“Ehem..ayah bergurau je, Wani. Saja nak usik anak ayah ni,” tegas suara Encik Said.

“Ayah ni…takut Wani tau,” geram Wani.

Tangan Izwani sudah memeluk pinggang suaminya.

“Sejak bila Wani kuat menangis ni? Biasanya kalau menangis tak lama pun,” pelik Puan Amirah.

“Itulah, mak. Baru-baru ni, emosi Wani asyik berubah-ubah je. Sampai saya nak pergi kerja pun, dia boleh menangis. Tidak pun, dia akan monyok je. Bersalah saya dibuatnya,” balas Khairul.

Bahu Izwani masih erat dipeluknya.

“Entah-entah menantu ummi ni mengandung kut?” teka Datin Hafizah.

“Mungkin juga. Lagipun, tadikan Khairul kata Khairul tak suka bau hospital. Sebelum ni, boleh je Khairul bau. Mungkin itu salah satu tanda yang isteri Khairul tu mengandung,” sokong Dato’ Kassim.

“Mengandung?!” tiba-tiba sahaja bilik itu dirempuh oleh dua orang jejaka.

Terkejut semua penghuni bilik itu.

“Korang ni! Mengejutkan kami je. Masuk-masuk terus menjerit. Beri salam lain kali!” telinga jejaka itu ditarik oleh Datin Hafizah.

“Ampun, ummi. Kami janji kami tak buat lagi,” kesakitan jejaka-jejaka itu.

“Siapa tu, abang?” bisik Izwani pada telinga suaminya.

“Oh. Yang ni Khairi, anak kedua dan ini, Khalish, anak bongsu dalam keluarga. Mereka adik-adik ipar sayang,” jawab Khairul.

“Hai kakak ipar,” senyum Khairi.

“Betul ke kakak mengandung? Betul ke kami akan dapat anak buah?” tanya Khalish dengan perasaan terujanya.

“Mana kami tahu lagi, dik. Belum buat pemeriksaan pun,” Khairul memukul lengan adik-adiknya itu.

“Khairul, pergilah buat pemeriksaan sekarang. Kami sudah tak sabar ni,” arah Encik Said.

Eh? Tadi bukan suruh kami cerai ke? Peliknya ayah mertua ni.

“Kami pergi dulu ye,” pinta Khairul sebelum dia dan Izwani melangkah keluar dari bilik itu.

“Yang kamu berdua ni, buat apa kat sini?” tanya Dato’ Kassim.

“Kami dapat tahu yang besan ayah dan ummi masuk hospital. Jadi, kami datang nak melawat. Terdengar pula berita gembira tadi. Hehe,” tersengih Khalish.

“Apa khabar, pakcik?” Khairi bersalaman dengan Encik Said diikuti oleh Khalish.

“Sihat orang tua,” jawab Encik Said.

“Bila dapat cucu nanti, sihatlah tu,” seloroh Dato’ Kassim.

Geli hati mereka mendengar seloroh Dato’ Kassim itu.

“Mungkin betul apa yang kamu katakan, Kassim,” setuju Encik Said.





<BAB 11          BAB 13>

No comments:

Post a Comment