Saturday, November 17, 2018

NOVEL : APARTMENT (BAB 8)

NOVEL : APARTMENT


BAB 8


Dalam perjalanan pulang, Hakim, Rahimi dan Khairul berbual-bual.

“Umur korang berapa sebenarnya?” soal Khairul.

“Umur saya 28 tahun. Tua dah,” selamba jawapan Hakim.

“Saya pula 27 tahun. Awak pula, Khairul? Sama umur dengan isteri ke sebab korangkan kawan baik sejak kecil?” balas Rahimi.

“Memang kami kawan baik tapi umur saya 24 tahun,” terkejut Hakim dan Rahimi mendengar jawapan Khairul.

“Habis tu, kenapa dia panggil nama kau je?” pelik Rahimi.

“Masa mula-mula kenal, dia ingatkan kami ni sama umur. Bila dah besar, baru dia tahu. Tapi, sebab dah biasa panggil nama je, dia teruskan saja,” jujur Khairul.

“Pulak dah,” serentak Rahimi dan Hakim.


Selepas meletakkan kereta, mereka masuk ke dalam lif.

“Muda-muda isteri kita ye. Kesian mereka. Pada usia muda mereka tu, orang lain sibuk sambung belajar. Mereka pula kena layan kita,” kata Rahimi.

“Sudah takdir, Rahim. Saya risau juga isteri saya tu masih tak rela digelar isteri. Namun, dia tetap berusaha untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri,” ujar Hakim.

“Betul tu,” sokong Khairul dan Rahimi.


Tiba di depan rumah, Khairul mengetuk pintu sambil memberi salam. Namun, tiada balasan. Giliran Rahimi pula yang memberi salam sambil mengetuk pintu rumah.

“Mereka tak ada di rumah ke?” pelik Rahimi.

“Assalamualaikum,” Hakim memberi salam namun masih tiada balasan.

Khairul mengeluarkan kunci rumahnya dari kocek seluar sebelum dimasukkan ke dalam lubang kunci itu.

Pintu dibuka dari luar.

“Sunyi saja,” pelik Khairul.

“Mungkin mereka ada dalam bilik,” kata Hakim.

Mereka membuka pintu bilik masing-masing. Tersenyum mereka melihat isteri mereka sedang terlena di atas katil. Hakim memandang Khairul dan Rahimi.

“Tidur,” serentak mereka bertiga sebelum masuk ke dalam bilik.

Pintu bilik ditutup. Hakim dan Rahimi menanggalkan tali lehernya sebelum membuka tiga butang kemeja teratas. Begitu juga dengan Khairul, jaket kerjanya ditanggalkan.

Sang suami merebahkan tubuh mereka di sebelah sang isteri yang masih dibuai mimpi itu.

Hakim mengangkat kepala Sofea sebelum meletakkannya di atas lengan kanannya. Rambut Sofea diusap-usapnya sebelum mengucup ubun-ubun isterinya.

“Sayang, bangun. Kenapa tidur selepas Asar ni? Tak baik tidur selepas Asar tau,” perlahan suara Hakim.

“Emm..,” Sofea memeluk badan Hakim.

“Kenapa muka macam baru menangis je ni? Sayang nangis ke tadi?” soal Hakim apabila ternampak kesan air mata pada pipi Sofea.

“Rindukan abang,” perlahan suara Sofea namun dapat didengari Hakim.

“Allah. Ini yang tak sanggup nak berpisah dengan sayang ni,” Hakim mengeratkan pelukannya.

“Rindu bau abang,” tersenyum Sofea.

“Ini kalau asyik peluk je, ada juga yang kena terkam,” merah muka Sofea mendengar seloroh Hakim.

Sofea meleraikan pelukannya.

“Saja nak bermanja dengan suami sendiri. Abang nak makan dulu atau nak mandi dulu?” soal Sofea sambil memandang wajah Hakim.

“Abang mandi dululah. Sayang dah mandi ke?” balas Hakim.

“Mandi dah tadi. Lepas tu, terlelap pula atas katil. Hehe,” tersengih Sofea.

“Ada-ada saja awak ni, sayang. Abang mandi dulu ye,” sempat Hakim mengucup pipi Sofea sebelum melangkah masuk ke dalam bilik air.


***************


Rahimi menarik tubuh Airina ke dalam dakapannya. Wajah Airina ditilik lama.

“Kenapa muka merah ni? Sayang menangis ke?” pelik Rahimi melihat wajah Airina seperti baru selesai menangis.

Sudahlah warna kulit Airina putih, mudah sangat menjadi merah jika dia menangis atau ketika dia malu.

“Kenapa sayang menangis ni? Masih teringat peristiwa silam tu ke?” Rahimi memegang kedua-dua belah pipi Airina yang masih enggan membuka mata itu.

“Abang dah balik?” Airina membuka matanya apabila terdengar suara suaminya.

“Itu pula yang ditanyanya. Sayang penat sangat ye sampai tidur lepas Asar ni?”

“Ayang mandi tadi. Tengok jam masih pukul 5 petang. Jadi, ayang baring kejap atas katil. Tengok-tengok terlelap pula,” tersengih Airina.

“Bukan terlelap tapi terlena. Abang usik sayang pun sayang tak sedar,” Rahimi mencuit hidung Airina.

