NOVEL : APARTMENT
BAB 14
“Sofea sayang, bangun,” Hakim mengerakkan tubuh Sofea yang
terlentang di atas katilnya.
“Emm..,” Sofea enggan membuka matanya.
“Bangunlah, sayang. Mari kita pergi jalan-jalan,” ajak Hakim.
“Ayang mengantuklah, bang. Bagilah ayang tidur. Abang pergi jelah
kerja tu,” balas Sofea dengan nadanya yang malas situ.
“Abang ambil cuti hari ni, sayang. Lepas solat Jumaat, abang terus
ke sini semata-mata nak berjumpa dengan kekasih hati abang ni. Tapi, sayang
pula tak layan abang. Ni yang nak merajuk ni,” sedih Hakim.
Sofea perasan Hakim yang sedang merajuk itu lantas memeluk leher
Hakim yang sudah terbaring di sebelahnya. Sofea meletakkan kepalanya di atas
dada bidang Hakim.
“Janganlah merajuk, abang. Marilah tidur dengan ayang. Ayang pun
rindukan bau abang ni,” kata Sofea yang masih belum membuka matanya.
Hakim tergelak kecil. Memang sah isterinya mengandung walaupun
belum membuat pemeriksaan dengan hanya melihat perubahan sikap Sofea itu.
Akhirnya, Hakim turut terlena di samping isterinya.
***************
Pada malam itu, Rahimi mengajak isterinya untuk keluar makan. Di
sebuah restoran, Rahimi menarik sebuah kerusi untuk isterinya. Airina tersenyum
sebelum duduk di atas kerusi itu. Selepas Rahimi duduk di hadapan Airina, wajah
Rahimi mula berkerut. Tangannya menyelak setiap koceknya.
“Kenapa, abang?” pelik Airina.
“Ya Allah. Abang tertinggal dompet abang di dalam kereta. Abang
pergi ambil sekejap. Sayang tunggu abang kat sini ye,” selepas mengucup dahi
Airina, Rahimi terus keluar dari restoran itu.
Airina melihat di sekelilingnya. Tidak ramai pelanggan ketika itu.
Tiba-tiba matanya tertumpu pada susuk badan yang dikenalinya. Airina
memberanikan dirinya sebelum bangun dan mendekati lelaki itu.
“Assalamualaikum,” sapa Airina.
“Waalaikummussalam,” lelaki itu memandang Airina.
“Encik masih ingat saya lagi tak? Saya Airina. Sayalah yang
dipaksa kahwin untuk melangsaikan hutang adik saya tu. Encik yang jadi peguam
saya dan suami saya, kan?” soal Airina untuk kepastian.
“Mestilah saya ingat. Kamu berdua amat penting bagi saya,”
senyuman terukir pada bibir lelaki yang berusia itu.
“Maksud encik?” pelik Airina.
“Daddy! It’s hers?” tiba-tiba muncul seorang wanita mendekati
Airina dan peguam itu.
Di belakang wanita itu terdapat seorang lelaki yang kemas berkot
hitam. Mungkin suami kepada wanita itu.
“Yes. Beautiful, right?” senyum peguam itu.
“Finally! We meet, my sweety,” wanita itu terus memeluk Airina
sambil mengucup kedua-dua pipi Airina.
Airina mula bingung. Siapa mereka sebenarnya?
“What’s your name, my sweety?” soal wanita itu.
“Nama saya Nur Airina, datin,” gugup Airina.
Sengaja menjawab dalam Bahasa Melayu. Sini Malaysia jadi perlulah
bercakap dalam Bahasa Melayu.
“Oh, come on. Just call me, mummy and call him, daddy..,” kata
wanita itu sambil tangannya menunjuk ke arah lelaki yang berdiri di sebelahnya.
“And call him, grandpa, ok sweety?” sambung wanita itu.
“Wh..why?” pelik Airina. Terlepas pula Bahasa Englishnya.
“What are you doing to my wife?!” tiba-tiba Airina terasa badannya
ditarik dari belakang, jatuh ke dalam dakapan seseorang.
Siapa lagi kalau bukan suaminya, Rahimi.
