NOVEL : PEARL, THE LAST WARRIOR OF SEF
Bab 17 - Pearl Hilang Ingatan?!
“Ni mesti mimpi,
kan? Kalau Pearl pejam mata, lepas tu buka, mesti Pearl dapat bangun dari
tidur,” lalu Pearl menutup matanya.
Perlahan-lahan
dia membuka matanya.
“Alamak!
Mengantuk sangat ke sampai tak boleh bangun dari tidur ni? Mak…,”
Pearl mula
menangis sambil menekup mukanya menggunakan begnya.
“Meeting
meeting,”
Kamal yang
paling tua dalam kalangan pahlawan memberi isyarat kat semua pahlawan lalu
mereka berkumpul membuat bulatan, jauh sedikit dari tempat Pearl yang sedang
menekup mukanya dengan beg.
“Pearl hilang
ingatan,” ringkas percakapan Kamal menyebabkan semua pahlawan terdiam lama.
“Kenapa saat
kemuncak ni pula dia nak hilang ingatan?” perlahan suara Lukman.
“Macam mana nak
pulihkan ingatan dia?” cemas Izzul.
“…sementara..,” Kamal
sambung percakapannya.
“Jadi, bila dia
akan ingat balik?” tanya Berahim.
“Saya cadangkan
kita buat macam ni…,” lalu Kamal meluahkan ideanya.
Kelihatan Pearl
sedang bersandar pada pokok sambil melihat langit yang gelap.
“Langit yang
gelap…dikelilingi hutan belantara…bersama-sama dengan 13 orang asing..apalah
nasib…,” perlahan suara Pearl, air matanya masih mengalir mengenang nasibnya.
“Kak Pearl…,”
perlahan suara Ali menegur Pearl dari belakang.
Pearl terus
mengelap air matanya dan memandang ke arah Ali.
“Boleh saya
duduk, kak?” tanya Ali.
“30 sentimeter,”
ringkas jawapan Pearl lalu Ali duduk bersebelahan Pearl dengan berjarakkan
lebih kurang 30sm.
“Kak Pearl, biar
saya perkenalkan diri dulu. Nama saya Ali. Saya…ialah orang pertama yang kak
Pearl selamatkan,”
Pearl tertarik
dengan cerita Ali.
“Setiap
hari saya pasti akan pandang kak Pearl semasa kak Pearl pergi sekolah, sebab
saya akan tersenyum bila lihat akak tersenyum sambil berlari pergi sekolah.
Satu hari tu, berlaku kebakaran di tempat tinggal saya akibat perbuatan konco
Derora. Masa tu, saya demam dan tinggal sorang-sorang di situ sebab yang lain
pergi rombongan sekolah. Bila saya sedar, akak sedang menyelamatkan saya dari
kebakaran tu. Akak juga yang ‘menghidupkan’ kuasa saya ni,” cerita Ali sambil
menunjukkan kuasa apinya yang kecil di tapak tangan kirinya.
“Wahh…hebatnya
kuasa adik,” kagum Pearl.
Ali
tersenyum melihat Pearl senyum.
“Saya
menjadi pahlawan untuk membalas dendam dengan Derora kerana dia, kakak saya
mati dalam kebakaran. Tetapi hakikatnya, semasa saya masuk ke dalam rumah saya
yang dibakar oleh konco Derora untuk menyelamatkan kakak saya, baru saya sedar
bahawa kakak tiada di dalam rumah itu. Kakak berjaya keluar sebelum api marak.
Selepas itu, saya cuba keluar dari rumah tu juga, namun api tersebut membentuk
jadi dinding dan saya akhirnya terkorban sebab gagal menyelamatkan diri. Tapi,
sebenarnya saya bersyukur juga sebab kakak selamat, tetapi selepas tahu ini
angkara Derora, saya menjadi marah kerana Derora membunuh kakak ketika kakak
sedang mengebumikan saya!”
Mengalir
air mata Pearl mendengar cerita Ali.
Tabahnya
seorang budak yang berusia 6 tahun ini. Jika saya, mungkin sedang seronok
bermain dengan kawan-kawan yang seusia dengan saya tanpa memikirkan apa-apa.
Fikir Pearl.
Ali
memandang Pearl sambil tersenyum.
“Baiklah,
akak. Saya minta diri dulu,” lalu Ali beredar, dan Berahim pula yang muncul
selepas Ali menepuk tangan Berahim seperti memberi baton.
“70
sentimeter,” pesan Pearl sebelum Berahim duduk.
