Monday, September 3, 2018

NOVEL : PEARL, THE LAST WARRIOR OF SEF (BAB 15)

NOVEL : PEARL, THE LAST WARRIOR OF SEF

Bab 15 - Homesick

“Korang?” tegur Jamie.

“Tadi perempuan ni yang meminta tolong untuk mencari anaknya yang hilang. Baguslah kalau mereka dah bertemu semula,” lega Ethan melihat perempuan tua itu mencium anak perempuannya berkali-kali.

Selepas itu, mereka bertanya kepada anak-beranak itu namun budak kecil itu tidak ingat apa yang telah berlaku. Pelik semua.

Selepas mengucapkan terima kasih, Pearl dan pahlawannya berpisah dengan anak-beranak itu sebelum meneruskan perjalanan mereka.

Akhirnya, mereka tiba di bandar.

Pada malam itu, Pearl tidak dapat tidur kerana teringatkan anak-beranak itu.

“Mak…,” air mata Pearl mengalir teringatkan maknya lalu dia memejamkan matanya.

Keesokkan harinya, mereka meneruskan perjalanan untuk mengelakkan mereka dikesan oleh musuh.

Apabila sampai di tempat yang tiada orang, “Baiklah. Sekarang Pearl boleh kuasai kuasa Fitri dan Charlie. Jadi, giliran saya pula ye,” tak sabar Danial.

“Kalau begitu, kami pergi berlatih kat sana dulu,” tinggal Pearl, Fitri, Charlie dan Danial di situ.

“Pearl cuba bergabung dengan Danial dulu baru gabung dengan kami berdua ye,” pesan Fitri.

“Baiklah,” lalu Pearl menggunakan kuasanya untuk menjadikan Danial sebagai mutiara pada rantai lehernya.

Tiba-tiba mutiara tersebut menjauhkan dirinya dengan leher Pearl. Danial menjadi manusia semula.

“Apa dah berlaku?” pelik Charlie.

“Pearl..pun tak pasti. Saya cuba lagi sekali,” lalu Pearl cuba lagi sekali, namun tetap gagal.

“Mungkin Pearl perlukan rehat,” kata Fitri.

Sedih Danial lalu pergi dari situ dengan wajah yang muram.

“Pearl rehatlah di bawah pokok ni dulu,” ujar Charlie sambil memegang pokok yang rendang di hadapannya.

Selepas Fitri dan Charlie beredar, Pearl baring berbantalkan begnya. Dia memejamkan matanya.

“Mak…,” air matanya mengalir. 

Mak Pearl yang berada di rumah terasa sesuatu.

Sedang Jamie dan Ethan berlatih, tiba-tiba Izzul datang ke arah mereka.

“Jamie, cepat tolong!” tercunggap-cunggap Izzul. Pelik mereka.

“Panasnya dahi dia,” terkejut Kamal apabila meletakkan tangannya pada dahi Pearl.

“Beri laluan!” kata Izzul. 

Jamie terus ke arah Pearl yang terbaring. 

Muka Pearl merah dan berpeluh.

“Pearl demam panas ni,” kata Jamie lalu mengeluarkan peralatan doktornya.

“Nampaknya, kita kena pergi dari sini dengan segera,” kata Ali, terhidu bau orang jahat.

“Danial, buat lubang sekarang,” akur Danial dengan arahan Kamal.

Ethan menggunakan kuasanya untuk menghalimunankan semua manakala Charlie menghilangkan bau mereka.

Yang berada dalam lubang ialah Danial, Jamie, Ali, Kamal dan Pearl.

Yang lain berada di atas lubang untuk melihat siapa musuh mereka.

“Kau kenapa Danial? Muram je dari tadi,” pelik Kamal.

“Tadi saya marahkan Pearl sebab tak boleh bergabung dengan saya. Rupa-rupanya sebab dia tak sihat. Saya rasa bersalah…,” sedih Danial.

“Jangan risau. Mesti Pearl faham,” pujuk Kamal.

“Shu! Mereka datang,” kata Ali.

“Mak,” Pearl membuka matanya.

“Pearl..,” terkejut Pearl apabila mendapati maknya di hadapannya.

Pearl terus duduk dan memeluk maknya. Air matanya mengalir.

“Pearl rindu kat Mak,” Pearl memeluk Maknya dengan erat.

Mak Pearl hanya senyum.

“Mari makan bubur ni,” lalu Pearl melepaskan pelukannya.

Maknya menyuapkan bubur pada Pearl.

Wajah Pearl sangat ceria.

Selepas selesai makan bubur dan ubat, Pearl baring atas katilnya.

Mak Pearl meletakkan tuala kecil yang suam atas dahi Pearl.

“Tidur ye, sayang,” maknya cium kepala Pearl.

Perlahan-lahan mata Pearl tertutup.

*****

Pearl terbangun dari tidurnya. Dia terus duduk.

“Kat mana ni?” Pearl menoleh ke kiri dan kanan.

“Oh. Tadi saya tertidur bawah pokok ni,” baru teringat Pearl lalu berdiri.

“Mana yang lain ye?” fikir Pearl lalu mula mencari pahlawannya.

“Jadi, korang ni yang cederakan budak kecil tu?! Dan hilangkan ingatan dia?!” tanya Lukman.

“Bukan. Kami cuma nak makan budak tu je tapi dia berjaya melarikan dirinya. Bukan kami yang hilangkan ingatan dia,” kedengaran suara orang jahat.

Pearl mula mendekati pahlawan yang mengelilingi orang jahat tersebut. 

“Kami ada arahan dari Derora. “Saksikan mimpi ngeri korang tak lama lagi. Hahahaha,”” tiba-tiba semua orang jahat itu membunuh diri mereka.

“Kejamnya. Sanggup mereka buat begitu,” ngeri Berahim, tak sanggup melihat.

“Eh? Pearl, kau ok ke?” Berahim terus ke arah Pearl dan menghalangnya dari mendekati orang jahat itu.

“Apa dah berlaku? Kenapa korang berkumpul di sini?” tanya Pearl.

Cemas semua pahlawan.

“Tadi ada orang jahat datang serang kami. Lepas tu, mereka bunuh diri untuk mengelakkan kami tahu lebih lanjut tentang Derora,” jujur Berahim.

Pahlawan yang lain menepuk dahi masing-masing.

“Kau ni Berahim. Jom kita pergi dari sini Pearl,” lalu Jamie menarik lengan Pearl.

Yang lain hanya ikut dari belakang sambil membuat muka pada Berahim.

“Kenapa? Betullahkan apa yang saya katakan,” pelik Berahim.

“Demam dah sembuh. Pearl jangan memaksa diri tau. Nanti sakit lagi,” kata Jamie sambil menyimpan barang doktornya.

“Hehe. Terima kasih doktor. Maaf sebab menyusahkan semua. Dan…,”

“Dan…, apa?” tak sabar Lukman.

“Pasal Mak,”  tersentak mereka.

“Pearl tahu yang mimpi tadi, korang yang buat, kan? Terima kasih,” tersenyum Pearl.

“Da..dah-dahlah. Pergi berehat tu. Saya nak berlatih dulu,” sesetengah daripada mereka berasa segan lalu beredar dari situ.

Tersenyum Pearl.


Dari jauh, mak Pearl tersenyum memandang langit sambil memegang tuala kecil.



<<BAB 1          <BAB 14          BAB 16>

No comments:

Post a Comment