Sunday, November 18, 2018

NOVEL : APARTMENT (BAB 11)

NOVEL : APARTMENT


BAB 11

Airina dan Rahimi sudah berdiri di depan wad yang bernombor 8-1-3. Rahimi memandang wajah Airina yang sedang menarik dan menghembuskan nafas itu. 

Tangan Rahimi digenggamnya erat.

“Sayang ok tak ni?” soal Rahimi.

Sudah hampir 10 minit mereka berdiri di depan bilik itu.

“Berdebarlah, abang,” berkerut dahi Airina memandang wajah suaminya.

“Jangan risau. Abang kan ada. Kita masuk ye, sayang?” tangan Rahimi sudah memegang pemegang pintu.

Selepas Airina menganggukkan kepalanya, pintu wad dibuka. Mata mereka tertumpu pada seorang wanita tua yang bersandar pada kepala katil.

“Abang duduk di sofa ni ye. Ayang berbual-bual dulu dengan nenek,” angguk Airina sebelum mendekati tubuh yang terlantar itu.

“Assalamualaikum nenek,” sapa Airina.

Wanita tua itu menoleh ke arah Airina. Terbeliak matanya memandang Airina. 

Muka Airina mirip seseorang.

“Siapa? Kenapa muka kamu macam pernah saya tengok?” soal nenek Airina.

Airina duduk di kerusi bersebelahan dengan katil tersebut.

“Saya Airina, nenek. Saya anak kepada Kamal dan Anisah, malah cucu kepada nenek,” terkejut nenek itu.

“Cucu? Saya ada cucu?”

“Ye, nenek. Airina dan Aiman merupakan cucu nenek. Ini muka Aiman,”

Airina memberi sekeping gambar kepada neneknya. Gambar itu ditatap lama sebelum diusap-usap.

“Kamal…mukanya sama macam anak saya, Kamal,” air mata nenek Airina mula gugur.

“Saya rindu Kamal. Saya rindu anak saya. Mana dia, cu?” nenek memandang wajah Airina.

“Ayah dan ibu telah pergi buat selama-lamanya, nenek. Mereka kemalangan semasa melalui Jalan Hitam. Kereta mereka jatuh dalam gaung dan terbakar,” air mata Airina mula mengalir.

“Tak..mustahil. Kamal belum pergi lagi! Kamal berjanji nak berjumpa dengan mama. Mama menunggu Kamal pulang di rumah setiap hari. Sehinggakan papa Kamal yang sudah pengsan di bilik kerja pun mama tidak sedar. Mama nak Kamal. Mama rindu Kamal,” emosi nenek Airina mula terganggu.

Rahimi terus memanggil doktor sebelum doktor masuk dan menyuntik ubat penenang pada lengan wanita itu.

Airina yang sedang menangis dipujuk oleh suaminya. Selepas nenek Airina kembali tenang, doktor yang merawat nenek mendekati Airina dan Rahimi.

“Buat masa sekarang, emosi pesakit tidak stabil. Saya tidak boleh membenarkan mana-mana pelawat untuk menziarah pesakit. Saya harap tuan dan puan faham,” kata doktor itu.

Tertera nama ‘Afif’ pada tag nama doktor itu.

“Kami faham, doktor. Jika ada apa-apa, minta doktor hubungi kami dengan kadar segera,” ujar Rahimi sambil menghulurkan sekeping kad pada doktor itu manakala tangan kirinya masih setia memeluk bahu Airina.

“Tolong jaga nenek, doktor,” pinta Airina.

“Sudah tugas kami untuk menjaga dan merawat pesakit kami, puan. Saya minta diri dulu. Assalamualaikum,”

“Waalaikummussalam. Terima kasih, doktor,”

Rahimi dan Doktor Afif saling bersalaman.



Di dalam kereta, Rahimi memerhatikan Airina yang membisukan dirinya. 

Selepas sejam Rahimi memandu, kereta itu diberhentikan.

“Eh? Kita di mana ni, abang?”

Airina melihat sekelilingnya yang sangat asing baginya. Melihat Rahimi yang sudah membuka pintu untuknya, Airina keluar dari perut kereta itu. Tidak perasan bila Rahimi keluar dari kereta kerana asyik sungguh melihat sekelilingnya.

