NOVEL : PEARL, THE LAST WARRIOR OF SEF
Bab 14 - Saya Dah Mati?
Pearl duduk
sambil menoleh ke kiri dan kanan. Dia terlihat ada baju dan seluar tersandar
pada sebuah kerusi. “Di mana saya ni? Macam mana saya boleh berada di sini?”
pelik Pearl apabila mendapati dirinya berada di atas tilam di tengah-tengah
bilik. Pearl meraba lehernya.Terbeliak matanya apabila mendapati rantainya
hilang. “Adakah…mereka pergi sebab…kejadian hari tu?” sedih Pearl. Lalu Pearl
bangun dan keluar untuk mengetahui lokasinya sekarang. Ketika sedang berjalan,
dia ternampak Jamie dan Lukman menuju ke arahnya sambil berbual-bual. “Jamie, Lukman!”
seronok Pearl lalu mempercepatkan langkahnya. Terbeliak matanya apabila mereka
tidak nampaknya malah menembusi badan Pearl. “A..pa…dah…berlaku?” badan Pearl
mula menggigil. “Hiakk!” Pearl terdengar sesuatu lalu berlari ke arah suara
tersebut. Kelihatan Kamal dan Izzul sedang berlawan satu sama lain. “Izzul! Kamal!
Dengar tak suara saya?! Ni saya, Pearl!” namun Izzul dan Kamal tetap berlawan.
Tidak jauh dari situ, Pearl ternampak Berahim dan Charlie turut berlawan.
Lantas dia berlari ke arah tersebut. “Jap. Kau dengar sesuatu tak, Izzul?”
tanya Kamal, berhenti berlawan. “Hah? Tak dengar apa-apa pun. Kenapa?” pelik Izzul.
“Berahim! Charlie! Berhenti!” namun Berahim dan Charlie tidak dapat
mendengarnya. Pearl mengeluh lalu terduduk di bawah sebuah pokok berhampiran
perlawanan Berahim dan Charlie. “Adakah..saya dah mati? Kenapa mereka tak dapat
lihat dan dengar suara saya? Jadi, siapa yang akan bunuh Derora? Pahlawan…,”
Pearl mula menangis. “Apa ni?” terkejut Jamie dan Lukman. Lukman terus ke kerusi
di mana baju dan seluar tersandar. “Dush!” pukulan Lukman menyebabkan Ethan
muncul di atas kerusi berpakaian baju dan seluar yang bersandar itu. “Apa yang
kau buat ni?! Sakitlah!” marah Ethan. “Kami yang patut cakap begitu! Mana
Pearl, hah?!” balas Lukman. “Dia ada di si…hah? Mana Pearl?” terkejut Ethan.
“Kan kami suruh kau jaga dia. Kenapa kau tidur pula?” geram Jamie. “Jangan
risau. Biar saya hilangkan kuasa halimunan dan tembusan saya. Nanti pasti kita
dapat cari dia,” lalu Ethan membuat gaya. Meluat Jamie dan Lukman. “Kuasa ombak
ais!” Berahim menyerang Charlie menggunakan kuasanya. Charlie berjaya mengelak.
Namun, kuasa tersebut tepat menghala ke arah Pearl. Mata Pearl terbeliak.
Lantas dia terus memejamkan matanya. “Serangan lahar api!” muncul Ali
menggunakan kuasanya dari arah bertentangan dengan kuasa Berahim. “Gelombang
angin!” Muhzan turut muncul menggunakan kuasanya supaya letupan antara kuasa Ali
dan Berahim berlaku dalam gelombangnya. “Selamat pagi, Pearl. Akhirnya kau
bangun juga. Sudah 2 hari Pearl tidur tau. Risau kami,” “Eh?” Pearl membuka
matanya selepas terdengar suara tersebut.