Akur
Berahim.
“Saya,
Berahim, pahlawan kedua. Saya ikut Pearl sebab Pearl telah menyelamatkan nyawa
saya. Hari tu, saya diserang oleh konco Derora dan jatuh ke dalam sungai.
Disebabkan kuasa Pearl, saya masih dapat hidup sampai hari ni. Selain itu, saya
turut berdendam dengan Derora kerana cuba melemaskan saya dan adik perempuan
saya. Saya berjaya membawa adik saya ke darat namun seperti ada sesuatu yang
menarik saya semula ke dalam sungai itu…dan saya pun korban di situ. Saya
ingatkan dengan pengorbanan saya, adik saya dapat hidup macam biasa. Tetapi,
sangkaan saya meleset. Derora datang dan membunuh adik saya semasa adik berada
di pusara saya,”
Berahim
berhenti bercerita untuk mengesat air yang mengalir dari matanya.
Sebak
Pearl melihat perbuatan Berahim itu.
“Biar
saya tunjukkan sikit kuasa saya,” lalu Berahim mengawal air matanya yang
dikesat menjadi bentuk Kristal dan memberikannya pada Pearl.
Pearl
kagum dengan kuasa Berahim.
Tersenyum
Berahim apabila Pearl gembira ketika menilik Kristal tersebut.
“Baiklah,
saya minta diri dulu,”
Berahim
memandang Pearl sebelum beredar.
“Wah.
Mula-mula api, lepas tu air. Lepas ni, apa?” tak sabar Pearl.
“Sihir,”
“Ah!”
terkejut Pearl apabila Charlie tiba-tiba muncul.
“1
meter!” geram Pearl, lalu Charlie duduk berjarakkan 1 meter dari Pearl.
“Saya,
Charlie, berusia 19 tahun dan pakar dalam ilmu sihir. Suatu hari, konco Derora
telah masukkan roh seorang perempuan tua ke dalam badan saya. Jadi, saya gagal
mengawal roh tu dan saya tidak sedarkan diri selama roh tu mengawal badan saya.
Tapi, suatu hari tu, kau muncul Pearl, dan berjaya membebaskan badan saya dari
roh tu. Saya tak tahu dah berapa tahun saya tak sedarkan diri. Sebab tu saya
buat keputusan nak ikut kau, Pearl. Lagipun, selepas kehilangan rakan
sepermainan disebabkan Derora, saya berasa sangat marah,”
Terkejut
Pearl apabila ternampak asap hitam keluar dari badan Charlie.
“Baiklah.
Jumpa nanti,” tiba-tiba Charlie lesap.
Semakin
terkejut Pearl.
“Giliran
saya pula. 1 meter, kan?” tanya Danial.
“1
meter setengah,” ringkas jawapan Pearl.
“Apa
pula? Ali dapat 30 sentimeter. Berahim dapat 70 sentimeter dan Charlie 1 meter.
Kenapa saya 1 meter setengah?” sedih Danial.
“Yelah
yelah. 1 meter. Muktamad,” akhirnya Danial tersenyum lalu duduk.
“Saya
Danial, 21 tahun, merupakan pahlawan tanah. Sepanjang saya hidup, saya tiada
halatuju selain mencari tunang saya. Tanpa saya sedar, saya telah menyebabkan banyak
kemusnahan. Tapi, lepas kau muncul, baru saya sedar. Saya mencari orang yang
telah tiada di dunia ni, kerana Derora telah tanamkan kami hidup-hidup,”
Bulat
mata Pearl mendengar kisah Danial.
“Oleh
itu, saya buat keputusan untuk sertai kau dan mulakan hidup baru. Baiklah.
Kalau lama kat sini, nanti kena marah pula. Bye, Pearl,” lalu Danial masuk ke
dalam tanah.
Terkejut
Pearl.
“Saya
Ethan, 22 tahun, pahlawan halimunan,”
“Bila
awak duduk kat sebelah saya ni?” terkejut Pearl apabila ternampak Ethan sedang
duduk berjarakkan semeter darinya memulakan cerita.
“Kau
tumpu sangat kat Danial tadi. Jealous saya. Oklah. Saya sambung. Saya jumpa
awak semasa awak sedang tidur di tengah-tengah hutan. Muka awak sebiji macam
muka adik susuan saya, jadi saya ‘culik’ awak,” Pearl terus menjauhkan dirinya
dari Ethan.
“Saya
nak minta maaf kerana telah culik awak malah paksa awak kahwin dengan saya,”
Pearl makin menjauhi Ethan.
