NOVEL : D-DAY
Bab 10 - Bertemu Semula
Kouga terbayang wajah Kouru ketika itu.
Selepas
fajar menyinsing, mereka meneruskan perjalanan masing-masing.
Pada
tengah hari pula,
“Kita
dah sampai,” kata Borhan.
Kouru
berlari masuk ke dalam gua diikuti yang lain.
“Putera
Kouga dan yang lain belum sampai lagi,” perlahan suara Borhan.
“Tak
apa. Masih ada masa lagi. Mari kita cari makanan dulu dan kemas tempat ni,”
senyuman pahit terukir di wajah Kouru.
“Jom!”
bersemangat Faizul.
******************************
Kumpulan
Kouga pula, jambatan yang menghubungkan dua bukit telah dibakar dengan sengaja.
“Macam
mana ni? Kalau kita ikut laluan lain, tengah malam baru sampai, itu pun paling
awal,” kata Kassim.
“Tak
boleh! Kita kena teruskan juga,”
Kouga
meninggikan suaranya.
Terkejut
semua.
“Ma…maafkan
saya. Saya tak dapat berfikir dengan waras tadi,” tersedar Kouga.
“Tidak
mengapa, Kouga. Saya boleh lompat dari sini ke sana. Kouga, mari saya gendong,”
bersemangat Jeremy.
“Jeremy,
bawa saya dulu. Saya nak tengok kawasan sekeliling dulu. Risau ada serang
hendap,” nyampuk Asyraf, lalu Jeremy menggendong Asyraf dan melompat ke
seberang.
“Kouga
akan lompat dengan Jeremy. Yang lain akan guna tali ni untuk seberang,” kata Erik
sambil tunjuk beberapa dahan lembut yang diambil dari bukit sebelah untuk dijadikan
tali.
“Erik,
kau guna kuasa kau ye,” kagum Ismail.
Jeremy
kembali semula.
“Mari
Kouga,” lalu Jeremy menggendong Kouga dan mula melompat.
“Sup!”
tiba-tiba kaki Jeremy ditembak sesuatu dan tidak terlepas untuk seberang.
“Kouga!”
jerit Asyraf.
Kouga terbayang wajah Kouru ketika itu.
No comments:
Post a Comment