“Ayang, di sinilah terletaknya kubur ibu dan ayah sayang. Mari kita lawat mereka,”

Dengan memimpin tangan Airina, mereka berjalan menuju ke kubur yang berada di penghujung pagar itu. Airina membaca nama yang terukir pada batu nisan itu. Air matanya mengalir dengan deras.

“Maafkan Rin, ibu, ayah, kerana baru sekarang Rin melawat ibu dan ayah,” sebak Airina.

“Mari kita doakan mereka, sayang. Bismillahhirrahmanirrahim…,”


Seusai membaca doa, Airina mengusap batu nisan ibunya.

“Aiman tahu ke tempat ni, abang?” soal Airina.

“Aiman dah tahu, sayang. Dia yang beritahu abang lokasi ni, di mana ibu dan ayah dikebumikan oleh nenek dan atuk Airina,” jawab Rahimi.

Airina tersenyum melihat kedua-dua kubur itu.

“Tak sangka nenek dan atuk mengebumikan mereka sebelah-menyebelah. Ingatkan mereka akan membenci ibu dan ayah sampai akhir hayat mereka,” air mata Airina mengalir mengingatkan keadaan neneknya tadi.

“Sayang,”

Rahimi membangunkan Airina sebelum menyembamkan kepala Airina pada dadanya. Bahu Airina diusap dengan lembut.


“Abang, mana kubur atuk?” soal Airina selepas kembali tenang.

“Kenapa sayang tanya? Sayang nak melawat atuk ke?” pelik Rahimi dengan perubahan Airina yang tiba-tiba itu.

“Ayang pasti atuk dan nenek mesti menyesal kerana perbuatan mereka. Sedangkan Nabi memaafkan umatnya, apatah lagi kita sebagai manusia biasa ni,” senyuman terukir pada bibir Airina.

Rahimi membalas senyuman isterinya sambil menarik tangan isterinya ke kubur di sebelah kubur ayahnya.

“Ini kubur atuk sayang. Nenek yang suruh kebumikannya di sebelah anaknya,”

Airina mencangkung lalu membaca batu nisan itu. Batu nisan itu diusapnya.

“Alangkah indahnya jika Airina dan Aiman dapat merasai kasih sayang seseorang yang digelar atuk dan nenek,”

Airina mula cemburu apabila mengingatkan cucu-cucu lain yang biasa ditontonnya di televisyen bermain-main dengan atuk dan neneknya.

“Sayang tetap bahagia juga kerana mempunyai suami kacak yang amat menyayangi sayang yang bersikap kebudak-budakkan ni,” bisik Rahimi pada telinga Airina sambil mencuit hidung Airina.

“Gelilah, bang. Perasan je abang ni dan ayang bukan budak-budak ye,”

Airina mencengkak pinggangnya. Rahimi hanya ketawa melihat kecomelan isterinya.

Selepas membacakan doa untuk atuknya, Rahimi dan Airina bertolak pulang ke pangsapuri mereka.


***************


Sofea, Airina dan Izwani bersyukur kerana suami mereka kembali ke sikap mereka yang asal. Sang suami pula lega selepas meluahkan masalah yang dihadapi mereka.

Kehidupan mereka menjadi seperti sedia kala.

“Betul ni Wani tak nak ikut kami pergi Giant?” soal Airina kepada Izwani yang sedang duduk di atas sofa sambil menyandarkan kepalanya.

“Maaf Sofea dan Rin. Wani rasa tak sedap badanlah. Jangan risau. Nanti baik lah ni,” balas Izwani.

“Wani nak kami beli apa-apa ke? Ubat ke?” risau Sofea.

“Wani demam ke?”

Airina menekap tangannya pada dahi Izwani.

“Tak panas pun,” pelik Airina.

“Jangan risaulah. Wani tak ada apa-apa. Baik korang pergi sekarang. Kejap lagi waktu orang berehat. Nanti jem susah,” senyum Izwani.

“Yelah yelah. Ada apa-apa call kami. Assalamualaikum,” pesan Sofea.

“Waalaikummussalam. Hati-hati,” lalu Airina dan Sofea keluar rumah.

Pintu rumah dikunci Sofea sebelum ke lif. Dengan menaiki teksi, mereka ke Giant.

Izwani yang berada di sofa mula melelapkan matanya. Dia pun pelik kenapa sejak akhir-akhir ini, dia berasa tidak sedap hati.