“Oh my darling. Long time not see you,” wanita itu ingin memeluk
Rahimi namun sempat ditepis oleh Rahimi.
Terkejut Airina melihat aksi itu.
“Rahim, don’t do that to
your mother!” tegas suara ‘daddy’ itu.
“Mother? Who? Perempuan ni yang telah membuang
saya. Masih nak mengaku mak ke?!” geram Rahimi.
Kepala Airina mula pening melihat agenda itu. Apa sudah berlaku
sebenarnya?
“Rahim! Ingat siapa yang mengandungkan kau selama 9 bulan. Jangan
lupa diri, Rahim!” kata ‘daddy’ itu.
“Rahim tak lupa diri, daddy. Tapi, daddy dan mummy yang tinggalkan
Rahim di Malaysia bersendirian. Sampai Rahim masuk penjara pun, mesti mummy dan
daddy tak tahu, kan?” sinis senyuman Rahim.
Terbeliak mata ‘daddy’ dan ‘mummy’.
“Sir, your coffee,” seorang pelayan datang ke arah meja peguam itu
sebelum meletakkan tiga cawan yang berisi kopi di atas meja.
Bau kopi menusuk masuk ke dalam hidung Airina. Airina bertambah
pening.
“Prison? Why?” tanya ‘mummy’.
“You ask me why? Because this is your fault!” Rahimi meninggikan
suaranya.
“A…abang..,” sayup-sayup suara Airina untuk menarik perhatian
suaminya.
Badan Airina mula berasa lemah. Pegangan Rahimi yang melingkari
pinggang Airina masih tidak dilepaskan.
“Rahim, tengok isteri kau tu!” tegas suara ‘grandpa’ yang sudah
berdiri itu.
Empat pasang mata itu tertumpu pada Airina. Terkejut mereka
melihat muka Airina yang sudah pucat itu.
“Sayang?! Sayang, kenapa ni?”
“Jangan…ga..duh,”
Akhirnya, Airina tidak sedarkan dirinya. Rahimi mula gelabah
apabila tubuh isterinya rebah di dalam dakapannya.
“Bawa dia ke hospital sekarang, Rahim!” arah ‘grandpa’.
Rahimi terus mencempung tubuh isterinya dan membawanya keluar dari
restoran.
“Naik kereta daddy!” arah ‘daddy’ yang sudah berada di dalam
kereta.
Sempat ‘daddy’ mengarahkan pekerja di restoran itu supaya membawa
keretanya di tempat menurunkan pelanggan sebelum Rahimi mencempung Airina.
Tanpa berfikir panjang, Rahimi terus masuk ke dalam kereta itu.
‘Daddy’ duduk di tempat pemandu manakala ‘mummy’ duduk di sebelah ‘daddy’.
‘Grandpa’ pula duduk di sebelah Rahimi di tempat penumpang belakang.
“Sayang, bangunlah. Janganlah buat abang risau,” air mata Rahimi
sudah mengalir.
Sebak mereka bertiga melihat wajah Rahimi itu.
Sampai di hospital, Airina terus dimasukkan ke wad kecemasan.
Rahimi memundar-mandir di depan wad kecemasan itu. Tidak lama kemudian, doktor
keluar dari wad itu.
“Bagaimana keadaan isteri saya, doktor?” tanya Rahimi.
“Pesakit dalam keadaan selamat sekarang. Cuma, kami perlu membuat
beberapa pemeriksaan terhadap pesakit. Kami akan pindahkan pesakit ke wad
biasa,” jawab doktor itu.
“Tempatkan dia ke wad kelas pertama,” kata ‘daddy’.
“Baiklah, encik. Saya minta diri dulu,” lalu doktor itu beredar.
Rahimi meraup mukanya dengan kasar.
“Itulah kamu. Lain kali, jangan nak bergaduh je. Setiap kali
berjumpa, bergaduh. Yang menjadi mangsanya siapa? Pihak ketiga juga. Dengar tak
apa yang saya cakap ni, Datin Fashiha, Dato’ Ahmad Lee, Encik Ahmad Rahimi!” ‘grandpa’ sudah meninggikan suaranya.
