NOVEL : D-DAY
Bab 2 - Perpisahan
Di dalam
gua, kelihatan Kouga sedang dirawat.
“Aduh,”
kesakitan Kouga.
“Abang…,”
risau Kouru.
“Tak apa.
Jadi, korang berdua ni siapa? Bukan ke korang ni kerja dalam istana? Adakah
korang diupah untuk bunuh kami?” tanya Kouga.
“Sebaliknya,
Putera Kouga. Kami diarahkan oleh Raja Simon untuk melindungi Putera Kouga dan Puteri
Kouru,” kata Borhan.
“Arahan
ayah? Adakah disebabkan cahaya tu?” teringat Kouru.
“Ye.
Disebabkan cahaya emas itu. Nama saya Borhan, salah seorang pahlawan yang
dipilih oleh Raja Simon. Saya juga yang menyamar sebagai pengawal peribadi Puteri
dalam istana,” tersenyum Borhan.
“Saya pula Asyraf,
chef istana. Saya yang melontarkan asap tadi supaya kalian dapat melepaskan
diri,” kata Asyraf selepas selesai membalut luka Kouga.
“Kami sedia
untuk membantu,”
Borhan dan Asyraf
melutut hormat ke arah Kouru dan Kouga.
“Terima
kasih, En Borhan dan En Asyraf sebab selama ini melindungi Kouru…dan saya,”
“Tuan
putera tahu?” terkejut Asyraf.
“Saya
nampak yang En Asyraf merawat saya semasa saya terkena racun dan panah, kan?
Dan En Borhan sentiasa melindungi Kouru semasa dia dalam bahaya,” jawab Kouga.
“Saya juga
tahu yang tuan putera curi-curi masuk bilik Puteri semasa Puteri demam. Jadi,
saya halau semua pengawal masa tu,” tersenyum Borhan.
“Terima
kasih En Borhan, En Asyraf…dan abang Kouga,” tersenyum Kouru.
“Jadi, kita
kena mencari 8 lagi pahlawan. Di mana kami nak cari?” tanya Kouga.
“Sebelum
tu, kami nak melaporkan sesuatu. Dalam masa 10 hari, Raja Shamsol akan
meluaskan kawasan jajahannya dan memulakan peperangan dengan negara lain,”
lapor Borhan.
“Jadi,
untuk mengelakkan peperangan ni, kita kena mencari mereka dengan segera. Kami
dapat mengesan mereka berada di barat dan timur. Disebabkan kita kesuntukan
masa, kita terpaksa berpecah kepada dua…dan kena bertolak mulai esok,” kata Asyraf.
“Maksudnya,
saya dan En Asyraf akan ke timur…Kouru dan En Borhan akan ke barat,” faham
Kouga.
“Jadi, saya
kena berpisah dengan abang ke? Tapi, kita baru bertemu,” sedih Kouru.
“Adik,
selepas 10 hari, kita akan bertemu di sini ye. Maafkan abang sebab…,”
Kouru terus
memotong kata-kata Kouga.
“Saya
faham, abang. Baiklah. Kouru masuk tidur dulu. Esokkan kena berjalan jauh.
Selamat malam,”
Kouru terus
membaringkan badannya berdekatan unggun api. Air matanya mengalir.
Risau Kouga
melihat adiknya yang enggan mengiring ke arahnya.
Keesokkan
paginya, mereka berdiri di laluan masing-masing.
“Borhan,
jaga puteri baik-baik tau,” pesan Asyraf.
“Jangan
risau. Kau pun sama tau, Asyraf. Jaga putera baik-baik,” balas Borhan.
Kouga
memandang Kouru yang enggan memandangnya.
“Mari kita
bertolak sekarang, putera,” ujar Asyraf.
Mereka mula
berjalan.
Kouga
memberhentikan langkahnya dan terus berlari ke arah Kouru. Memang tepat tekaan
Kouga yang Kouru sedang menangis diam-diam.
Kouga terus
memeluk Kouru dengan erat.
“Adik, jaga
diri baik-baik tau. Janji dengan abang yang adik takkan menangis ye. Yakin pada
diri sendiri. Buat keputusan yang memuaskan hati semua orang ye,”berpesan Kouga
sebelum melepaskan pelukan.
“Abang ni
banyak cakap pula,” tersenyum Kouru.
“Kan manis
kalau Puteri Kouru senyum. Berbunga-bunga hati pahlawannya nanti, kan En Borhan?”
“Hah..betul
tu, Putera Kouga,” sokong Borhan.
“Abang,
selamat ulang tahun kelahiran semalam,” malu-malu Kouru.
“Kamu juga,
Kouru” tersenyum Kouga.
“Jumpa
nanti ye, adik,” itulah kata-kata terakhir seorang abang sebelum mereka
berjalan mengikut haluan masing-masing.
Maka, bermulalah
pengembaraan Kouga di negeri belah timur manakala pengembaraan Kouru di negeri
sebelah barat.
No comments:
Post a Comment