“Maaf abang tak sambut abang pulang tadi,” Airina berasa bersalah.

“Tak apa. Kesian sayang, mesti penat sangat mengemas rumah tadi. Lagi-lagi rumah ini rumah yang baru diduduki. Mesti banyak yang kena kemas,” Rahimi memahami isterinya itu.

“Terima kasih abang sebab memahami. Abang nak mandi dulu ke? Atau nak makan dulu?” soal Airina yang sedang menongkat dagunya di atas dada Rahimi.

“Kalau abang nak ayang mandikan boleh?” seloroh Rahimi.
Airina memukul lengan suaminya seraya bangun dari pembaringan.

“Nanti jadi apa pula kalau ayang mandikan abang,” geram Airina.

“Jadi macam apa sayang?” soal Rahimi.

“Abang ni kan. Suka kenakan ayang. Dahlah bang. Baik abang mandi sekarang. Saya nak panaskan lauk dulu,” Airina beralih ke almari untuk mengambil tudungnya.

“Malulah tu,” usik Rahimi apabila melihat muka Airina yang sudah merah itu.


***************


Khairul ternampak Izwani memegang gambar ibu bapa mertuanya lalu diambilnya.

“Patutlah muka merah je. Mesti menangis dia ni,” Khairul meletakkan gambar tersebut di atas meja lampu tidur sebelum menindih badan isterinya.

Muka Izwani dikucupnya bertalu-talu. Izwani mengeliat kegelian sambil mengerakkan kepalanya ke kiri dan ke kanan.

“Abang..janganlah. Gelilah,” kata Izwani yang sudah membuka matanya.

“Turunlah abang. Beratlah,” Izwani menolak badan sasa Khairul itu namun usahanya gagal.

Khairul menghentikan perbuatannya sebelum merenung ke dalam anak mata isterinya.

“Ini hukuman sebab sayang tidur selepas Asar. Ayang kan tahu keburukan kalau tidur selepas Asar. Boleh jadi gila tau. Abang tak nak isteri abang jadi gila,” selamba Khairul.

“Ayang tertidurlah abang. Maafkan ayang ye, bang?” Izwani membuat muka comelnya.

Khairul mula berasa geli hati lantas didekatkan bibirnya ke bibir Izwani.

“Abang?!” Izwani menolak muka Khairul.

Khairul turun dari badan Izwani. Izwani terus bangun dari pembaringannya.

“Itu baru sikit, sayang. Ada banyak lagi abang nak buat kat ayang tau,” usik Khairul.

“Ish abang ni. Suka sangat usik orang. Dahlah. Baik abang mandi sekarang. Ayang dah lapar ni,” Izwani memuncungkan mulutnya.

“Laa..ayang tak makan lagi ke?” pelik Khairul.

“Ayang dah makan tengah hari tadi. Petang tak makan lagi sebab nak tunggu abang balik,” jawab Izwani.

“Allah. Solehahnya isteri abang ni. Tapi, lagi solehah kalau ayang mandi dengan abang,”

“Abang jangan macam-macam ye. Ayang baru mandi tadi,”

Tergelak Khairul melihat reaksi isterinya yang sudah mula gementar itu.


***************


Mereka mula makan selepas Rahimi membaca doa makan. Terkejut juga sang suami apabila melihat ketiga-tiga gadis untuk bermata merah.

“Korang buat jejak kasih ke tadi?” soal Khairul.

“Kenapa abang cakap macam tu?” pelik Izwani dengan soalan yang diajukan itu.

“Habis tu, kenapa mata semuanya merah?” balas Khairul.

Sofea, Izwani dan Airina memandang antara satu sama lain. Tergelak mereka melihat mata masing-masing.

“Gelak pula dia,” makin pelik Rahimi.

“Ini hal perempuan, abang. Kami je yang faham,” ujar Airina.

“Ini mesti bergosip, kan? Tak pun korang mengumpat suami sendiri, kan?” sengaja Khairul berkata begitu.

“Mana ada!” serentak Sofea, AIrina dan Izwani.

“Kami tahulah dosa apabila mengumpat suami sendiri,” kata Izwani.

“Apatah lagi membuka aib suami sendiri,” menyampuk Airina.

“Kami tahu yang syurga kami di bawah tapak kaki suami,” Sofea turut bersuara.

“Dah-dah. Jangan pula ada yang bergaduh nanti. Mereka bergurau saja tu,”

Hakim meleraikan pergaduhan itu supaya tidak berpanjangan. Nanti ada pula yang kena tidur di ruang tamu. Tidak pun di ruang solat.

“Maaf,” serentak Rahimi dan Khairul.

“Kami pun nak minta maaf,” bersalah Sofea, Airina dan Izwani kerana meninggikan suara.


Selesai makan dan mengemas di dapur, mereka berenam berkumpul di ruang solat. Apabila azan Maghrib berkumandang, mereka menunaikan solat berimankan Hakim. Seusai solat, mereka bersalaman.

“Ampunkan dosa ayang, abang,” sang isteri mengucup tangan sang suami.

Sang suami membalas dengan mengucup dahi sang isteri.

“Abang maafkan,”





<BAB 7          BAB 9>

No comments:

Post a Comment