“Kami dengarlah, Dato’ Osman Lee,” balas Datin Fashiha.
“Nanti minta maaf dengan Airina. Tak pasal-pasal, dia yang menjadi
mangsa keadaan,” mengeluh Dato’ Osman.
“Maaf mengganggu. Siapa keluarga Puan Airina? Doktor suruh ke
pejabatnya sekarang,” muncul seorang jururawat mendekati mereka berempat.
Serentak empat orang itu mendekati jururawat itu. Terkejut
jururawat itu.
“Saya suami dia, nurse!”
“I’m her mummy, nurse!”
“Dia menantu saya, nurse!”
“Bagaimana keadaan dia, nurse?”
“Err…mari saya bawa ke pejabat doktor sekarang,” tergagap
jururawat itu menjawab sebelum beredar dari situ.
Rahimi, Datin Fashiha, Dato’ Ahmad Lee dan Dato’ Osman Lee terus
mengekori jururawat itu.
Di dalam bilik Doktor Aida, empat pasang mata memandang tajam ke
arah doktor itu. Doktor Aida menelan air liurnya sebelum mengukir senyuman
manis pada bibirnya.
“Untuk maklumat tuan, puan dan encik, Puan Airina tidak ada
apa-apa. Cuma, Puan Airina hanya mengalami tekanan sedikit. Saya harap sebagai
keluarga terdekat kepada pesakit, jangan memberi lebih tekanan kepada pesakit
memandangkan kandungannya masih awal dan memerlukan rehat yang lebih,” kata
Doktor Aida.
“Kandungan?!” serentak mereka berempat.
“Eh? Keluarga Puan Airina masih belum tahu lagi ke? Maafkan saya.
Tahniah buat keluarga Puan Airina. Puan Airina disahkan mengandung dan
kandungannya sudah mencecah 6 minggu. Nanti saya beri ubat untuk menguatkan
kandungan pesakit,”
“Alhamdulillah,” bersyukur mereka.
“We will become a grandmother and grandfather!” Datin Fashiha
terus memeluk suaminya.
“Tahniah, Rahim,” bahu Rahimi ditepuk oleh Dato’ Osman Lee.
“Congrate, son,” Dato’ Ahmad Lee mengusap kepala anaknya itu.
“Oh ya. Lagi satu, saya sudah memindahkan pesakit ke wad kelas
pertama di tingkat empat. Bolehlah tuan, puan dan encik melawat pesakit,”
Mendengar kata-kata Doktor Aida, terus mereka keluar dari bilik
itu. Sempat mereka mengucapkan terima kasih kepada doktor yang cantik itu. Geli
hati Doktor Aida melihatnya.
Di depan wad bernombor 3, nama Nur Airina tertera pada pintu wad
itu.
Terbuntang mata Airina yang sedang bersandar pada katil apabila terdengar
pintu biliknya dibuka dengan kasar. Nasib baik dia tidak tersedak kerana ketika
itu, dia sedang minum air di dalam gelas.
Mata Airina tertumpu pada empat susuk badan di hadapan pintu itu.
Gelas yang di tangannya diletakkan di atas meja bersebelahan dengannya.
“Dah habis bergaduh?” soal Airina dengan wajah selambanya.
“Sa..,” tidak sempat Rahimi hendak mendekati isterinya apabila
Datin Fashiha telah berlari ke arah Airina.
Datin Fashiha memeluk menantu dengan erat.
“Tahniah, my sweety. Jaga kandungan ni baik-baik tau,” pesan Datin
Fashiha.
“Kandungan?” pelik Airina.
Pelukan Datin Fashiha dilepaskan sebelum matanya memandang wanita
itu.
“Sa..,” percakapan Rahimi dipotong oleh ayahnya.
“Ye, Airina. Airina disahkan mengandung 6 minggu. Tahniah,
Airina,” kepala Airina diusap oleh Dato’ Ahmad Lee.
“Airina akan jadi ibu?!” ternganga mulut Airina.
Perutnya diusap lembut.
“Sa..,” lagi sekali, percakapan Rahimi dipotong oleh datuknya
pula.
