NOVEL : D-DAY
Bab 9 - Tempat Perjanjian
“Jangan nak bertindak bukan-bukan, Dollah, Hirman,” tegur Borhan.
“Terima
kasih cik dan encik-encik kerana banyak membantu kami,” ucap ketua kampung di
sebelah barat kepada Kouru dan pahlawannya.
“Jasa
encik sekalian amat kami hargai. Terima kasih banyak-banyak,” ucap ketua
kampung di sebelah timur kepada Kouga dan pahlawannya.
“Saya
harap kampung ni akan maju dan dipelihara dengan baik. Kami minta diri dulu,”
lalu mereka mula beredar.
Kumpulan
Kouru dan kumpulan Kouga mula pulang ke tempat yang dijanjikan.
“Tuanku, kami harap
Tuanku dapat gelarkan kami sebagai abang. Jangan gelarkan kami encik sebab kami
ni masih muda lagi. Kalau panggil nama pun tak apa,”
Kouga
dan Kouru tersenyum teringat kata-kata Asyraf dan Borhan.
Perjalanan
mereka terganggu apabila sekumpulan askar berkuda muncul.
“Berdiri
di belakang kami, Kouru,” kata Borhan.
“Hati-hati
Kouga,”
Asyraf
terus berdiri di hadapan Kouga.
Kouru
memegang bahu Borhan manakala Kouga memegang bahu Asyraf.
“Saya
boleh bertarung juga,” kata Kouru dan Kouga.
Kouru
terus panjat pokok berhampirannya manakala Kouga mengeluarkan pedangnya.
Tiba-tiba angin menjadi kencang sehingga hood Kouru dan Kouga jatuh.
“Rambut
emas?” terkejut semua askar.
“Alamak,”
Kouru
dan Kouga terus memakai semula hood masing-masing.
Terkejut
mereka apabila semua askar melutut hormat kat mereka.
“Maafkan
kami tuanku atas kebiadapan kami. Kami diarahkan oleh Raja Shamsol untuk
membunuh tuanku,” semua pahlawan bersedia untuk bertarung.
“Tapi,
kuasa yang lebih tinggi daripada Raja Shamsol mengarahkan kami supaya
melindungi tuanku, memandangkan tuanku ialah pewaris sah Raja Simon,”
“Kuasa
yang lebih tinggi?” terkejut Kouru dan Kouga.
“Kami..(air
mata mengalir) benci Raja Shamsol. Dia telah menyebabkan ramai rakyat sengsara.
Kami…tak sanggup nak ikut arahannya lagi. Kami…akan mati juga, walaupun kami
berjaya bunuh tuanku. Tolong…hentikan pemerintahan keji ini, tuanku,”
Kouga
dan Kouru mendekati askar-askar itu walaupun dihalang pahlawan-pahlawan lain.
“Angkat
muka kalian. Kami janji yang kami akan menghentikan pemerintahan ini. Kami
memerlukan kekuatan dan tenaga kalian untuk berjuang dengan kami. Sekarang,
pulanglah ke kampung masing-masing,” kata-kata Kouru dan Kouga menusuk jiwa
semua askar di situ.
Selepas
semua askar beredar, mereka menyambung perjalanan.
Malam
mula menjelma.
Kouru
dan Kouga tidak dapat tidur lalu mereka berlatih.
“Kouga
tak tidur lagi ke?” tanya Kassim yang sedang baring berdekatan unggun api.
“Selepas
kejadian tadi, Kouga asyik mendiamkan dirinya je,” jawab Ismail yang sedang
memanaskan badannya berdekatan unggun api.
“Mana
taknya. Tengoklah apa yang dilakukan Raja Shamsol dengan rakyatnya,” sokong Jeremy,
yang sedang bergayut atas pokok.
“Saya
harap dia tak bertindak terburu-buru,” kata Erik, yang sedang duduk memandang
unggun api.
“Kouga,
berehatlah dulu,” penat Asyraf, yang menjadi pesaing Kouga.
“Oh.
Maafkan saya. Rehatlah dulu. Saya nak berlatih lagi jap,”
Asyraf
berdiri berdekatan dengan Kouga yang masih berlatih pedang.
“Fikirannya
tak tenteram,” bisik Asyraf dalam hatinya.
******************************
“Kouru,
rehatlah. Esok pagi dah nak berjalan lagi,” risau Borhan, berdiri berdekatan
dengan Kouru.
“Maaf
Abang Borhan. Saya tak dapat tidur. Tak apa, pergilah berehat dulu. Nanti saya dah
penat, saya berehat ye,” balas Kouru sambil tersenyum.
Borhan
mengeluh sambil berjalan ke arah unggun api.
“Gagal
ke memujuk puteri, Borhan?” tegur Cheong, yang sedang baring.
“Tahu-tahu
jelah puteri tu degil,”
Dollah
yang sedang membakar kayu api menjawabkan bagi pihak Borhan.
“Nampaknya,
selagi tuan puteri tak tidur, guardiannya pun tak lena nak tidur ye,” nyampuk Faizul,
sedang bersandar pada sepohon pokok.
“Nak
saya lumpuhkan dia ke?” tanya Dollah sambil menunjukkan pelbagai saiz dan
bentuk jarum yang berada tersusun di dalam kotnya.
“Atau
nak saya ‘beku’kan dia?” muncul Hirman di atas pokok sambil memegang cermin
mata hitamnya.
“Jangan nak bertindak bukan-bukan, Dollah, Hirman,” tegur Borhan.
No comments:
Post a Comment