Tuesday, November 13, 2018

NOVEL : APARTMENT (BAB 3)


NOVEL : APARTMENT


BAB 3


“Assalamualaikum,”

“Waalaikummussalam. Alhamdulillah korang dah sampai. Jemput duduk,” pelawa Izwani.

Khairul duduk bersebelahan dengan Hakim manakala Rahimi duduk di sebelah Khairul. Izwani sedang sibuk mengisi nasi pada setiap pinggan. 

Airina pula sedang meletakkan semangkuk kari di atas meja manakala Sofea sedang menuangkan air ke dalam cawan.

Selesai tugasan, mereka duduk di hadapan pasangan masing-masing. 

Meja makan tersebut muat untuk diduduk dengan lapan orang memandang terdapat lapan buah kerusi di situ.

Khairul membaca doa makan sebelum mereka mula makan. Lauk pada pinggan suami mereka sudah dipenuhi lauk yang diisi oleh isteri masing-masing. Isteri mereka mula gementar apabila melihat suapan pertama sang suami.

“Macam mana? Sedap ke?” soal Sofea pada suaminya.

Mata sang isteri setia memandang suami masing-masing.

“Sedap. Pandai korang masak,” puji Rahimi.

“Betul tu,” sokong Khairul sambil menganggukkan kepalanya.

Hakim hanya mengangkat kedua-dua keningnya beserta anggukan kepalanya. Sofea faham maksud tersebut di mana suaminya berpuas hati.

“Alhamdulillah,” serentak Airina, Sofea dan Izwani.

“Tak sia-sia kita pergi Giant tadi,” gembira Izwani.

Matanya memandang Airina dan Sofea yang sedang memandangnya.

“Korang bertiga ni cepat betul jadi rapat. Tak sampai 24 jam pun lagi,” kagum Rahimi.

“Kalau nak tahu, kami bertiga sama umur tau. Sebab itu kami rapat,” jawab Izwani.

“Mungkin kita bertiga ni kembar yang terpisah kut,” kedengaran gelak-tawa mereka selepas mendengar seloroh Airina.

“Mustahillah. Wani ni anak tunggal tau. Saya sudah ada dengan dia sejak dia berumur lima tahun,” bantah Khairul.

“Ish awak ni. Itu pun nak beritahu. Jangan hancurkan kebahagiaan kami tau,” geram Izwani, namun masih mengawal nadanya.

“Baguslah korang bertiga sudah rapat. Korang asal dari mana ni?” soal Rahimi.

“Saya berasal dari Kelantan, manakala suami saya berasal dari Pahang,” jawab Sofea.

“Kami berdua berasal dari Johor,” ujar Khairul.

“Oh. Kami pula berasal dari Perak,” kata Rahimi pula.

“Encik Rahimi dan Encik Khairul kerja apa?” soal Sofea.

“Saya kerja di kilang kawan saya di depan Mc Donald sana,” jawab Khairul.

“Saya pula kerja di syarikat yang ada di lorong nak masuk ke Mc Donald tu,”

“Oh. Dekat sajalah dengan syarikat abang Hakim. Jadi, bolehlah korang pergi kerja dengan menaiki satu kereta sahaja. Boleh jimat duit minyak,”

Sofea memberi cadangan sambil memandang suaminya yang masih belum bersuara itu.

Semua mata mula memandang Hakim yang hampir selesai makan itu.

“Mulai esok, korang tumpang saja dengan saya,” akhirnya Hakim mula bersuara.

“Terima kasih, kawan. Tidaklah saya risau jika hujan nanti,” senyum Khairul sambil memeluk bahu Hakim.

Seronok Sofea, Izwani dan Airina melihat perubahan hubungan di antara suami mereka. Nampaknya, rancangan mereka berjaya untuk mengeratkan hubungan yang regang itu.

Selesai makan, sang suami melabuhkan punggung mereka di atas sofa berhadapan dengan televisyen manakala sang isteri mula mengemas di ruang dapur.

“Oh. Isyak dah masuk,” kata Sofea apabila terdengar azan berkumandang.

“Awak pergi solat dululah, Sofea. Kami boleh selesaikannya,” arah Izwani.

“Baiklah kalau begitu. Saya masuk bilik dulu,” lalu Sofea mula mencari kelibat suaminya di ruang tamu.

“Cari Hakim ke? Dia baru masuk dalam bilik tadi,” Khairul seperti faham apabila melihat perbuatan Sofea itu.

“Ye ke? Terima kasih,” balas Sofea sebelum melangkah masuk ke dalam biliknya.

Sempat Khairul mengajak Sofea untuk sembahyang berjemaah dengan mereka di ruang solat namun Sofea hanya menganggukkan kepalanya.


***************

 “Awak, mereka ajak solat sekali,” kata Sofea pada suaminya yang sedang memakai kain pelikat itu.

