NOVEL : PEARL, THE LAST WARRIOR OF SEF
Bab 18 - Gelombang Kedua
Cahaya tersebut terus masuk ke dalam badan Derora.
“Pearl?”
kelihatan Pearl yang siap memakai beg galasnya berjalan ke arah semua pahlawan
yang sedang buntu.
Semua
pahlawan mendekatkan diri mereka dengan Pearl.
“Kita
akan masuk ke dalam gelombang tu. Sebelum tu, buat dua kumpulan. Lukman dan Fitri
berada di kumpulan yang berbeza. Semua mesti pegang tangan dan ikat tali ni kat
pinggang masing-masing,” mereka hanya akur arahan Pearl.
“Adakah
semua dah bersedia?” tanya Pearl.
“Dah!”
bersemangat pahlawan-pahlawan.
“Fighting!!”
mereka terus melompat masuk ke dalam gelombang itu selepas Lukman membatalkan
kuasanya.
“Lukman!
Fitri!” Pearl menyebut nama mereka apabila mereka semua mendekati cahaya yang
terang.
Mereka
selamat mendarat dengan bantuan kuasa Fitri dan Lukman.
“Ethan..Charlie…,”
perlahan suara Pearl namun dapat didengari oleh pahlawannya lalu Ethan
meng’halimunan’kan semua manakala Charlie menutup bau mereka.
“Nampaknya,
kat sini pun malam,” seram Berahim.
Ali
menerangkan kawasan mereka menggunakan apinya selepas mendapat isyarat Pearl.
“Oh?
Adakah itu Black Cave?” tanya Hilman sambil menunding jarinya.
Mata
Pearl tepat memandang Black Cave. Air liurnya ditelan.
“Pearl…Pearl!”
“Ye
saya!” tersentak Pearl apabila Hilmi meninggikan suaranya, lalu Pearl menoleh ke
belakang.
“Kenapa…semua
pandang Pearl macam tu?” pelik Pearl kerana semua memandangnya.
“Kak
dah ingat balik ke?” tanya Ali.
“Ingat?
Apa maksud Ali? Sesuatu dah berlaku ke?” pelik Pearl.
“Tadi…Pearl
hilang ingatan,” jujur Berahim.
“Hilang
ingatan? Ye ke?” semua angguk.
”Alamak.
Mesti Pearl banyak menyusahkan korang. Maaf sangat-sangat,” tunduk Pearl.
Dia
berasa amat bersalah. Sudahlah asyik dilindungi, boleh pula dia hilang ingatan.
“Taklah.
Kami dapat lihat perangai kau yang ‘luar biasa’ je,” tergelak yang lain selepas
Charlie berkata begitu.
“Ish
korang ni,” merah muka Pearl.
“Jadi,
bila kita nak serang Black Cave tu?” tanya Lukman.
“Emm..kita
berehat 3 jam dulu sambil merancang strategi. Lepas tu, kita terus serbu Black
Cave tu,” yang lain hanya akur.
“Eh?
Korang dah dapat balik kuasa korang ke?” baru perasan Pearl apabila melihat
beberapa pahlawan sedang berlatih.
“Aduh
awak ni, Pearl. Habis yang tadi awak arahkan saya, Lukman, Fitri dan Ethan tu?”
balas Charlie.
“A’ahkan…tak
terfikir pula,”
“Hahaha.
Inilah perangai Pearl yang asal,” geli hati Fitri.
Pahlawan
yang lain turut ketawa.
Selepas
3 jam, mereka memulakan serangan.
Berahim,
Izzul, Muhzan dan Lukman menyerang konco-konco Derora di luar Black Cave.
Hilman,
Hilmi dan Danial menyerang di dalam manakala yang lain mencari Derora.
Pearl
dan yang lain menemui suatu kepompong yang sangat besar dan mengerikan.
“Ini
pasti Derora. Memang tak silap lagi,” yakin Ethan.
“Baik
kita musnahkannya sebelum dia ‘menetas’,” kata Charlie.
Selepas
berkata begitu, Ali, Charlie, Fitri, Jamie, Ethan dan Kamal terus menyerang
kepompong tersebut.
Pearl
mula menggigil sambil melihat kiri dan kanannya.
“Kenapa…rasa
lain macam je ni?” risau Pearl.
Kepompong
tersebut berjaya dimusnahkan.
Pearl
ternampak sesuatu sedang bergerak menghampiri mereka lantas dia terus meninggikan
suaranya.
“Hati-hati
semua!”
Tiba-tiba
muncul satu lembaga hitam yang semakin besar dari kepompong yang dimusnahkan.
Pahlawan
Pearl yang berada di situ terus melindungi Pearl.
