Tuesday, November 13, 2018

NOVEL : APARTMENT (BAB 5)

NOVEL : APARTMENT


BAB 5

Selesai semua tugasan, Sofea dan Airina meminta diri untuk solat Zohor. Izwani pula sudah duduk di atas sofa di ruang tamu. Lama Izwani termenung sebelum dia mengeluarkan sekeping gambar dari kocek bajunya. Gambar itu dijumpainya semasa dia mengemas beg pakaiannya.

Izwani tenung gambar itu lama. Tiba-tiba air matanya mula mengalir. Sofea dan Airina yang baru selesai solat berjemaah di ruang solat terdengar tangisan Izwani. Selepas menanggalkan telekung, mereka duduk di sebelah Izwani. Sofea berada di kanan Izwani manakala Airina berada di sebelah kiri Izwani.

“Kenapa awak menangis ni, Wani?” soal Sofea sambil mengusap belakang Izwani.

“Wani..rindukan mak dan ayah Wani,” teresak-esak Izwani.

Mata Airina dan Sofea tertumpu pada sekeping gambar yang dipegang oleh Izwani. Kelihatan wajah ceria Izwani dan di sampingnya terdapat seorang lelaki tua dan seorang perempuan tua. Mungkin itu ayah dan ibu Izwani.

“Kenapa Wani tak pergi jumpa mereka?” tanya Airina.

“Sebab Wani dah derhaka pada mereka,” jawab Izwani, masih teresak-esak.

“Maksud Wani?” terkejut Airina mendengar kata-kata Izwani itu. Begitu juga dengan Sofea.

Izwani mula bercerita kisahnya yang berlaku beberapa hari yang lepas.



***************

“Ayah nak kamu kahwin dengan Faiz, anak Razak tu. Mereka datang merisik kamu tadi,”

“Apa ayah cakapkan ni? Ayah tahu tak yang Faiz tu pengedar dadah? Ayah sanggup tengok anak ayah ni makan duit haram tu?” bantah Izwani.

Ayah Izwani terus menampar pipi Izwani. Tergamam Izwani apabila dilakukan sebegitu.

“Mana kau tahu yang dia pengedar dadah, hah?! Tak baik kau fitnah tau, Wani. Tahu tak menfitnah tu ibarat makan darah daging saudara sendiri?! Ayah tak pernah ajar kamu menfitnah orang!” sungguh kecewa ayah Izwani dengan perangai anaknya itu.

“Abang, sudahlah tu,” pujuk ibu Izwani.

“Keputusan ayah muktamad! Minggu depan kau akan kahwin dengan Faiz tu! Jangan kau nak menconteng arang pada muka ayah, faham?!”

Izwani mula menangis teresak-esak di dalam dakapan ibunya. Ibu Izwani setia memujuk satu-satunya anak perempuannya itu.



Pada malam itu, Izwani terus menghubungi Khairul, kawan baiknya.

“Assalamualaikum,”

“Waalaikummussalam. Khairul, tolong saya,” Izwani masih mengalirkan air matanya.

Mendengar suara Izwani yang teresak-esak, Khairul mula berasa risau.
“Kenapa ni, Wani? Kenapa awak menangis ni?”

“Tolong saya, Khairul. Ayah saya nak kahwinkan saya dengan si Faiz tu. Tolong saya, Khairul,” makin kuat tangisan Izwani.

“Faiz?! Pengedar dadah tu?! Melampau si Faiz tu berlakon di depan ayah kau sampai dia berjaya mengaburi mata dia. Tak apa, Wani. Esok saya cuba pujuk pakcik. Awak jangan risau ye,”

“Emm. Terima kasih, Khairul,”

“Tak ada hal lah. Saya kan kawan baik awak dunia akhirat. Dahlah. Jangan menangis lagi. Habis hodoh muka Wani nanti. Bukan setakat Faiz, hantu pun tak nak kat awak kalau tengok muka tu,” kata Khairul dengan diiringi gelak-tawanya.

“Ish awak ni. Ada juga kena pukul nanti. Emm, baiklah. Selamat malam, Khairul. Terima kasih,”

“Sama-sama, sahabat,” lalu panggilan itu dimatikan.



Keesokkan paginya, Khairul menepati janjinya dengan mengunjungi rumah ibu bapa Izwani.

“Pak!”

Tersentak Izwani yang sedang berada di dapur apabila terdengar bunyi yang sangat kuat itu lalu terus ke ruang tamu.

“Jadi, kaulah yang meracuni otak anak aku?!” Muka ayah Izwani nampak sangat bengis ketika itu.

Terkejut Izwani melihat pipi Khairul yang sudah merah itu.

“Ayah buat apa ni?! Apa yang kami beritahu adalah benda betul! Khairul sendiri nampak Faiz bawa ‘najis’ tu tempoh hari! Kenapa ayah percayakan orang luar daripada anak ayah sendiri?!”

Izwani sudah berada di hadapan Khairul. Air matanya mula gugur kembali.

“Ayah akan percaya kalau ia berlaku di depan mata ayah sendiri. Dah! Mira! Bawa anak kau ke bilik sekarang! Jangan bagi dia makan hari ni!”

Ayah Izwani yang sudah menarik tangan Izwani menjerit nama isterinya.

Ibu Izwani datang dan terus membawa Izwani masuk ke biliknya.

“Ayah! Jangan apa-apakan Khairul!” sempat Izwani menjerit sebelum dirinya dimasukkan ke dalam biliknya.

