NOVEL : D-DAY
Bab 14 - Kenyataan
Geli hati yang lain.
<<S <BAB 13
“Kouru…Kouru…,”
“Ibu..,”
Kouru
terus memeluk ibunya sambil menangis.
“Ibu,
adakah Kouru dah mati?” tanya Kouru, sedang berjalan-jalan di sebuah taman yang
cantik.
“Kouru!”
kedengaran suara dari belakang lantas Kouru terus menoleh.
“Ayah!
Abang!”
Kouru
terus memeluk ayah dan abangnya.
“Ayah
dan abang buat apa kat sini? Jom jalan-jalan dengan ibu,”
Kouru
memegang tangan ibunya dan ayahnya sambil berjalan. Mereka kelihatan sangat
bahagia.
“Kouru,
kembalilah ke dunia ye. Bangunlah dari tidurmu, sayang,” lembut suara ibunya.
“Tak
nak. Kouru nak bersama ibu, ayah dan abang. Kouru tak nak duduk sorang-sorang
lagi,” sedih Kouru.
“Kouru,
bangunlah sayang,” pinta ibunya.
“Bangunlah,
Kouru,” pinta pula ayahnya.
“Adik,
bukalah matamu,” kata abangnya.
“Ibu…ayah…abang..,”
perlahan suara Kouru sebelum membuka matanya.
“Apa
dah berlaku?”
Kouru
duduk secara perlahan-lahan. Air matanya dikesat.
“Eh?
Abang Kouga?”
Kouru
perasan abangnya sedang tidur di sisinya. Kouru turun dari katilnya menuju ke luar
bilik.
“Belum
fajar lagi rupa-rupanya. Dah berapa lama ye Kouru tidur?” fikir Kouru sambil berjalan
memandang tingkap luar.
“Pang!”
kedengaran bunyi sesuatu jatuh lantas Kouru terus menoleh ke belakang.
“Kouru!!”
semua pahlawan mendekati Kouru sambil tersenyum menangis.
“Kau
ok ke, Kouru?” tanya Borhan.
“Sedih
kami sebab dah 3 hari kau tidur,” sedih Jeremy.
“Baguslah
kau dah bangun,” gembira Faizul.
“3
hari Kouru tidur? Lamanya. Jadi, apa dah berlaku selama Kouru tidur?” terkejut
Kouru.
“Shamsol
dihukum mati. Hari ni, Kouga akan diberikan takhta diraja,” jawab Asyraf.
“Hari
tu, bukan korang masuk penjara ke? Macam mana korang keluar?” tanya Kouru.
Sambil
berjalan, sambil bercerita.
“Ada
askar yang bukakan pagar penjara tu,” jujur Cheong.
“Mereka
askar yang pernah menyerang kami semasa kami berada di perkampungan timur,”
cerita Jeremy.
“Oh.
Jadi, macam mana Kouru boleh sembuh? Bukan ke tiada penawarnya?” tanya Kouru.
“Saya
nikan pakar racun,” bangga Dollah.
“Te..terima
kasih semua. Dan maaf sebab menyusahkan semua,” tunduk Kouru pada 10 pahlawan
tersebut.
Tersenyum
yang lain.
Mereka
berjalan sampailah ke beranda tingkat 3 untuk melihat matahari terbit.
“Wah.
Cantiknya matahari. Kan?…Eh?” pelik Kouru apabila menoleh belakang, semua sudah
tiada.
“Kouru!”
terkejut Kouru lalu menoleh ke arah suara tersebut.
“Eh?
Abang,” tersenyum Kouru.
Kouga
mendekati Kouru dengan keadaan yang marah.
“Kenapa
Kouru keluar ni? Tahu tak, sakit jantung abang bila bangun je, katil adik
kosong. Abang ingatkan adik kena culik ke,” marah Kouga.
“Maafkan
Kouru, abang,” takut Kouru.
Kouga
terus memeluk adiknya.
“Lain
kali, jangan buat lagi tau,” pesan Kouga sebelum melepaskan pelukan.
“Baik,
bos. Hehe,” tersengih Kouru.
“Oh
ya, adik. Ada orang penting nak jumpa adik. Cuba adik toleh ke belakang,”
“Belakang?”
lalu Kouru menoleh.
Air
mata Kouru tiba-tiba mengalir.
“Ibu!
Ayah! Wuahh,” menangis Kouru dalam dakapan ibu an ayahnya.
“Tapi…tapi…macam
mana…bagaimana…kenapa….wuahh,”
Kouru
tidak mampu meneruskan pertanyaannya.
Permaisuri
memeluk Kouru sambil mengusap kepalanya.
“Sebenarnya,
ibu dan ayah telah ‘tidur’ selama ini dengan menggunakan ubat Ismail. Sebab,
ibu nampak masa depan yang bakal menimpa kalian berdua. Waktu Shamsol bunuh
ibu, ibu sempat guna jarum Dollah jadi Shamsol ingatkan ibu dah mati. Maafkan
ibu, sayang,” sedih ibunya.