Terkejut dia apabila mendapati sepasang sayap hitam membolehkannya dia
terapung di atas langit. “Fitri?” tanya Pearl. “Ye, saya. Jap ye. Saya turunkan
Pearl,” lalu Fitri menurunkan Pearl dengan menggunakan kuasa shadow wing. “Kau
ok ke, Pearl?” risau Muhzan. “Saya ok,” balas Pearl. “Maafkan kami sebab tak
perasan awak,” menyesal Berahim dan Charlie. “Ni semua salah Ethan sebab tak
jaga Pearl baik-baik tadi,” muncul Lukman diikuti Ethan dan Jamie. “Maafkan
saya, Pearl. Saya guna kuasa halimunan dan tembusan supaya konco-konco Derora
tak dapat kesan,” menyesal Ethan. “Kalau tak, 2 minggu kut Pearl terlantar
nanti!” geram Jamie. “Nasib baik hidung Ali
kuat dan dapat kesan Pearl,” kata Fitri. “Kami pun dapat kesan Pearl juga,”
balas Izzul yang tiba-tiba muncul dengan Kamal. “Betul tu. Buktinya kami baling
batu besar untuk menjadi pelindung Pearl,” sokong Kamal. Lantai mula bergegar.
“Selamat pagi, Pearl!” muncul Danial dari bawah tanah bersama-sama dengan Hilman
dan Hilmi. Air mata Pearl menitis. Terkejut semua. “Kenapa Pearl? Kau masih
takut sebab kejadian tadi ke?” risau Hilman. “Daniallah ni. Suruh kita
bergabung kuasa melalui bawah tanah untuk mengelakkan serangan Berahim
terpesong kena Pearl,” geram Hilmi. “Bukanlah! Salah Ethan!” balas Lukman.
“Salah sayalah!” mengaku Berahim. “Kenapa akak nangis? Kak sakit ke?” tanya Ali.
Pearl mengelap air matanya. “Saya….terharu sebab korang semua melindungi
Pearl…walaupun Pearl tidak berjaya melindungi korang semua hari tu,” kata-kata
Pearl menyebabkan semua pahlawan tersenyum. “Muhzan dah ceritakan semuanya pada
kami,” jawab Danial. “Bukan salah Pearl. Lagipun, kami kan pahlawan Pearl.
Jadi, dah tugas kami untuk melindungi Pearl,” kata Charlie. “Terima kasih
semua…kerana setia dengan Pearl…dan berada di samping Pearl,” terharu Pearl.
*****
Selepas itu,
mereka memulakan perjalanan untuk keluar daripada hutan tersebut. Sambil jalan,
Pearl mula berbisik dalam hatinya. “Nampaknya, semua pahlawan dah dapat kawal
kuasa mereka. Ethan ada kuasa tembusan, Ali ada kuasa lahar api, Berahim ada
kuasa ombak ais, Fitri ada kuasa shadow yang boleh berubah bentuk, Danial pula
tidak perlu berubah jadi cacing gergasi untuk menggunakan kuasanya, Izzul pun
boleh berubah beruang tanpa bulan penuh, Hilman dan Hilmi boleh bergabung
dengan semua kuasa pahlawan yang lain, dan….mereka saling memahami kuasa
masing-masing. Pasti kami dapat menewaskan Derora,” bersemangat Pearl. “Lagi
setengah jam kita akan sampai ke bandar,” kata Ali yang baru turun dari pokok.
“Tolong!” kedengaran suara orang meminta tolong. ”Biar kami tengok. Ali, Berahim,
Danial, Charlie, Jamie dan Muhzan tunggu sini untuk melindungi Pearl. Yang lain
ikut saya,” Kamal memberi arahan. “Baik!” akur mereka. “Apa dah berlaku ye?”
pelik Charlie. “To…long,” mereka terdengar suara budak lalu mencari suara
tersebut. “Pearl! Sini!” panggil Danial. “Huh?” terkejut Pearl apabila
ternampak seorang budak kecil berlumuran darah. Pearl terus menggunakan
kuasanya. “Siapa yang buat ni? Kejamnya,” ngeri Berahim. Tidak lama kemudian,
kecederaan budak itu sembuh. Matanya dibukanya perlahan-lahan. “Adik…adik ok?
Apa dah berlaku?” tanya Pearl. “Wuahh…omma…,” tiba-tiba sahaja budak itu
menangis. “Anakku,” seorang perempuan tua muncul dari belakang mereka lantas
memeluk budak kecil itu.
No comments:
Post a Comment