Dato’ Osman Lee menghampiri Airina sambil memegang pipi gadis itu.
“Ye, Airina. Airina akan jadi ibu tau. Doktor pesan supaya Airina
jangan tertekan sangat. Ia akan menjejaskan kandungan nanti,” pesanan datuk
Rahimi dibalas dengan anggukan.
“Abang!” panggil Airina.
Matanya memandang wajah monyok Rahimi. Datin Fashiha, Dato’ Ahmad
Lee dan Dato’ Osman Lee memberi laluan untuk Rahimi mendekati Airina.
“Baru usik sikit dah monyok panjang mukanya. Nanti anak ikut tau,”
perli Dato’ Ahmad Lee.
“Hmph!” merajuk Rahimi sebelum duduk di birai katil, bersebelahan
dengan Airina.
“Abang masih gaduh lagi ke dengan keluarga abang?” soal Airina.
“Sayang, sekarang bukan masanya untuk tu. Mari peluk abang,”
Airina menepis tangan suaminya yang hendak memeluk tubuhnya itu.
Terkejut Rahimi dengan perbuatan isterinya itu. Semakin monyok muka Rahimi.
Rahimi mengalihkan pandangannya ke lantai sambil memeluk tubuh sendiri.
“Tak baik abang buat keluarga abang macam tu. Abang kan ahli
keluarga mereka juga. Jika mereka ada buat salah, maafkanlah mereka, abang,”
pujuk Airina.
Lengan suaminya dirangkulnya.
“Sayang tahu apa, hah?! Sebab mereka tau abang masuk penjara.
Sebab mereka juga abang hampir dibunuh. Sayang masih nak abang maafkan mereka
ke?!” Rahimi meninggikan suaranya.
Tersentak Airina. Tangannya meleraikan rangkulan lengan suaminya.
“Rahim, semua tu bukan salah sesiapa. Polis yang tersilap tangkap
Rahim kerana mereka sangkakan Rahim ialah orang yang paling dikehendaki,” kata
Dato’ Osman Lee.
“Kalau Rahim nak tahu, kami pergi ke US sebab..,” kata-kata Dato’
Ahmad Lee dipotong.
“Abang, jangan,” pujuk Datin Fashiha.
“Sampai bila kita nak rahsiakan, Fashiha! Kalau Rahim nak tahu,
mummy Rahim menghidap barah otak tau. Kami pergi sana untuk rawatan mummy! Kami
pulang ke sini semula semata-mata untuk berjumpa dengan satu-satunya cahaya
mata yang kami ada. Sampai hati Rahim kata kami buang Rahim, kan!” geram Dato’ Ahmad
Lee.
Terbuntang mata Rahimi mendengar kata-kata ayahnya.
“Maafkan grandpa Rahimi kerana lewat untuk menyiasat kes Rahimi
sehinggakan Rahimi hampir mati,” kesal Dato’ Osman Lee.
“A..bang…maafkan ayang,” Airina sudah teresak-esak di sisi Rahimi
selepas Rahimi meninggikan suaranya pada isterinya itu.
Rahimi menatap wajah keempat-empat insan itu sebelum meraup
mukanya.
“Maafkan Rahim, mummy, daddy, grandpa….Maafkan abang, sayang..,”
air mata Rahimi mula menitis.
Airina yang paling dekat dengannya terus memeluk tubuh suaminya.
Datin Fashiha mendekati anaknya.
“Maafkan mummy, Rahim. Mummy tak sangka Rahim menderita selama
ini,” sebak Datin Fashiha.
Rahim menggelengkan kepalanya. Pelukan Airina sudah dilepaskan
sebelum memeluk tubuh ibunya itu.
“Maafkan Rahim, mummy. Mummy gagal menjadi anak yang baik untuk
mummy dan daddy,” sesal Rahimi.
“Dah lama mummy maafkan anak mummy ni,” senyum Datin Fashiha.
“Daddy pun dah lama maafkan Rahim,” kepala Rahimi diusap kasar
oleh Dato’ Ahmad Lee.
Tersenyum Dato’ Osman dan Airina melihat pelukan anak-beranak itu.
No comments:
Post a Comment