NOVEL : D-DAY
Bab 7 - Firasat
Kouru,
Borhan, Cheong dan Dollah berjalan-jalan di kampung seterusnya.
Seperti
sesuatu telah menarik Kouru ke sebuah gerai barang kemas itu.
“Cantiknya,”
senyuman terukir di bibir Kouru apabila melihat barang perhiasan tersebut.
“Cik
suka pengikat rambut ni? Ia sangat sesuai dengan cik,” kata peniaga itu.
“Saya
suka. Tetapi, rambut saya ni akan pendek juga,” terkejut peniaga itu mendengar
kata-kata Kouru.
“Eh?
Apa yang saya cakapkan ni? Mengarut je. Maafkan saya ye, cik,”
“Nanti,
cik. Mari ke sini jap,” akur Kouru, mendekati peniaga itu.
“Ini..,”
terkejut Kouru apabila peniaga itu memakaikan penyepit rambut pada kiri dan
kanan sisi rambut Kouru.
“Cantiknya
kamu, Puteri Kouru. Saya harap Puteri akan sentiasa cantik walaupun hanya
tinggal senyuman di bibir, supaya kami, 10 pahlawan turut tersenyum,” terbeliak
mata Kouru.
“Kamu..,”
Peniaga
itu menanggalkan rambut palsunya dan melutut hormat di hadapan Kouru.
“Saya,
Faizul bersedia untuk berkhidmat dengan tuan puteri,” senyum Faizul.
“Apa
dah berlaku, Kouru? Eh? Kau kan…?”
Borhan
ternampak Faizul.
“Borhan!”
Faizul
terus peluk Borhan.
“Korang…dah
kenal?” pelik Kouru.
“Sebenarnya,
kami 10 pahlawan pernah berjumpa satu sama lain semasa Raja Simon memberi
amanatnya untuk melindungi Putera Kouga dan Puteri Kouru,” kata Cheong, yang
muncul bersama-sama dengan Dollah.
“Oh,”
faham Kouru.
“Kita
dah jumpa Faizul. Jom kita cari lagi sorang kat kampung sebelah,” bersemangat Dollah.
“Nanti.
Sebelum tu, habiskan semua jualan ni, baru kita bertolak ye,” bersyarat Faizul.
“Tapi,
kita kena cepat sebelum peperangan berlaku,” kata Borhan.
“Tak
apa. Kita akan bantu En Faizul berniaga. Esok baru kita bertolak ye,” senyum
Kouru.
“Dengar
semua? Ini arahan Puteri Kouru. Jangan ingkar. Haha. Terima kasih, Puteri,”
seronok Faizul, memakai semula rambut palsunya.
“Kouru.
Panggil saya Kouru sahaja. Ada pelangganlah. Selamat datang,”
Kouru
berusaha untuk melayan pelanggan.
Matahari
mula terbit,
“Kouru,
lebih baik Kouru rehat dulu. Dah lama Kouru berdiri ni. Nanti pengsan pula,”
risau Borhan.
“Betul
tu, Kouru. Pergilah masuk berehat,” sokong Faizul.
“Baiklah.
Kouru berehat jap ye,” lalu Kouru ke bilik belakang.
Tanpa
diduga, dia diculik selepas Kouru melelapkan matanya. Penculik itu melalui di
bahagian tingkap bilik tersebut.
“Kouru,
nak makan …eh?” terbeliak mata Dollah apabila mendapati Kouru tiada di dalam
bilik.
Terlepas
pinggan yang dipegangnya dari tangan.
“Semuanya
RM30. Terima kasih,”
Faizul
sedang sibuk melayan pelanggannya.
“Kecemasan!
Kecemasan! Kouru hilang!” cemas Dollah.
“Hilang?!”
terkejut yang lain.
“Saya
dan Borhan akan cari Kouru. Dollah dan Cheong tolong jaga kedai ye,”
Faizul
bersedia untuk melawan. Rambut palsunya ditanggalkan. Sarung tangan penebatnya
dipakai.
“Tak
nak! Kami nak ikut juga. Lagipun, kau tahu ke mana Kouru hilang?” bantah Dollah.
“Saya
tahu. Sebab saya dapat kesan dia melalui penyepit rambutnya. Korang perlu
tunggu di sini sebab nanti mereka akan ke sini lagi. Lebih ramai. Sebab tu saya
suruh korang berdua tunggu ini sebab saya yakin yang korang dapat tumpaskan
mereka,” tegas Faizul.
“Minta
tolong ye, Cheong..Dollah,” lalu Borhan dan Faizul ke markas penculik itu
dengan kuasa Faizul.
************
“Apa
dah berlaku?” suara penculik menyebabkan Kouru terjaga dari tidur.
Mantelnya
hilang. Kaki, mulut dan tangannya terikat.
“Saya…diculik?”
terkejut Kouru.
“Akhirnya
terjaga juga harta kita ni. Rambut yang cantik,” kata penculik itu, menarik
rambut Kouru sampai kaki Kouru tidak jejak ke lantai.