“Jomlah kita solat sama dengan mereka,” air mata Sofea hampir sahaja gugur apabila mendengar kata-kata suaminya.

Selesai mengemas dapur, Airina dan Izwani duduk di ruang tamu. 

Izwani melihat siaran yang disediakan dengan menekan punat pada alat kawalan.

“Malam ni ada cerita menarik ke?” soal Airina sambil melihat siaran yang diubah-ubah oleh Izwani.

“Televisyen ni tiada siaran astro. Tapi, TV3 ada movie malam ni. Cerita Rush Hour 3. Nak tengok ke?” balas Izwani.

“Boleh juga,” ceria muka Airina.

“Banyak siaran yang ada ke, Wani?” Izwani terus menoleh ke belakang apabila terasa bahunya dipegang.

Jantung Izwani mula berdegup kencang melihat gerangan kepunyaan tangan yang berada di atas kedua-dua bahunya.

“Siaran yang percuma je ada,” jawab Izwani tanpa memandang ke arah suaminya.

“Duduklah atas sofa ni. Boleh tengok berita sama-sama,” pelawa Airina apabila ternampak Khairul dan Rahimi sudah berdiri di belakang mereka.

Airina dan Izwani mula beralih ke almari yang berada di bawah televisyen itu. Diselongkarnya almari itu untuk melihat isi dalam yang ada di dalam almari itu. Mereka bersimpuh di atas karpet.

Khairul dan Rahimi sedang melihat telatah isteri mereka selepas melabuhkan punggung pada sofa.

Siaran TV3 dibiarkan saja. Melihat isteri mereka lebih menarik daripada melihat berita yang tersiar itu.

“Wah! Ada cerita Shrek lah,” gembira Izwani apabila menjumpai CD Shrek itu.

“Ada cerita apa lagi?” Sofea terus duduk bersama-sama dengan Airina dan Izwani.

Hakim pula duduk di atas sofa, bersebelahan dengan Rahimi.

“Ada cerita Bleach! Bestnya,” gembira Sofea sambil membelek CD Bleach itu.

“Macam budak-budak yang dapat gula-gula je mereka ni,” geli hati Khairul.

Rahimi dan Hakim turut ketawa melihat telatah isteri mereka.

“Korang kerja pukul berapa esok?” soal Hakim namun enggan memandang Khairul dan Rahimi kerana risau mereka gerun dengan parut pada mukanya.

“Hakim, kami tak kisah dengan rupa awak tu. Jangan risau. Kitakan kawan,” ujar Rahimi sambil memeluk bahu Hakim.

“Betul tu,” sokong Khairul sebelum Hakim menoleh ke arah Khairul dan Rahimi.

“Panggil saya Rahim je. Esok saya kerja pukul 9 pagi,”

“Saya pun kerja pukul 9 pagi juga,”

“Kalau begitu, esok kita bertolak pukul 8.30 pagi,” cadang Hakim.

Hakim, Rahimi dan Khairul mula berbual-bual. Tersenyum lebar Sofea, Airina dan Izwani melihat situasi itu.

“Alhamdulillah mereka sudah menjadi akrab,” lega Izwani sambil memeluk bahu Sofea yang sudah mengalirkan air matanya.

“Jangan terharu sangat, Sofea. Nanti buruk muka tu,” ejek Airina sambil mengesat air mata Sofea.

“Ada-ada saja awak ni untuk mengenakan saya, kan,” tersenyum Sofea mendengar seloroh Airina itu.

“Rush Hour dah mula,” terhenti perbuatan Airina, Izwani dan Sofea apabila terdengar suara Khairul.

Semua CD dimasukkan ke dalam almari sebelum mereka duduk di atas karpet berhadapan dengan lutut suami masing-masing. Sofa hanya ada sebuah yang memuatkan tiga orang sahaja.



Selepas sejam cerita Rush Hour, sang suami perasan yang isteri mereka mula tersengguk-sengguk.

“Mesti mereka penat shopping tadi. Lepas tu, kena masak pula tadi,” kata Rahimi.

Televisyen ditutup oleh Hakim menggunakan alat kawalan. Badan Sofea yang sedang melentok pada lututnya digerakkan.

“Sofea, kita masuk tidur ye,”

“Rin, jom tidur sekarang,”

“Wani, kalau nak tidur, tidur dalam bilik,”

Mendengar kata-kata suami mereka, hanya dibalas dengan anggukan dan tangan mereka bergerak untuk memisat mata sendiri. Mereka mengekori suami masing-masing masuk ke dalam bilik. Lampu di ruang dapur dan di ruang tamu sudah ditutup.


***************

 “Awak tak nak tidur dengan saya atas katil ke?” soal Hakim apabila Sofea berdiri tegak selepas keluar dari bilik air. Tudung Sofea sudah dibuka.

“Awak masih takutkan dengan wajah saya ke?” soal Hakim lagi apabila Sofea tidak menjawab pertanyaannya.