“Hahahaha.
Korang dah terlambat. Akhirnya, saya berjaya mendapat semula kuasa dan badan
saya,” suara yang mengerunkan mula kedengaran.
Lembaga
tersebut mula berubah rupa menjadi manusia.
Ali,
Charlie, Jamie dan Kamal terus menyerang Derora sebelum sempurna menjadi
manusia.
Ethan
dan Fitri melindungi Pearl daripada serangan lembaga hitam yang tiba-tiba
muncul dari dinding.
Pahlawan
Pearl tersebut dibelasah dengan teruk.
“Tanpa pahlawan lain, saya tak boleh guna
kuasa baru tu. Harap mereka sempat datang,”
Berdoa
Pearl dalam hatinya.
“Argh!”
Ethan dan Fitri ditarik oleh lembaga hitam ke dinding.
Pearl
menggunakan kuasa pelindungnya supaya Ethan dan Fitri tidak dibawa ke dinding.
“Dush!”
kelihatan Ali, Charlie, Jamie dan Kamal tercampak ke tanah.
“Ali!
Charlie! Jamie! Kamal!” terkejut Pearl apabila melihat mereka cedera teruk
lantas terus membuat pelindungan kepada mereka juga.
Tanpa
disedari, sekumpulan makhluk kecik yang hodoh mula mendekati Pearl dan terus
melompat ke arah Pearl.
Terbeliak
mata Pearl apabila ternampak makhluk tersebut melompat ke arahnya.
“Sup!”
beberapa panahan tepat kena makhluk-makhluk kecil itu.
“Panahan
ais!” kelihatan beberapa panahan ais turut tertacak pada dada makhluk tersebut.
Pearl
terus memandang orang yang melepaskan panah tersebut.
“Muhzan!
Berahim!”
Lega
Pearl. Tangannya masih tegak menahan perlindungannya itu.
“Kuasa
gravity berat!!”
“Serangan
cakar beruang!”
“Gabungan
tanah bergema!”
“Lukman!
Izzul! Hilman! Hilmi! Danial!”
Gembira
Pearl apabila melihat pahlawan yang lain selamat.
“Maaf
kami lambat, Pearl,” kata Muhzan sambil membantu Pearl berdiri.
“Yang
korang ni nak tidur sampai bila?” perli Lukman menjeling orang yang berada di
dalam pelindung Pearl.
Pahlawan
yang tercedera tadi mula bangun.
“Jangan
nak berlagaklah, Lukman. Kau pun lambat datang,” balas Charlie.
“Kau
ingat dengan bantuan pahlawan kau, kau boleh musnahkan saya? Mimpi jelah!
Hahaha!” gelak jahat Derora.
“Pearl!”
semua pahlawan memandang ke arah Pearl lalu Pearl menukarkan mereka menjadi
mutiara lehernya.
“Rasakan
kuasa kami Derora! Serangan MIXED!!” satu gelombang bercahaya putih muncul di
tangan Pearl.
“Jangan!!”
Pearl
terdengar satu suara ketika Pearl mencampakkan gelombang tersebut kat Derora
namun Pearl tidak sempat menghentikan perbuatannya.
“Kita
berjaya ke?” tanya Izzul.
Derora
menyedut gelombang tersebut.
“Terima
kasih kerana memberi saya ‘makanan’. Sebagai balasan, saya bagi pula ‘makanan’
kat kau,” senyum sinis Derora sebelum mengeluarkan beberapa gelombang hitam
yang kecil.
Derora
mengawal gelombang tersebut dan menyerang Pearl.
Pearl
cuba menghalang gelombang tersebut namun dia tercampak menyebabkan semua
pahlawannya terkeluar dari mutiara.
Pearl
mula pengsan akibat kepalanya terhantuk pada dinding.
Pearl
berada di dalam badan Sef ketika Sef sedang bertarung dengan Derora.
Sama
seperti Pearl, kuasa Derora semakin kuat selepas menyedut gelombang itu.
Disebabkan Sef enggan melihat pahlawan dan suaminya cedera parah dan
berkemungkinan mati, Sef terpaksa menghantar mereka ke masa depan ketika panah
tertusuk pada dadanya akibat dipanah oleh Muhzan yang ketika itu dikawal
Derora.
Muhzan
menangis selepas dia tersedar perbuatannya itu.
Sewaktu Sef dipangkuan Muhzan,
“Abang,
maafkan ayang kerana terpaksa meninggalkan abang. Ayang harap…abang dapat
membantu pewaris…membunuh Derora,” air mata Sef mengalir sebelum menghembus
nafas terakhirnya selepas tangannya jatuh atas perutnya.