“Tapi,
awak jangan risau. Selepas awak muncul di hadapan saya, saya rasa bersalah atas
apa yang telah saya lakukan kat awak. Malah, saya membuat keputusan untuk
melindungi awak kerana saya gagal melindungi adik saya tu. Baiklah. Saya pergi
dulu,” sekelip mata Ethan hilang.
Ternganga
Pearl.
“Pearl,”
Fitri yang berdiri di belakang menegur Pearl.
“…70
sentimeter,” lalu Fitri duduk sebelah Pearl berjarakkan 70 sm.
“Nama
saya Fitri, berumur 17 tahun, mempunyai kuasa shadow. Saya kehilangan kembar
saya semasa kami memburu kancil. Kembar saya diculik…dan saya gagal
menyelamatkannya,”
Kembar?
Mesti cantik kembarnya memandangkan wajah Fitri yang handsome dan putih
kulitnya. Pearl berbisik dalam hatinya.
“Pearl
telah menyelamatkan nyawa saya semasa pertemuan pertama kita. Saya cedera teruk
akibat serangan konco Derora. Tanpa Pearl, pasti saya dah mati. Terima kasih,
Pearl. Saya minta diri dulu,” selepas Fitri beredar, Hilman dan Hilmi muncul di
sebalik pokok.
Pearl
meneliti wajah kedua-duanya yang mempunyai rambut paras bahu itu.
“Korang
ni perempuan ke lelaki?” tanya Pearl untuk memastikan jantina mereka.
“Lelaki,”
serentak Hilman dan Hilmi.
“Oh,
maaf maaf. 1 meter ye,” merah muka Pearl, lalu Hilman duduk sebelah kiri Pearl
manakala Hilmi belah kanan.
“Saya
Hilman, abang,”
“Dan
saya Hilmi, adik,”
“Kami
pahlawan muzik. Pertama kali kita bertemu, semasa kami serang kau dan pahlawan
yang lain,” terlopong mulut Pearl apabila Hilman berkata begitu.
“Masa
tu, kami dikawal oleh Derora. Derora telah menculik kami dari mak kami. Ketika
itu kami baru berusia 5 tahun. Kami sedih sangat kerana sudah 12 tidak berjumpa
dengan mak,” terhenti Hilmi.
“Lepas
tu, kau telah menyedarkan kami. Sejak itu, kami anggap kau sebagai mak kami,”
sambung Hilman.
Hilman
dan Hilmi memberi senyuman manis pada Pearl sebelum mereka berdiri.
“Jumpa
nanti,” lalu Hilman dan Hilmi berjalan meninggalkan Pearl.
“Pearl,
saya Izzul, umur 29 tahun, merupakan beruang jadian yang disumpah oleh Derora,”
tegur Izzul selepas duduk berjarakkan 1 meter setengah dari Pearl.
Beruang
jadian? Pearl memandang Izzul dengan perasaan yang gementar bercampur sedih.
Lelaki yang gagah perkasa ini boleh bertukar menjadi beruang yang digeruni
orang?
“Saya
bertukar menjadi beruang kerana saya dibunuh oleh beruang ketika menyelamatkan
tuan saya. Semua orang benci saya sebab takut dengan rupa saya. Semuanya
berlaku semasa ada perompak cuba merompak kampung saya. Jadi, saya halau
mereka. Tak sangka saya bertukar menjadi beruang. Sejak itu, saya dipinggirkan,
malah mereka cuba membunuh saya. Tapi, awak berbeza Pearl. Awak langsung tidak
takut dengan saya, malah awak lindungi saya dan percayakan saya. Terima kasih,
Pearl,” lalu Izzul beredar dari situ.
Sambil
menukar balutan Pearl, “Saya Jamie, seorang doktor dan boleh copy kuasa orang
lain. Berusia 28 tahun dan kehilangan sepupu saya yang menghidapi penyakit
pelik. Sebenarnya, penyakit tu dari Derora. Saya turut terkorban disebabkan
penyakit pelik tu,”
Baru
Pearl faham kenapa Jamie ni pandai dalam bab perubatan.
“Jujur
saya kata, saya ikut awak sebab saya nak kuasa awak. Tapi, selepas lama kita
bersama., saya semakin kenal awak. Maaf sebab pernah cuba untuk khianati awak. Akhirnya
dapat juga saya meluahkannya pada awak. Baiklah. Dah siap tukar balutan. Jangan
banyak gerak ye,”
Jamie
mengemas peralatan doktornya dengan bantuan Pearl.