Kouru
menggeleng sambil tersenyum walaupun air matanya mengalir.
“Tak
apa. Kouru faham. Asalkan ibu, ayah dan abang ada bersama Kouru,” senyuman
Kouru menyebabkan ibu, ayah dan Kouga turut tersenyum.
Kelihatan
Raja Simon sekeluarga sedang berjalan-jalan di taman yang penuh dengan bunga sambil
memegang tangan.
“Macam
dalam mimpi,” gembira Kouru.
“Raja
Simon, semua pengawai tertinggi sudah tiba,” lapor pegawai tentera.
“Oh?
Ayah angkat abang,” perlahan suara Kouru tetapi dapat didengari.
Gelakan
ibu, ayah dan abangnya menyebabkan Kouru keliru.
“Kouru,
dia ni adik ayah. Jadi, dia pakcik kamu dan Kouga,” jelas ayahnya.
“Hai,
Kouru. Dah sihat ke?” pengawai tentera itu mengusap kepala Kouru.
“Oh
pakcik. Saya dah sihat. Maafkan saya atas kebiadapan saya,” risau Kouru.
“Tak
apa. Saya kagum dengan keberanian Kouru dan Kouga tempoh hari. Saya juga
menerima kepujian daripada penduduk kampung di belah timur dan barat. Mereka
amat berterima kasih dengan kalian. Malah, askar-askar istana pun kagum dengan
kalian walaupun kalian masih muda,” panjang lebar pakciknya berkata.
Kouga
dan Kouru tersipu malu.
“Tak..tak
adalah sangat. Lagipun, jasa pahlawan-pahlawan juga,” balas Kouru.
“Pahlawan?”
pelik pakciknya.
“Kouru,
yang kita sangkakan mereka pahlawan tu, sebenarnya ialah sepupu kamu dan Kouga,”
kata ayahnya.
“Sepupu?”
terkejut Kouru.
“Adik
mesti tak percaya, kan? Abang pun terkejut bila dapat tahu. Kata ayah, ada di antara
mereka dihantar ke kampung lain-lain untuk menyiasat dan membantu di sana.
Lepas tu, abang Borhan dan abang Asyraf ditugaskan untuk melindungi kita,” ujar
Kouga.
“Ayah,
kenapa ayah suruh mereka buat begitu? Kesian mereka sebab mesti mereka jauh
dari keluarga, dari kampung asal mereka. Mesti mereka sunyi,” terkejut mereka
dengan kata-kata Kouru.
“Ah,
maafkan Kouru, ayah. Kouru tak bermaksud nak kurang ajar ataupun nak kata cara
ayah ni salah. Maafkan Kouru,” tunduk Kouru.
“Tak
apalah,Kouru. Nanti kita berbual lagi ye. Ayah dan ibu kena pergi meeting jap,”
lalu ayahnya, ibunya dan pakciknya beredar.
“Ayah
marah ke?” risau Kouru.
“Tak
adalah. Janganlah risau,” pujuk Kouga.
“Hahaha,”
kedengaran suara ketawa dari belakang lantas Kouru dan Kouga menoleh.
“Korang?
Mana korang menghilang tadi hah?” geram Kouru.
“Kouru,
jangan salahkan Raja Simon. Kami memang rela nak buat tugasan ni,” kata Borhan.
“Janganlah
marah, Kouru. Takut kami,” balas Faizul.
“Lagi
satu! Kenapa tak cakap yang korang ni sepupu kami? Kalau tak, Kouru takkan
layan korang macam orang luar,” monyok muka Kouru.
“Korang
rasa ada ke Kouru layan kita macam orang luar?” tanya Borhan pada pahlawan yang
lain.
Semua
menggelengkan kepala masing-masing.
“Adalah!
Kan Kouru panggil korang encik,” bantah Kouru.
“Hahaha,”
akhirnya Kouga tak tahan menahan gelak.
“Kouru,
penat abang tahan gelak tau. Abang rasa, banyak mereka bagi klu kat adik. Adik
tak perasan ke?” tanya Kouga.
Kouru
menggeleng.
“Dah-dahlah.
Yang penting, misi kita selesai dengan jayanya,” bersemangat mereka.
“Jom
kita main!” tak sabar Jeremy.
“Main
je kau tahu,” perli Asyraf.
Geli hati yang lain.
- THE END -
<<S <BAB 13
*Alhamdulillah siap juga karya pengembaraan kedua fnz. Macam mana? Ok tak cerita ni? Terima kasih kerana meluangkan masa membaca malah sabar menunggu fnz post bab baru. Hehe. Terima kasih juga atas vote dan komen yang diberikan.
*Nantikan karya baru fnz yang lebih menarik dan seronok dibaca. Jumpa lagi di lain karya.
No comments:
Post a Comment