NOVEL : D-DAY
Bab 12 - Kenangan
“Tapi,
Kouga memang banyak dah berubah, kan?” sambung Jeremy.
“Bukan
dia je. Kouru pun banyak dah berubah,” nyampuk Faizul.
“Kouru
baru berusia 16 tetapi perlu hadapi semua ni,” sedih Borhan.
“Begitu
juga dengan Kouga. Sejak kecil lagi dah
banyak ditimpa ujian dan cabaran,” ujar Asyraf.
“Teringat
masa mereka kecil. Selalu je main dengan kita, kan?” tersengih Ismail.
Mereka
teringat sewaktu Kouga berusia 4 tahun manakala Kouru berusia 2 tahun dan semua
pahlawan ketika itu berusia di antara 7 hingga 9 tahun.
******************************
“Abang
Borhan, nak patung tu,” pinta Kouru.
“Hai
Kouru. Apa khabar? Nama saya Asyraf,”
Asyraf
membuat suara budak-budak sambil bermain patung dengan Kouru.
“Yeah!
Dush! Kouga menang!” seronok Kouga apabila berjaya mengalahkan patung perang Ismail,
Erik dan Dollah.
“Kouru,
jom kita main buai,” ajak Jeremy lalu mereka main buai bersama-sama.
“Abang
Kassim, tolakkan buai ni,” pinta Kouru.
“Nak
main juga,” muram muka Kouga.
“Mari
kita main gelongsor Kouga,” ajak Faizul.
“Yeah!”
seronok Hirman dan Cheong main kejar-kejar.
“Nak
main juga,”
Kouru
turun dari buai dan terus kejar Cheong dan Hirman.
Beberapa
hari kemudian, Raja Simon menggumpulkan mereka, 10 orang.
“Kassim,
Borhan, Asyraf, Cheong, Dollah, Hirman, Faizul, Ismail, Erik dan Jeremy. Mulai
hari ini, saya melantik kalian, 10 pahlawan untuk melindungi Putera Kouga dan Puteri
Kouru, serta berkhidmat untuk mereka, 14 tahun dari sekarang,” arah Raja Simon.
“Kami
menjunjung perintah, tuanku,” serentak mereka.
“Tak
sangka, inilah masa depan yang Permaisuri Simon nampak,” faham Cheong.
“Korang
nak tahu tak, kuasa Permaisuri Simon, Puteri Kouru telah mewarisinya,” beria Faizul
bercerita.
“Samalah
macam Putera Kouga. Kuasa Raja Simon telah diwarisinya,” kata Jeremy.
“Korang…masuklah!”
kedengaran suara Kouru yang nyaring dari dalam gua.
“Jomlah.
Puteri dah panggil tu,” bersemangat Jeremy lalu mereka masuk ke dalam gua.
“Puteri
Kouru!!” Jeremy melompat untuk memeluk Kouru.
“Jangan
nak mengada-ngada, Jeremy,”
Asyraf
dan Borhan menarik selendang Jeremy.
“Sakitlah!”
monyok Jeremy.
Geli
hati Kouru dan Kouga.
“Putera
Kouga dan Puteri Kouru, izinkan kami memperkenalkan diri kami dengan lebih
formal?” tanya Borhan.
Kouru
dan Kouga mengangguk sambil tersenyum.
“Nama
saya Borhan, pengawal peribadi Puteri Kouru selama 10 tahun lamanya. Kekuatan
saya ialah panah saya sentiasa tepat,” kata Borhan.
“Nama
saya Asyraf, chef istana selama 10 tahun juga dan pengawal ‘rahsia’ Putera
Kouga sejak Putera Kouga masuk istana. Kekuatan saya ialah pandai bermain
pedang,” kata Asyraf sambil mengeluarkan pedangnya.
“Dah-dahlah
Asyraf. Giliran saya pula. Nama saya, Cheong, emm…seorang pengemis,” kedengaran
bunyi gelak-ketawa.
“Shu!
Teruskan Abang Cheong,” arah Kouru.
“Kekuatan
saya ialah saya sangat pantas. Sekian,”
Cheong
terus duduk sebab malu.
“Nama
saya Erik, seorang petani. Kekuatan saya…saya boleh kawal tumbuh-tumbuhan,”
terlopong mulut Kouru sebab kagum.
“Tutup
mulut tu,”
Kouga
menolak dagu Kouru untuk menutup mulut Kouru.
“Nama
saya Dollah, pengilat kasut di jalanan je,” lagi sekali, kedengaran gelak
ketawa pahlawan lain.
“Shu!!”
arah Kouru sekali lagi.
“Maaf,”
serentak mereka.
“Teruskan
Abang Dollah,” kata Kouru.
“Kekuatan
saya ialah saya ni pakar racun dan saya mampu melumpuhkan anggota badan seseorang
buat sementara, seminggu, sebulan malah selama-lamanya. Korang nak cuba?” ugut Dollah
kat pahlawan lain.
Semua
menggeleng ketakutan.
Geli
hati Kouga dan Kouru.
“Next.
Nama saya, Ismail, seorang penggembara. Kekuatan saya, saya boleh menidurkan
sesiapa sahaja. Ada sesiapa yang susah nak tidur ke?” selamba Ismail.
Kagum
Kouru. Akhir kata dari setiap pahlawan diiringi dengan tepukan dari Kouru dan
Kouga.
“Nama
saya Faizul yang paling cantik di dunia ini,”
“Boooo,”
menyampuk yang lain.
“Puteri
Kouru lagi cantiklah,” serentak mereka.
Geli
hati Kouru.
“Yelah
yelah. Saya memang dah tahu Puteri Kouru yang paling cantik di dunia ni. Saya
sebagai peniaga jualan barang-barang kemas. Kekuatan saya, saya dapat hasilkan
aliran elektrik dan dapat mengesan seseorang menggunakan barang yang saya buat.
Hebatkan?” bangga Faizul.
“Duduklah!
Biar saya pula. Nama saya, Jeremy, seorang tarzan. Jangan gelak tau. Kekuatan
saya, saya dapat melompat tinggi dan melompat jauh. Saya teringin nak jumpa Puteri
Kouru. Akhirnya, tertunai juga. Huhu (terharu),”
“Dah-dah
Jeremy. Tak payahlah nak berlakon. Giliran saya pula. Nama saya Hirman, seorang
polis. Kekuatan saya, mata saya ni dapat membekukan orang yang memandang mata
ni,”
Kagum
Kouga dan Kouru.
“Dan
saya, Kassim, ahli tilik nasib. Saya ni pakar bom,” semua pahlawan mula berdiri
dan melutut hormat di hadapan Kouga dan Kouru.
Terkejut
mereka berdua.
“Kami
sedia untuk berkhidmat dengan Putera Kouga dan Puteri Kouru,” serentak mereka.
“Kouga.
Panggil saya Kouga je,” senyum Kouga.
“Dan
saya, panggil Kouru je. Dah-dahlah. Mari sini semua. Kita perlu berbincang untuk
strategi esok ni,” bersemangat Kouru.
No comments:
Post a Comment