“Tak. Mana ada. Saya risau awak tidak selesa saja bila saya tidur dengan awak,” Sofea mula berasa gugup.

“Jangan risau. Kalau awak jauh dari saya, saya akan fikir yang awak masih gerun dengan wajah hodoh saya ni,” sedih Hakim.

“Mana ada saya gerun. Lagipun, wajah awak langsung tak hodoh. Nampak menawan adalah. Baiklah. Saya tidur dengan awak,” mengalah Sofea sebelum baring di sebelah Hakim, enggan menderhakai suami sendiri.

Hakim menarik comforter hingga ke paras dada Sofea.

“Selamat malam, sayang,” Hakim mengucup dahi Sofea sekilas.

Merah muka Sofea ketika itu.


***************


 “Kita sudah menjadi suami isteri yang sah. Jadi, baik awak dengar cakap saya. Tidur atas katil dengan saya,” muktamad Rahimi.

Disebabkan enggan bertikam lidah, Airina yang duduk di meja solek mengantungkan tudungnya pada almari sebelum naik ke atas katil.

“Awak jangan ambil kesempatan dengan saya tau,” pesan Airina.

“Takkan dengan suami sendiri pun nak buat syarat,” muncung mulut Rahimi sambil mengiring ke arah isterinya.

Airina menjeling tajam ke arah Rahimi.

“Saya masih belum bersedia lagi. Maafkan saya,” perlahan suara Airina, enggan memandang mata Rahimi yang amat menggodakan itu.

“Saya faham yang awak terpaksa berkahwin dengan saya untuk melangsaikan hutang adik awak. Malah, awak mesti sudah bersedia untuk mendengar berita kematian saya, kan?” kecewa Rahimi.

“Apa awak merepek ni? Mana ada saya fikir macam tu. Selepas awak menjadi suami saya, saya menjadi tak keruan tau. Lagi-lagi apabila tahu yang awak akan dihukum gantung sampai mati. Awak tahu apa perasaan saya apabila melihat awak digantung masa tu?” air mata Airina mula mengalir apabila teringat peristiwa hitam itu.

“Shu..maafkan abang, sayang. Janganlah menangis. Abang kan dah selamat sekarang. Abang masih hidup lagi ni,” Rahimi menyembamkan kepala Airina pada dadanya sambil mengusap belakang Airina.

Airina memegang erat baju Rahimi sambil menangis. Sungguh dia tidak kuat mengenangkan peristiwa itu.


***************

 “Disebabkan saya, kita terpaksa kahwin. Malah, kita pula terpaksa tidur sekatil ni. Maafkan saya Khairul kerana menyebabkan awak terjebak dalam masalah saya,” sebak Izwani.

Izwani dan Khairul sudah terbaring di atas katil.

“Kan saya sudah kata jangan mengungkit peristiwa itu. Kita baru kahwin 2 hari lepas. Malah, saya lebih rela awak kahwin dengan saya daripada melihat awak kahwin dengan si Faiz tu. Faiz tu pengedar dadah tau,” geram Khairul apabila mendengar berita bahawa ibu bapa Izwani menginginkannya untuk berkahwin dengan Faiz.

Disebabkan pertolongan yang diminta Izwani, mereka larikan diri ke Selangor.

“Saya tahu. Faiz tu berlagak baik di depan ayah saya. Saya risau dia apa-apakan keluarga saya jika dia tahu saya larikan diri daripadanya malah saya sudah jadi isteri sah awak,” gusar Izwani.

“Dah dah. Yang penting sekarang, kita mulakan hidup baru kita. Esok awak nak masak sarapan apa?” Khairul mengubah topik mereka.

“Pandailah awak ubah cerita, kan? Kami cadang nak masak nasi lemak..,” tidak sempat Izwani menghabiskan ayatnya apabila pipi kirinya dikucup oleh Khairul.

Tangannya memegang pipi yang dikucup manakala matanya terbeliak memandang Khairul.

“Ini yang saya nak tidur bawah ni,” geram Izwani sambil memukul lengan suaminya.

“Haha. Janganlah begitu, sayang. Abang suka tengok reaksi awak je tadi. Dahlah. Jom tidur,” geli hati Khairul lalu menutup lampu tidur yang bersebelahan dengannya.

“Awak jangan ambil kesempatan dengan saya ye,” ugut Izwani sebelum memejamkan matanya.

Tidak lama kemudian, sang isteri mula terlelap kerana kepenatan. Sudahlah baru berpindah, mereka juga pergi membeli barang dapur dan memasak untuk suami mereka.


Sang suami menarik tubuh isteri masing-masing perlahan-lahan ke dalam dakapan mereka. Mereka mengucup ubun-ubun isteri masing-masing. Sungguh mereka bersyukur dikurniakan isteri seperti mereka.



<BAB 2          BAB 4>


No comments:

Post a Comment