NOVEL : D-DAY
Bab 6 - Tarzan
Kouga, Asyraf
dan Erik bermalam di luar.
Apabila
Kouga terjaga dari tidur, Kouga melihat orang yang sedang tidur di sekeliling
unggun api selang-seli.
“Macam mana
semalam kami bertiga tidur di sini….jadi berempat pula ni?” pelik Kouga.
“Dia
nikan..pengembara semalam?” fikir Kouga.
“Wuah(menguap)!
Selamat pagi, Putera Kouga. Eh? Kenapa Putera pandang saya macam tu?” pelik
pengembara itu.
“Kamu ni
tiba-tiba muncul, mestilah Putera pelik. Dan dia nak kita panggil dia Kouga,”
jawab Asyraf.
“Oh. Nama
saya Ismail, seorang penggembara. Gembira dapat berkhidmat dengan putera,”
senyum lebar Ismail.
“Patutlah
kamu kata ‘Jumpa lagi’ semalam,” Kouga membalas senyuman Ismail.
“Haha,”
“Tapi…lain
kali jangan tertindak terburu-buru macam semalam. Saya tak nak ada yang cedera
nanti semata-mata untuk melindungi saya. Kamu juga, En Asyraf dan En Erik,”
Bulat mata Asyraf,
Erik dan Ismail mendengar kata-kata Kouga.
“Oklah.
Mari kita cari sarapan sekarang,” arah Kouga, mula berjalan ke hutan.
“Betul ke
itu Kouga?” tak percaya Ismail.
“Dia dah
matang, kan?” tersengih Asyraf melihat reaksi Ismail.
*************
Ketika
Kouga sedang panjat pokok untuk memetik buah, tiba-tiba dia dikepung oleh
sekumpulan perompak kerana tarikan oleh rambut emasnya.
“Alamak.
Lupa pula nak pakai hood,” kata Kouga dengan keadaannya yang berdiri di atas
dahan pokok.
“Cepat
turun! Rambut kau tu sangat unik. Mesti mahal kalau jual tu,” kata perompak itu
sambil menendang pokok tersebut.
“Ehem ehem.
Korang ada urusan dengan dia ke?” muncul Asyraf, Erik dan Ismail di belakang
perompak tersebut.
“Belasah
mereka,”
Asyraf, Erik
dan Ismail terus belasah perompak-perompak itu.
“Dapat
pun,” salah seorang daripada perompak itu berjaya mencapai kaki kanan Kouga.
“Hiak!”
Asyraf
melibas pedangnya untuk melindungi Kouga.
Kouga
hilang keseimbangan dan terjatuh dari pokok.
Nasib baik
sempat Asyraf menyambut Kouga.
“Kouga ok?”
tanya Asyraf sambil menurunkan Kouga.
“Saya ok.
Oh?”
Kouga
ternampak ada seorang perompak ingin menyerang hendap dari belakang Erik lantas
Kouga terus menyerang perompak itu.
“Wah!
Hebatnya Kouga,”
Ismail
menepuk tangannya, kagum melihat Kouga. Semua perompak berjaya ditumpaskan.
*************
Kouga
memberi buah-buahan kepada Erik, Asyraf dan Ismail.
“Kita
bertolak selepas makan,” kata Kouga sambil duduk untuk makan.
*************
Kouga
memakai hoodnya. Mereka meneruskan perjalanan mereka apabila selesai makan.
Tiba-tiba,
“Oh
ooo..Tarzan datang!” semua mata tertumpu pada seorang budak yang sedang
bergayut dengan tali merentasi sungai.
“Apa tu?”
pelik Ismail.
“Tarzan
sesat ke?” kata Erik.
Kouga
ternampak tali yang dipaut itu hampir putus.
“Bahaya!”
Kouga terus
melompat ke dalam sungai selepas menanggalkan mantelnya untuk mendapatkan budak
itu apabila tali tersebut terputus. Mereka berdua berada di dalam sungai itu.
“Putera
Kouga!” cemas Asyraf, bersedia untuk terjun.
“Saya ok,”
Kouga dan
budak itu muncul di permukaan air.
“Putera
Kouga! Akhirnya dapat juga saya jumpa dengan Putera,” budak itu terus memeluk
Kouga.
“Selepas
cahaya emas tu muncul, Jeremy terus ikut cahaya tu. Tapi, Jeremy sesat. Sebab
tak tahu nak buat, Jeremy pun main tali ni. Tak sangka Putera sanggup melompat
untuk selamatkan Jeremy. Terharunya Jeremy,” panjang lebar Jeremy bercerita.
”Jeremy,
kalau ye pun, naiklah ke darat dulu. Nanti demam pula Kouga tu,” kata Asyraf.
Lalu mereka
naik ke darat.
Erik terus
menghidupkan api untuk memanaskan Kouga dan Jeremy.
“Nampaknya,
kita kena tangguhkan perjalanan kita,” kata Erik.
“Tak boleh.
Kita kena teruskan juga. Kita kena cari lagi seorang pahlawan dan terus balik.
Kita akan bertolak dalam masa 30 minit,” nekad Kouga.
“Nanti kita
nak ke mana?” tanya Jeremy, sedang memerah bajunya.
“Kita akan
ke kampung sana,” kata Asyraf sambil menunding jarinya.
“Kampung
tu? Tapi, peperangan sedang berlaku di sana,” terkejut yang lain.
“Serius ke
perangnya, Jeremy?” tanya Ismail.
“Emm…serius
jugalah. Ramai yang dah berpindah ke kampung lain. Lebih baik kita terus ke
kampung lagi satu,” jawab Jeremy.
“Kouga..,”
semua memandang Kouga yang sedang memanaskan badannya.
“Kita tetap
akan ke kampung tu.Tapi, kita akan bertolak esok untuk mengelakkan peperangan.
Malam ni, kita akan bermalam di sini,” kata Kouga, memikirkan keselamatan
dirinya dan pahlawan yang lain.
No comments:
Post a Comment