***************


“Assalamualaikum,”

“Waalaikummussalam. Oh? Kenapa Dato’ Kassim dan Datin Hafizah datang rumah saya?” soal Encik Said, iaitu ayah kepada Izwani.

Huluran salam Dato’ Kassim disambut oleh Encik Said.

“Abang ni, kalau ye pun, jemputlah tetamu masuk dulu,” tegur isteri Encik Said, Puan Amirah.

Datin Hafizah dan Puan Amirah saling bersalaman sambil mencium pipi masing-masing.

“Jemputlah masuk,” pelawa Encik Said.

Dato’ Kassim, Datin Hafizah dan Encik Said duduk di atas sofa. Selepas Puan Amirah menghidangkan minuman dan sedikit kuih kepada tetamu, dia duduk di sebelah suaminya.

“Jemput minum,” pelawa Puan Amirah selepas meletakkan minuman di atas meja berhadapan mereka.

“Saya tak tahu macam mana saya nak mulakan,” sesekali Dato’ Kassim memandang isterinya yang berada di sebelahnya.

“Sebenarnya, untuk pengetahuan Encik Said dan Puan Amirah, kita sudah pun menjadi besan,” ujar Dato’ Kassim.

Terkejut Encik Said dan Puan Amirah. Puan Amirah menutup mulutnya yang sudah terlopong itu.

“Maksud Dato’?” tanya Encik Said untuk kepastian.

“Tak payahlah nak panggil Dato’ Datin. Panggil saya, Kassim saja dan panggil isteri saya, Hafizah,” Dato’ Kassim tidak menjawab pertanyaan Encik Said.

“Kalau begitu, panggil saya, Said dan panggil isteri saya, Amirah. Boleh Kassim menjawab pertanyaan saya?” soal Encik Said lagi.

Dato’ Kassim menghela nafasnya sebelum memulakan perbicaraannya.

“Said dan Amirah mesti kenal dengan anak kami, Khairul. Dia merupakan kawan baik kepada Said dan Amirah. Dia telah berkahwin dengan Izwani di Selangor. Hampir 6 bulan juga mereka telah mendirikan rumahtangga di situ,” semakin terkejut Encik Said dan Puan Amirah.

“Bagaimana mereka kahwin? Tanpa saya sebagai wali mereka?” Encik Said meninggikan suaranya.

“Mereka ditangkap basah oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Tapi, kami yakin bahawa mereka berdua tidak melakukan perbuatan terkutuk itu. Mereka hanya duduk sebilik namun..,” kata-kata Dato’ Kassim terhenti apabila melihat Encik Said sedang mencengkam dadanya dengan riak mukanya seperti mengerang kesakitan.

“Said!”

“Abang!”


***************


“Ayah! Ayah!” Izwani yang masih memejamkan matanya mula menyebut nama ayahnya.

“Sayang! Sayang! Bangun! Kenapa ni, sayang?”

Izwani membuka matanya. Terasa dahinya berpeluh. Air matanya pula mengalir di pipi.

“Sayang ok ke?” Khairul mengusap bahu Izwani.

“Abang, ayah…ayah sakit. Mari kita balik sekarang. Jom kita tengok ayah sekarang,” teresak-esak Izwani menangis di samping suaminya.

“Baiklah. Sayang bersiap-siap dulu. Selepas itu, kita terus bertolak ye,” pujuk Khairul sebelum memimpin isterinya masuk ke dalam bilik.

Seminit kemudian, Khairul keluar semula dari bilik.

“Bagaimana keadaan Wani?” Airina memulakan pertanyaannya.

“Dia bermimpi ngeri. Saya akan bawa Wani pulang ke Johor selepas solat Zuhur. Terima kasih Sofea dan Airina kerana menelefon saya tadi,” balas Khairul.

“Kami risaukan Wani je. Selepas abang Khairul pergi kerja, wajah Wani terus pucat. Bila tanya dia ok ke tak, dia hanya jawab dia rasa tidak sedap badan je,” ujar Airina.

“Betul tu. Sebab itu kami telefon abang Khairul. Lebih baik abang Khairul tengok-tengokkan Wani tu. Risau pula bila dia sorang-sorang dalam bilik,” sambung Sofea.


“Baiklah. Nanti kirim salam dengan Hakim dan Rahimi ye. Kami tak pasti bila akan kembali ke sini semula,” kata Khairul sebelum masuk semula ke biliknya.




<BAB 10          BAB 12>

No comments:

Post a Comment