Pearl
baru tahu bahawa Sef mati kerana dia bertarung dengan Derora ketika sedang
sarat mengandung.
Kemudian,
Pearl berada di sebuah tempat yang bercahaya putih.
“Pearl,
maafkan saya kerana terpaksa membiarkan semua ini berlaku. Saya harap…Pearl
dapat menewaskan Derora, “ tiba-tiba Sef hilang selepas berkata begitu.
Pearl membuka matanya lalu bingkas
bangun.
Muka
Pearl menjadi serius.
Dia
membuat bulatan pelindung penyembuh pada semua pahlawannya yang terbaring di
atas tanah.
“Masih
belum mengalah?” senyum sinis Derora, sambil mengangkat kedua-dua tangannya.
Pahlawan-pahlawan
Pearl mula bergerak. Perlahan-lahan, mereka berdiri dan bersedia untuk
menyerang Pearl.
“Kau…berani
kau mempergunakan mereka!"
Cahaya
putih mula bercahaya pada badan Pearl dan semakin membesar.
Cahaya
tersebut tidak berhenti membesar dan menembusi badan pahlawannya.
Apabila
cahaya tersebut mengenai pahlawannya, mereka terus rebah semula.
Pearl
melangkah mendekati Derora.
“Saya
tidak sekuat kau, tidak setabah Sef, tapi kalau kau mempergunakan orang yang
saya sayang, memang saya tak maafkan!”
Derora
mula kesakitan apabila terkena cahaya putih Pearl.
Derora
menyerang Pearl dengan mengawal lembaga-lembaga hitam yang muncul dari dinding.
Malah,
zombi-zombi yang berada di luar dan di dalam black cave turut menyerang Pearl.
Pahlawan-pahlawan
Pearl terus mengelilingi Pearl. Mereka berasa sihat dan ringan selepas mengenai
cahaya putih Pearl.
“Jangan
lupa yang kami masih wujud,” senyum sinis Danial.
Bersemangat
mereka menyerang konco-konco Derora untuk melindungi Pearl.
“Kami
memang tak kuat, Derora. Tapi, kami menjadi kuat apabila kami bersama,” Pearl
semakin mendekati Derora yang sedang berundur.
“Saya
minta maaf. Saya janji yang saya takkan buat kemusnahan di dunia kau. Tolong
lepaskan saya,” merayu Derora.
Pahlawan
berasa geram dengan kata-kata Derora itu.
Pearl
mendekati Derora.
“Selepas
apa yang kau lakukan kat mereka pada zaman dulu, malah telah ramai yang
terkorban, kau ingat saya akan melepaskan kau?!”
Pearl
meluahkan isi hati pahlawannya serta mangsa Derora. Tangannya mula menghasilkan
bebola putih.
Tiba-tiba
Derora tersenyum dan kedua-dua tangan Pearl memancutkan darah.
Pisau
hitam yang mencederakan pergelangan tangan Pearl itu kini berada di dalam
tangan Derora.
“Pearl!!”
terkejut pahlawannya.
Pearl
terduduk dan mukanya memandang ke bawah.
“Hahahaha!
Kau ingat saya akan kalah! Saya, Derora yang akan hidup abadi di dunia ini!
Hahahaha,” gembira Derora.
“Jadi,
kau masih tak berubah? Betul kata Mak, orang jahat takkan berubah menjadi baik
secara tiba-tiba. Mereka akan jadi baik perlahan-lahan, step by step,”
Pearl
mula berdiri. Kedua-dua pergelangan tangannya bercahaya putih.
Serentak
itu, semua pahlawan menjadi mutiara dan menjadi gelang untuk kedua-dua belah
pergelangan tangan Pearl.
Kecederaan
pada tangannya mula sembuh.
Cahaya
emas muncul pada kedua-dua tapak tangan Pearl.
“Saya
harap, mereka yang terkorban disebabkan kau, akan mati dengan aman. Inilah
semua tenaga dan kuasa yang telah mereka ‘berikan’ pada saya ni. Saya hidup
demi menuntut bela kematian mereka. Rasakan keperitan dan penderitaan yang
telah mereka hadapi, Derora,”
Cahaya tersebut terus masuk ke dalam badan Derora.
“A..apa
ni? Panas! Sakit! Tidak…Saya taknak mati!!”
Derora
hilang menjadi asap.
Mata
Pearl dipejamkan.
**Macam mana? So far so good?
**Inilah
karya fnz yang paling panjang. Terima kasih kerana setia membaca. Nantikan bab
akhir yang bertajuk ‘Selamat Tinggal’. InsyaAllah fnz post bab akhir ni dalam masa terdekat ni😉
No comments:
Post a Comment