Pisau
lipat yang disorok Kouru berjaya memotong tali ikatan tangannya. Kouru mencapai
pisau di pinggang penculik itu lantas memotong rambutnya. Kouru terlepas lalu
segera melarikan diri.
“Kejar
dia!” arah penculik itu.
“Dush!”
kebetulan Faizul dan Borhan sampai dan terus belasah semua penculik itu.
Beberapa
minit kemudian,
“Mana
Kouru?! Cakap cepat!” geram Borhan selepas semua penculik berjaya. tertumpas.
“Dia…dah
lari,”
“Lari?”
serentak Faizul dan Borhan.
********
“Huh
huh,”
Kouru
tercunggap-cungap.
“Itukan..?”
Kouru
ternampak busur panah dan beberapa beg anak panah lalu dia mengambilnya untuk
dijadikan senjata.
“Shu!”
Kouru
terdengar sesuatu di semak lantas dia terus memanjat pokok.
“Nasib
baik saya pernah naik pokok dengan Uga…abang,”
Kouru
teringat akan abangnya ketika Uga tidur di atas pokok dan Kouru ingin membalas
dendam, dia memanjat pokok dan menconteng muka Uga menggunakan marker.
“Tak.
Jangan menangis. Saya dah berjanji dengan abang yang saya takkan menangis. Eh?”
Kouru
ternampak sepasukan penculik sedang senyap-senyap mendekati kampung.
Suasana
menjadi kecoh apabila Dollah dan Cheong belasah mereka. Kouru bersedia untuk
memanah. Matanya kecil melihat sasaran.
“Shu!”
panah tepat mengenai pencuri sebelum sempat melibas pedang pada seorang
peniaga.
Semua
panahan Kouru tepat.
“Yeay!
Berjaya menumpaskan semua. Tak sia-sia saya belajar memanah,” seronok Kouru.
“Kouru!”
panggil Borhan dari bawah.
“En
Borhan! En Faizul!”
Kouru
terus turun dari pokok.
“Kouru,
kau ok ke? Cedera tak? Rambut kau..” risau Borhan.
“Saya
ok. Jom kita tolong penduduk kampung. Banyak kerosakan dah berlaku. Kesian
mereka,” bersemangat Kouru.
“Sebelum
itu,”
Faizul
memakaikan mantel dan hood pada Kouru sebelum Kouru ke kawasan kerosakkan.
“Borhan,
Kouru memang dah berubah. Selepas membuat keputusan yang bijak, sekarang dia
langsung tak takut. Tengok jelah mata dia tu. Pure,” tersenyum Borhan mendengar
kata-kata Faizul.
“Kouru!”
Cheong
dan Dollah terus mendapatkan Kouru.
“Kouru
ok ke? Cedera tak? Maafkan kami sebab gagal melindungi Kouru,” sedih Dollah.
“Tak
apa. Saya ok saja. Dah. Mari kita tolong mereka,” ajak Kouru.
************
Pada
malam itu, ketika semua orang sedang tidur, Kouru keluar dari bilik dan
berlatih memanah.
“Huh
huh,” kepenatan Kouru namun masih meneruskan latihannya.
“Pak
pak pak,” kedengaran bunyi tepukan dari belakang.
Kouru
menoleh ke belakang.
“En
Borhan?” terkejut Kouru, mengesat peluh yang mengalir pada pipinya.
Borhan
memakaikan mantel dan hood pada Kouru.
“Saya
kagum kerana semua panahan Kouru tepat. Tetapi, Kouru perlu ambil tahu tentang
arah angin juga,”
“Angin?”
Kouru
mula berfikir lalu mula memanjat pokok.
“Kouru
buat apa tu?” terkejut Borhan dengan tindakan Kouru itu.
“Cari
arah angin,”
Kouru
berdiri di atas dahan sebelum bersedia untuk panah. Kouru fokus memandang
sepohon pokok sambil merasa arah angin.
“Shu!”
panah dilepaskan tepat kena tengah-tengah pokok yang bertentangan dengannya.
Terkejut
Borhan.
************
Perkara
yang sama dilakukan oleh Kouga. Kouga sedang berlatih pedang. Kuat bunyi
libasan pedangnya.
Asyraf
datang dan pedang mereka bertembung. Terkejut Kouga.
“En
Asyraf buat apa di sini?”
Kouga
terus menarik pedangnya.
“Saya
kagum dengan kemahiran Kouga dalam pedang. Mari bertarung dengan saya. Saya nak
tahu tahap kemahiran pedang kau,” kata Asyraf.
“Baiklah
kalau itu yang diinginkan,” lalu mereka bertarung pedang.
Sambil
bertarung, Asyraf memberi ajaran.
“Belah
kiri terdedah!”
“Kaki
tu salah! Kalau tersilap, kau akan hilang keseimbangan!”
Kouru
dan Kouga berlatih dengan harapan latihannya ini dapat membantu rakyat mereka
yang memerlukan mereka di samping enggan mengharapkan .
No comments:
Post a Comment