“Dan kau! Aku nak kau keluar dari rumah ini! Jangan harap nak munculkan diri di depan kami lagi!” ayah Izwani memberi amaran pada Khairul.

Dengan berat hati, Khairul keluar dari rumah itu. Sebak hatinya mendengar jeritan dan tangisan Izwani yang dikurung itu.



Pada petang itu, Khairul duduk termenung di sebuah pondok yang sering dijadikan tempat melepak untuk dia dan Izwani.

“Khairul!” terkejut Khairul mendengar suara yang menjerit namanya dari jauh lalu memandang gerangan yang memanggilnya itu.

Berkerut dahinya melihat seorang gadis sedang berlari ke arahnya.

“Wani?! Awak buat apa kat sini?!” soal Khairul.

“Khairul, bawa saya lari dari sini. Saya lebih rela keluar dari kampung ni daripada kahwin dengan keldai dadah tu. Tolong saya, Khairul,” pinta Izwani.

“Awak pasti ke, Wani? Awak tak menyesal?” terkejut Khairul dengan keputusan Izwani.

Izwani menganggukkan kepalanya.

“Tolong saya, Khairul,”

Akhirnya Khairul mengalah. Dengan menaiki motorsikalnya yang sudah uzur itu, mereka terus keluar dari kampung itu.

Sampai di RnR, Khairul menghulurkan sebotol air mineral pada Izwani sebelum melabuhkan punggungnya di sebelah Izwani.

“Jadi, awak nak ke mana sekarang?” soal Khairul.

“Saya rasa, saya nak ke Selangor. Lebih selamat dari duduk di kampung saya tu. Maafkan saya sebab libatkan awak sekali,” kesal Izwani sambil merenung Khairul.

“Saya tak kisah pun. Cuma, saya risaukan awak je ni. Betul awak ok ni?”

“Saya ok asalkan awak ada dengan saya,” merah muka Khairul mendengar kta-kata Izwani.

“Oklah. Baik kita cari hotel yang murah. Lagipun, hari sudah gelap ni,” kata Khairul.

Mereka menyambung perjalanan mereka sehinggalah tiba di sebuah hotel.

“Boleh saya tahu satu bilik berapa harganya?” tanya Khairul apabila mereka tiba di kaunter depan.

“Satu malam RM100, encik,”

Khairul memandang dompetnya sebelum mengalihkan pandangan ke arah Izwani.

“Wani, awak ada duit tak? Saya ada RM180 saja ni. Tak cukup untuk dua bilik ni,” risau Khairul.

“Saya bawa RM5 je, Khairul,” jujur Izwani sambil menunjukkan dompetnya itu.

“Awak tak kisah ke kalau saya sebilik dengan awak ni?” soal Khairul.

“Saya tak kisah pun. Lagipun, kalau saya tak percayakan awak, tak adanya saya nak lari dengan awak tau,” balas Izwani.

Selepas menempah satu bilik, mereka masuk ke dalam bilik yang ditempah itu.

“Awak tidur atas katil. Biar saya tidur atas sofa ni,” kata Khairul sebelum menanggalkan jaketnya.

“Apa pula? Awaklah yang tidur atas katil sebab bilik ni guna duit awak,” bantah Izwani.

“Mana boleh saya biarkan seorang gadis tidur di atas sofa sedangkan saya tidur selesa di atas katil tu. Saya pun ada maruah juga, Wani,” tegas Khairul.

“Tuk tuk tuk,” serentak mata Khairul dan Izwani memandang pintu.

Khairul membuka pintu. Terkejut dia melihat dua lelaki berjubah putih dengan memakai serban di kepala mereka.

“Assalamualaikum, encik,” Khairul menjawab salam sebelum menyalami tangan lelaki itu.

“Saya boleh benarkan kalian berdua tidur sekatil. Dengan syarat, kalian ikut kami,” kata lelaki yang agak berusia itu.

Khairul mula mengeluh.

“Siapa tu, Khairul?” pelik Izwani sampai Khairul mengeluh berat itu.

“Kami dari Jabatan Agama Islam Selangor. Minta cik dan encik ikut kami sekarang,”

Izwani yang sudah terlopong mulut itu terus menutup mulutnya menggunakan tangannya.



Dengan itu, akhirnya Khairul dan Izwani menjadi suami isteri yang sah.


***************

“Apa?! Anak awak larikan diri dari rumah?! Berani dia menconteng arang pada muka kita?! Mulai hari ni, dia bukan lagi anak kita!” marah Encik Said apabila mendapat tahu bahawa anak perempuannya telah melarikan diri kerana enggan berkahwin.

Air mata seorang ibu mula mengalir. Sungguh dia merindukan anak perempuannya itu. Dari sudut hatinya, doa sentiasa tidak lekang dari bibirnya supaya anaknya itu sentiasa selamat dan dilindungi oleh Allah. Surat yang ditulis oleh Izwani didakapnya dengan erat.


***************

Airina dan Sofea yang mendengar cerita Izwani itu turut terlopong mulut masing-masing.

“Jadi, korang berdua kena tangkap basah? Dan terus dinikahkan?” tanya Airina kerana masih tidak percaya.

Izwani membalas dengan anggukan sahaja.

“Oh. Masa pertama kali kita bertemu, mata Wani merah. Wani menangis sebab masalah tu ke sampai merah mata Wani?” soal Sofea.

“Oh. Yang itu sebab benda lain,” kata Wani yang sedang tersengih itu.


“Sebab apa?” serentak Airina dan Sofea bertanya kepada Izwani.






<BAB 4          BAB 6>

No comments:

Post a Comment