“Jamie,
giliran kau dah tamat,” muncul Kamal di sebalik pokok besar yang berada di
belakang mereka.
“Ye,
saya tahu,” lalu Jamie beredar, manakala Kamal duduk berjarakkan semeter dari
Pearl.
“Saya
Kamal, pengawal memori dan dapat baca memori orang. Saya hidup sampai sekarang
untuk membalas dendam dengan Derora. Sebab Derora, saya hilang seluruh keluarga
saya. Jadi, saya sertai awak untuk membunuh Derora. Maaf sebab masa kita
bertemu, saya banyak menyusahkan awak malah telah menipu awak. Baiklah. Lukman
dah tunggu tu. Jumpa nanti, Pearl,”
Lukman
bersandar pada pokok besar tersebut.
“Jangan
toleh. Tengok depan je,” tersentak Pearl apabila Lukman berkata begitu.
Terhenti
niatnya untuk menoleh.
“Saya
boleh kawal graviti. Sebenarnya, saya masih tak percayakan kau. Macam mana kau
yang kecil ni, asyik menyusahkan, tak berpengalaman ni boleh dipilih untuk
bunuh Derora? Black Cave pun masih tak jumpa lagi ni,”
Pearl
menundukkan kepalanya apabila Lukman berkata begitu.
“Tapi,
sekurang-kurangnya kau cuba untuk melindungi kami tadi,” Lukman tiba-tiba diam
lama.
“Lukman
memang macam tu, Pearl. Jangan layan sangat dia tu,”
Pearl
menoleh ke belakang. Kepalanya didongakkan.
Lukman
sudah hilang manakala Muhzan duduk di atas dahan pokok itu.
“Saya
Muhzan, berumur 26 tahun, tak ada kuasa pun. Cuma pandai memanah je. Tapi,
kuasa angin saya muncul tiba-tiba sejak saya bersama Pearl. Selama ni, saya
telah mengekori Pearl, sebelum Pearl jumpa semua pahlawan ni. Saya tak tahulah
sama ada Pearl perasan ke tak, sebab kita pernah terjumpa di sungai. Saya
gembira sebab Pearl anggap saya sebagai kawan, walaupun pertama kali kita bertemu.
Baiklah, saya ada hal ni. Bye,”
Muhzan
terus pergi.
“Ish!Mereka
nikan! Belum sempat saya tanya, semua dah pergi. Tapi, mereka semua kata yang
mereka nak ‘lindungi’ saya,” merah muka Pearl apabila teringat kata-kata
pahlawan.
“Tapi,
mereka buat apa ye sekarang? Nak intailah,” lalu Pearl mengintai dari tepi pokok.
“Hah?”
terbeliak mata Pearl apabila melihat mereka sedang berlawan dengan orang jahat
yang berupa kala jengking gergasi.
“Mereka…sedang
berlawan tapi…masih fikirkan tentang saya?” terharu Pearl.
“Tapi,
kenapa saya tak dengar apa-apa? Oh? Mesti kuasa Ethan ni,” faham Pearl.
“Hebatnya
mereka. Ah?” tiba-tiba kepala Pearl sakit lalu duduk perlahan-lahan.
Badannya
bersandar pada pokok tersebut.
“Kenapa
ni? Sakitnya kepala…,” kesakitan Pearl, matanya mula kabur.
“Dush!”
Pearl pengsan atas daun-daun yang gugur.
“Eh?
Apa tu?” Charlie ternampak sesuatu di atas langit.
“Gelombang
hitam?” terkejut Danial.
“Hati-hati
semua. Gelombang tu tarik semua benda,” kata Charlie apabila banyak pokok dan
kala jengking gergasi ditarik masuk ke dalam gelombang itu.
“Apa
perlu kita lakukan sekarang?” cemas mereka, sambil memaut pada pokok untuk
mengelakkan diri dari disedut gelombang itu.
“Lukman!”
Lukman terdengar namanya disebut lantas dia menggunakan kuasa gravitinya supaya
mereka tidak ditarik masuk.
Pelik
Lukman dengan perlakuannya itu seperti dikawal.
Lukman
memandang ke arah orang yang menyebut namanya.
**fnz sibuk sikit sekarang ni sebab sudah
mula praktikal. InsyaAllah fnz teruskan sambungan cerita ini ye
**bab seterusnya merupakan bab yang paling
pembaca tak sabar, iaitu perlawanan dengan Derora. Nantikan😉
No comments:
Post a Comment